Sunday, November 14, 2010

Situasi-situasi pengukuran dalam persekitaran e-Kadaster.

Assalamualaikum w.b.t....

Al-maklum lah, sekarang ni, dalam peekitaran e-Kadaster ni, cara pengukuran kat site pun dah jadi sedikit lain. Begitu juga dengan masalah-masalah yang timbul kat site. So, kat sini aku letak situasi-situasi yang akan muncul dalam persekitaran e-Kadaster ni.

Semua ni pun aku dapat masa pegi kursus "Awareness" yang JUPEM buat dulu. Aku ambil daripada slide JUPEM oleh En. Rohaizad Bin Ismail, Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster, Bahagian Kadaster, JUPEM HQ KL. Saja letak kat sini, kut-kut kang terhilang ke.

SITUASI 1
Kawasan Pengukuran Tiada NDCDB dan PDUK.

Contoh 1 - Kawasan pengukuran yang dekat dengan lot yang ada NDCDB.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran hendaklah menggunakan 3 tanda Cadastral Reference Mark (CRM).
  2. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB hendaklah dibuat, sekiranya lot yang diukur berada dalam lingkungan 300 meter dari lot NDCDB terhampir (rujuk gambar untuk stesen 3 dan 6).
  3. Buat cerapan ke tanda sempadan NDCDB secara terus atau secara terabas.
  4. Tanda sempadan NDCDB tu perlu dibuktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.

Contoh 2 - Kawasan pengukuran yang dekat dengan lot yang ada PDUK.


Tindakan yang perlu diambil sama dengan contoh 1 kat atas tu dan rujuk pada ikatan dari stesen 2 ke stesen 4 dan 5 pada lot PDUK tu.


SITUASI 2
Kawasan pengukuran yang tiada NDCDB, tapi ada PDUK.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran hendaklah menggunakan 3 tanda CRM.
  2. Perlu buat ikatan kepada 3 tanda sempadan PDUK yang dibuktikan masih berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak (rujuk stesen 3, 5 dan 6).
  3. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB juga perlu dibuat, sekira ianya berada dalam lingkungan 300m daripada lot yang di ukur tu.
  4. Macam biasa jugak, tanda sempadan NDCDB tu perlulah di buktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.

SITUASI 3
Kawasan pengukuran ada NDCDB tapi perbezaan lebih dari 0.1m.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :
  1. 3 tanda sempadan NDCDB tu perlu dibuktikan masih lagi berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak (rujuk stesen 7, 8 dan 9).
  2. Datum asal yang gunakan tanda CRM tu hendaklah ditukarkan kepada 3 tanda sempadan NDCDB.
  3. Pengiraan untuk tentukan tanda sempadan lot tu dibuat denagn rujuk kepada bearing dan jarak dari PU.

SITUASI 4
Kawasan pengukuran yang sebahagian ada NDCDB dan sebahagian lagi ada PDUK.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :
  1. Datum pengukuran tu hendaklah menggunakan NDCDB atau CRM.
  2. Tanda-tanda sempadan NDCDB dan PDUK tu hendaklah dibuktikan masih lagi berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak.
  3. Penanaman tanda sempadan baru hendaklah berasaskan tanda NDCDB.

SITUASI 5
Kawasan ukuran kelas 3 dan demarkasi.



Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran tu hendaklah menggunakan CRM.
  2. Maklumat bearing dan jarak tu diperolehi dari Pelan Akui.
  3. Kaedah ukuran naik taraf atau ukuran semula perlu dibuat.
  4. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB yang berada dalam lingkungan 300m dari lot yang diukur itu perlu dibuat, dan macam biasa, tanda sempadan NDCDB tu perlulah dibuktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.
Ok, itu sahaja.

Read more...

Tuesday, November 9, 2010

Pengiraan Terabas Kawalan

Assalamualaikum w.b.t....

Masa aku tengok-tengok kat live traffic untuk belog ni, banyak yang sampai ke belog ni dengan "TAIP KAT GOOGLE : PENGIRAAN TERABAS @ MACAM MANA NAK KIRA TERABAS". Adik aku pun tengah baru nak belajar cara nak kira ni. So, yang ni aku letak cara kira yang basic-basic je lah. Yang rumit-rumit tu nanti-nanti lah aku taruk kat sini. Yang ni pun terabas yang ada pembetulan M sahaja (pembetulan unuk bearing azimuth Matahari). Yang ada pembetulan C (pembetulan bearing tutup terabas) tu panjang-panjang sangat la pulak, lain kali lah ye, tapi kaedah dia sama @ lebih kurang je.

Ok, mula pada datum. Kat sini aku taruk yang pakai datum anggaran je lah ye. Sama jugak kalau ko pakai datum dari PC ataupun ko pakai datum dari PA. Kat sini, datum anggaran yang aku letak ialah :

Bearing mula untuk garisan 2-1
300d 00' 00"
(macam mana nak buat simbol darjah tu???)


So, bermula dari stesen 2 ke 1 tu, dengan datum anggaran 300d 00' 00" tu, buat lah terabas.....pung pang pung pang pung pang, jatuh bangun tergolek menebas masuk air keluar air panas terik minum air tu....sampai la terabas tu siap. Siap kat sini maksudnya terabas tu di tutup kembali ke garisan stesen 1 ke 2. Oh, lupa pulak nak mention. Yang ni untuk terabas tertutup ye, bermaksud terabas yang korang mulakan contohnya mula dari stesen A dan B dan ditutup balik ke stesen B ke A. Tu kira tetabas tertutuplah.

Perlu diingat, terabas ni secara amnya ada 2 jenis, iaitu terabas tertutup dan terabas terbuka. Terabas tertutup tu yang macam aku cerita kat atas tu, manakala terabas terbuka ni, sebagai contohnya, ko mulakan terabas tu dari stesen A ke B sebagai datum (senang cerita dari batu sempadan A ke batu sempadan B), ko "bawa" terabas tu.........dan last sekali ko tutup bukan ke stesen B ke A (garisan datum mula kerja) tu. Contohnya, ko mula dari stesen yg batu sempadan A dan B tu, lepas tu ko tutup ke batu sempadan lain yang ko jumpa, batu sempadan C dan D. Terabas terbuka ni selalunya digunakan untuk kerja-kerja pungukuran yang berjarak panjang, maksud aku kat sini contohnya untuk kerja pengukuran pipeline ke, jalan ke, yang selalunya berjarak berkilo-kilo meter. Sama jugak lah yang bearing ditutup ke "Matahari" (mula dari datum batu sempadan dan tutup ke "Matahari") yang selalunya kena buat pada setiap sela 25 stesen terabas, ataupun untuk semakan.

Ok, berbalik pada pengiraan tadi, terabas dibuat bermula datum di stesen 2 ke 1, dan ditutup juga pada stesen yang sama, iaitu 1 ke 2, dan ini adalah contoh hasil pembukuan terabas.



Kalau dilihat dalam kotak merah tu, yang kat atas tu ialah baring datum yang digunakan untuk mula terabas tu dan yang dalam kotak merah kat bawah tu ialah bearing tutup terabas pada stesen yang sama. Kalau dilihat :

Datum bearing 2-1 : 300d 00' 00" (bearing 1-2 sepatutnya ialah 120d 00' 00"
(beza bearing bacaan penyilang kiri dan kanan memang sepatutnya 180d 00' 00")

Bearing tutup 1-2 yang diperolehi melalui terabas yang dibuat ialah 120d 00' 00".

Jadi, perbezaan bearing mula dan bearing tutup adalah sama, iaitu 120d 00' 00", maka tiada tikaian pada bearing terabas itu.  Jadi pembetulan bagi tikaian bearing (pembetulan C) tiada. 

Pembetulan C ni berlaku apabila sebagai contoh untuk terabas diatas, bearing tutup yang diperolehi ialah 120d 00' 50". Dapat dilihat beza bearing mula dan bearing tutup yang diperolehi ialah sebanyak 50". Jadi beza yang 50" tu lah yang akan dibahagi kan kepada jumpah stesen yang terlibat dalam terabas tu. Cara pengiraannya lebih kurang macam ni :

Bearing mula 2-1 : 300d 00' 00" (120d 00' 00" untuk 1-2)
Bearing tutup 1-2 : 120d 00' 50"
Beza bearing mula dan bearing tutup ialah +50".
Jumlah stesen terabas : 8 stesen
So, tikaian yang 50" tadi tu dibahagi kepada 8 stesen = -6.25" per stesen.

Jika tikaian adalah - (negetif), maka pembetulan setiap stesen menjadi + (positif). Negetif dan positif disini bermaksud, jika pembetulan + (positif), maka bearing pembetulan tu hendaklah di tambah kepada bearing terabas untuk setiap garisan, manakala jika - (negetif), maka bearing pembetulan itu hendaklah ditolak daripada bearing terabas untuk setiap garisan.

*Perlu diingat, tikaian bearing tutup yang dibenarkan ialah 1' 15" sahaja untuk terabas kelas pertama.

Pengiraan untuk pembetulan C ni di buat secara berganda. Maksud kat sini, jika berdasarkan kepada contoh terabas seperti diatas, untuk garisan 1, pembetulannya ialah -6.25". Maka pada ruang purata pada buku terabas tu, untuk garisan 1 ditulis C -6.25". Seterusnya, untuk garisan 2, pembetulan tu digandakan menjadi C -12.5" (6.25" + 6.25"), untuk garisan ketiga menjadi C -18.85" (6.25" + 6.25" + 6.25"), dan seterusnya digandakan............sehinggalah ke garisan 8 menjadi C -50".

Berbalik pada terabas yang aku letak ni, tikaiannya adalah tiada kerana bearing mula dan bearing tutupnya adalah sama. Selain daripada pembetulan C ni, juga perlu dibuat pembetulan M, untuk cerapan matahari. Untuk terabas yang aku letak contoh kat atas ni, pembetulan M (matahari) dibuat pada garisan datum, iaitu garisan 2-1. 



Hasil pengiraan cerapan matahari yang dibuat adalah seperti gambar kat atas ni. Jika dilihat, bearing purata Matahari yang diperolehi melalui cerapan yang dibuat ialah 293d 08' 19".

*Perlu diingat, beza bearing yang dibenarkan untuk set 1 dan set 2 ialah 10' sahaja, mengikut peratran ukur lah ni. Jadi, jika lebih tu, bermakna set cerapan tu "bermasalah". Selalunya, buatlah cerapan tu lebih sikit, paling kurang pun 3 set, supaya "masalah" seperti ini boleh dielakkan.

Ok, berbalik pada hasil kiraan bearing purata Matahari tadi, bearing rujukan yang digunakan ialah 300d 00' 00". Maka, pengiraan pembetulan M ialah : 

Bearing TR : 300d 00' 00"
Bearing purata MH : 293d 08' 19"
Beza bearing = 6d 51' 41"

Jika dilihat pada bearing purata Matahari tu, ianya adalah bearing muktamad untuk garisan 2-1 dan dapat dilihat ianya adalah kurang daripada bearing anggaran untuk datum yang kita gunakan untuk mula terabas tu. Jadi, beza bearing 6d 51' 41" tu hendaklah ditolak kepada semua bearing untuk setiap garisan. Di dalam buku terabas ditulis M -6d 51' 41".



Jika dilihat pada contoh gambar diatas, bearing yang berwarna merah itu ialah pembetulan M untuk bearing matahari. Bearing purata itu di tolak dengan bearing matahari (pembetulan M) dan hasil tolakan itulah dinamakan sebagai bearing muktamad. Perlu di ingat disini, bearing muktamad ini hendaklan dibundarkan kepada puluh terhampir dan hasil bundar itu ditulis pada ruang bearing muktamad pada buku terabas (rujuk bearing warna biru).

Tanggggggggg.........siap!!!!!

Itu je lah untuk pembetulan bearing. Yang warna biru kat bawah tu ialah "traverse accuracy" ataupun ketepadan terabas. Selalunya, ketepatan yang dibenarkan untuk terabas kelas pertama ialah 1 : 8000 keatas. Ketepatan ini pun memainkan peranan penting dalam penerimaan sesatau kerja pengukuran terabas tu, tapi yang ni nanti lain kali lah aku tulis kat sini. Penat wooo....

Ok, bye.

Read more...

Friday, October 29, 2010

Carta alir untuk kerja-kerja KADASTER


Sebab ramai yang email tanya benda ni, maka, oleh sebab aku tengah malas (hahaha.....) sekarang ni, aku letak gambar carta alir ni je la dulu. Rasanya dah ok kut. Carta ni boleh digunapakai untuk proses :

  1. Pecah Sempadan
  2. Pecah Sempadan, serentak Ubah Syarat
  3. Serah Balik Berimilik Semula (SBBS)
Yang dalam "KOTAK HIJAU" tu bolehlah diabaikan untuk proses pecah bahagian.

Ok, bye.

Read more...

Saturday, October 9, 2010

Bagaimana nak masukkan LOT dan paparkan pada Google Earth?

Assalamualaikum w.b.t.

Aplikasi dan penggunaan Google Earth pada masa ini sangatlah meluas. Pak cik mak cik pun ramai yang dah tahu macam mana nak tengok rumah atau sekeliling rumah mereka dari atas. Tak kurang jugak orang-orang yang cuba nak cari atau tahu selok belok jalan, walaupun map Google Earth ni tak semua tempat yang updated.

Bagi surveyor pulak, Google Earth ni sangat-sangat lah berguna dari banyak segi, Sebagai contoh, kita dapat projek kat sesuatu kawasan, so secara awalnya, kita boleh tahu lebih kurang mengenai keadaan sesuatu tempat tu hanya dengan buka Google Earth. Itu adalah secara kasar sebab berkemungkinan tempat tu dah berubah.

Ianya lebih kepada tujuan untuk mengenal kawasan dan ini jug aboleh di adaptasikan kepada pengukuran Kadaster dimana ianya menyenangkan kita untuk tahu kedudukan lot yang akan kita ukur, jalan ke lot tu dan kawasan sekeliling lot. Di peringkat rekebantuk pecahan lot juga boleh dirujuk serba sedikit daripada Google Earth ini, seperti contoh kalau nak tengok samada dah ada jalan ke lot atau tidak, ada tak jalan di sekeliling lot, berapa jauh jalan untuk masuk ke lot, ada rumah atau apa-apa binaan tak kat atas lot tu  dan..........ok,cukup. Nanti panjang meleret.

Jadi, untuk tujuan-tujuan seperti yang aku sebutkan sikit kat atas tu, aka adalah penting untuk kita "lekatkan" lot-lot tanah pada Google Earth ni. Format yang boleh diterima oleh Google Earth ni salah satunya ialah .KMZ/KML. Aku hanya ada data lot dalam fomat MapInfo, bermakna ianya dalam format .TAB. Sesetengahnya juga mungkin dalam format .SHP ataupun .MIF. Sedihnya lagi, aku hanya pakai MapInfo version 8 tu yang mana aku rasa tak ada kut function yang boleh aku export terus ke Google Earth ( kalau ada tolong bagitau aku ya, untuk version 8 je ni ). Dengar cerita MapInfo version 9 dan 10 boleh bukak direct ke Google Earth eh???? Sungguh ketinggalan aku ni.

Jadi, dengan data yang aku ada ( .TAB ) tu, aku boleh terus menggunakan software Global Mapper. Aku guna Global Mapper ni untuk convertkan .TAB tu ke .KMZ/KML yang di izinkan oleh Google Earth.


Dalam kes aku ni aku buka je file .TAB yang aku ada tu. Lain-lain pun, kalau ada file yang daripada .SHP yang dah convert ke .MIF guna MapInfo pun boleh bukak kat sini. Dan paparan lepas bukak tu lebih kurang macam ni.


Dan lepas tu, macam biasa....ikut anak panah merah yang aku buat tu. 1st, klik kat File.





Tuuppppp....tamat sudah bahagian export ke .KMZ/KML. Lagi banyak lot yang ko nak export tu, lagi lama la ko kena tunggu. Bosan weh tunggu lama-lama ni. Sekarang ialah proses nak buka file yang telah di convert ke .KMZ/KML tadi dengan Google Earth.


Buka file .KMZ/KML yang di save daripada Global Mapper tadi.


Dan hasilnya adalah macam ni.


Mengantuk sudah.

Ok,bye.


Read more...

Friday, October 8, 2010

Bagaimana nak capture screenshot pada Garmin GPSMAP 60csx?

Assalamualaikum w.b.t.

Entri pada kali ini ialah macam mana boleh kita capture screenshot pada handheld Garmin GPSMAP 60csx. Kaedah yang labih extra baik daripada ambil gambar pakai kamera biasa yang biasanya jadi tak clear sangat gambar. Kadang-kadang tu pulak macam student-student yang buat assignment ke, nak buat report ke atau yang berkaitan dengan penggunaan Garmin 60csx ni bolehlah gunakan cara ni untuk capture screenshot pada Garmin 60csx ni. Oh ya, aku cuba ni pada Garmin 60csx je, lain-lain garmin aku tak tahu boleh ke tak.

Apa yang anda perlukan ialah :

  1. Mesti kena ada handheld GPSMAP 60csx tu.
  2. USB cable.
  3. Software xImages.


Lepas bahan-bahan semua dah cukup, sambungkan cable USB tu ke Garmin 60csx tu dengan laptop/PC. Oh ya, sebelum tu pastikan driver USB telah di install supaya laptop boleh "mengenali" sambungan dan apa yang disambungkan itu. 

Untuk capture screenshot tu, software ni diperlukan, xImages. Software ni dah diberikan dalam CD bila korang beli Garmin 60csx ni, sekali lah dengan USB punya driver tu. Tapi macam mana pun, kalau dah tak dapat dikesan ke, boleh download kat sini........xImage.

Okeh, dah settle tu, kasi bukak itu xImages punya software. 



Kat sini, bila yang dalam kotak merah tu kosong, maknanya software ni belum dapat kesan ID Garmin 60csx tu. Bagi dia sedikit masa untuk settlekan proses pengesanan dan sambungan.


Bila xImage ni dah dapat kesan Garmin 60csx tu, dia akan paparkan ID tu macam dalal kotak merah tu. Lepas software dah dapat kenal dan buat sambunagn ke Garmin 60csx ni, langkah-langkah seterusnya adalah ikut anak panah merah yang aku buat tu. 





Dah pun tamat. Senang je rupanya. Sebelum ni aku buakan main la google cari cara nak capture screen Garmin 60csx ni. Sekali baca manual, hah......tu la, lain kali orang bagi manual tu baca! Hahaha....


Contoh screenshot yang dah aku capture. Sebenarnya aku nak capture page map tu je, nak tunjuk kat kawan cara nak masukkan map lot PDUK dalam Garmin 60csx ni. Senang sikit nak kesan lot dan kedudukan batu-batu lot. Accuracy dia macam biasa lah, bergantung pada beberapa faktor tap pernah aku cuba pada open sky yang sangat cemerlang, cuaca pun cemerlang dah hasilnya juga cemerlang. Tapi tu lah, nama pun GPS, accuracy sentiasa berubah-ubah mengikut tempat, keadaan tempat tu dan masa. 

Nanti lain kali aku post cara-cara nak buat basemap lot PDUK dan cara-cara nak masukkan ke dalam Garmin ni.

Ok, bye.

Read more...

Wednesday, October 6, 2010

Kadang-kadang tuan tanah pun tak boleh percaya jugak.

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu itu hari, adalah sorang pak cik ni minta tolong aku ukurkan tanah dia. Ceritanya, dia nak jual tanah tu, ada la dalam 1 ekar 200 depa kut kalau tak salah aku. Jadinya, bila nak berurusan dengan si pembeli tu, orang yang nak beli tu pulak cakap tanah dia tu dah bukan 1 ekar 200 depa dah, dah tinggal sikit je sebab dah kena "makan" dek jalan. So, untuk sahkan dakwaan si orang yang nak beli tu, dia panggil la aku untuk buat ukuran pengesahan, sekaligus locate semua batu-batu sempadan untuk lot dia tu.

Seperti biasa, pukul 8 pagi aku dah terpacak kat tempat yang di janjikan, jumpa je pak cik tu, terus dia bawa aku ke "lokasinya". Sampai je....."Ouh, ladang getah rupanya. Siut...banyak nyamuk ni". Turun je kereta, pak cik tu bagi la phootostet geran tu, dia tunjuk la yang tanah tempat kami duduk sekarang tu lah tanah yang dia nak aku ukur.



Mula-mula dengar dia cakap luas 1.2 ekar tu dalam kepala aku dah bajet sekali turun je boleh settle ni. Lepas tu, tengok-tengok geran dia, rupanya tanah dia tu jenis sempit dan memanjang, Lebar pun dalam 45 kaki je, memang buat ladang getah je la pak cik.

Lepas sembang sikit-sikit, aku pun dah nak mula la buat kerja. Tanya pak cik tu kalau-kalau dia tahu kat mana-mana yang dia ada jumpa batu sempadan lot dia tu tapi katanya ringkas, "tak tahu kat mana", tapi dia cakap memang kat situ lah tanah dia sebab dah lebih kut 30 tahun dari zaman arwah ayah dia lgi dok menoreh kat situ.

Berdasarkan photostet geran yang dia bagi kat aku, boleh la aku cari PA untuk lot tu. Bukak je laptop, dapat la PA dia. Lepas tu macam biasa, cari la mana-mana batu yang bole jumpa untuk buat datum rujukan. Nak cari batu ni simple-simple je prosedur kerja dia. Orang cakap rilek-rilek je.

Hari tu pulak kena aku lupa bawak Garmin sekali, so agak teraba-raba jugak la nak locate batu-batu untuk aku mula kerja tu. Aku dengan budak-budak aku cari la kat sekeliling lot tu pulak. Cerita diringkaskan selepas banayk benda yang tak masuk akal dihadapi, ada la batu yang boleh aku buat rujukan. batu tu jumpa kat lot rizab tanah perkuburan ISLAM dan mula dari sini la aku dah rasa pelik. Tengok pada kedudukan lot kubur tu, macam jauh lagi je dengan tanah dia, sedangkan dari "lokasi" yang pak cik tu tunjuk tadi tu selang satu lot je. Haisehhhh.....aku dah mula rasa tak sedap. Ye ke pak cik ni?????

Malas nak fikir panjang-panjang, aku buat la traverse 2 batu tu untuk betulkan bearing tu, sebab batu yang jumpa tu pun bukan jenis yang dok sebelah-sebelah. Dah settle traverse tu, duduk la pulak aku main kira-kira. Nyamuk time ni tak payah cakap la dorang punya hepi, kenduri besar!!!!!



Dah settle main kira-kira tu, dapat la aku bearing separa muktamad. Selalunya nak cari batu ni cukuplah dapat bearing separa muktamad ni. Baru je nak start kerja-kerja mencari dan menanda tu, ada call pulak suruh balik. Ehemmmmmmmm.....so, kena la tinggal dulu. Esok pulak sambung.

Esoknya, aku dah siap awal-awal lagi Garmin dalam beg supaya tak tertinggal lagi. Sampai je kat site, terus aku bukak Garmin tu dan hasilnya................................sah pak cik tu dah tersilap "lokasi" tanah dia dan benda ni dah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu lagi. Dalam Garmin aku ni aku dah siap-siap masukkan data lot PDUK sebagai basemap aku, senang sikit nak carik kawasan lot, batu-batu. Cara-cara nak masukkan ni nanti aku explain lain kali ye : ) dan berdasarkan pada paparan pada skrin Garmin tu, lot sebenar pak cik tu sepatutnya terkebelakang dengan satu lagi lot 2.7 ekar. So, selama ni, pak cik tu upah orang untuk menoreh getah dia pada tempat yang bukan tanah dia.

Adoi la......lagi satu penerangan kena buat lepas ni.


Benda-benda serius macam ni bukan senang kalau tak kena cara handle, silap-silap kita pulak yang kena maki hamun. Kalau kita tak boleh convincekan client kita memang susah beb. Silap-silap lepas dia dah panggil 3 4 orang surveyor baru dia boleh percaya yang tu memang bukan tanah dia.

Sebagai permulaan, aku kasi call pak cik tu dulu, inform pelan-pelan kat dia keadaan tu. Terang elok-elok dan alhamdulilah, nasib baik pak cik tu rilek je dan siap bagi aku kerja tambahan untuk locate batu-batu sempadan lot yang 2.7 ekar tu. So, sekarang ni dah jadi 1.2 ekar + 2.7 ekar, ada la dalam 18 biji batu kena locate.

Malas nak fikir panjang lagi, aku teruskanlah kerja-kerja locate batu-batu sempadan tu. Cari satu, jumpa satu. Cari satu, jumpa satu.......berterusan hingga lah hampir kesemua batu-batu sempadan tu aku jumpa. Ada la 3 4 biji yang dah tak ada, so aku replace dengan paip. Yang ada elok tu aku kasi pacak kayu dan ikat riben awas merah putih tu supaya senang pak cik tu nak locate.



Dengan ini, confirm la memang sah-sah selama ini, pak cik tu dah silap "lokasi" tanah dia. Nasib baik la yang 2.7 ekar tu tanah abang dia. Kalau tanah orang lain tu maunya boleh bawak ke acara pergaduhan. Habis kerja, aku pun tunjuk la satu-satu batu-batu sempadan kasi pak cik yakin dengan hasil kerja aku dan dah settle semua tu, aku kasi sketch sikit kawasan tu, mana kedudukan lot, kedudukan jalan tar, jalan tanah, alur, kubur supaya senang pak cik tu nak berurusan lepas ni, dan yang penting untuk betulkan balik dan bagitahu abang dia tentang salah faham mereka selama ni.

Jadi, kat sini ada beberapa perkara yang aku dapat belajar dan pemilik-pemilik tanah perlu bagi perhatian.

Pemilik Tanah :

  1. Pastikan betul-betul kawasan tanah anda tu. Kesilapan-kesilapan macam yang aku cerita kat atas tu tadi selalu terjadi pada orang-orang yang jenis ada banyak tanah, pulak tu ada merata-rata. 
  2. Kalau dah ada banyak tanah tu, kasi urus elok-elok tanah tu. Tak rugi kalau upah surveyor ni datang buat ukur pengesahan @ cari batu-batu sempadan lot tu. Dengan tahu di mana kedudukan batu-batu sempadan tu, banyak benda boleh dielakkan seperti pencerobohan tanah, paling penting, pergaduhan.
  3. Kalau ada tanah tu, uruskan lah cepat-cepat, sebagai contoh aku kasi kat sini kalau ada anak-anak tu, uruskanlah cepat-cepat proses bahagi-bahagi tanah tu supaya tak menimbulkan masalah di depan hari. Perkara-perkara yang bermasalah ni dah banyak aku jumpa sekarang.
Kita sebagai surveyor :
  1. Jangan terlalu cepat percaya bulat-bulat sesuatu maklumat tu. Selidik dulu elok-elok sampai puas hati dan yakin. Hahahaha....pengalaman berharga lagi kali ni. 
  2. Jangan berat mulut untuk bertanya pada orang-orang sekeliling site tu untuk memudahkan kerja-kerja kita. Silap-silap dorang hidang air ke, cara jugak kan.
  3. Yakin pada keputusan yang kita perolehi, hasil daripada kerja yang kita buat dengan cermat dan betul.
  4. Skil komunikasi (PR) yang cemerlang amat-amat diperlukan dalam bekerja sebagai surveyor ni. Yang ni dah ulas dalam entri-entri yang lepas-lepas.

Ok, sudah cukup. Bye.


Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Prosedur nak daftar sebagai ARTICLED PUPIL





Ni pulak prosedur-prosedur yang perlu di buat dan penuhi untuk daftar sebagai Articled Pupil. Lagi satu, kena cari soerang Jurukur yang telah mempunyai lesen dan sudah mempraktikkan amalan-amalan ukur ni lebih daripada 5 tahun, tak silap aku lah (kalau silap tolong betulkan ye) sebagai "sifu" @ "mentor".

Ok, bye....


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...