FAQ

1) Encik nama apa ye?
  • Arif Syazwan Kamaruddin.
2) Kerja dimana ye?
  • JURUKUR WIBAWA, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Bumi, Bima Sakti.
3) Dah tu blog ini ada kaitan lah dengan JURUKUR WIBAWA ye Encik?
  • Tak ada dan muktamad!. Kalau ada pun hanya kepada tempat saya bekerja je, contohnya macam kalau ada di tampal gambar-gambar tu, ianya di ambil semasa saya menjalankan kerja-kerja JURUKUR WIBAWA. Itu sahaja.
4) JURUKUR WIBAWA ada kerja kosong tak Encik?
  • Call lah bos tanya, saya tak tahu : ) eh, lupa pula, jemput lah minum.
5) Dulu belajar di mana ye Encik?
  • Kalau bab ukur ni, Diploma di POLISAS, Kuantan....Ijazah di UiTM Shah Alam.
6) Best ke kerja ukur @ surveyor ni Encik?
  • Best ke makan nasi? : )
7) Ada jaminan masa depan yang baik ke Encik kerja dalam bidang ni?
  • Salah satu bidang yg kerja tak akan habis walaupun semua tanah dah di ukur. Kadang-kadang orang gelak bila saya cakap macam tu, tapi itu hakikat dia. Macam doktor, selagi ada manusia selagi tu ada kerjaya sebagai doktor. macam tu jugak lah dengan jurukur ni, selagi ada pembangunan, selagi tu lah ada kerjaya jurukur ni.
  • Sepanjang saya menulis ni, seingat saya ada 2 kali, seorang pangkat ibu dan sorang lagi pangkat ayah call saya bertanyakan tentang hal ini, mungkin untuk anak-anak mereka. 
8) Boleh tak saya nak copy apa yang Encik tulis untuk di masukan ke dalam Assignment?
  • Kalau boleh copy silalah, tapi kasi adjust-adjust lah sikit. Semoga dapat membantu.
9) Gambar Encik, boleh tak?
  • Boleh juga. Tapi mintalah izin dulu dan buanglah watermark tu ye : ) .
10) Encik letak password untuk download ni apa tujuan dia? Susah lah nak download.
  • Saja saya nak kenal-kenal. Bila awak request tu kurang-kurang saya boleh kenal awak.
11) Entri Encik ni kalau nak print boleh ke?
  • Entah, macam tak boleh je. Belum jumpa widgets function untuk print as PDF. Berhajat nak letak. Nanti jumpa saya letak dan kalau tahu bagitahu lah ye. Kalau ada entri-entri atau tutorial yang saya tulis dapat membantu, silakan lah.
12) Apa ye tujuan Encik buat blog ni, nak cari makan ke?
  • Sebab tak nak buang masa bila tengah tak ada kerja, jadi lebih baik menulis kan. 
  • Untuk berkongsi apa yang dalam pengetahuan saya, dulu mana ada medium macam ni semasa saya tengah belajar. Jadi semoga dapat memudahkan adik-adik yang sedang belajar tu. 
  • Membantu dan berkenalan dengan orang-orang yang bekerja sama bidang dengan saya.
  • Cari makan tu, kalau ada yang nak bagi apa salahnya : ) . Orang cakap rezeki jangan di tolak, musuh jangan di carikan.
13) Boleh ke nak call terus je Encik?
  • Call office hour sahaja ye, nanti orang rumah saya marah pula kalau call tengah-tengah malam : )
  • +60109194948.
  • Untuk urusan rasmi, silalah call terus pada no. office, +6097431155, atau faks terus kepada +6097431133.
14) Berapa ye Encik cost untuk pecah sempadan / bahagian sekarang ni?
  • Call terus lah no di atas, Insyallah saya cuba bantu.

Read more...

3 komen:

mohd azan omar said...

No tel office terbaru berapa tuan ukur?

in28flames said...

09-7431155

Ysmn said...

Salam, ada ke org request utk ukur dan lakar sempadan sahaja? Saya ada masalah tanah ayah 3 nama, pak cik kata rumah kami masuk ke tanah dia? Masalahnya tak pernah ukur sempadan pun..mcm mn nak buat?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...