Showing posts with label Perisian Ukur. Show all posts
Showing posts with label Perisian Ukur. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

SurveyCAD (Siri Satu) : Pengenalan kepada SurveyCAD

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tak mau tulis panjang, kita terus kepada sesi pengenalan. Terlebih dahulu, pengenalan ini hanya diolah melalui pengalaman saya selaku pengguna sahaja, yang sebelum agak terkial-kial menggunakan basic AutoCAD dan selepas menggunakan SurveyCAD ini.

Pengenalan kepada SurveyCAD.

Dalam menghasilkan sesuatu drawing atau plan itu, tidak dinafikan kecekapan, pengalaman dan kesenian amat diperlukan. Pengalaman, semestinya perlu memakan masa yang lama untuk diperolehi. Kesenian, drafting ini sendiri ialah suatu hasil proses untuk meghasilkan suatu hasil seni yang mana ianya akan diterjemahkan kepada output drawing atau plan. Ianya sesuatu yang wujud dengan sendirinya melalui dlam diri dan juga daripada pengalaman. KECEKAPAN......ini adalah suatu perkara yang penting, dimana ianya boleh memberi kesan secara langsung kepada pengalaman dan kesenian. Kecekapan ini boleh dipupuk melalui kaedah yang digunakan untuk melangsungkan sesuatu kerja drafting itu dimana jika ianya dipraktikkan dengan kaedah sebetulnya, maka kecekapan ini akan terbina sendiri dalam jangkamasa yang singkat.


Sebagai introduksi, secara ringkasnya, SurveyCAD ini bukanlah satu software baru yang berasaskan CAD seprti AutoCAD, ZWCAD atau MysCAD, sebaliknya, ianya adalah satu add on kepada perisian CAD sedia ada iaitu AutoCAD. SurveyCAD ini ialah satu add on kepada AutoCAD dimana, jika kita hanya install AutoCAD yang biasa, ianya hanya terdapat function-function asas sahaja dan memerlukan kita untuk menaip command-command tertentu semasa proses menyaipnyediakan apa-apa drawing.

Daripada basic AutoCAD ini, maka munculah beberapa script yang kita panggil LIPS untuk memudahkan lagi kerja drafting. Sebagai contoh, pada sebarang garisan terabas yang dibuat, kita berkehandakkan supaya ditulis bearing dan jarak pada garisan itu. Disini, jika kita hanya menggunakan AutoCAD basic, maka semestinya proses ini perlu dilakukan secara manual, iaitu "list" kan dulu jarak tersebut, kemudian tulis bearing jaraknya. Kemudian, gunakan command DT untuk menulis text bearing dan jarak tersebut pada garisan tersebut. Jadi, dengan adanya LIPS ini, proses sebelum ini pada AutoCAD basic dapat kita ringkaskan dimana kita hanya perlu "load" kan sahaja LIPS yang hendak digunakan. Sebagai contoh untuk keadaan yang sama seperti diatas, terdapat satu LIPS yang diberi nama "DBD" dimana pada ruang command, kita hanya perlu menaip "DBD" sahaja, kemudia, klik pada line yang hendak dikeluarkan bearing jarak dia, setkan saiz tulisan dan rotation text tersebut, kemudian enter. Beraing dan jarak akan terpapar pada garisan tersebut.

Sebenarnya command atau senangnya nama-nama LIPS ini adalah bergantung kepada si pembuat LIPS tersebut. Ada kalanya, ianya LIPS dengan tujuan yang sama, cuma commandnya sahaja yang berlainan. Untuk merekabentuk sesuatu LIPS ini, terdapat pelbagai program yang boleh digunakan, seperti Visual Basic (VB), C++ dan lain-lain.

Berbalik kepada SurveyCAD ini, ringkasnya ialah SurveyCAD ini adalah terdiri daripada ratusan LIPS yang sedia dibina mengikut pelbagai kehendak dan tuntutan untuk kerja-kerja drafting yang berkaitan dengan kerja ukur dan penyediaan pelan-pelan ukur. Cumanya, advantage pada SurveyCAD ini ialah kepakaran dan pengalaman si pembuatnya untuk memagikkan LIPS yang beratus-ratus tadi kepada ICON-ICON yang di add-on terus kepada surface AutoCAD dan juga pada menu bar.

Ok, mari lihat gambar dibawah untuk lebih memahami secara awalan berkenaan dengan SurveyCAD ini.


Gambar diatas ialah interface AutoCAD 2010 basic yang baru di install. Jika dilihat, ianya hanya mengandungi icon-icon command asas sahaja.


Berikutnya, gambar diatas ialah interface AutoCAD 2010 selepas di install kan add-on SurveyCAD. Jika diperhatikan, terdapat beberapa pernambahan icon pada interface tersebut yang mana itulah LIPS-LIPS yang diterjemahkan secara terus melalui icon-icon pada interface AutoCAD. Selain itu, terdapat juga menu tambahan pada Menu Bar iaitu menu SurveyCAD.


Keperluan kepada SurveyCAD.

Kenapa SurveyCAD ini bagi saya penting? Jika dilihat, kebanyakan drafter-drafter lama bertaraf otai-otai memanglah diakui kebolehan dan kemampuan mereka untuk menyiapnyediakan sesuatu drawing itu dengan pantas, berkesan dan menepati piawaian dan spesifikasi plan yang dikehendaki. Ini adalah hasil daripada pengalaman jerih payah mereka dalam menuntut ilmu drafting dalam satu tempoh masa yang panjang. Ini juga berlaku dengan adanya LIPS-LIPS simpanan mereka yang dikumpul. Namun begitu, ada juga antara mereka yang masih lagi menggunakan cara asas utnuk menyiapkan sesuatu drawing itu. Ini jika dilihat sungguh luar biasa kerana ketangkasan mereka untuk mengendalikan command-command CAD secara asas, iaitu dengan menaip satu persatu command yang mereka nak guna.Kuncinya cuma satu sahaja, iaitu PENGALAMAN.

Saya ambil satu contoh yang paling ketara untuk membezakan antara orang baru dan orang lama, iaitu penentuan skala pada drawing dan plan yang bakal diplot. Ini sahaja cukup untuk menguji samada drafter itu berpengalaman atau tidak. Kelangsungan untuk menghasilkan sesuatu drawing / plan yang menepati skala adalah AMAT KRITIKAL bagi sesuatu kerja ukur itu kerana ianya berkait rapat dengan kehendak client untuk menyamai apa-apa design yang mereka buat untuk sesuatu projek itu.

Contoh, anda tahu bagaimana untuk menetapkan skala potting jika bos berkehendakkan outputnya di plot pada kertas A2 dengan skala 1 : 1250. Ini akan melibatkan proses kira-kira yang boleh dikatakan rumit dan leceh. Penetapan ini penting kerana selepas plan di plot, selalunya diperingkat saringan awal, bos atau PM akan memeriksa terlebih dahulu plan yang diplot itu menggunakan "pembaris skala" dan kesalahan anda akan dikesan dengan mudah.

Fresh graduate terutamanya, boleh buat? Tahu bagaimana nak set frame supaya kalau tak cantik sekalipun drawing yang kamu hasilkan tu, paling tidak ianya menepati skala.

Dengan menggunakan SurveyCAD ini, kaedah penentuan skala dibuat dengan cara cukup mudah. Hanay tinggal klik pada icon terlibat, pilih skala drawing dan pilih saiz kertas yang dikehendaki. Selepas itu pilih mana-mana frame yang telah sedia diletakkan dalam menu SurveyCAD ini. Siap, teruskan dengan proses editing sehingga siap.

Antara menu-menu yang terbit daripada SurveyCAD untuk tujuan menentukan skala dan frame.

Itu baru satu contoh sahaja, dimana SurveyCAD ini masih lagi punyai banyak fungsi-fungsi lain yang sangat berguna. Antara fungsi-fugsi lain yang terdapat pada SurveyCAD yang sempat saya gunakan yang bagi saya ianya adalah penyebab kepada mengapa saya mengkelasan SurveyCAD ini sebagai antara yang terbaik dan paling user friendly ialah :

  1. Tukarkan text height kepada 3D point (ini terbaik!)
  2. Generate TIN daripada 3D oint yang dihasilkan (ini terbaik!)
  3. Generate KONTOR daripada TIN yang dihasilakn (ini terbaik!)
  4. Warnakan TIN dan KONTOR (mudah untuk buat analisa ketinggian).
  5. Frame-frame yang siap sedia bina secara khusus untuk sesuatau kerja ukur itu seperti contoh frame unutk plan topografi, plan precomp, plan kejuruteraan, plan cross-x dan long-x dan lain-lain.
  6. Volume calculation, CUT & FILL (ini terbaik!)
  7. Volume calculation report, CUT & FILL (dikeluarkan terus ke fail .txt)
  8.  Penyediaan graf / data / plan untuk cross-x dan long x (ini terbaik!)
  9. Standard JKR punya simbol.
  10. COPY and PASTE sesuatu entiti terus kepada kodinat asal yang di copy.
Ok, cukup 10 sahaja sebab banyak lagi antara fungsi-fungsi SurveyCAD ini yang sangat membantu dalam kerja-kerja drafting. Paling penting, IANYA DIBUAT SECARA TERUS MENGGUNAKAN AutoCAD!

Lain-lainya, SurveyCAD ini dihasilkan meliputi semua penggunaan dan keperluan-keperluan untuk menghasilkan plan-plan ukur baik untuk kerja-kerja ukur kadaser ataupun kejuruteraan. Apa yang saya boleh katakan, SurveyCAD ini sangat-sangat membantu terutamanya bagi :
  1. student-student dan fresh graduate. Jika mahir menggunakan SurveyCAD ini, ianya boleh dijadikan bekalan bagus untuk kamu tempuhi sesi temuduga nak mohon kerja nanti. Pada pengalaman saya, fresh graduate terutamanya agak terkebingungan dalam melaksanakan apa-apa kerja drafting diawal usia mereka berkerja. Kadang-kadang, 2 3 tahun baru nak pandai merangkak. Ianya sangat mengambil masa untuk memahami penggunaan AutoCAD basic untuk menjalankan kerja-kerja drafting, dan jika menggunakan apa-apa LIPS yang dibekalkan pun masih lagi memerlukan masa untuk mahir. Kena pulak individu yang suka main lompat-lompat company ni. Orang-orang tua cakap, "lain padang lain belalangnya". Macam tu jugalah andaikata bertukar-tukar tempat dimana lain tempat lain kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja drafting tu. 
  2. Bagi yang sudah berkerja juga bagus kerana bila kerja siap cepat, nanti boleh banyak rehat. Bos pun sayang. Apa yang penting, anda boleh mempercepatkan masa untuk mengasah skill anda dalam kerja-kerja drafting untuk mencapai tahap piawaian standard drafter.
  3. Kepada Bos-Bos juga, terutamanya Jurukur Berlesen, semestinya anda tidak perlu lagi pening kepala jika drafter lama berhenti secara mengejut kerana anda boleh menyediakan backup dalam tempohmasa yang singkat.
  4. Untuk IPTA / IPTS pula, bagi saya ianya mungkin pada suatu hari nanti akan jadi satu keperluan untuk disediakan SurveyCAD ini pada PC-PC didalam lab-lab ukur supaya hasrat untuk melahirkan graduan yang BERSKILL TINGGI dan MENEPATI KEHENDAK DUNIA KERJAYA dapat dicapai. Ini kerana, bagi saya, asas untuk melahirkan seorang graduan yang mahir, ianya perlu untuk menyediakan mereka secukupnya dan semahirnya dalam kerja-kerja drafting, selain berkemampuan untuk mengendalikan krja-kerja ukur dipadang.

Ok, cukup.

Pengenalan kepada Si Pembina SurveyCAD.

Tidak manis kiranya jika tidak turut memperkenalkan Si Pembina SurveyCAD yang sungguh hebat ini. Mengikut Si Pembina ini, SurveyCAD ini dihasilkannya melalui pengalaman-pengalaman yang dikutipnya selama berpuluh tahun berkecimpung didalam dunia drafting ini. Segala kepayahan drafting yang ditempuhinya dulu telah dipermudahkan melalui SurveyCAD yang dihasilkan ini.

Untuk lebih lanjut dan berhubung terus dengan Si Pembina dan testimoni daripada individu-individu yang telah menggunakan SurveyCAD ini, boleh kunjungi pada Group FACEBOOK SurveyCAD di :

Klik sini : FB SurveyCAD    


Si Pembina ini juga mudah untuk dihubungi dan after sales service nya juga bagus. Selain itu, request unutk fungsi-fungsi tambahan jika difikirkan perlu untuk sesuatu tujuan khusus juga boleh dibincangkan secara terus dengan Si Pembina untuk direkabentuk dan dimuatkan pada SurveyCAD (itupun jika masuk akal lah).

Trial version kepada SurveyCAD ini juga boleh di download terus daripada page Facebook SurveyCAD ini, dengan trial sebanyak 60 kali penggunaan.

Penutup.

Sekali lagi, saya hanyalah salah seorang pengguna SurveyCAD sahaja dan penulisan ini dibuat daripada pengalaman saya menggunakan SurveyCAD ini untuk beberapa drawing terkini dan dibandingkan dengan semasa saya hanya menggunakan basic AutoCAD dan LIPS-LIPS ringkas sahaja untuk menyaipkan drawing / plan yang lepas-lepas.

Oh, sebelum terlupa, SEMESTINYA SurveyCAD INI ADALAH BERBAYAR.

Ok, setakat itu dahulu pengenalan kepada SurveyCAD.

Akan bersambung dengan tutorial detail untuk setiap fungsi yang ada pada SurveyCAD selepas ini..........................................................jika rajin.

Assalamualaikum w.b.t.

Read more...

Friday, January 20, 2012

Detail survey menggunakan single RTK GPS.

Assalamualaikum w.b.t.

Teknologi RTK GPS sekarang ni semakin berkembang. Dengan hanya berbekalkan single GPS, sim card dan sebotol air sahaja, seorang surveyor itu mampu untuk membuat sesuatu kerja ukur itu secara berseorangan. Namun ini bergantung juga kepada kondisi site yang nak di ukur tu, dan juga netrowk coverage di kawasan itu.

Saya ambil contoh, jika hendak menjalankan kerja-kerja pengukuran topografi misalnya. Sebagai contoh untuk kerja-kerja pecah sempadan yang memerlukan detail LCP, maka pengukuran topografi perlu di lakukan di atas lot yang terlibat itu.

Selain itu, misalnya, kawasan kerja yang agak terang. Maksud terang disni ialah tidak terdapat pokok-pokok besar, paya-paya atau kolam air, bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya yang boleh menggangu bacaan GPS.

Jadi, untuk kerja-kerja senang macam tu, kenapa perlu lagi kita bawa satu team 2 3 orang, sedangkan dengan kemajuan dan teknologi GPS yang ada sekarang, seorang sahaja mampu untuk menyelesaikannya. Mungkin 2 lah kut, sorang buat kerja, sorang lagi temankan. Buatnya kena samun @ rompak masa kerja, atau terjadinya apa-apa yang di luar jangkaan, susah jugak tu ye.

Tapi, pada pengalam saya, pernah beberapa kali saya turun ke site untuk buat kerja-kerja topo LCP seorang diri sahaja, hanya berbekalkan set kelengkapan GPS, sebilah parang, sebotol air dan sekotak rokok. Alhamdilillah, 2 jam dah siap 4 ekar, termasuk detail cuting atas sungai, jalan-jalan sedia ada dan lain-lain detail termasuk topo.

Ianya sangat menjimatkan kos dimana pihak bos boleh menjimatkan sehingga 70% kos upah yang diperuntukkan kepada pra-pra dalam satu pasukan ukur tu. (kos GPS dianggap sudah habis bayar dan dah balik modal).

Tugas seorang surveyor untuk kerja-kerja ini ialah :

  1. Buat sedikit siasatan mengenai lokasi site tu, samada dapat 3g coverage atau tidak. Ini penting, sebab kalau tak ada 3g coverage, macam mana nak buat kerja pakai single RTK GPS yang menggunakan correction daripada server JUPEM.
  2. Menyediakan set kelengkapan GPS. Pastikan bateri penuh, sim kad kalau pakai prepaid dah siap-siap topup, kalau pakai sim broadband pasikan sim tak kena block sebab tak bayar bil.
  3. Siapkan data-data mengenai lot yang hendak di ukur tu. (Ini akan diteangkan secara detail selepas ini).
  4. Tidur secukupnya supaya tidak penat sebab esok nak buat survey kene selalu berjalan pick up point.
Mengenai proses penyediaan data tu, terdapat beberapa perkara yang boleh di lakukan oleh seorang jurukur sebagai persediaan untuk membuat pengukuran. Antaranya ialah :
  1. Meneyediakan data-data basemap daripada lot PDUK di kawasan itu. Ini adalah salah satu advantage dimana ianya akan memudahkan proses mengenalpasti kawasan site supaya data-data yang di ambil tidak terlebih mahupun terkurang.
  2. Semasa pemprosesan data dibuat juga akan memudahkan kita tanpa perlu lagi kita import block lot-lot terlibat sebagai basemap kerana data ukur yang di cerap akan terus boleh di import bersama basemap lot sekali.


Kaedah penyediaan data ini sebenarnay bergantung juga kepada capability GPS yang digunakan. Semuanya terletak kepada function-function yang ada dalam software data collectornya. Seperti GPS yang saya gunakan, saya hanya perlu tukarkan base lot saya kepad aformat shapefile / .shp open file tersebut menggunakan software data collectornya sahaja.

Seterusnya, buatlah kerja-kerja pick up point sampai habis. Outputnya adalah seperti berikut.



Ini hanyalah data pada software data collecter pada controller GPS sahaja. Untungnya pakai software ni ialah :
  1. Setiap jenis butiran boleh disetkan terus layer-layer nya, memudahkan kita untuk mengasingkan setiap jenis butiran.
  2. Setiap layer yang di set itu mempunyai attribute sendiri, senang untuk kita buat editing.
  3. Contoh seperti entiti yang mempunyai garisan bersambung seperti jalan, pagar atau sungai misalnya, pada set layer itu, kita boleh setkan supaya ianay disambung secara automatik semasa pengukuran dibuat apabila data dicerap dan disimpan. Kelebihannya, kita tidak lagi perlu untuk sambung-sambung detail seperti ini di dalam proses editing.
  4. Data-data yang dicerap boleh diexport terus ke AutoCAD untuk membuat proses editing final sebelum di print out untuk diserahkan kepada client.



Kerja senang, kos kurang, data selamat dan editing tak ambil masa lama.

Sekian, terima kasih.


Read more...

Tuesday, November 23, 2010

Tutorial CDS I : Macam mana nak buat database terabas.

Assalamualaikum w.b.t....

Nota aku kali ni ialah pasal macam mana nak buat database terabas pakai CDS. Ini ialah step 1 untuk buat drawing. Untuk proses data-data ukur ni, aku pakai CDS (Civil Design & Survey) Foresight Software. Biasanya  kita gunakan software ni untuk proses data-data kerja ukur kejuruteraan (engineering survey). Contoh kat sini ialah terabas kawalan, ukur aras (levelling) dan data-data ukur butiran (detail survey) yang korang buat tu yang mana kita pakai CDS ni untuk proses data-data tu dan selalunya lepas proses tu, data yang dah siap di proses tu akan di export ke Autocad (.dwg) untuk proses editing.

Straight to the point, entri ni aku cerita pasal nak proses data-data terabas kawalan korang tu. Aku letak kat sini contoh terabas yang ringkas2 je. Penat wo nak buat yang rumit-rumit ni, aku bukannya pandai sangat pun : ) (yang sebenarnya....).

Daripada terabas kawalan yang korang buat tu, lepas korang siapkan pengiraan bearing dan jarak muktamad tu, barulah boleh mula masukkan ke dalam CDS ni untuk buat database terabas. Kalau korang malas nak kira ketepatan terabas (traverse accuracy) untuk kawalan terabas yang korang buat tu, boleh jugak guna cara ni.

Ok, hasil bearing dan jarak muktamad daripada terabas yang aku guna ni macam ni :

Stn              Bearing                Jarak
   2-3           349d 44' 30"         44.895
   3-4            99d 50' 40"        104.965
   4-5          101d 24' 00"        108.399
   5-6          184d 56' 00"        124.120
   6-7          214d 29' 20"          30.069
   7-8          279d 17' 10"          82.959
   8-1          279d 37' 00"          61.734
   1-2          345d 24' 40"        123.949

Lepas tu, buka je CDS tu dan ikut step print screen yang aku tampal kat bawah-bawah ni.


Dah klik [New] tu, lepas tu masukkan je nama-nama untuk fail database korang ni.


Dah settle create New job, paparan macam ni akan kluar. Ruangan putih tu ialah temapt display database terabas korang nanti. Sekarang ni kosong lagi sebab belum siap lagi.


Klik kat [Entry] atas tu, kemudian pilih [Traverse Network] untuk mula masukkan data-data terabas tu.


Klik pada [New] untuk masukkan data-data terabas baru. [Open existing] tu guna untuk edit balik database terabas korang kalau la ade tersilap masuk ke.


Ini lah ruangan untuk masukkan database terabas korang tu. Key-in satu-satu dengan cermat. Yang aku buat ni akau pakai contoh data terabas yang aku letak kat atas tadi tu.


Mula-mula sekali, masukkan stesen yang ada koordinat muktamad. Masukkan kodinat untuk satu stesen je dah cukup sebab nanti CDS ni akan tolong kirakan koordinat untuk stesen-stesen lain tu. Patikan pada ruangan TYPE tu korang pilih STN. Ianya adalah "dropdown menu" dan korang boleh pilih. STN ni adalah untuk permulaan database terabas dimana ianya menjadi rujukan untuk koordinat terabas kawalan korang tu.


Ni contoh data-data terabas yang aku dah masukkan. Perhatikan perubahan pada TYPE tu. Untuk line 1 tu aku dah explain kat atas tadi. Bermula dari line 2 tu adalah data-data terabas korang tu. Untuk masukkan data-data terabas tu, korang pilih TRAVERSE pada "dropdown menu" tu. Bearing dimasukkan, sebagai contoh 184d 56' 00" tu, korang tulis 184.5600. Nanti dia akan automatik tukar.


Berikutnya, perhatikan pada anak panah merah tu. FNOTE tu ialah note untuk laluan terabas kawalan tu. Untuk masukkan line baru tu, klik pada ruangan TYPE pada line 2 tu, tekan Insert pada keyboard tu. Lepas tu, pada "dropdown menu" tu, pilih FNOTE.


Dah settle sume tu, perhatikan kat ruangan atas tu (macam gambar kat bawah ni). Ianya masih kosong lagi. Kat sinilah ketepatan terabas kawan korang akan dipaparkan. Tengok pada gambar tu, ada button Re. Klikje pada button tu.


Haaa...tengok kat Acc tu. Itulah ketepatan terabas kawalan tu. Macam untuk terabas ni, ketepatannya ialah 1:23631. Sikit je pasal surveyor tak expert lagi. Hahahahha...... Oh, parameter terabas kawalan tu pun ada, rujuk pada runag Perimeter tu.


Selain dariapda klik pada button Re tu, korang juda boleh kirakan misclose ni dengan cara macam gambar kat bawah ni.


Ok, dah settle dapat misclose yang boleh diterima pakai tu, proses pula koordinat untuk setiap stesen tu. Pengiraan ni dibuat berdasarkan koordinat stesen yang korang masukkan mula-mula kat atas tadi tu. Kalu silap masuk koordinat tu, semua nilai koordinat korang akan salah. So, pastikan jari-jari anda sentiasa berhati-hati, tekan pelan-pelan keyboard tu. 

Juga klik pada menu [Option] kat atas tu dan klik pada [Calculate Coordinates].


Lepas klik [Calculate Coordinates] tu, dibawah menu [Option] juga, klik pada [Show Coordinates] untuk paparkannya pada ruangan database.


Kat hujung sekali tu lah hasil kiraan koordinat setiap stesen. Senang kan!


Yang kat atas tu ialah paparan untuk database terabas kawalan tu dan untuk paparkan bentuk dan kedudukan terabas kawalan tu, klik pada menu [Option] dan klik pada [Show Data in Database].


Klik OK.

Dan....inilah paparan kedudukan setiap stesen terabas kawalan tu. Menu box kat atas tu membolahkan korang untuk zoom in atau zoom out. 


Kalau dilihat pada paparan diatas, ianya hanya memaparkan kedudukan-kedudukan stesen terabas je, Jadi, untuk paparkan sambungan garisan-garisan stesen tu, klik pada [Strings] dan pilih [Add].


Pada menu ni, masukkan String ID untuk garisan yang korang nak buat tu. Untuk terabas ni, aku taruk LOT je. Kat bawah tu pulak, masukkan point ID stesen-stesen yang korang nak buat garisan tu. Untuk yang ni, aku masukkan nombor-nombor stesen terabas aku, 1,2,3,4,5,6,7,8,1. Kalau mula dengan 1, harus ditutup dengan 1 balik supaya garisan lot itu akan tertutup dan membentuk poligon. 


Dan, macam ni lah hasilnya. Ingat-ingat balik, betul tak terabas yang korang buat tu macam ni. Kalau lain macam je bentuk dia tu, mungkin ada silap mana-mana data yang korang masukkan, ataupun ID stesen-stesen terabas tu.


Dah siap tu, jangan lupa save. Kang sia-sia je kerja ko, tapi CDS ni pun akan automatik save kerja korang ni.

Ok, cukup untuk kali ni. Nanti au sambung dengan cara proses data ukur butiran tu (detail survey) dan macam mana nak gabungkan database terabas ni dengan database ukur butiran (detail survey) tu.

Bye.

Read more...

Saturday, October 9, 2010

Bagaimana nak masukkan LOT dan paparkan pada Google Earth?

Assalamualaikum w.b.t.

Aplikasi dan penggunaan Google Earth pada masa ini sangatlah meluas. Pak cik mak cik pun ramai yang dah tahu macam mana nak tengok rumah atau sekeliling rumah mereka dari atas. Tak kurang jugak orang-orang yang cuba nak cari atau tahu selok belok jalan, walaupun map Google Earth ni tak semua tempat yang updated.

Bagi surveyor pulak, Google Earth ni sangat-sangat lah berguna dari banyak segi, Sebagai contoh, kita dapat projek kat sesuatu kawasan, so secara awalnya, kita boleh tahu lebih kurang mengenai keadaan sesuatu tempat tu hanya dengan buka Google Earth. Itu adalah secara kasar sebab berkemungkinan tempat tu dah berubah.

Ianya lebih kepada tujuan untuk mengenal kawasan dan ini jug aboleh di adaptasikan kepada pengukuran Kadaster dimana ianya menyenangkan kita untuk tahu kedudukan lot yang akan kita ukur, jalan ke lot tu dan kawasan sekeliling lot. Di peringkat rekebantuk pecahan lot juga boleh dirujuk serba sedikit daripada Google Earth ini, seperti contoh kalau nak tengok samada dah ada jalan ke lot atau tidak, ada tak jalan di sekeliling lot, berapa jauh jalan untuk masuk ke lot, ada rumah atau apa-apa binaan tak kat atas lot tu  dan..........ok,cukup. Nanti panjang meleret.

Jadi, untuk tujuan-tujuan seperti yang aku sebutkan sikit kat atas tu, aka adalah penting untuk kita "lekatkan" lot-lot tanah pada Google Earth ni. Format yang boleh diterima oleh Google Earth ni salah satunya ialah .KMZ/KML. Aku hanya ada data lot dalam fomat MapInfo, bermakna ianya dalam format .TAB. Sesetengahnya juga mungkin dalam format .SHP ataupun .MIF. Sedihnya lagi, aku hanya pakai MapInfo version 8 tu yang mana aku rasa tak ada kut function yang boleh aku export terus ke Google Earth ( kalau ada tolong bagitau aku ya, untuk version 8 je ni ). Dengar cerita MapInfo version 9 dan 10 boleh bukak direct ke Google Earth eh???? Sungguh ketinggalan aku ni.

Jadi, dengan data yang aku ada ( .TAB ) tu, aku boleh terus menggunakan software Global Mapper. Aku guna Global Mapper ni untuk convertkan .TAB tu ke .KMZ/KML yang di izinkan oleh Google Earth.


Dalam kes aku ni aku buka je file .TAB yang aku ada tu. Lain-lain pun, kalau ada file yang daripada .SHP yang dah convert ke .MIF guna MapInfo pun boleh bukak kat sini. Dan paparan lepas bukak tu lebih kurang macam ni.


Dan lepas tu, macam biasa....ikut anak panah merah yang aku buat tu. 1st, klik kat File.





Tuuppppp....tamat sudah bahagian export ke .KMZ/KML. Lagi banyak lot yang ko nak export tu, lagi lama la ko kena tunggu. Bosan weh tunggu lama-lama ni. Sekarang ialah proses nak buka file yang telah di convert ke .KMZ/KML tadi dengan Google Earth.


Buka file .KMZ/KML yang di save daripada Global Mapper tadi.


Dan hasilnya adalah macam ni.


Mengantuk sudah.

Ok,bye.


Read more...

Friday, October 8, 2010

Bagaimana nak capture screenshot pada Garmin GPSMAP 60csx?

Assalamualaikum w.b.t.

Entri pada kali ini ialah macam mana boleh kita capture screenshot pada handheld Garmin GPSMAP 60csx. Kaedah yang labih extra baik daripada ambil gambar pakai kamera biasa yang biasanya jadi tak clear sangat gambar. Kadang-kadang tu pulak macam student-student yang buat assignment ke, nak buat report ke atau yang berkaitan dengan penggunaan Garmin 60csx ni bolehlah gunakan cara ni untuk capture screenshot pada Garmin 60csx ni. Oh ya, aku cuba ni pada Garmin 60csx je, lain-lain garmin aku tak tahu boleh ke tak.

Apa yang anda perlukan ialah :

  1. Mesti kena ada handheld GPSMAP 60csx tu.
  2. USB cable.
  3. Software xImages.


Lepas bahan-bahan semua dah cukup, sambungkan cable USB tu ke Garmin 60csx tu dengan laptop/PC. Oh ya, sebelum tu pastikan driver USB telah di install supaya laptop boleh "mengenali" sambungan dan apa yang disambungkan itu. 

Untuk capture screenshot tu, software ni diperlukan, xImages. Software ni dah diberikan dalam CD bila korang beli Garmin 60csx ni, sekali lah dengan USB punya driver tu. Tapi macam mana pun, kalau dah tak dapat dikesan ke, boleh download kat sini........xImage.

Okeh, dah settle tu, kasi bukak itu xImages punya software. 



Kat sini, bila yang dalam kotak merah tu kosong, maknanya software ni belum dapat kesan ID Garmin 60csx tu. Bagi dia sedikit masa untuk settlekan proses pengesanan dan sambungan.


Bila xImage ni dah dapat kesan Garmin 60csx tu, dia akan paparkan ID tu macam dalal kotak merah tu. Lepas software dah dapat kenal dan buat sambunagn ke Garmin 60csx ni, langkah-langkah seterusnya adalah ikut anak panah merah yang aku buat tu. 





Dah pun tamat. Senang je rupanya. Sebelum ni aku buakan main la google cari cara nak capture screen Garmin 60csx ni. Sekali baca manual, hah......tu la, lain kali orang bagi manual tu baca! Hahaha....


Contoh screenshot yang dah aku capture. Sebenarnya aku nak capture page map tu je, nak tunjuk kat kawan cara nak masukkan map lot PDUK dalam Garmin 60csx ni. Senang sikit nak kesan lot dan kedudukan batu-batu lot. Accuracy dia macam biasa lah, bergantung pada beberapa faktor tap pernah aku cuba pada open sky yang sangat cemerlang, cuaca pun cemerlang dah hasilnya juga cemerlang. Tapi tu lah, nama pun GPS, accuracy sentiasa berubah-ubah mengikut tempat, keadaan tempat tu dan masa. 

Nanti lain kali aku post cara-cara nak buat basemap lot PDUK dan cara-cara nak masukkan ke dalam Garmin ni.

Ok, bye.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...