Friday, January 15, 2010

Home » » Jurukur dan Jurukur Berlesan adalah 2 benda yang berlainan.

Jurukur dan Jurukur Berlesan adalah 2 benda yang berlainan.

Sila rujuk kepada tajuk diatas.

Kadang-kadang,benda-benda kecik macam ni selalu orang ambil mudah,macam bila tengok pak cik tua nak lintas jalan tapi dibiarkan dengan sebab dalam kotak fikiran tengah proses data yang mengatakan,"oh...pak cik tu dah tua,dia dah ada banyak pengalaman lintas jalan.Jadi tak perlu tolong lah".

Kerjaya sebagai jurukur ni mungkin kurang mendapat perhatian masyarakat,nasib baik tidak di pandang serong je.Ok2....itu dah mengarut.Berbalik kepada perkara yang berkaitan dengan tajuk diatas,Jurukur dan Jurukur Berlesen adalah 2 benda yang berlainan.

Jurukur

  • Senang cerita ialah manusia yang membuat kerja ukur sukat di padang, a.k.a site didalam bahasa inggeris nya.Kerja ukur itu adalah termasuk dengan segala proses memungut, mengutip,mencerap dan segala hal yang berkaitan dengan memperolehi data di lapangan.
  • Didalam jawatan nya,sering ditulis sebagai "Pembantu Jurukur".
  • Tandatangan golongan ini tidak laku untuk diperturunkan diatas sebarang pelan-pelan yang dihasilkan daripada kerja-kerja ukur yg dibuat.
Jurukur Berlesen
  • Seorang manusia yang dahulunya mungkin pernah bekerja sebagai jurukur,projek manager kepada firma-fiirma ukur,pengurus-pengurus cawangan jurukur berlesen,bekas-bekas pegawai JUPEM dan mungkin juga pensyarah-pensyarah daripada institusi pengajian tinggi.
  • Manusia ini juga telahpun dengan jayanya LULUS dalam ujian undang-undang yang dikendalikan oleh Pertubuhan Jurukur Malaysia dan membuat "artikel" dengan cemerlangnya dan SAH DIPERAKUI memenuhi syarat dan layak oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia.Bagi bekas-bekas pegawai JUPEM pula,gred yang mereka perolehi semasa berkhidmat juga memungkinkan mereka boleh digelar sebagai jurukur berlesen secara automatik apabila tamat perkhidmatan.
  • Senang cerita,Jurukur berlesen ni ialah bos kepada jurukur.
  • Tandatanagn golongan ini sah laku diatas pelan-pelan yang terhasil.
  • Golongan ini juga boleh menjadi saksi profesional di mahkamah jika sebarang pertikaian mengenai tanah berlaku.
  • Golongan yang berlesen ini juga boleh membuka 1 ibu pejabat dan 1 cawangan sahaja.
*** jika ada yang tertinggal sila komen ya.

Golongan jurukur ini juga,selain yang bekerja dengan jurukur berlesen @ kerajaan, ada juga yang lahir daripada inisiatif sendiri.maksud aku buat keje amik sub daripada jurukur-jurukur berlesen.Jurukur daripada gologan ini perlu mempunyai ramai kenalan @ contact untuk mendapatkan kerja @ projek.Di sesuatu ketika juga,kadang-kadang para golongan jurukur berlesen ini juga akan memerlukan khidmat jurukur-jurukur sub ini untuk membantu menyiapkan projek-projek yang diperolehi mereka jika....orang cakap tak menang tangan,dengan kadar bayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

OK,cukup setakat ini.Tata.....

3 komen:

ScHaN® said...

bagus la ko nie ayek.. mberi ilmu yg bguna kpd aku yg maseh jahil dlm ilmu nie... time kaseh..

Anonymous said...

satu lagi Jurukur Berlesen (sr)
jurukur (hk) hati keras he he he kena berani ooo

Anonymous said...

Jurukur risiko, dipatut ular, dikejar tebuan,lebah dan penyengat lain, dikejar anjing, dihalau, dimaki di kerat telinga, diparang kes pergaduhan sempadan. Dimakan oleh binatang buas dan banyak lagilah

Jurukur Berlesen risiko, dah buka setahun, tapi belum ada 1 juta dalam akaun, belum pakai kereta mewah, belum ada rumah besar, belum ada bin* no 2 opps... sory

Realitinya
Jurukur Berlesen (kaya)
jurukur akulah ni(cukup makan je) he he he

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...