Showing posts with label Undang-Undang Tanah. Show all posts
Showing posts with label Undang-Undang Tanah. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) : JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada apa dengan JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II pada Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Peraturan-Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 2011)?

Keseluruhan Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) boleh di view disini.


Saya tidak memfokuskan kepada keseluruhan Akta dan Peraturan tu, cuma saya suak untuk kongsikan apa yang terkandung dalam Jadual Kesembilan pada Akta dan Peraturan ni.

Sebenarnya, Jadual Kesembilan ini menceritakan tentang keperluan-keperluan yang perlu ditempuhi dengan penuh sabar, bertenang, fokus dan berusaha sebagai salah satu langkah yang perlu ditempuhi untuk seseorang individu itu sebelum boleh bergelar Jurukur Tanah Berlesen yang Profesional dan Sahlaku di Malaysia.

Terdapat 7 jenis usaha gigih (dragonball ada 7 biji semuanya) yang diperlukan untuk seseorang individu itu buat dan hantar laporan seperti yang telah disetkan oleh ahli-ahli Profesional dan tertinggi. Sebagai pencerahan, ini sudahpun masuk ke peringkat ke-dua ye, bahagian pertama ialah Peperiksaan Undang-Undang dan Peraturan Tanah. Yang ni lain entri saya sentuh.

Antara 7 kerja gigih dengan penuh sabar tu ialah :
(Ini adalah di copy dan paste daripada .pdf yang didownload daripada website Lembaga Jurukur Tanah).

1)  Pengemukaan projek ukur hakmilik

Calon hendaklah mengemukakan buku kerja lapangan, pengiraan yang berkaitan, pelan dan data digital yang menepati piawai Jabatan Ukur dan Pemetaan termasuk laporan tidak kurang daripada lima ratus perkataan bagi perkara yang berikut :

(a) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan atau beri milikan lot untuk
      bangunan (kediaman, komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran
      itu hendaklah :

(i) mengandungi tidak kurang daripada lima puluh lot yang sempurna. Pecah sempadan atau 
    berimilikan sebahagian lot atau kombinasi lebih daripada satu lot boleh diterima;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(b) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan lot untuk bangunan (kediaman,
      komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran itu hendaklah : 

(i) mempunyai keluasan tidak kurang daripada 2.5 hektar yang bertujuan untuk pembangunan      
     bercampur;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk ukuran untuk rizab jalan; dan

(iv) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(c) suatu ukur hakmilik untuk tanah pertanian merangkumi tiga atau lebih lot berdampingan
     di mana keluasan cantuman tidak kurang daripada tujuh hektar dan ukuran itu
     hendaklah :

(i) termasuk dua daripada sempadannya yang bertindih dengan dan diletakkan semua berdasarkan    
    ukuran yang diluluskan terdahulu;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan; dan

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.


NOTA : 
Sebenarnya kat sini je dah ada 3 job besar untuk diselesaikan dengan penuh sabar dan tekun iaitu pada (a), (b) dan (c).


2)  Pengemukaan projek ukur pemetaan topografi

Pemetaan topografi skala besar suatu kawasan berkeluasan tidak kurang daripada sepuluh hektar.
Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) ukuran kawalan mendatar dengan kaedah trabas yang mengikut piawai ukur kadaster;

(b) penentuan azimut dengan cerapan matahari;

(c) ukuran kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) ukuran butiran semula jadi dan butiran buatan manusia; dan

(e) ukuran ketinggian titik dan melukis garisan kontur, sela kontur tidak kurang daripada dua meter.


3)   Pengemukaan projek ukur kejuruteraan

Pengukuran suatu cadangan jalan jarak tidak kurang dari satu kilometer. Pengukuran itu hendaklah
termasuk :

(a) terbitan datum dari tanda sempadan;

(b) ukur kawalan mendatar mengikut piawai ukur kadaster;

(c) ukur kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) pemancangan hak laluan;

(e) menandakan garis tengah laluan;

(f) ukur topografi jalur dan ukur butiran jalur; dan

(g) profil longitud dan keratan rentas.


4)  Pengemukaan projek pemetaan fotogrametri atau projek ukur hidrografi

Pemetaan fotogrametri skala besar (skala 1: 10,000 atau skala lebih besar) suatu kawasan diliputi
tidak kurang daripada dua model fotogrametri. Projek itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan bumi;

(b) perwakilan paramuka dengan garis kontur sela lima meter dan ketinggian titik-titik;

(c) pengumpulan ciri-ciri topografi yang relevan; dan

(d) gambaran mutakhir plot fotogrametri mengikut sehampirnya spesifikasi peta Siri Pemetaan

     Bandar Jabatan Ukur Malaysia.

ATAU

Ukur batimetri skala sederhana (skala 1 : 5,000 atau skala lebih besar) tidak kurang daripada dua
puluh lima hektar suatu kawasan pinggir pantai di mana garis ukur batimetri yang dijarakkan pada
jarak tidak lebih daripada satu sentimeter skala plot. Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan pesisir;

(b) penetapan pancang pasang surut dan cerapan pasang surut; dan

(c) pandu arah luar pesisir dan penentududukan menggunakan sama ada jarak-bearing atau
     jarak-jarak sistem penentududukan elektronik atau pembezaan masa hakiki Global
               Positioning System (GPS).

NOTA :
Beri perhatian pada perkataan ATAU tu. Ini bermakna pilihan diberi untuk individu tu samada dia boleh memilih untuk jalankan kerja FOTOGRAMETRI ataupun kerja HIDROGRAFI yang mana kedua-duanya sangat kental akan kepayahannya untuk dapat projek. Kene pegi mohon dengan LS besar-besar je boleh dapat dua barang ni.

5)   Pengemukaan projek reka bentuk susun atur pecah sempadan

Suatu skim untuk apa-apa jenis pembangunan mempunyai keluasan lebih kurang empat hektar yang
menunjukkan jalan keluar masuk, susun atur lot-lot iaitu termasuk tanah lapang dan kemudahan
asas bersesuaian dengan pembangunan berkenaan dan mengikut keperluan perancangan semasa
untuk pembangunan sedemikian.

_________________________________________________________________________________

Jadi, selamat berusaha gigih kepada individu-individu yang berminat untuk jadi Jurukur Tanah Berlesen.

Wallahua'lam.
Ok, bye.


Read more...

Friday, July 30, 2010

Undang-undang tanah dan cerita mengenai "survey" pada sejarah Negeri Kelantan.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari Jumaat.

Aku malas nak cerita panjang-panjang, semalam aku ada kodek-kodek satu blog ni, saja nak cari dan baca bacaan-bacaan menegnai sejarah Tok Janggut dan Negeri Kelantan. Sekali tengah sedap-sedap baca tu, sampailah mata aku ke 1 2 perenggan yang ditulis oleh pengarang blog tu. Sahih atau tidak memang aku tak tahu.

Ini antara rangkap yang ada mengatakan mengenai sistem Peraturan Tanah :

"Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909."

"Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana sistem ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu iaitu undang-undang tanah mengikut ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan sistem tanah baru iaitu Sistem Torrens itu sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!"

Jadi, jika mengikut pada fakta tahun pemberontakan Tok Janggut yang aku baca pada beberapa sumber, Tok Janggut mula memberontak pada tahun 1910 kerana pihak British sudah mula mencampuri urusan pemerintahan Negeri Kelantan. Berkaitan dengan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh pihak British, yang mana "asas" sistem  masih lagi diguna pakai sehinga ke hari ini. Berkenaan dengan sistem Undang-Undang tanah Melayu Tradisional yang di gunapakai sebelum diperkenalkan dengan sistem Undang-Undang Tanah Penjajah, sistem ini adalah merupakan sistem udang-undang tanah yang mengikut pada prinsip Islamiyah iaitu IHYA (usaha) dan THAJIR (tanda).

Mungkin aku telah lambat untuk mengetahui perkara ini (lupa masa belajar dulu Lecturer ada mention atau tak mengenai perkara ini, yang sistem Torrens tu aku ingat la. Maklumla, kelas undang-undang tanah ni sering menyebabkan mata aku tiba-tiba rasa berat yang amat sangat, pedih-pedih semacam je, badan jadi lesu.....doktor pun tak tahu penyakit apa...hahahah...).

Teringat pulak aku masa aku tengah-tengah buat kerja-kerja ukur title, selalu time borak-borak dengan pak cik mak cik tu, mesti je ada dia orang mention, "Dulu, tanah ni nenek moyang pak cik yang teroka, zaman-zaman Tok Janggut lagi. Dulu hutan tebal, tak ada orang nak masuk pun. Moyang pak cik usaha bukak tanah ni, dari hutan jadi kebun, hinggalah ke apa yang ada pada hari ni". Daripada cerita-cerita yang aku pernah dengar, orang-orang zaman dulu ni selalu keluar dalam satu kumpulan untuk teroka sesuatu kawasan tanah tu, lepas tu sama-sama buat kebun ke dan tandakan kawasan masing-masing. Daripada 5-6 keluarga, akan muncul sebuah kampung, semakin ramai orang meneroka dan bukak tanah dikawasan sekitarnya sehinggalah kepada apa yang ada pada hari ni.

Sistem undang-undang Islam yang digunapakai sebelum sistem Torrens tu pula sudah terbukti adil dimana, sesiapa yang mengusahakan tanah tu, perah keringat, buka tanah dari hutan ke kebun, jaga tanah tu, maka tanah tu akan menjadi hakmilik dia. Jadi, untuk itu, mereka perlu tandakan kawasan tanah mereka. Cuma mungkin pada masa ini masih tidak lagi di buat apa-apa dokumen yang menunjukkan hakmilik sesuatu tanah itu dengan sah dan inilah yang selalunya menimbulkan masalah (walhal sekarang ini pun, yang ada geran secara sah pun boleh gaduh-gaduh). Maka, dengan itu wujudlah Sistem Torrens yang mana siapa pemiliknya dan berapa luas dan lain-lain maklumat akan dicatatkan dalam dokumen hakmilik secara sah.

Ok, itu antara baris-baris ayat yang ditulis oleh pengarang blog mengenai pemberontakan orang-orang Kelantan yang salah satu faktornya adalah menentang penjajah yang menolak undang-undang Islam. Mana yang baik dan buruk, masing-masing fikirlah sendiri ye.

Selain dari yang tu, penulis juga ada tulis baris-baris ayat macam ni :


"Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya."


Bila baca ayat ni, dalam kepala otak aku ni terus terbayang, sebaris bot-bot beratur, susun cantik-cantik, lepas tu tarik rantai bermula dari seberang sungai, melalui bot-bot tu, hinggalah ke seberang yang satu lagi. Kalau zaman dulu, rantai la sumber "pemberitahu jarak" yang paling efisyen dan sextant merupakan alat bantu penentududukan yang paling efisyen, selain daripada beberapa teodolit tradisional yang lain.






**Sumber gambar, internet.

Maknanya, kerja-kerja ukur selain dari ukur hakmilik juga telahpun dijalankan di Negeri Kelantan sejak dari dulu lagi dan orang-orang Kelantan sudah mula terlibat dengan kerja-kerja ukur ni sejak dari dulu lagi. Kiranya kerja-kerja engineering survey la ni.

Oh, ini bukan sentimen puak-puak atau kenegerian. Aku tulis ni adalah berdasarkan kepada apa yang aku baca pada sejarah Negeri Kelantan. Mungkin juga di negeri-negeri lain pun sudah ada dan mungkin lebih terdahulu daripada negeri Kelantan.

Sumber ni aku baca dari sini. Terima kasih penulis tersebut yang telah mengkaji.

Ok, sudah cukup. Bye....


Read more...

Wednesday, July 28, 2010

BATU SEMPADAN

Tadi pagi bos suruh cari gambar-gambar TBM yang aku buat dan ambil untuk projek highway ECER di Paloh, Gua Musang dulu. Aku pun lupa mana aku letak. Ingat-ingat balik, rupa-rupanya ada dalam handphone Samsung yang rosak. Nasib la boleh recover balik gambar-gambar tu. Pun nasib baik jugak student yang buat praktikal dulu ada simpan lagi gambar-gambar yang dia ambil untuk laporan praktikal.

Tak, ini entri bukan cerita pasal TBM. Tu la....masa tengah recover gambar dari handphone Samsung tu, ada la pulak terkeluar gambar kat tempat beli Batu Sempadan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.



Batu-batu sempadan ni dijual dengan harga RM 2 seketul. Lepas beli, resit claim sama bos. Yang 2 orang dalam gambar tu adalah student Polisas yang buat praktikal untuk sesi Jan-Jun 2010.

Pak cik ni memang dah lama buat Batu Sempadan ni dan yang dia buat ni pun memang tepat ikut spesifikasi Batu Sempadan Konkrit yang JUPEM tetapkan. Beza yang surveyor LS guna dengan yang surveyor JUPEM guna ialah tulisan kat atas batu tu. Kalau yang ada JUP kat atas tu, maknanya di ukur dan ditanam oleh surveyor JUPEM. Yang jenis kosong ada titik je tu, haa...yang tu surveyor LS ukur dan tanam.


**Gambar ni ambil dari Pekeliling Ketua Pengarah Ukur  Bil.4 2005

Selain daripada Batu Sempadan biasa, ada jugak batu sempadan yang jenis bernombor. Batu Sempadan Bernombor ni selalunya diguna untuk tanam pada lot-lot yang besar-besar iaitu pada sela paling kurang 6 ketul patu, batu ketujuh tu ialah batu bernombor, ataupun pada mana-mana kawasan yang difikirkan perlu dan sesuai. Kenapa???? Senang nak kesan kut...

Oh....untuk batu bernombor ni, kalau nak beli ada 2 cara. Cara pertama, beli je terus dari JUPEM. Harga dia aku dah lupa, RM 2.50 kut seketul. Nanti masa beli tu ko pilih je nombor mana yang ada ong. Cara yang kedua pulak, ko beli je nombor untuk batu tu dari kaunter JUPEM, lepas tu pegi tempah sendiri, sebagai contoh, tempah kat tempat seperti gambar yang aku tampal kat atas tu. Harganya mungkin sama kut, aku tak tahu sebab selalu untuk batu bernombor ni aku beli direct je dari JUPEM.

Tapi.......kalau beli dengan JUPEM batu dia panjang wooooooooo. Nanti kalau buat kerja-kerja hutan simpan penat mau angkat wooooooooo.

Lain-lain jenis tanda sempadan tu, baca sendiri kat sini




Read more...

Monday, May 3, 2010

Keluasan Lot

Assalamualaikum w.b.t.....

Note ni aku selalu hilang, dari dulu nak tampal kat dinging tapi tak buat-buat lagi. Ni pun tengah godek-godek file dalam laptop ni terjumpa pulak yang ni. Masa nak tak jumpa pulak mana aku simpan. Nah, aku letak je kat sini, senang kalau aku nak cari lain kali.

:)

Keluasan lot mengikut jenis pecahan :

Semi-D   
Lebar    : 12.192 meter @ 40 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki

Banglow
Lebar    : 21.336 meter @ 70 kaki
Panjang : 24.382 meter @ 80 kaki

Teres
Lebar    : 6.096 meter @ 20 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki

Rumah kedai
Lebar    : 6.096 meter @ 20 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki

Gudang = Rumah kedai

Biasanya keluasan-keluasan ni digunakan sebagai rujukan dalam proses nak rekabentuk dan perancangan apabila sesuatu lot hendak dipecahkan. Biasanya bergantung kepada kehendak pelanggan/tuan tanah yang nak pecah lot kepada bentuk lot jenis macam mana.

Ok, tata....
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...