Monday, January 25, 2010

Home » , » Mencari arah terabas......

Mencari arah terabas......

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku telah lalui.Mungkin ada terdapat bermacam lagi cara,atau cara yang lagi efisyen.Brebalik pada tajuk entri diatas,mencari arah terabas........ya,mencari arah perjalanan terabas ketika membuat kerja-kerja pengukuran dipadang.Biasanya,jika laluan terabas itu di rancang dengan teliti,ianya akan memudahkan perjalanan kerja dan dapat memastikan kerja pengukuran dapat disiapkan sebagaimana tempoh yang dirancang.

Jadi....perancangan laluan terabas ni sepatutnya di rancang (mungkin secara kasar di dalam otak) ketika membuat site visit.Untuk lebih efektif dan efisyen,semasa site visit tu,kita sepatutnya meninjau semua kawasan site jika boleh,bukan sekadar hanya jenguk daripada tingkap kereta dan mark point koordinat,dengan niat hendak tengok je site menggunakan google earth.Marking point site tu adalah bagus,dan sememangnya kita boleh meninjua kawasan site tu dengan hanya menggunakan google earth,namun.......harus diingat yang google earth punya imej bukannya yang terkini dan kebanyakannya (imej di malaysia) adalah sudah lapuk!Tinjauan,kalau boleh kesemua kawasan siteadalah bagus untuk mengesan samada ada wujudnya halangan besar di kawasan site,mengesan kawasan berpaya atau darat dan lain-lain.Memudahkan perancangan kerja.Ok,cukup setakat tu sebab tu bukan isi untuk entri ini.

Ok,berbalik pada tajuk entri,semasa pengukuran,pekerja ukur depan,PUD (panggil macai macam tak senonoh je) adalah yang paling kritikal dan seharusnya seorang yang berpengalaman.Kenapa???Ini kerana,laluan keseluruhan perjalanan terabas,senang atau susah adalah bergantung kepada PUD.PUD ni kalau boleh harus tahu mana laluan yang ok dan efisyen.PUD ini lah yang bertindak sebagai peninjau bagi kita selaku jurukur ketika pengukuran di padang.Ketika pengukuran dibuat,jarak antara 2 stesen terabas adakalanya agak jauh dan disni,komunikasi antara pengukur dan PUD adalah penting bagi menentukan arah laluan terabas.

Perlu diingat,laluan yang jauh tersasar dari lot pengukuran,ataupun terlampau hampir dengan batu sempadan lot adalah tidak bagus untuk kesihatan.....eh,bukan-bukan,tidak bagus untuk progres kerja.Mungkin ianya akan melambatkan kerja,dan menyusahkan jika ingin mengikat terabas pada batu-batu sempadan,juga akan menyusahkan semasa ingin membuat tanam pastian bagi lot yang terlibat.

Jadi,kita selaku pengukur perlu memastikan dan memberi panduan yang betul kepada PUD.Ok,terdapat banyak cara untuk memastikan laluan terabas berada pada laluan yang betul.Paling HOT ialah menggunankan sistem F2F,iaitu menggunakan TSM ketika pengukuran dibuat.Dengan menggunakan TSM,sebelum pengukuran dibuat,kita hanya perlu membeli data digital mengenai lot yang hendak diukur,ataupun key-in kan data-data lot secara manual menggunakan TSM.Secara senang nya,dengan menggunakan TSM ini,setiap garisan terabas yang dicerap itu akan terus diplot pada skrin laptop dan ini amat-amat memudahkan kita untuk mengenalpasti dan merancang laluan dihadapan.Menggunakan TSM dan sistem F2F ini ada baik dan buruknya.

Baik

  1. Semua pengiraan dibuat secara terus dengan hanya klik-klik,hehe....
  2. Garisan terabas yang diukur akan diplot secara terus semasa pengukuran dibuat.
  3. Boleh tahu jika terdapat sebarang batu-batu sempadan yang berhampiran dengan stesen yang boleh diikat pada terabas.
  4. Lain-lain..........lain kali lah.
Kekurangan pada aku
  1. Perlu sentiasa bawak dan pakai laptop/toughbook semasa pengukuran.
  2. Leceh untuk setting alat dan toughbooks setiap kali tukar stesen,berbanding dengan hanya tulis pada buku.
  3. Kene pasang kabel penghubung @ setting bluetooth connection.
  4. Hehe....tak boleh (susah) nak ejas-ejas....hahaha....ok2.Yang ni tipu-tipu je... : ) Tak baik main tipu!
  5. Paling penting,meggunakan aplikasi F2F ni memerlukan seseorang tu mahir dalam mengendalikan alat dan perisian TSM.

Sebenarnya sistem F2F,gunakan TSM semasa pengukuran dibuat tu sanat bagus,cuma aku masih lagi memerlukan latihan tubi yang banyak untuk memahirkan diri.hahahaha......

Jadi,macam mana kalau tak tahu pakai TSM atau tak mempunyai perisan ini???

Apa yang aku praktikkan sekarang ni ialah dengan hanya gunakan software AutoCAD je.Sebelum aku turun site tu,aku akan key-in terlebih dahulu PA-PA yang terlibat dan highlight baik-baik lot yang aku nak ukur.Kaedah dia sama je macam pakai TSM,yang lainnya,tak boleh nak plot terus secara "real time".Jadi,sepanjang aku kat site mengukur tu,aku akan bawa la laptop dalam beg pikul.Ala....laptop sekarang ni kecik-kecik je,ringan pulak tu.Jadi,bila dah agak-agak dan banyak stesen laluan terabas yang aku dah buat tu,aku akan suruh budak-budak pekerja ukur aku (BBPU) rehat minum hisap rokok kejap.Aku bukak laptop dan plotkan garisan-garisan terabas yang aku dah ukur tu.Dari situ,aku akan dapat tahu dah sampai mana aku ukur,berapa dekat aku dengan batu sempadan dan merancang pergerakan seterusnya.Cara ni jugak agak menyenangkan untuk mencari batu-batu sempadan di sepanjang laluan terabas,dengan hanya taip-taip dan klik-klik pada AutoCAD.Catit bearing-distance tu,bukak je terus pakai alat.

Hasil kajian aku,wahhh....kajian tu.Hahahaha.....ok2,kembali serius.Daripada apa yang aku pernah buat,pengiraan manual dengan menggunakan calculator dan cara pakai AutoCAD ni lebih kurang je,tapi lebih tepat dan cepat kalau pakai kaedah AutoCAD ni.Nak buat pengiraan taman pastian pun senang,cepat dan berkesan.


*gambar tak clear sangat kut ni......

Selain tu,mungkin banyak lagi cara-cara daripada surveyor-surveyor lama dan mereka-mereka yang tahap otai-otai macam berdasarkan pada hasil pengiraan bearing-distance dan koordinat dan paling dahsyat ialah berdasarkan kepada naluri hari.Hehe....

Ok,mengantuk sudah mata ni.Selamat malam,bye-bye dan....assalamualaikum.


6 komen:

lkc_lai said...

Guna TSM? boleh guna ke? batery tak bagi problem?

in28flames said...

ha...sebab tu la sy tak pakai TSM dan hanya guna AutoCAD je.buka untuk check sekali sekala je.hihi....mr.lai,maksud saya pada entri diatas adalah "kalau" pakai TSM.kalau pakai laptop memang x dapat la,2 3 stesen bateri dah habis.even kalau pakai toughbook pun lama-kelamaan bateri akan cepat habis.saya rasa mr.lai pun tahu kan.

Anonymous said...

mcm tu yerk..i follow

Anonymous said...

SALAM...MCM MANE KITE NAK START KERJA UTK STRATA TITLE SURVEY?MOHON TUNJUK AJAR

Erosion Earth said...

Assalamualaikum....

Nak tanya pasal pelan geran tanah. Pelan geran tanah ada dilukis bearing dan jarak. Jarak pada pelan geran mempunyai unit (.cal). Unit ini kalau diconvert ke unit meter boleh ke.

zayteck said...

Salam Tuan,
Saya membeli 2 lot tanah hasil dari pecahan tanah dalam satu geran. Setiap sempadan akan diletakkan penanda kayu bg mengelak sebarang permasalahan di masa hadapan. Masalahnya bila tanah tersebut tak dijaga maka semak samun akan tumbuh tinggi dan menyukarkan utk mencari kayu penanda sempadan.

Saya terfikir utk mencari titik koordinat penanda tersebut. Sekiranya kayu pendanda tak napak atau rebah pun kita masih mempunyai titik koordinat yg tepat. Bolehkah ianya dilakukan? Sebagai org awam yg tak terlibat dgn kerja2 begini dan tidak mempunyai peralatan yg sepatutnya utk kerja2 ukur. Mungkin terdapat sofware2 percuma yg boleh yg boleh di install ke dalam phone, tablet atau PC. Harap mendapat maklumbalas daripada pihak Tuan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...