Friday, January 22, 2010

Home » , » Mari kira cerapan matahari a.k.a SOLAR OBS.

Mari kira cerapan matahari a.k.a SOLAR OBS.

Pengiraan cerapan matahari ataupun lagi feymes orang survey panggil Solar sebenarnya bukannya mudah.Maksud aku kalau kira dengan kaedah manual.Cerap pun kadang-kadang main adjust jugak kan....tak kan tak pernah kut.Hahahahhaaaa......terutamanya bagi pengukuran yang melibatkan kerja-kerja ukur kadaster,untuk semakan datum,menutup garisan terabas pada sela 25 stesen,ataupun menyemak garisan terabas,Solar Obs ni merupakan perkara utama dan boleh dianggap kritikal.

Sepanjang pengalaman aku yang tak seberapa ni,ada 2 cara untuk membuat Solar Obs ni.Kaedah pertama ialah dengan membuat cerapan seperti biasa,kiri kanan matahari (macam yang masa study dulu-dulu kena buat sampai 20 cerapan setiap orang).Kaedah kedua ialah "cerapan bearing terus daripada matahari" (aku tak tahu apa nama saintifik kaedah ni).Cara kaedah kedua ni ialah dengan mencerap terus ke tengah bulatan matahari tu,dengan hanya sekali cerapan.Pengiraan untuk kaedah kedua ni dibuat dengan mengambil kira sudut vertical,koordinat dan..........ok,aku lupa :) .Semasa cerap sudut vertical tengah matahari tu,kunci vertical dan horizontal lock pada Total Station dan selepas pengiraan dibuat,masukkan nilai horizontal yang diperolehi tu,dan......................itulah bearing muktamad.Terus sahaja mula kerja terabas menggunakan back bearing daripada matahari tu.

Berbalik pada pengiraan mengikut kaedah cerapan pertama tu,ok,seriously....kalau nak kira secara manual ni aku sendiri memang agak slow sikit,kata orang-orang tua masih lagi merangkak bertatih sebab jarang amal.Nak-nak lagi dengan wujudnya software ni,FB2F yang mana salah satu applikasi yang terkandung didalamnya ialah solarObs.



 Hahahahha......bagi seorang pemalas macam aku ni,pakai je software ni.Amik solar 2 set (1 sebagai backup),suruh budak-budak duduk berteduh hisap rokok,duduk atas kotak alat,bukak laptop,key-in data,klik "compute",terus keluar je bearing muktamad.Haahhaha...kan senang tu.Tak payah nak selak-selak almanak dan kira banyak-banyak guna kalkulator.Cuma satu je,software ni "WAJIB" pakai dongle.Apa.....macam mana kalau takde dongle?????????jawapannya =  ; )



Macam ni rupa solarObs ni.
(klik pada imej untuk lagi clear)


Ni pulak bila dah masukkan data-data cerapan.
(Klik pada imej untuk lagi clear)

Pastikan data-data macam tarikh cerapan,koordinat stesen cerapan,Negeri tampat cerapan,masa cerapan,sudut vertical dan horizontal cerapan dan stesen cerapan beserta TR cerapan dimasukkan.Lepas masukkan semua data-data cerapan tu,klik je pada button "compute" tu.

Tingggggg............makanan sudah siap dimasak dan siap tersedia untuk dimakan.


Hasil pengiraan = Purata bearing grid.
(Klik pada imej untuk lagi clear)

Kelebihan menggunakan software ni ialah cerapan ni akan digunapakai masa nak buat proses e-submit tu,selain daripada cepat dan mudah.......dan tepat.Lagi satu,laptop tu biar la ade bateri dan boleh on.

Keburukannya pula,kene pakai laptop untuk pakai software ni sebab setahu aku masih belum ada aplikasi solarObs ni dalam format windows mobile @ CE.Betulkan aku kalau aku tersilap.Lagi satu,kene pakai dongle jugak untuk run software ni ( ; )  ; )  ; ) ; )  ; )  ; ) ; )  ; )  ; ) ).

Dongle......hehehehhehehhehhehehe............

Nota kaki : Macam mana pun wujud teknologi baru,kaedah lama pun kena tahu jugak.

13 komen:

lkc_lai said...

I pun tak pandai kira...biasa call office buat kiraan...cepat dan tepat.

in28flames said...

hahaha...tu la.saya pun pakai software ni je untuk kira.yang rumitnya,software ni perlu pakai dongle untuk run secara sah.hahaha...tapi tu bukan masalahkan mr.lai... :)

har said...

gna ms excel pn blh,xpyh dongle,lg pn laptop dh xde port utk dongle..usb dgn external display je ada kbykknnya.

in28flames said...

har...betul jugak excel pun boleh,tapi kene guna yang almanak dia masih boleh digunapakai la.

lagi satu,dongle sekarang ni dah x saiz gergasi macam dulu2.sume yg USB je.nak pakai pun bole,xnak pakai pun bole...tapi wajib kene pakai untuk run software.

Anonymous said...

ermm....fb2f ni stu sfewre yg dgunakan utk kja luar f2f ke???krg phm la...

Anonymous said...

cara untuk kira manual ade x?????

Anonymous said...

free solar without dongle.

get it here
http://www.mediafire.com/?3y2zt78hoa84enp

any other application... mail me
rgds,
unlicence
efbcps@yahoo.com

MAS JULIZA said...

TERBAIKKK

Anonymous said...

Mcm mau dpt softwe ni bro?

Anonymous said...

Minta bantuan, purata bearing grid tr ini merujuk utara apa?bearing dalam pelan ini utara apa?

Anonymous said...

ok

Anonymous said...

mcm mane nk download software diatas nie?..cer bg detail cket..

Anonymous said...

mcm mane nak dptkn software ni???? puas cari....
help me please

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...