Saturday, January 19, 2013

Home » , , » Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) : JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II

Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) : JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada apa dengan JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II pada Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Peraturan-Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 2011)?

Keseluruhan Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) boleh di view disini.


Saya tidak memfokuskan kepada keseluruhan Akta dan Peraturan tu, cuma saya suak untuk kongsikan apa yang terkandung dalam Jadual Kesembilan pada Akta dan Peraturan ni.

Sebenarnya, Jadual Kesembilan ini menceritakan tentang keperluan-keperluan yang perlu ditempuhi dengan penuh sabar, bertenang, fokus dan berusaha sebagai salah satu langkah yang perlu ditempuhi untuk seseorang individu itu sebelum boleh bergelar Jurukur Tanah Berlesen yang Profesional dan Sahlaku di Malaysia.

Terdapat 7 jenis usaha gigih (dragonball ada 7 biji semuanya) yang diperlukan untuk seseorang individu itu buat dan hantar laporan seperti yang telah disetkan oleh ahli-ahli Profesional dan tertinggi. Sebagai pencerahan, ini sudahpun masuk ke peringkat ke-dua ye, bahagian pertama ialah Peperiksaan Undang-Undang dan Peraturan Tanah. Yang ni lain entri saya sentuh.

Antara 7 kerja gigih dengan penuh sabar tu ialah :
(Ini adalah di copy dan paste daripada .pdf yang didownload daripada website Lembaga Jurukur Tanah).

1)  Pengemukaan projek ukur hakmilik

Calon hendaklah mengemukakan buku kerja lapangan, pengiraan yang berkaitan, pelan dan data digital yang menepati piawai Jabatan Ukur dan Pemetaan termasuk laporan tidak kurang daripada lima ratus perkataan bagi perkara yang berikut :

(a) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan atau beri milikan lot untuk
      bangunan (kediaman, komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran
      itu hendaklah :

(i) mengandungi tidak kurang daripada lima puluh lot yang sempurna. Pecah sempadan atau 
    berimilikan sebahagian lot atau kombinasi lebih daripada satu lot boleh diterima;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(b) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan lot untuk bangunan (kediaman,
      komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran itu hendaklah : 

(i) mempunyai keluasan tidak kurang daripada 2.5 hektar yang bertujuan untuk pembangunan      
     bercampur;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk ukuran untuk rizab jalan; dan

(iv) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(c) suatu ukur hakmilik untuk tanah pertanian merangkumi tiga atau lebih lot berdampingan
     di mana keluasan cantuman tidak kurang daripada tujuh hektar dan ukuran itu
     hendaklah :

(i) termasuk dua daripada sempadannya yang bertindih dengan dan diletakkan semua berdasarkan    
    ukuran yang diluluskan terdahulu;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan; dan

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.


NOTA : 
Sebenarnya kat sini je dah ada 3 job besar untuk diselesaikan dengan penuh sabar dan tekun iaitu pada (a), (b) dan (c).


2)  Pengemukaan projek ukur pemetaan topografi

Pemetaan topografi skala besar suatu kawasan berkeluasan tidak kurang daripada sepuluh hektar.
Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) ukuran kawalan mendatar dengan kaedah trabas yang mengikut piawai ukur kadaster;

(b) penentuan azimut dengan cerapan matahari;

(c) ukuran kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) ukuran butiran semula jadi dan butiran buatan manusia; dan

(e) ukuran ketinggian titik dan melukis garisan kontur, sela kontur tidak kurang daripada dua meter.


3)   Pengemukaan projek ukur kejuruteraan

Pengukuran suatu cadangan jalan jarak tidak kurang dari satu kilometer. Pengukuran itu hendaklah
termasuk :

(a) terbitan datum dari tanda sempadan;

(b) ukur kawalan mendatar mengikut piawai ukur kadaster;

(c) ukur kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) pemancangan hak laluan;

(e) menandakan garis tengah laluan;

(f) ukur topografi jalur dan ukur butiran jalur; dan

(g) profil longitud dan keratan rentas.


4)  Pengemukaan projek pemetaan fotogrametri atau projek ukur hidrografi

Pemetaan fotogrametri skala besar (skala 1: 10,000 atau skala lebih besar) suatu kawasan diliputi
tidak kurang daripada dua model fotogrametri. Projek itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan bumi;

(b) perwakilan paramuka dengan garis kontur sela lima meter dan ketinggian titik-titik;

(c) pengumpulan ciri-ciri topografi yang relevan; dan

(d) gambaran mutakhir plot fotogrametri mengikut sehampirnya spesifikasi peta Siri Pemetaan

     Bandar Jabatan Ukur Malaysia.

ATAU

Ukur batimetri skala sederhana (skala 1 : 5,000 atau skala lebih besar) tidak kurang daripada dua
puluh lima hektar suatu kawasan pinggir pantai di mana garis ukur batimetri yang dijarakkan pada
jarak tidak lebih daripada satu sentimeter skala plot. Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan pesisir;

(b) penetapan pancang pasang surut dan cerapan pasang surut; dan

(c) pandu arah luar pesisir dan penentududukan menggunakan sama ada jarak-bearing atau
     jarak-jarak sistem penentududukan elektronik atau pembezaan masa hakiki Global
               Positioning System (GPS).

NOTA :
Beri perhatian pada perkataan ATAU tu. Ini bermakna pilihan diberi untuk individu tu samada dia boleh memilih untuk jalankan kerja FOTOGRAMETRI ataupun kerja HIDROGRAFI yang mana kedua-duanya sangat kental akan kepayahannya untuk dapat projek. Kene pegi mohon dengan LS besar-besar je boleh dapat dua barang ni.

5)   Pengemukaan projek reka bentuk susun atur pecah sempadan

Suatu skim untuk apa-apa jenis pembangunan mempunyai keluasan lebih kurang empat hektar yang
menunjukkan jalan keluar masuk, susun atur lot-lot iaitu termasuk tanah lapang dan kemudahan
asas bersesuaian dengan pembangunan berkenaan dan mengikut keperluan perancangan semasa
untuk pembangunan sedemikian.

_________________________________________________________________________________

Jadi, selamat berusaha gigih kepada individu-individu yang berminat untuk jadi Jurukur Tanah Berlesen.

Wallahua'lam.
Ok, bye.

3 komen:

Zurina Ahmad said...

Tq info

Sam Pan said...

perlukah juru ukur yang ingin menjalankan kerja-kerja mengukur disatu-satu penempatan setinggan menyediakan surat mohon kebenaran dari ketua penduduk serta penduduk setinggan tersebut.?

Anonymous said...

adakah ini bertujuan mengawal bilangan JTB

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...