Wednesday, October 6, 2010

Home » , » Kadang-kadang tuan tanah pun tak boleh percaya jugak.

Kadang-kadang tuan tanah pun tak boleh percaya jugak.

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu itu hari, adalah sorang pak cik ni minta tolong aku ukurkan tanah dia. Ceritanya, dia nak jual tanah tu, ada la dalam 1 ekar 200 depa kut kalau tak salah aku. Jadinya, bila nak berurusan dengan si pembeli tu, orang yang nak beli tu pulak cakap tanah dia tu dah bukan 1 ekar 200 depa dah, dah tinggal sikit je sebab dah kena "makan" dek jalan. So, untuk sahkan dakwaan si orang yang nak beli tu, dia panggil la aku untuk buat ukuran pengesahan, sekaligus locate semua batu-batu sempadan untuk lot dia tu.

Seperti biasa, pukul 8 pagi aku dah terpacak kat tempat yang di janjikan, jumpa je pak cik tu, terus dia bawa aku ke "lokasinya". Sampai je....."Ouh, ladang getah rupanya. Siut...banyak nyamuk ni". Turun je kereta, pak cik tu bagi la phootostet geran tu, dia tunjuk la yang tanah tempat kami duduk sekarang tu lah tanah yang dia nak aku ukur.



Mula-mula dengar dia cakap luas 1.2 ekar tu dalam kepala aku dah bajet sekali turun je boleh settle ni. Lepas tu, tengok-tengok geran dia, rupanya tanah dia tu jenis sempit dan memanjang, Lebar pun dalam 45 kaki je, memang buat ladang getah je la pak cik.

Lepas sembang sikit-sikit, aku pun dah nak mula la buat kerja. Tanya pak cik tu kalau-kalau dia tahu kat mana-mana yang dia ada jumpa batu sempadan lot dia tu tapi katanya ringkas, "tak tahu kat mana", tapi dia cakap memang kat situ lah tanah dia sebab dah lebih kut 30 tahun dari zaman arwah ayah dia lgi dok menoreh kat situ.

Berdasarkan photostet geran yang dia bagi kat aku, boleh la aku cari PA untuk lot tu. Bukak je laptop, dapat la PA dia. Lepas tu macam biasa, cari la mana-mana batu yang bole jumpa untuk buat datum rujukan. Nak cari batu ni simple-simple je prosedur kerja dia. Orang cakap rilek-rilek je.

Hari tu pulak kena aku lupa bawak Garmin sekali, so agak teraba-raba jugak la nak locate batu-batu untuk aku mula kerja tu. Aku dengan budak-budak aku cari la kat sekeliling lot tu pulak. Cerita diringkaskan selepas banayk benda yang tak masuk akal dihadapi, ada la batu yang boleh aku buat rujukan. batu tu jumpa kat lot rizab tanah perkuburan ISLAM dan mula dari sini la aku dah rasa pelik. Tengok pada kedudukan lot kubur tu, macam jauh lagi je dengan tanah dia, sedangkan dari "lokasi" yang pak cik tu tunjuk tadi tu selang satu lot je. Haisehhhh.....aku dah mula rasa tak sedap. Ye ke pak cik ni?????

Malas nak fikir panjang-panjang, aku buat la traverse 2 batu tu untuk betulkan bearing tu, sebab batu yang jumpa tu pun bukan jenis yang dok sebelah-sebelah. Dah settle traverse tu, duduk la pulak aku main kira-kira. Nyamuk time ni tak payah cakap la dorang punya hepi, kenduri besar!!!!!



Dah settle main kira-kira tu, dapat la aku bearing separa muktamad. Selalunya nak cari batu ni cukuplah dapat bearing separa muktamad ni. Baru je nak start kerja-kerja mencari dan menanda tu, ada call pulak suruh balik. Ehemmmmmmmm.....so, kena la tinggal dulu. Esok pulak sambung.

Esoknya, aku dah siap awal-awal lagi Garmin dalam beg supaya tak tertinggal lagi. Sampai je kat site, terus aku bukak Garmin tu dan hasilnya................................sah pak cik tu dah tersilap "lokasi" tanah dia dan benda ni dah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu lagi. Dalam Garmin aku ni aku dah siap-siap masukkan data lot PDUK sebagai basemap aku, senang sikit nak carik kawasan lot, batu-batu. Cara-cara nak masukkan ni nanti aku explain lain kali ye : ) dan berdasarkan pada paparan pada skrin Garmin tu, lot sebenar pak cik tu sepatutnya terkebelakang dengan satu lagi lot 2.7 ekar. So, selama ni, pak cik tu upah orang untuk menoreh getah dia pada tempat yang bukan tanah dia.

Adoi la......lagi satu penerangan kena buat lepas ni.


Benda-benda serius macam ni bukan senang kalau tak kena cara handle, silap-silap kita pulak yang kena maki hamun. Kalau kita tak boleh convincekan client kita memang susah beb. Silap-silap lepas dia dah panggil 3 4 orang surveyor baru dia boleh percaya yang tu memang bukan tanah dia.

Sebagai permulaan, aku kasi call pak cik tu dulu, inform pelan-pelan kat dia keadaan tu. Terang elok-elok dan alhamdulilah, nasib baik pak cik tu rilek je dan siap bagi aku kerja tambahan untuk locate batu-batu sempadan lot yang 2.7 ekar tu. So, sekarang ni dah jadi 1.2 ekar + 2.7 ekar, ada la dalam 18 biji batu kena locate.

Malas nak fikir panjang lagi, aku teruskanlah kerja-kerja locate batu-batu sempadan tu. Cari satu, jumpa satu. Cari satu, jumpa satu.......berterusan hingga lah hampir kesemua batu-batu sempadan tu aku jumpa. Ada la 3 4 biji yang dah tak ada, so aku replace dengan paip. Yang ada elok tu aku kasi pacak kayu dan ikat riben awas merah putih tu supaya senang pak cik tu nak locate.



Dengan ini, confirm la memang sah-sah selama ini, pak cik tu dah silap "lokasi" tanah dia. Nasib baik la yang 2.7 ekar tu tanah abang dia. Kalau tanah orang lain tu maunya boleh bawak ke acara pergaduhan. Habis kerja, aku pun tunjuk la satu-satu batu-batu sempadan kasi pak cik yakin dengan hasil kerja aku dan dah settle semua tu, aku kasi sketch sikit kawasan tu, mana kedudukan lot, kedudukan jalan tar, jalan tanah, alur, kubur supaya senang pak cik tu nak berurusan lepas ni, dan yang penting untuk betulkan balik dan bagitahu abang dia tentang salah faham mereka selama ni.

Jadi, kat sini ada beberapa perkara yang aku dapat belajar dan pemilik-pemilik tanah perlu bagi perhatian.

Pemilik Tanah :

  1. Pastikan betul-betul kawasan tanah anda tu. Kesilapan-kesilapan macam yang aku cerita kat atas tu tadi selalu terjadi pada orang-orang yang jenis ada banyak tanah, pulak tu ada merata-rata. 
  2. Kalau dah ada banyak tanah tu, kasi urus elok-elok tanah tu. Tak rugi kalau upah surveyor ni datang buat ukur pengesahan @ cari batu-batu sempadan lot tu. Dengan tahu di mana kedudukan batu-batu sempadan tu, banyak benda boleh dielakkan seperti pencerobohan tanah, paling penting, pergaduhan.
  3. Kalau ada tanah tu, uruskan lah cepat-cepat, sebagai contoh aku kasi kat sini kalau ada anak-anak tu, uruskanlah cepat-cepat proses bahagi-bahagi tanah tu supaya tak menimbulkan masalah di depan hari. Perkara-perkara yang bermasalah ni dah banyak aku jumpa sekarang.
Kita sebagai surveyor :
  1. Jangan terlalu cepat percaya bulat-bulat sesuatu maklumat tu. Selidik dulu elok-elok sampai puas hati dan yakin. Hahahaha....pengalaman berharga lagi kali ni. 
  2. Jangan berat mulut untuk bertanya pada orang-orang sekeliling site tu untuk memudahkan kerja-kerja kita. Silap-silap dorang hidang air ke, cara jugak kan.
  3. Yakin pada keputusan yang kita perolehi, hasil daripada kerja yang kita buat dengan cermat dan betul.
  4. Skil komunikasi (PR) yang cemerlang amat-amat diperlukan dalam bekerja sebagai surveyor ni. Yang ni dah ulas dalam entri-entri yang lepas-lepas.

Ok, sudah cukup. Bye.

5 komen:

Anonymous said...

cmna nak masuk pduk dlm garmin tu..?

in28flames said...

bnyk jugak step dia....keje survey jugak ke ni? kalau ada data PDUK boleh saya buatkan...

Aj4 said...

as-salam

TS, mohon satu entry 'camne nak display pduk dlm garmin handheld'. thnks alot =)

semoga Allah membalas efforts TS. ameen.

SEkadar_pEOn said...

Salam bro... Kali ada data lot pduk dr mapinfo bleh x nk masukkan dlm garmin? Mcm mn caranya. Hehe

SEkadar_pEOn said...

Salam bro... Kali ada data lot pduk dr mapinfo bleh x nk masukkan dlm garmin? Mcm mn caranya. Hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...