Friday, January 15, 2010

Home » , » Siapa kata petak lubang kubur tak perlu diukur?

Siapa kata petak lubang kubur tak perlu diukur?

Kat tempat lain,mungkin penandaan petak-petak kubur telah lama diaplikasikan didalam pengurusan kawasan tanah perkuburan (maksud aku ialah kepada kawasan perkuburan ISLAM sahaja). Selain ianya memberi kesan kepada pengaturcaraan dan pengurusan secara strategik,banyak lagi impak-impak positif yang boleh diperolehi dengan mengukur dan menanda terlebih dahulu petak-petak kubur ini,sebagai contoh ; kawasan perkuburan akan dilihat lebih tersusun dan tidak berlaku kes terpijak atau berjalan diatas kubur tanpa disengajakan.Kes-kes seperti tersilap menziarah kubur juga tidak akan berlaku kerana penziarah hanya perlu mengingati no.lot kubur tersebut je,macam alamat rumah la.

Penglibatan jurukur adalah perlu untuk kerja-kerja penandaan petak kubur.Untuk menjalankan kerja-kerja penandaan petak-petak kubur ini,perkara kritikal yang perlu diberi perhatian antaranya ialah :

  1. Menentukan arah kiblat,dengan tujuan supaya jenazah yang di tanam itu akan berada dalam kedudukannya dari segi islamik.Bearing arah kiblat ini boleh diketahui dengan senang,dengan merujuk kepada JUPEM negeri masing-masing.Arah kiblat ini  boleh diperolehi daripada pelbagai cara,tapi yang paling muktamad ialah melalui cerapan matahari.
  2. Penentuan kawasan tanah rizab untuk kubur dan juga kubur-kubur sedia ada juga kritikal kerana jika tidak ditentududukan, mungkin akan berlaku pencerobohan keatas kawasan tanah rizab kubur,auatpun pertindihan kubur.
  3. Penentuan nombor lot-lot kubur yang ditanda.


    Gamabr diatas ialah kerja-kerja mengukur dan menanda petak-petak kubur untuk fasa 1 di Tanah Perkuburan Telipot,Kota Bharu,Kelantan.Kerja ini melibatkan kerja-kerja pengukuran penentuan lot tanah rizab kubur,pengukuran takimetri untuk menentukan kawasan kubur-kubur lama,merekabentuk bagi menyusun atur petak-petak kubur yang baru dan untuk fasa 1 ni,ianya hanya melibatkan penandaan sebanyak 392 lot kubur dan jalan.Untuk kerja ni juga disertai oleh pegawai daripada JUPEM Kelantan dan juga seramai 30 orang pelajar praktikal UiTM......30 orang pembantu maa,mane nak dapat macam ni?hehe.....

    4 komen:

    Ily said...

    uwah...
    menarik nyer :D
    1st time tgk ukur petak kubur even da blaja survey almost 5 years..
    hee.
    ilmu baru ney..
    cam wat ukur for subdivision umah2 ke?

    in28flames said...

    xla sampai buat macam subdivision tu. just buat parameter survey, detailing dan hasil parameter dan detail survey tu guna untuk design kedudukan petak2 kubur ni.

    tujuannya supaya petak-petak kubur ni lebih teratur dan xde la membazir ruang.

    Azwan_ErRul said...

    fuyoo menarik....
    lot-lot kubur pon kerja org ukur jgk..

    Anonymous said...

    baru tau ader kes macam ni

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...