Wednesday, September 22, 2010

Cari lot NDCDB dalam web JUPEM2U

Assalamualaikum w.b.t......

Sudah lama tarak update belog. Bukan sibuk pun sebenarnya.....hehe....

Entri ni adalah sebagai nota back up aku pasal cara-cara nak search lot NDCDB kat web JUPEM2U. Sekarang ni pun, dalam persekitaran e-Kadester, perlu kepada pengesanan lot NDCDB ni, lebih-lebih lagi untuk buat kerja-kerja ukur (sila rujuk Pekeliling KPU yg berkaitan).

Setiap negeri punyai "lorongan" untuk ke JUPEM2U ni dan yang aku letak ni adalah untuk Negeri Kelantan punya. Untuk negeri-negeri lain aku tak pernah cuba la pulak, rasanya macam sama je kut cara-cara untuk negeri-negeri lain. Sila klik sini untuk ke laman sesawang Negeri Kelantan  ----> JUPEM2U

Dinasihati guna je IE (internet Explorer) untuk bukak website ni, kang tak dak la banyak sangkut-sangkut.

 Rupa paras depan JUPEM2U

Masukkan Username dan Password tu.  Mana nak dapat Username ngan Password tu??? Minta pada bos korang. Setiap LS akan ada access untuk JUPEM2U ni.

Seterunya, bila dah log-in, akan keluar beberapa menu kat tepi belah kiri tu dan rujuk gambar-gambar kat bawah untuk langkah seterusnya.

Klik pada Search File Ukur/Lot


Untuk menyenangkan proses pencarian lot tu, masukkan info-info pada ruangan Negeri, Daerah, Mukim/Bandar, Seksyen (kalau ada), No. Lot yang nak cari tu dan juga No. PA.


Selepas dah masukkan semua info-info tu, scroll ke bawah dan kat situ ada menu Search. Klik pada Lot. Setiap menu tu ada di tunjukkan info-info yang diperlukan. Seperti contoh kalau nak cari Lot, gerakkan panah mouse ke menu Lot tu dan ia akan display info-info yang diperlukan. Selepas klik pada Lot, carian akan dimulakan.

Apabila carian sudah ditemui, korang akan dapat lihat paparan macam gambar kat bawah ni. Gambar ni aku dah satukan. Untuk tengok status lot tu, tarik je panah mouse ke kanan pada ruang scroll kat bawah tu. Kalau status lot tu dah NDCDB, makan kat status tu akan tulis NDCDB.


Okeh, sekarang ni lot ni dah ada dalam NDCDB. Kerja pun jadi senang la lepas ni. Selalunya kerja jadi susah kalau lot tak dak lagi dalam NDCDB.

Klik kat logo bumi tu untuk paparkan lot. Selalunya lot tak kan keluar macam gambar tu. Kena tarik dulu baru cukup ruang display.


Langkah seterunya ialah dapatkan info-info mengenai lot tu. Kat bawah gambar lot tu ada beberapa pilihan menu, jadi untuk dapatkan info tu klik pada [ i ] tu. Sebagai contoh, untuk dapatkan info mengenai lot tu, klik pada [ i ] tu dan klik je pada lot tu. Info dia macam dalam gambar [a] dan kalau nak dapatkan info mengenai batu-batu sempadan tu, klik pada [ i ] tu dan klik pada batu sempadan tu. Info dia macam dalam gambar [ b ] dan [ c ].

[ a ]

[ b ]

[ c ]

Selain dari cara klik-klik info ni, boleh juga kalau korang nak paparkan terus pada map yang dipaparkan tu. Klik pada menu layer tu dan check NDCDB stone punya tag tu. Automaik dia akan papar kodinat-kodinat batu sempadan tu macam dalam gambar ni.


Ok, selesai satu masalah. Untuk cari lot NDCDB ni, ataupun lot-lot yang nak di ukur tu menggunakan cara memasukan info-info seperti Negeri...........................aku dah tulis kat atas tu, juga boleh digunakan dengan cara memasukkan kodinat batu sempadan. Caranya macam gambar kat bawah ni.

Klik pada Coordinate tu.


Untuk carian cara ni, cukup la dengan hanya pakai 1 je nilai kodinat batu sempadan. Memandangkan kodinat paparan sedia ada tu dalam GDM2000, tukar dulu sistem kodinat tu. Kalau kodinat daripada PA dan dalam Cassini, pilih je projection Cassini tu dan masukkan nilai kodinat batu sempadan tu.


Titik hitam tu adalah tempat jatuhnya kodinat batu (wakil kepada lot) yang nak di cari tu. Seperti gambar kat atas ni, tiada lot dipaparkan dan ini bermakna, lot tu masih lagi tiada dalam NDCDB. Ni yang bakal jadi payah kerja ni.... : )

Berdasarkan kepada Pekeliling KPU yang berkaitan, ada juga beberapa klausa yang menyatakan "ukuran perlu diikat pada lot-lot NDCDB yang berhampiran" ataupun terdapat satu kaedah dimana kita tidak perlu untuk buat datum CRM jika terdapat lot NDCDB berhampiran atau bersebelahan. Kiranya kita boleh guna terus batu-batu sempadan lot NDCDB tu sebagai datum. 

Seperti carian di atas, lot itu masih lagi tiada NDCDB. Jadi, untuk kesan lot-lot berhampiran yang sudah ada NDCDB, klik pada button zoom out tu je dan tengok kalau-kalau ada lot-lot NDCDB berhampiran.

Lot yang nampak tu adalah lot NDCDB yang berhampiran.

Untuk dapatkan jarak antara lokasi lot yang dicari (titik hitam tu) dengan lot NDCDB yang berhampiran, klik pada icon "pembaris" tu.

Icon "pembaris".

Paparan menunjukkan jarak antara lot yang nak dicari (titik hitam) dengan lot NDCDB tu.

Ok, bye.

Read more...

Perutusan Hari Raya yang lewat....


Belum terlewat lagi kan.........

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...