Assalamualaikum w.b.t,
Daripada mula saya buka blog ini dan mula menulis berkenaan dengan dunia ukur tanah ni, ramai yang emailkan saya minta pendapat itu ini (walhal saya pun masih lagi junior dalam bidang ukur tanah ni), untuk post ini saya highlight kan berkenaan dengan orang awam, terutamanya dalam permasalahan pecah bahagi tanah, atau pecah sempadan tanah. Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi dapat cuba membantu apa yang termampu, termasuk memberi pandangan dan nasihat, juga membuat sedikit sebanyak sketch untuk mereka.
Daripada banyak-banyak email tu, saya ambil contoh email ada seorang hamba Allah ni. Dalam email ini, dia ada beritahu yang dia hadapai masalah untuk ambil bahagian dia dalam sekeping tanah yang dikongsikan dengan 5 yang lain (pemilik ada 6 orang semuanya). Jadi hamba Allah ni pun email lah sketch lebih kurang tanah tu daripada geran dia dan pembahagian yang mereka buat.
Dalam email terdahulu, dia ada maklum yang pada tanah tu sudahpun ada yg buat rumah. Jadi saya minta dia sketchkan kedudukan rumah lebih kurang dimana, dan inilah hasil email beliau.
Jika dilihat pada sketch beliau, kita boleh lihat tanah ini dibahagikan kepada 6 bahagian (6 orang pemilik), dan dibahagi dengan posisi memanjang (2 + 2 + 2) pada asalnya. Ini mungkin adalah kaedah pembahagian yang orang dulu-dulu tetapkan, selalunya macam tu lah.
Jadi, bila disemak, panjang bukaan sisi lot asal ini hanyalah lebih kurang 46 meter sahaja, dimana jika dibahagikan kepada 2 menjadi 23 meter buka sisi per lot secara kasarnya. Apa yang penting disini ialah tujuan hamba Allah ini ialah hanya untuk keluarkan bahagianya sahaja, saya anggap untuk didirikan rumah mereka.
Jika dilihat hasil pecahan secara kasar, panjang lot tiada masalah, tapi dengan hasil bukaan sisi lot 23 meter, selepas di tolak jalan akses masuk (mungkin 10 kaki, 15 kaki atau 20 kaki, bergantung pada kebenaran pihak berkuasa di tempat itu), ianya menjadi sedikit sempit dan pada pengalaman saya, nanti bila dibuat rumah jadi tak cantik. Kenapa....???? Selalunya, untuk buat rumah, kawasan lot itu perlu di jarakkan 20 kaki di bahagian depan, 10 kaki di kiri lot, 10 kaki di kanan lot dan 10 kaki di belakang lot, ini adalah kiraan kebiasaannya lah, yang luar biasa itu lain cerita. Jadi, selepas di tolak ini, ruang yang tinggal terlalu sempit. Kebiasaannya bukaan sisi rumah 50 @ 55 kaki itu adalah minimum, cukup sedap tapi kalu lebih lagi sedap.
Banyak faktor lagi, antaranya sebenarnya seperti :
Banyak lagi sebenarnya informasi yang perlu diberitahu kepada Jurukur itu jika berhajat untuk buat pecah lot atau pecah bahagian. Antara yang dapat saya senaraikan ialah lebih kurang ini :
Ini adalah contoh sahaja, tetapi yang muktamad masih lagi perlu ikut apa yang telah dibahagikan dahulu.
Jadi kepada mana-mana orang awam yang berhajat untuk buat pecah sempadan atau bahagian dan perlukan perkhidmatan Jurukur, sediakan lah maklumat-maklumat seperti yang di nayatakan di atas. nsyallah ianya akan memudahkan kami menjalankan kerja kami untuk anda : ) .
Terima kasih.

- Akses jalan keluar masuk boleh dibuat di tengah-tengah lot itu untuk kesemua lot. Saya anggarkan lebar sisi lot ialah 229ling (tak nampak sebab bertindih), bersamaan dengan 46 meter. Jika di tolak dengan cadangan jalan 6.096 meter (20 kaki), baki yang tinggal ialah 40 meter, dibahagikan 2 menjadi 20 meter bukaan sisi untuk setiap lot secara kasar. Dengan bukaan sisi 20 meter (66 kaki), ditolak dengan 20 kaki, masih lagi berbaki 46 kaki, ok lah lagi untuk di buat rumah (pengalaman saya yang paling elok minimum 50 atau 55 kaki).
- Yang keduanya ialah kedudukan 2 rumah yang sedia wujud tu. Perlaksanaan faktor 1 diatas hanya boleh dibuat sekiranya kedudukan rumah itu mengizikan jalan di buat ditengah-tengahnya.Kalau ruamh itu berada ditengah-tengah lot, faktor 1 atas tadi tidak dapatlah dilaksanakan, terpaksalah kita pusing ke design lain.
Banyak lagi sebenarnya informasi yang perlu diberitahu kepada Jurukur itu jika berhajat untuk buat pecah lot atau pecah bahagian. Antara yang dapat saya senaraikan ialah lebih kurang ini :
- Photostet penuh geran, ada rajah lot, senarai penama yang ada dalam geran itu dan bahagian masing-masing, No. Lot, dan No. Pelan Diperakui atau Pelan Akui.
- Informasi berkenaan dengan jika sudah ada apa2 binaan kekal pada tanah itu, rumah, kedai atau sebagainya yang bersangkut-paut dengan kepentingan mana-mana penama yang ada dalam geran itu. Kalau boleh, sketch kan lebih kurang, pak cik, mak cik, abang, kakak pinjam lah pensil warna anak-anak kejap untuk sketch : ) . Lukis kotak-kotak pun tak apa. COntoh macam email yang hamba Allah beri di atas. Kedudukan binaan-binaan ini penting untuk Jurukur design pecahan lot nanti supaya setidak-boleh kita dapat elakkan daripada garisan sempadan pecahan yang di buat nanti lalu atau terkena binaan-binaan tersebut. Untuk ini, "SELALUNAY JURUKUR PERLU MEMBUAT UKURAN DULU, JADI TUAN TANAH PERLU MEMBAYAR SEDIKIT BAYARAN PENGUKURAN, SELALUNYA KAMI JURUKUR PANGGIL UKUR OFFSET. KOS INI ADALAH BERASINGAN, TIDAK TERMASUK DENGAN KOS UNTUK PROSES PECAH SEMPADAN @ BAHAGIAN NANTI. KOSNYA PULA BERGANTUNG : )
- Akses jalan ke lot asal itu, kalau boleh sketchkan juga secara kasar dimana posisi laluan ini sampailah masuk ke lot tuan-tuan dan puan-puan. Nyatakan juga samada jalan sudah bertar, tau ajalan batu, ataupun jalan tanah. Sejarah berkenaan dengan adanya jalan itu juga kalau boeh diberitahu lagi cantik, samada jalan sudah digezetkan atau selalunya orang kampung panggil "jalan tok penghulu" atau "jalan YB" yang mana tuan-tuan tanah sepakat memberi izin untuk buat jalan di tepi / depan / belakang tanah mereka. Akses ini penting untuk Jurukur designkan pecahan lot nanti, supaya cadangan jalan untuk pecahan itu nanti dapat dihubungkan dengan jalan sedia ada.
Selalunya itulah informasi yang kami jurukur perlukan untuk permulaan proses sketch pecahan dan selepas siap sketch, perbincangan lanjut akan di buat bersama penama-penama yang terlibat dan jika semuanya setuju, barulah kita boleh mula dengan proses permohonan seara rasmi.
Jadi, berbalik kepada email hamba Allah tadi, mengenai pembahagian memanjang 2 + 2 + 2 tu, kalau diminta pendapat saya, ianya lebih cantik lagi kalau di buat pembahagian memanjang 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1. Lot pecahan yang dibuat akan lebih sesuai dan cantik untuk dibuat rumah.

Read more...