Saturday, October 9, 2010

Home » , » Bagaimana nak masukkan LOT dan paparkan pada Google Earth?

Bagaimana nak masukkan LOT dan paparkan pada Google Earth?

Assalamualaikum w.b.t.

Aplikasi dan penggunaan Google Earth pada masa ini sangatlah meluas. Pak cik mak cik pun ramai yang dah tahu macam mana nak tengok rumah atau sekeliling rumah mereka dari atas. Tak kurang jugak orang-orang yang cuba nak cari atau tahu selok belok jalan, walaupun map Google Earth ni tak semua tempat yang updated.

Bagi surveyor pulak, Google Earth ni sangat-sangat lah berguna dari banyak segi, Sebagai contoh, kita dapat projek kat sesuatu kawasan, so secara awalnya, kita boleh tahu lebih kurang mengenai keadaan sesuatu tempat tu hanya dengan buka Google Earth. Itu adalah secara kasar sebab berkemungkinan tempat tu dah berubah.

Ianya lebih kepada tujuan untuk mengenal kawasan dan ini jug aboleh di adaptasikan kepada pengukuran Kadaster dimana ianya menyenangkan kita untuk tahu kedudukan lot yang akan kita ukur, jalan ke lot tu dan kawasan sekeliling lot. Di peringkat rekebantuk pecahan lot juga boleh dirujuk serba sedikit daripada Google Earth ini, seperti contoh kalau nak tengok samada dah ada jalan ke lot atau tidak, ada tak jalan di sekeliling lot, berapa jauh jalan untuk masuk ke lot, ada rumah atau apa-apa binaan tak kat atas lot tu  dan..........ok,cukup. Nanti panjang meleret.

Jadi, untuk tujuan-tujuan seperti yang aku sebutkan sikit kat atas tu, aka adalah penting untuk kita "lekatkan" lot-lot tanah pada Google Earth ni. Format yang boleh diterima oleh Google Earth ni salah satunya ialah .KMZ/KML. Aku hanya ada data lot dalam fomat MapInfo, bermakna ianya dalam format .TAB. Sesetengahnya juga mungkin dalam format .SHP ataupun .MIF. Sedihnya lagi, aku hanya pakai MapInfo version 8 tu yang mana aku rasa tak ada kut function yang boleh aku export terus ke Google Earth ( kalau ada tolong bagitau aku ya, untuk version 8 je ni ). Dengar cerita MapInfo version 9 dan 10 boleh bukak direct ke Google Earth eh???? Sungguh ketinggalan aku ni.

Jadi, dengan data yang aku ada ( .TAB ) tu, aku boleh terus menggunakan software Global Mapper. Aku guna Global Mapper ni untuk convertkan .TAB tu ke .KMZ/KML yang di izinkan oleh Google Earth.


Dalam kes aku ni aku buka je file .TAB yang aku ada tu. Lain-lain pun, kalau ada file yang daripada .SHP yang dah convert ke .MIF guna MapInfo pun boleh bukak kat sini. Dan paparan lepas bukak tu lebih kurang macam ni.


Dan lepas tu, macam biasa....ikut anak panah merah yang aku buat tu. 1st, klik kat File.





Tuuppppp....tamat sudah bahagian export ke .KMZ/KML. Lagi banyak lot yang ko nak export tu, lagi lama la ko kena tunggu. Bosan weh tunggu lama-lama ni. Sekarang ialah proses nak buka file yang telah di convert ke .KMZ/KML tadi dengan Google Earth.


Buka file .KMZ/KML yang di save daripada Global Mapper tadi.


Dan hasilnya adalah macam ni.


Mengantuk sudah.

Ok,bye.

11 komen:

lkc_lai said...

Baru beli Global Mapper? Nampak canggih.

Berapa cost software ini?

ya sebelum saya lupa. En. Hasrul dari Topcon sekarang ada di Kelantan/Terengganu buat demo. Mungkin arif boleh contract dia-012-3088422

in28flames said...

crack version je Mr.Lai, nak cuba dulu. hehe...

ouh, terima kasih untuk info tu Mr.Lai.

Anonymous said...

hello,
ada tak perkhidmatan untuk buatan data lot tanah tertentu ke format kml/kmz kat google earth. saya rasa ini sangat berguna untuk orang awan masa nak beli tanah. nak check kedudukan betul atau tak

in28flames said...

anonymous : data-data lot tanah ni seperti plan akui (certified plan) (CP) (PA) boleh di beli di jabatan ukur (JUPEM) @ mana-mana orang awam yang perlukan nasihat berkenaan denagn tanah ni juga boleh cuba dapatkan daripada jurukur-jurukur berhampiran. Atau en/cik/tuan/puan boleh email kan kepada saya. No. phone pun ada saya letakkan di blog ni. Insyallah apa yang saya boleh bantu saya akan bantu.

Anonymous said...

sy dapati selepas kita convert akn terjadi mcm enjakan. loc dipaparkan xaccurate. xcekak nok ejas projection do ambo, lg mano nok wi tepat?

in28flames said...

anon, memang akan berlaku sikit anjakan sebab base projection google earth pada WGS. even kalau masuk kodinat satu satu pun akan lari juga. contoh, convert dari cassini ke WGS, then key in satu satu. biasanya pun guna ni untuk tahu tempat secara kasar je.

Anonymous said...

even kalu kita set mapsourse guna datum kertau, still akn berlaku anjakan x,y dlm 2-5meter... xleh nok wak gapo2 do rasonya, kena terima hakikat...

Amirul Yaakub said...

ada registration key???
please

Anonymous said...

fail tab leh masuk direct ke google earth...denga nsyarat google earth pro....

Anonymous said...

Bro....imej google earth yg terbaru xleh dapt ke..kot2 ada ke...selalu downld yg imej tahun 2006 jew...

Yusuf Zakaria said...

Assalam bro,

saya hanya ade no lot (contoh no lot 2241 PM 386) dan nak cari lokasi sebenar pada map.. ade cara ke saya nak cari lokasi berdasarkan no lot je (xde softcopy file dr jupem)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...