Monday, August 15, 2011

Home » , , , , » [Siri 3] PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN

[Siri 3] PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung daripada siri sebelumnya....

Apa yang kita / kami di Jurukur Tanah Berlesen (JTB) buat seterusnya?

PERSETUJUAN CLIENT PADA PELAN CADANGAN PECAHAN.

Untuk proses samada pecah sempadan atau pecah bahagian ni, untuk permulaan ialah proses buat sketch secara kasar pecahan lot yang bakal di buat tu. Kadang-kadang, client-client yang datang ni ada idea masing-masing macam mana susun atur pecahan lot tu. Untuk itu, kita hanya semak samada susun atur daripada idea mereka tu boleh digunapakai dan menepati syarat-syarat kelulusan permohonan atau tidak. Kalau ok, teruskan saja sketch idea susun atur merak tu dan kalau di dapati idea susun atur mereka tu tidak boleh di guna pakai, bagitahu elok-elok kepada mereka dan buat satu cadangan susun atur pecahan lot dan minta pendapat mereka. Di sini lah proses rundingan antara kita / kami di JTB dengan client-client kami untuk dapatkan persetujuan mereka. Jika mereka setuju dengan cadangan yang kita buat, teruskan dengan proses seterusnya.

Mengenai pecah bahagian secara khususnya, sebagai contoh yang melibatkan tanah pusaka. Kadang-kadang tu, mereka dah tetapkan sempadan bahagian masing-masing secara kasar di atas tanah, mungkin daripada persetujuan masing-masing sebelum ini. Perlu di ingat, setiap proses samada pecah sempadan atau pecah bahagian ni perlu mendapat persetujuan dan tandatangan tanda setuju daripada setiap penama yang ada pada geran tu untuk kelancaran proses seterusnya. Jadi, jika sebelum client datang tu mereka dah ada sempadan bahagian masing-masing, maka ikut je lah cadangan susun atur mereka tu untuk mengelakkan sebarang masalah mendapatkan persetujuan setiap penama tu.

Contoh plan cadangan pecahan lot untuk Pecah Bahagian.

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN UNTUK MEMBUAT PELAN CADANGAN.

Untuk proses membuat pelan cadangan ni, ataupun yang mana kita / kami panggil sebagai PRE-COMP atau PELAN PRA-HITUNGAN, terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian. Setiap cadangan pecahan lot itu mestilah bersesuaian dengan syarat-syarat, samada untuk permohonan PECAH SEMPADAN atau PECAH BAHAGIAN yanag mana syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) di kawasan masing-masing. PBT ini ialah samada PEJABAT TANAH dan DAERAH atau PEJABAT TANAH dan GALIAN atau MAJLIS DAERAH atau MAJLIS PERBANDARAN atau PERANCANG BANDAR dan DESA atau lain-lain pihak berkuasa yang bersangkut-paut dengan tanah dan kegunaannya di sesuatu kawasan itu.

Jadi, setiap pihak yang berkenaan itu mempunyai syarat-syarat masing-masing yang perlu di ikuti sebelum mereka memberi kelulusan untuk sesuatu permohonan pecah lot atau tanah itu.

Sebagai contoh, untuk pecah sempadan khususnya, simpanan jalan perlu diperuntukkan untuk setiap pecahan lot itu yang mana simpanan jalan ni selalunya pada kadar 20 kaki atau 6.096 meter, namun masih lagi bergantung kepada PBT di kawasan masing-masing.

Antara perkara yang perlu disemak ialah :

  1. Buat semakan samada telah berlaku pengambilan tanah pada lot tersebut atau tidak. Sebagai contoh pengambilan untuk jalan raya, saliran atau lain-lain. 
  2. Buat semakan samada lot-lot disebelah lot yang nak dipecahkan itu sudah mempunyai jalan masuk atau sudah di pecahkan atau tidak.
  3. Buat semakan samada ada atau tidak jalan / akses masuk ke lot yang hendak di buat pecahan itu?
  4. Buat semakan dikawasan lot samada jika ada pihak yang berkepentingan dengan lot tanah tu atau tidak. Sebagi contoh, pada tanah tu ada laluan kabel TNB.
  5. Buat semakan jika terdapat apa-apa bangunan / rumah sudah didirikan di atas tanah tu. Ini adalah penting lebih-lebih lagi untuk pecah bahagian.
  6. Semak samada tanah tersebut dikenakan apa-apa syarat nyata atau tidak.
  7. Semak jenis kegunaan tanah tersebut.
  8. Untuk pecah bahagian, bahagian setiap penama perlu di beri perhatian kerana keluasan pecahan lot adalah bergantung kepadanya.
Itu antara perkara-perkara yang perlu dibuat semakan kerana ianya berkait rapat dengan proses untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT. Mungkin ada yang aku terlupa untuk tulis, nanti aku update lagi. Insyallah.

Untuk semakan seperti no. 4 yang aku tulis kat atas tu, laluan kabel TNB. Pihak TNB dan PBT telah bersetuju dan mensyaratkan tidak ada apa-apa pembinaan boleh di buat pada kadar 40 meter, 20 meter ke kiri dan ke kanan daripada tengah kabel TNB tu. Ini akan memberi impak kepada client jika tujuannya untuk buat pecahan lot itu untuk di bangunkan sebagai kawasan perumahan misalnya. 

Garisan dashed menunjukkan rizab laluan kabel TNB yang merentasi lot.

Selain itu, semakan no.1 yang aku tulis tu juga penting kerana ianya akan memberi kesan kepada keluasan lot-lot yang akan dipecahkan itu. Misalnya jika tidak di buat semakan pengambilan, cadangan pecahan yang kita / kami buat itu adalah berdasarkan pada saiz lot di dalam geran atau pelan akui. Jika pengambilan, sebagai contoh untuk saliran telah dibuat, maka tentunya saiz atau keluasan lot telah berubah, selalunya keluasan makin mengecil dan ini akan memberi perbezaan keluasan lot selepas pengambilan dibuat dengan sebelum pengambilan di buat. Jadi, cadangan pecahan lot yang kita / kami buat itu salah dan automatiknya akan di tendang keluar jika terus di buat permohonan ke PBT, harus di baiki semula dan ini akan melambatkan proses permohonan dan mendapatkan kelulusan PBT.

UKURAN OFFSET.


Ukuran offset atau secarakasarnya mengambil detail apa-apa bangunan atau jalan yang ada pada lot tersebut. Seperti semakan no.5 yang aku tulis tu, ukuran offset ni penting kerana ianya menentukan bagaimana pecahan itu harus dibuat supaya garisan sempadan pecahan yang dibuat itu tidak kena pada tengah-tengah rumah yang wujud pada lot tersebut misalnya.

Jadi, jika ukuran offset ini dibuat, garisan-garisan pecahan yang akan dibuat nanti boleh kita adjust supaya tidak terkena rumah tu.

Contoh butiran seperti rumah sedia ada dan jalan yang wujud di atas lot yang terlibat untuk pecahan.

Selain itu, untuk semakan no.4, laluan kabel TNB pun perlu di buat ukuran offset terlebih dahulu sebelum pelan cadangan pecahan dibuat.

JALAN / AKSES MASUK KE LOT.


Perkara paling utama, setiap lot perlu ada jalan / akses masuk ke lot tersebut. Ini juga perlu di beri perhatian, lebih-lebih lagi untuk pecah sempadan. Jika lot tersebut tiada jalan / akses masuk ke lot itu, ataupun berselang 1 atau 2 lot daripada jalan / akses sedia ada. Jalan yang sedia ada itu juga perlu di di ukur / ambil offset supaya permohonan untuk mendapatkan hak laluan atau Right of Way (R.O.W) ke lot tersebut boleh dibuat, sekaligus boleh menyokong permohonan pecahan lot itu nanti. Disini, persetujuan daripada tuan-tuan tanah yang terlibat perlu di perolehi, mungkin dengan sedikit bayaran, bergantung pada budi bicara tuan-tuan tanah tersebut. Secara lisannya, client itu sendiri perlu berurusan dengan tuan-tuan tanah yang terlibat, dengan berpandukan nasihat daripada kita/ kami.

LAIN-LAIN.


Selain daripada itu, terdapat banyak lagi perkara yang perlu di beri perhatian untuk membuat pelan cadangan pecahan ni. Semakan sentiasa perlu dibuat merujuk kepada PBT di kawsan masing-masing. kerana setiap PBT mempunyai arahan yang berbeza mengikut kesesuaian kawasan tersebut.

Jika pelan cadangan yang dibuat itu dipersetujui oleh client, barulah plan PRA-HITUNGAN atau PRE-COMP yang betul dibuat untuk proses permohonan ke PEJABAT TANAH.

-Tamat siri 3-

OK, bye.

2 komen:

monashis said...

Salam.saya nak tny...arwah ayah sy ada tanah d area rawang dan keliling tanah tersebut hutan.walauoun sy ada simpan geran dan peta topo pelan tanah sy tidak tau di mana lokasi tnh ayh sy..so encik ada buat servis utk tunjukkan sempadan tanah ayh sy? Sila balas d emel sy hhismailmonashis@gmail.com untuk bincang lanjut.bantuan encik amat sy hargai.

monashis said...

Salam.saya nak tny...arwah ayah sy ada tanah d area rawang dan keliling tanah tersebut hutan.walauoun sy ada simpan geran dan peta topo pelan tanah sy tidak tau di mana lokasi tnh ayh sy..so encik ada buat servis utk tunjukkan sempadan tanah ayh sy? Sila balas d emel sy hhismailmonashis@gmail.com untuk bincang lanjut.bantuan encik amat sy hargai.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...