Showing posts with label GPS. Show all posts
Showing posts with label GPS. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Detail survey menggunakan single RTK GPS.

Assalamualaikum w.b.t.

Teknologi RTK GPS sekarang ni semakin berkembang. Dengan hanya berbekalkan single GPS, sim card dan sebotol air sahaja, seorang surveyor itu mampu untuk membuat sesuatu kerja ukur itu secara berseorangan. Namun ini bergantung juga kepada kondisi site yang nak di ukur tu, dan juga netrowk coverage di kawasan itu.

Saya ambil contoh, jika hendak menjalankan kerja-kerja pengukuran topografi misalnya. Sebagai contoh untuk kerja-kerja pecah sempadan yang memerlukan detail LCP, maka pengukuran topografi perlu di lakukan di atas lot yang terlibat itu.

Selain itu, misalnya, kawasan kerja yang agak terang. Maksud terang disni ialah tidak terdapat pokok-pokok besar, paya-paya atau kolam air, bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya yang boleh menggangu bacaan GPS.

Jadi, untuk kerja-kerja senang macam tu, kenapa perlu lagi kita bawa satu team 2 3 orang, sedangkan dengan kemajuan dan teknologi GPS yang ada sekarang, seorang sahaja mampu untuk menyelesaikannya. Mungkin 2 lah kut, sorang buat kerja, sorang lagi temankan. Buatnya kena samun @ rompak masa kerja, atau terjadinya apa-apa yang di luar jangkaan, susah jugak tu ye.

Tapi, pada pengalam saya, pernah beberapa kali saya turun ke site untuk buat kerja-kerja topo LCP seorang diri sahaja, hanya berbekalkan set kelengkapan GPS, sebilah parang, sebotol air dan sekotak rokok. Alhamdilillah, 2 jam dah siap 4 ekar, termasuk detail cuting atas sungai, jalan-jalan sedia ada dan lain-lain detail termasuk topo.

Ianya sangat menjimatkan kos dimana pihak bos boleh menjimatkan sehingga 70% kos upah yang diperuntukkan kepada pra-pra dalam satu pasukan ukur tu. (kos GPS dianggap sudah habis bayar dan dah balik modal).

Tugas seorang surveyor untuk kerja-kerja ini ialah :

  1. Buat sedikit siasatan mengenai lokasi site tu, samada dapat 3g coverage atau tidak. Ini penting, sebab kalau tak ada 3g coverage, macam mana nak buat kerja pakai single RTK GPS yang menggunakan correction daripada server JUPEM.
  2. Menyediakan set kelengkapan GPS. Pastikan bateri penuh, sim kad kalau pakai prepaid dah siap-siap topup, kalau pakai sim broadband pasikan sim tak kena block sebab tak bayar bil.
  3. Siapkan data-data mengenai lot yang hendak di ukur tu. (Ini akan diteangkan secara detail selepas ini).
  4. Tidur secukupnya supaya tidak penat sebab esok nak buat survey kene selalu berjalan pick up point.
Mengenai proses penyediaan data tu, terdapat beberapa perkara yang boleh di lakukan oleh seorang jurukur sebagai persediaan untuk membuat pengukuran. Antaranya ialah :
  1. Meneyediakan data-data basemap daripada lot PDUK di kawasan itu. Ini adalah salah satu advantage dimana ianya akan memudahkan proses mengenalpasti kawasan site supaya data-data yang di ambil tidak terlebih mahupun terkurang.
  2. Semasa pemprosesan data dibuat juga akan memudahkan kita tanpa perlu lagi kita import block lot-lot terlibat sebagai basemap kerana data ukur yang di cerap akan terus boleh di import bersama basemap lot sekali.


Kaedah penyediaan data ini sebenarnay bergantung juga kepada capability GPS yang digunakan. Semuanya terletak kepada function-function yang ada dalam software data collectornya. Seperti GPS yang saya gunakan, saya hanya perlu tukarkan base lot saya kepad aformat shapefile / .shp open file tersebut menggunakan software data collectornya sahaja.

Seterusnya, buatlah kerja-kerja pick up point sampai habis. Outputnya adalah seperti berikut.



Ini hanyalah data pada software data collecter pada controller GPS sahaja. Untungnya pakai software ni ialah :
  1. Setiap jenis butiran boleh disetkan terus layer-layer nya, memudahkan kita untuk mengasingkan setiap jenis butiran.
  2. Setiap layer yang di set itu mempunyai attribute sendiri, senang untuk kita buat editing.
  3. Contoh seperti entiti yang mempunyai garisan bersambung seperti jalan, pagar atau sungai misalnya, pada set layer itu, kita boleh setkan supaya ianay disambung secara automatik semasa pengukuran dibuat apabila data dicerap dan disimpan. Kelebihannya, kita tidak lagi perlu untuk sambung-sambung detail seperti ini di dalam proses editing.
  4. Data-data yang dicerap boleh diexport terus ke AutoCAD untuk membuat proses editing final sebelum di print out untuk diserahkan kepada client.



Kerja senang, kos kurang, data selamat dan editing tak ambil masa lama.

Sekian, terima kasih.


Read more...

Thursday, January 19, 2012

Import route dan waypoint / mark point daripada Handheld Garmin ke Google Earth.

Assalamualaikum w.b.t...

Tuju terus kepada point entri ini, ini adalah sedikit tutorial mengenai cara-cara untuk download / import data route dan waypoint / mark point daripada handheld GPS Garmin ke Google Earth.

Kegunaannya adalah macam contoh keadaan ini.

Seorang surveyor, kene masuk hutan untuk jalankan kerja-erja survey. Jadi, pada handheld tu, surveyor ni akan masukkan kodinat-kodinat, selalunya dalam RSO terus kedalam handheld tersebut, untuk memudahkan pengesanan lokasi yang terlibat dengan pengukuran. Jadi, sepanjang perjalanannya menuju ke lokasi tersebut, jalan-jalan yang di laluinya boleh di tanda pada map Garmin itu.

Tujuannya :

  1. Kadangkala seorang surveyor itu dikehendaki memberi laporan mengenai jalan-jalan yang wujud pada atau menuju ke lokasi. Ini penting untuk membuat anggaran tempoh masa yang akan di ambil untuk bekerja, anggaran kos ukur, laporan-laporan kepada agensi-agensi atau pelanggan yang terlibat, dan lain-lain yang bersangkut-paut dengan tujuan pengukuran dibuat.
  2. Kadangkala, sebagai contoh kerja-kerja pengukuran di kawasan hutan simpan, boleh di buat merking waypoint atau route untuk mengetahui kawasan mana yang terlibat dengan rintahan haram. Data ini selalunya diperlukan dan dikehendaki oleh JabatanPerhutanan.
  3. Akses keluar masuk supaya tidak sesat.
  4. Penandaan kawasan pengukuran yang terlibat supaya tidak terkeluar daripada kawasan asal yangmana jika berlaku, boleh merugikan masa dan meningkatkan kos kerja.
  5. Sebagai bukti kepada bos yang kita betul pergi buat kerja : )
  6. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
Caranya macam ni lebih kurang. Step pada handheld tu macam biasa, start route marking atau selalunya route marking ini akan dimulakan secara automatik apabila handheld sudah lock satellite dan memberikan bacaan fix. Untuk marking point pula, hanya tekan butang 'Mark' tu dan letakkan nama point tersebut.

Ok, terus kepada step menggunakan komputer. Sambungkan handheld tadi ke komputer menggunakan cable connector yang disertakan sekali dan terus buka Google Earth.


Klik pada menu Tools, dan select GPS.


Sedikit masa diperlukan untuk Google Earth mengenalpasti identiti handheld. Pada Google Earth ni, hanya 2 jenis handheld sahaja boleh di import direct datanya, iaitu daripada model Garmin dan Magellan.

Seterusnya, pada menu GPS Import, pilih GPS device, iaitu Garmin. 

Pada menu Import, pilih entiti-entiti yang hendak di import. 

Selesai, klik Import.


Tunggu sehinga selesai.........................................


Dan, outputnya adalah seperti berikut : 


Kasi besar sikit..........................


Abaikan lot PDUK tu, yang tu nak masukkan direct ke dalam handheld Garmin terus pun boleh, nak masuk dulu dalam Google Earth, lepas tu baru import daripada Garmin pun boleh.

Route jalan yang dilalui tu ialah yang warna biru tu. Daripada sini, banyak maklumat yang kita boleh dapat, seklaigus banyak membantu kita untuk merangka gerak kerja kita. 

Selalunya, proses ni di lakukan semasa site visit, atau reccy. Jadi, bila balik ofis, senang nak present kepada bos.

Ok, terima kasih.


Read more...

Wednesday, December 14, 2011

Membeli unit GPS, apa perlu di titik-beratkan?

Assalamualaikum w.b.t....

Keperluan kepada unit GPS sekarang ini boleh dikatakan penting, paling kurang pun handheld GPS, atau unit GPS untuk navigasi seperti yang di gunapakai dalam kereta itu. Setiap jenis unit mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun dalam bidang ukur ini, apa yang paling di titik beratkan ialah mengenai accuracy dan ketepatan dalam memberikan maklumat geospatial seperti nilai kodinat X, Y dan Z.

Di pasaran, terdapat pelbagai unit GPS di jual, dengan harga dan kualiti yang berbeza. Ada yang sudah di bina-dalam terus di dalam talifon bimbit, sambungan luar, unit GPS kereta, unit GPS handheld, dan unit GPS beraccuracy tinggi. Oleh kerana terdapat pelbagai dan terlampau banyak jenis yang terdapat di pasaran, maka ntara yang saya rajin nak tulis ialah seperti di bawah ini. Penerangan adalah secara am, dimana saya cuba ulas pada kulitnya sahaja, dan bukan pada isinya : ) . Ini hanya yang saya pernah pakai sahaja, takut tersilap bagi maklumat je.
Pada gambar di atas ialah unit GPS jenis sambungan luar kepada talifon bimbit yang mempunyai capability menerima isyarat GPS, tetapi tidak mempunyai unir penerima isyarat yang di bina dalam talifon. Contoh yang saya ada ini ialah daripada jenama HOLUX dimana, dengan talifon Nokia 6120c yang sapa pakai ini, saya hanya perlu sambungkan HOLUX ini menggunakan sambungan Bluetooth, dan dihubungkan dengan aplikasi GPS data pada talifon. Ia juga boleh digunapakai dengan laptop dan lain-lain device yang mempunyai sumabungan Bluetooth, tetapi biasanya menggunakan Windows Mobile. Namun begitu, accuracy yang diberikan oleh unit GPS ini tidak memberangsangkan, mungkin untuk rujukan navigasi boleh digunapakai, dan perolehan data kepada kerja-kerja ukur yang tidak pentingkan accuracy seperti marking location site juga boleh digunapakai.



Gambar di atas pula ialah unit GPS handheld keluaran Garmin, iaitu jenis model 60csx. Pada pendapat saya, sekurang-kurangnya individu yang terlibat dalam bidang ukur ini perlu ada seketul unit GPS jenis handheld ini, untuk memudahkan kerja. Accuracy yang diberikan oleh unit jenis ini juga kadang-kala tidak menghampakan. Antara kelebihannya, unit ini boleh dimasukkan lot PDUK sebagai base map pada paparan, memudahkan kita untuk mengenalpasti site dan lain-lain.

Proses marking point atau route juga boleh dilakukan dan data-data point atau route yang di mark itu boleh di upload terus ke komputer, kepada beberapa software seperti Google Earth atau Mapsource. Berkenaan dengan Mapsource itu, boleh rujuk entri yang saya tulis sebelum ini.



Ini pula ialah unit GPS yang di namakan Mobile Mapper 6, keluaran Ashtech. Selalunya, unit ini digunakan bersama dengan antenna GPS, bertindak selaku data logger atau controller. Namun begitu, ianya boleh digunakan secara single unit (unit sendirian).

Unit in juga telah di bina dalam terus penerima isyarat GPS dan ianya menggunakan Windows Mobile yang mana pelbagai software boleh di install kepadanya. Biasanya unit ini digunakan untuk kerja-kerja yang beraccuracy rendah, juga boleh untuk navigasi. Kelebihan unit ini ialah ia mempunyai kamera yang boleh di tag featurenya dengan kodinat X, Y dan Z tempat di ambil. Penting untuk kerja-kerja yang memerlukan kiat mengambil sekali gambar-gambar entiti yang penting.



Gambar di atas ini pula ialah antenna kepada unit controller Mobile Mapper 6 di atas. Nama penuh beliau ialah Promark 500, keluaran Ashtech. Selalu diperluakan dan digunakan untuk kerja-kerja yang memerlukan accuracy tinggi dan terbaik antara GPS-GPS yang ada. 

Ianya boleh digunakan secara individu, tapi hanya untuk kerja-kerja dan keadah pengukuran statik lah. Ini memerlukan post process di lakukan kepada data-data untuk memberikan output terakhir, atau megetahui nilai data yang tepat dalam accuracy terbaik.

Selain itu seperti yang saya terangkan di atas tu, unit in boleh menggunakan Mobile Mapper 6, atau jenis lain yang senagkatan dengan nya sebagai data logger atau controller. Biasanya untuk kerja-kerja yang memerluakan kaedah RTK atau real time DGPS digunakan. Harganya pula sememangnay agak mahal, mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.

Sekian penerrangan secara am mengenai unit GPS yang terdapat di pasaran sekarang ini.

Masuk kepada penilaian yang perlu dititik beratkan sebelum membeli atau melabur untuk membeli GPS. Pada pandangan saya secara peribadi, antara perkara-perkara yang perlu di titil beratkan ialah :
  1. Tujuan - dimana perkara pertama yang perlu di jelaskan keadaannya dahulu. Tujuan ini akan memudahkan kita memilih jenis mana yang kita akan beli supaya ianya akan dpat memenuhi kriteria tujuan kita nak beli GPS tu.
  2. Output data - juga penting di jelaskan sebelum membeli sesuatu nit GPS itu kerana setiap unit memberi output data yang berbeza. Ada yang datanya boleh dikatan universal, dan ada yang mempunyai format data tersendiri yang hanya boleh diguna pakai dengan software khusus sahaja.
  3. Mapping capability - yang ini pun penting juga, lebih-lebih lagi untuk pemetaan secara real-time dimana sesetengah alat tada fungsi untuk ini. Availability map-map sudah siap bina juga penting untuk memudahkan kerja kita, selain daripada detail-detail yang ada pada map tersebut seperti jalan-jalan, topografi dan maklumat-maklumat marine misalnya. 
  4. Sumber kuasa- ini juga penting kerana sesetengah unit GPS mempunyai jenis bateri yang tersendiri dan tidak boleh menggunakan sumber kuasa lain. Ada sesetengah yang agak mesra sumber kuasanya dimana kita boleh menggunakan sumber kuasa yang universal seperti bateri AA, AAA, AAA dan A yang lain-lain, ataupun menggunakan jenis-jenis bateri yang mudah didapati di kedai-kedai. Seperti Mobile Mapper 6 dan Garmin 60csx tu, ianya menggunakan bateri AA biasa, sennag kalau bateri habis boleh cari ganti dimana-mana. Ashtech Promark 500 itu juga menggunakan bateri video kamera yang universal, boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai gambar dengan kos yang agak murah.
  5. Mudah alih - ini kurang penting sikit rasanya sebab GPS yang ada sekarang ni pun semuanya boelh kira senang nak bawa kemana-mana. Kecualilah yang jenis berantenna tu, kotak dia je dah agak besar, tapi berbaloi dengan hasil yang diberikan.
  6. Senang Guna - ini pun penting jugak sebab selalunya yang user friendly ini akan memberikan banyak  kelebihan dan kemudahan kepada pengguna. Bayangakan, 2 unit GPS yang digunakan untuk tujuan yang sama, satu tu sekali tekan je dah dapat result, yang stau lagi kena lalu 3 4 kali tekan baru dapat result.
  7. Kelebihan dan kekurangan - banyakkan baca forum-forum dan komen-komen yang telah dibuat di internet tentang kelebihan dan kekurangan alat yang nak beli tu. Ini bagus supaya kita tidak silap membeli dan malabur.
  8. Accuracy - ini tersangat penting sebab yang ini bersangkut dengan tujuan kita beli GPS tu.
  9. Harga - yang ini selalunya yang paling orang akan tengok : )
  10. Sofware - ini pun agak penting juga. Kejelasan perlu untuk tahu samada software diberikan termasuk dengan harga pembelian unit GPS, ataupun kena beli asing yang mana memerlukan kos tambahan. Selain itu, kebolehan software untuk membuat pemprosesan dengan cepat dan tepat, selain output data yang boleh dikeluarkan juga penting.
  11. Manual - penting juga sebab selalunya manual yang diberikan sangat-sangat am, kalau boleh masa nak beli tu minta vendor keluarkan satu manual khusus untuk penggunaan alat GPS tu, software-software yang berkaitan dan juga cara pemprosesan. Tapi yang ini kalau rajin boleh godek-godek dan buat sendiri ikit kefahaman masing-masing.
Ok, cukup setakat itu

Terima kasih dan bye.



Read more...

Monday, December 12, 2011

Garmin dan Mapsource

Assalamualaikum w.b.t.....

Post ini adalah sempena ada sorang kawan aku minta tolong pasal nak download data daripada handheld Garmin ke komputer, seterusnya nak masuk ke AutoCAD. Jadi aku taruk pulak kat sini supaya aku sendiri tak lupa, hehe....

Handheld Garmin ni, biasanya ada capability utk mark point atau route. Senangnya, macam selalu untuk tujuan semasa buat site visit misalnya, kita nak mark kawasan, atau kadang-kadang diperlukan untuk permohonan tanah baru.

Disini, kita hanya perlu bawak handheld Garmin ni, aku pakai 60csx. Jalan-jalan dan mark point yg dikehendaki tu.

Dah settle kerja marking di site, balik rumah terus proses.

Caranya :

1) Buka software Mapsource. CD software ini ada sekali dalam kotak Garmin, termasukkan cable connector.



2) Sambungkan Garmin tu ke komputer / laptop guna cable connector tu.

2) Dah buka tu, klik pada Transfer dan pilih Recieve From Device untuk download data-data pada Garmin.


 3) Klik pada Find Device dan software akan mengenalpasti secara automatik Garmin yang sudah dihubungkan ke komputer / laptop tu. dah jumpa, klik Recieve tu dan software akan terus download semua data yang di cerap tadi.


4) Dah settle download ni, tengok kat sini. Klik pada ruangan Waypoint. Disitu ada semua point-point yang di cerap di site. Kadang-kala kita lupa nak resetkan memory Garmin sebelum cerap tanda baru untuk job baru. Jadi, disini, semua data termasuk data-data terdahulu akan di download. Pada menu waypoint ini, kita boleh select satu-satu point yang kita nak, nak abaikan lain-lain point. 


5) ATurcara lain yang perlu dibuat ialah tukarkan setting parameter kodinat yang digunakan. Garmin biasanya hanya ada RSO. Klik pada Edit dan pilih Preferences.


6) Pilih Position dan pilih Grid dan Datum yang digunakan.


7) Seperti No.4 tadi. kalau nak senang lagi, select je semua point tu. Klik pada satu pont dan macam biasa, tekan ctrl + A.


8) Dah select semua point tu, peri pada File dan pilih Save As.



 9) Pada menu Save As ini, terdapat beberapa pilihan format yang boleh di gunakan untuk save data, antaranya ialah .dxf.


 10) Dah settle tu, save terus dan buka guna autoCAD macam biasa. COntoh output dia macam ni lah lebih kurang.



Macam itu lah lebih kurangnya. Prosedur ini kadang-kadang berguna jugak untuk contohnya kerja-kerja dalam hutan dimana proses marking kawasan diperlukan. Contohnya untuk kita mark kawasan pembalakan ke, kawasan rintahan haram ke, kawasan pertanian ke atau lain-lain tujuan.

Accuracy.....??? Macam biasa, ini hanyalah handheld GPS : )

P/S : Selain daripada Mapsource ini, kita juga boleh uploadkan terus data-data yang terlah dicerap menggunakan handheld Garmin ini  terus pada Google Earth. Lagi menarik untuk persembahan data.

Ok, cukup setakat ini.
Bye.

Read more...

Saturday, March 26, 2011

eKadaster : Ruang tanya dan jawab JUPEM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Memandangkan eKadaster ni adalah satu benda / sistem baru, maka JUPEM telahpun membuat satu ruang "KITA TANYA JUPEM JAWAB". Hahahhaa....tu aku je namakan. Nama yang JUPEM bagi ialah "eKadaster Help Desk.


Jadi, kalau ada apa-apa keraguan, ruangan ini lah yang akan menjawab segala keraguan dan ketidaktahuan anda tu. Tu pun kalau officer-officer JUPEM ada masa lah untuk jawab. Kadang-kadang tu mereka sibuk, tak sempat nak jawab. Jadi sabarlah dan tunggu mereka reply jawapan pertanyaan anda.

Link ke website :

Ok, Bye.

Read more...

eKadaster : Format file CRM ikut spesifikasi JUPEM

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak update blog. Terlebih dahulu, terima kasih kepada yang sudi call atau email, sama-sama lah kita kongsi apa-apa ilmu yang kita ada berkaitan dengan bidang ukur ni. Lagi banyak kita kongsi, lagi banyak yang kita akan dapat.

Ok, berbalik pada tajuk entri ni, kat sini aku letak cerita lebih kurang mengenai file format CRM yang stadard JUPEM punya. Walaupun aku dah ada try submit 1 file CRM ni dan masih lagi tiada status samada lulus atau tak, aku kasi cerita jugak lah. Seperti entri-entri terdahulu yang aku cerita, CRM ni perlu kita buat untuk kerja-kerja ukur yang mana pada lot yang nak di ukur ataupun lot-lot sekitarnya dalam radius 300m tiada lagi NDCDB.

Pada entri ni, aku tak cerita pasal cara kerja nak buat CRM ni, tapi pasal format yang JUPEM nak masa kita nak hantar file ukur tu. File-file CRM ni kita perlu ZIP kan dan attach semasa kita nak submit file ukur tu, samada untuk permohonan no. lot ataupun masa nak submit 16 ASCII file tu.

Pertama sekali, kita perlu tengok apa yang ada dalam file CRM ni.

  1. *****.crm
  2. *****.pot
  3. RTGA_*****.html
  4. eVRSCAL_*****.html
  5. Raw data static dalam format Rinex v2.11

Detail tentang setiap file ni akan diterangkan kemudian.

Yang keduanya, kita perlu lihat pada struktur file ataupun susun atur file yang JUPEM nak, maknanya mengikut format struktur file JUPEM. Susun atur file-file ni adalah penting kerana kalau silap susun, sistem JUPEM tak boleh nak baca file-file CRM yang kita submit tu. Rujuk gambar kat bawah ni, macam ni lah rajah susun atur file-file CRM ni dalam satu folder.


File-file berkaitan CRM adalah bermula dari folder CRM tu. Yang folder Surveyed tu untuk masukkan 16
ASCII file tu.

KANDUNGAN DALAM FILE .CRM

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.


KANDUNGAN DALAM FILE .POT




Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.

DETAIL UNTUK FILE .CRM DAN .POT






Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.


Itu adalah penerangan mengenai file-file .pot dan .crm. Secara am nya, file .crm ni adalah mengandungi data berkenaan dengan siapa pengukur yang buat kerja tu seperti nama pengukur, no kad pengenalan dan lain-lain. File .pot ni ialah berkenaan dengan data-data point CRM tu seperti kodinat-kodinat tanda CRM tu dalam GDM2000, RSO geocentric dan Cassini geocentric dan lain-lain maklumat. Boleh rujuk pada penerangan kandungan di atas.

KANDUNGAN DALAM FILE RTGA_*****.html


File RTGA ni pula ialah file berkenaan dengan data-data cerapan RTK ponit-point CRM ni. Kaedah cerapan dibuat dengan 2 initialisasi, dimana setiap initialisasi perlu ada 10 cerapan. Setiap initialisasi ni akan dipuratakan hasil 10 cerapan tu, menjadi 2 purata cerapan (2 initialisasi). 2 hasil purata cerapan daripada 2 initialisasi tu akan dibandingkan dan bezanya haruslah tidak melebihi 2 : 2 : 6. Kalau lebih tu maknanya cerapan itu perlu dibuat semula.

Ni contoh hasil cerapan RTK yang JUPEM buat.




Seperti biasa, klik pada gambar untuk tumbesaran lebih jelas.

KANDUNGAN PADA FILE eVRSCAL_*****.html


File ni ialah file berkenaan dengan hasil kalibrasi alat GPS yang korang pakai tu. Tujuannya adalah untuk sahkan yang alat GPS yang korang pakai tu dah bagi output kodinat yang betul. Macam biasa, kalibrasi ni dibuat di tapak kalibrasi yang JUPEM sediaan mengikut negeri masing-masing. Cerapan pulak dibuat pada sekurang-kurangnya 3 pillar.

Ni contoh nya :


Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.

Tu adalah antara file-file yang perlu ada untuk submit CRM. Tu baru yang RTK je dan walaupun buat RTK, kita juga perlu buat cerapan statik untuk setiap point CRM yang kita buat dan cerap tu. Ini adalah untuk JUPEM buat perbandingan samada cerapan RTK kita tu betul atau tak.....ataupun kita betul tak buat cerapan RTK tu, hehe.

Secara am nya, kita perlu buat 3 point CRM di sekeliling lot yang kita nak ukur tu. So, kita akan ada 3 hasil cerapan RTK dan untuk cerapan statik ni, setiap point CRM tu perlu kepada paling kurang 3 set cerapan yang mana setiap satu cerapan dibuat pada setiap 15 hingga 20 minit.

Biasanya, output cerapan statik ni akan berada dalam format bergantug kepada alat GPS masing-masing, tapi untuk submit ke JUPEM, format-format yang bermacam jenis tu perlu ditukarkan kepada standard format JUPEM pakai iaitu Rinex dan RInex ni pulak dah ada bermacam version. First time aku try submit dulu, aku hantar dalam format Rinex version 3.11, JUPEM tak boleh baca. Aku resubmit balik pakai version 2.11 baru la JUPEM boleh terima. Apa-apa pun, rujuk kembali kepada JUPEM negeri masing-masing.

Ok, cukup setakat tu. Nak tahu lebih jangan tanya aku, tanya JUPEM ye. Nanti aku pulak yang pening nak jawab.

Bye.


Read more...

Friday, February 11, 2011

Manual untuk Fast Survey (CRM version).


klik sini untuk :

Contoh isi kandungan dia macam ni lah lebih kurang. Tak lawa? Hah....nak lawa buat sendiri. Kalau time kena hantar report assignment dulu-dulu tu boleh lah nak buat lawa-lawa. Sekarang ni janji boleh faham sudah. Kan?



Yang benar,


Read more...

Tuesday, February 8, 2011

GPS ASHTECH Promark 500 + MobileMapper 6

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini, keperluan kepada penggunaan GPS adalah tersangat meluas dan boleh kata amat-amat diperlukan lah. Baik untuk kerja Ukur Kadaster, Ukur Kejuruteraan ataupun lain-lain kerja pengukuran. Terdapat banyak jenis GPS dipasaran sekarang, baik daripada TOPCON, MAGELLAN, UNISTRONG, TRIMBLE atau lain-lain pengeluar.

Kepada Jurukur Tanah Berlesen, keperluan kepada penggunaan GPS ni amatlah ketara, lebih-lebih lagi bila penggunaan sistem eKadaster mula digunapakai sepenuhnya untuk kerja-kerja Ukur Kadaster. Lebih spesifikasi lagi ialah untuk memcerap point Cadastral Reference Mark (CRM) untuk kerja-kerja ukur yang mana di kawasan itu belum terdapat lagi lot-lot berkodinat NDCDB. Tanda CRM ini adalah wajib bagi kawasan seperti ini keran sistem pada JUPEM memerlukannya untuk menyelaraskan lot-lot berkodinat Cassini Lama ke projection GDM 2000 baru. Abaikan untuk lot yang dah berkodinat NDCDB.

Baru-baru ini, pejabat tempat aku menabur keringat telah pun maju setapak lagi setelah sekian lama menggunakan GPS cap Unistrong. (beli masa CCI dan tak digunakan lagi semenjak habis projek CCI). Alat yang pejabat aku beli ialah bercapkan ASTECH , atau lebih spesifikasi lagi ialah PROMARK 500 (PM500), yang mana ianya dipadukan dengan seketul Data Logger berjenama MobileMapper 6 (MM6).


Klik pada logo untuk ke website AHSTECH

Berkenaan dengan rupa paras PM500 dan MM6 ni, ianya adalah begini.


Ini ialah ProMark 500, hensem kan?


dan ini ialah data logger yang bernama MobileMapper 6.

GPS ni dibeli kerana kebolehannya untuk mebuat cerapan mengikut spesifikasi yang JUPEM nak. Ini bermaksud, perisan yang didatangkan bersama MM6 selaku data loggernya berkebolehan untuk meng-output kan hasil cerapan CRM yang mengikut spesifikasi JUPEM iaitu :
  1. Fail .crm
  2. Fail .pot
  3. Fail .html (RTGA report)
  4. Fail .html (report kalibrasi GPS)
Dengan menggunakan perisian Fast Survey yang terdapat dalam MM6 tu, cerapan CRM boleh dibuat dengan hanya beberapa klik-klik sahaja. Oh, sebelum terlupa, alat ini boleh berkomunikasi dengan server JUPEM dengan sangat cemerlang, membolehkan kita membuat cerapan RTK keatas tanda-tanda CRM yang dibuat. Kad sim (Celcom @ Maxis @ Digi @ dll) boleh dimasukkan terus ke dalam antena GPS. Terdapat satu ruang untuk memasukkannya. Yang part RTK ni biasalah, mana-mana alat GPS pun sama. Kalau kat situ tak ada line talifon tu memang tak dapat nak tolong lah.. Kalau tak ada line tu boleh je buat cerapan statik. 




No. 1   : Cover tutup untuk tempat letak Kad Sim @ radio add on.
No. 2   : Bateri untuk PM500 ni. Hanya pakai bateri camcorder je, so boleh beli back up bateri lgi.
No. 3   : Ruang untuk letak Kad Sim @ radio add on. Anak panah tu tunjuk tempat letak Kad Sim.
No. 4   : Cover tutup ruang beteri.
No. 5   : Ruang bateri.
No. 6   : Ruang untuk cucuk RS cable.
No. 7   : PM500 punya monitor.
No. 8   : Ruang untuk cucuk cable power.
No. 9   : Ruang untuk cucuk cable USB.
No. 10 : Ruang untuk cucuk GSM punya antenna.

Tu antara benda-benda yang ada pada PM500 ni. Lepas beberapa kali gunakan PM500 ni, aku rasa ianya sangat user friendly dan senang dikendaikan. Part yang aku paling suka ialah bilamasa kita buat cerapan statik (berapa lama pun tak kisah), untuk download data statik tu, kita hanya perlu cucukkan cable USB dan di hujungnya, cucuk je pen drive. Data-data static tu akan di download terus ke dalam pen drive. 


Senang kan. Tak payah lagi nak hubungkan GPS ke laptop, lepas tu buat sambungan dan tetapan-tetapan lain. Itu serba sedikit lah yang aku rajin nak buat. Nak tahu lagi detail, pasal teknologi BLADE yang ada dalam PM500 ni ke, download lah spreadsheet kat website ASHTECH.

Ok, berkenaan dengan MobileMapper6 (MM6) ni pulak, ianya sudah mempunyai GPS yang sudah di built-in terus kedalamnya. Bermaksud, ianya juga adalah satu unit GPS yang mana antaranya boleh digunakan untuk kerja-kerja GIS misalnya, yang berketepetan rendah.


No. 1 : MobileMapper 6 data logger.
No. 2 : Pen (stylus).
No. 3 : Cable USB (sambungkan pada MM6).
No. 4 : Cable USB (sambungkan pada komputer).

Sekarang ni kita tinggal dulu pasal perisian Fast Survey tu. Yang tu nanti entri lain aku cerita secara detail, berserta manual yang aku dah buat untuk pejabat aku (time beli ni Steven SURMAP tu bagi yang tulis tangan je atas kertas A4). Antara benda-benda yang aku suka dengan MM6 ni ialah, ianya mempunyai camera (2mp), jadi kalau masa tengah buat kerja tu ada awek-awek cun ke lalu, laju je boleh snap. Hahahaha....ok, gurau saja. Masa beli ni, ada 2 pilihan, samada nak ambil MobileMapper CX (MMCX) atau MM6. Jadi, disebabkan yang MM6 ni ada camera dan yang MMCX tu tak ada camera, aku pun ambil la yang MM6 ni.

Yang aku betul-betul tak suka, pen (stylus) dia tu kenapa nya kecik sangat (rujuk gambar diatas)? Memang kena la masa beli tu dia bagi 5 ketul. Macam senang sangat nak hilang @ pun terhilang. 

Oleh sebab pen (stylus) dia kecik, kebolehanl agi satu yang aku suka pasal MM6 ni ialah interface pada MM6 ni boleh dipindahkan ke komputer. So, katakanlah pen tu hilang ke, memang pakai jari pun boleh, ataupun guna mana-mana stylus yang ada jual tu, tapi masa nak buat processing tu, sebagai contoh ko nak proses data survey detail yang ko buat. Apabila interface dia boleh dipindahkan ke monitor komputer, ianya akan menyenangkan kerja kita sebab semuanya boleh di control dengan mouse dan screen pun besar sikit. Macam mana nak buat tu? Nanti lah entri lepas ni aku buat. Tak susah pun lah. MM6 ni pakai Windows Mobile je. Kasi Sync sama itu komputer, guna je satu software ni. Handphone Nokia biasa pun boleh je.


Ok, penat dah rasanya dok tulis ni. Nanti lah lain kali aku kasi update lagi pasal PM500 dan MM6 ni. Sekarang ni pun ramai LS-LS yang tengah berkira-kira nak melabur untuk beli GPS ni. Ni bukan nak promote ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saje nak kongsi info-info dengan pengguna PM500 dan MM6 di Malaysia ni, ataupun yang tenah berkira-kira nak beli tu. 

Entri ini saya sudahi dengan gambar-gambar ini.





 Yang benar,

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...