PUGM Malaysian Surveyors

PERSATUAN UKUR & GEOSPATIAL MALAYSIA
(MALAYSIAN SURVEYORS)

No. PPM : KEL0092/12
No. PPP : KEL0005/12
No. Pendafataran : 0088-12-KEL


Assalamualaikum w.b.t....

Persatuan Ukur & Geospatial Malaysia (Malaysian Surveyors) telah rasmi di daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, dan pendaftaran telahpun diluluskan pada 10hb Januari 2012.

Pages ini sengaja diwujudkan untuk mempromote PUGM Malaysian Surveyors, yang mana antara tujuan penubuhan PUGM Malaysian Surveyors ini ialah :

  1. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam pembangunan bidang ukur tanah setempat.
  2. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam proses pembelajaran dalam meningkatkan ilmu dan maklumat tentang teknologi bidang ukur  yang baru.
  3. Menjalankan aktiviti untuk merapatkan hubungan sillaturrahim sesama ahli.
  4. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan.
  5. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan bidang ukur.
  6. Membincangkan sesuatu isu/suara ahli kepada badan-badan tertentu.
PUGM Malaysian Surveyors ini telahpun lama bergerak aktif di Facebook SURVEYOR MALAYSIA.

Keahlian dibuka kepada semua individu yang berkerja dalam bidang ukur dan geospatial di Malaysia, juga kepada semua pelajar-pelajar yang sedang menuntut di dalam apa jua jurusan yang berkaitan dengan bidang ukur dan geospatial.

Keahlian PUGM Malaysian Surveyors terbahagi kepada 2 jenis keahlian iaitu :
  1. Ahli berstatus "bekerja" dimana yuran keahlian bagi ahli ini ialah pendaftaran RM 50.00 dan tahunan RM 50.00, jumlah RM 100.00.
  2. Ahli berstatus pelajar dimana yuran keahlian bagi ahli ini ialah tahunan RM 25.00. Yuran pendaftaran dikecualikan.
Setiap ahli yang berdaftar secara rasmi dengan persatuan akan diberikan 2 keping sticker, iaitu sekeping sticker cermin depan dan sekeping sticker cermin belakang untuk tampalan pada cermin kereta. Walaubagaimana pun, sticker jenis tampalan biasa juga ada, bergantung kepada ahli.



Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh AJK Penaja Persatuan untuk membangunkan persatuan kearah yang lebih effektif dan berfungsi untuk ahli-ahlinya.

Jika berminat untuk mendaftar, boleh sertai PUGM Malaysian Surveyors di facebook SURVEYOR MALAYSIA, atau emailkan sahaja pertanyaan anda ke malaysiansurveyors@gmail.com.

Read more...

2 komen:

Anonymous said...

hai

umer said...

You have some honest ideas about the Land Surveyor share here I really get many information and discovered most peoples will agree with your blog.
Land Surveyor

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...