Sunday, November 14, 2010

Home » , , » Situasi-situasi pengukuran dalam persekitaran e-Kadaster.

Situasi-situasi pengukuran dalam persekitaran e-Kadaster.

Assalamualaikum w.b.t....

Al-maklum lah, sekarang ni, dalam peekitaran e-Kadaster ni, cara pengukuran kat site pun dah jadi sedikit lain. Begitu juga dengan masalah-masalah yang timbul kat site. So, kat sini aku letak situasi-situasi yang akan muncul dalam persekitaran e-Kadaster ni.

Semua ni pun aku dapat masa pegi kursus "Awareness" yang JUPEM buat dulu. Aku ambil daripada slide JUPEM oleh En. Rohaizad Bin Ismail, Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster, Bahagian Kadaster, JUPEM HQ KL. Saja letak kat sini, kut-kut kang terhilang ke.

SITUASI 1
Kawasan Pengukuran Tiada NDCDB dan PDUK.

Contoh 1 - Kawasan pengukuran yang dekat dengan lot yang ada NDCDB.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran hendaklah menggunakan 3 tanda Cadastral Reference Mark (CRM).
  2. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB hendaklah dibuat, sekiranya lot yang diukur berada dalam lingkungan 300 meter dari lot NDCDB terhampir (rujuk gambar untuk stesen 3 dan 6).
  3. Buat cerapan ke tanda sempadan NDCDB secara terus atau secara terabas.
  4. Tanda sempadan NDCDB tu perlu dibuktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.

Contoh 2 - Kawasan pengukuran yang dekat dengan lot yang ada PDUK.


Tindakan yang perlu diambil sama dengan contoh 1 kat atas tu dan rujuk pada ikatan dari stesen 2 ke stesen 4 dan 5 pada lot PDUK tu.


SITUASI 2
Kawasan pengukuran yang tiada NDCDB, tapi ada PDUK.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran hendaklah menggunakan 3 tanda CRM.
  2. Perlu buat ikatan kepada 3 tanda sempadan PDUK yang dibuktikan masih berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak (rujuk stesen 3, 5 dan 6).
  3. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB juga perlu dibuat, sekira ianya berada dalam lingkungan 300m daripada lot yang di ukur tu.
  4. Macam biasa jugak, tanda sempadan NDCDB tu perlulah di buktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.

SITUASI 3
Kawasan pengukuran ada NDCDB tapi perbezaan lebih dari 0.1m.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :
  1. 3 tanda sempadan NDCDB tu perlu dibuktikan masih lagi berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak (rujuk stesen 7, 8 dan 9).
  2. Datum asal yang gunakan tanda CRM tu hendaklah ditukarkan kepada 3 tanda sempadan NDCDB.
  3. Pengiraan untuk tentukan tanda sempadan lot tu dibuat denagn rujuk kepada bearing dan jarak dari PU.

SITUASI 4
Kawasan pengukuran yang sebahagian ada NDCDB dan sebahagian lagi ada PDUK.


Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :
  1. Datum pengukuran tu hendaklah menggunakan NDCDB atau CRM.
  2. Tanda-tanda sempadan NDCDB dan PDUK tu hendaklah dibuktikan masih lagi berada pada kedudukan asal dan tidak berganjak.
  3. Penanaman tanda sempadan baru hendaklah berasaskan tanda NDCDB.

SITUASI 5
Kawasan ukuran kelas 3 dan demarkasi.



Tindakan yang perlu kita buat semasa mengukur ialah :

  1. Datum pengukuran tu hendaklah menggunakan CRM.
  2. Maklumat bearing dan jarak tu diperolehi dari Pelan Akui.
  3. Kaedah ukuran naik taraf atau ukuran semula perlu dibuat.
  4. Ikatan kepada 1 tanda sempadan NDCDB yang berada dalam lingkungan 300m dari lot yang diukur itu perlu dibuat, dan macam biasa, tanda sempadan NDCDB tu perlulah dibuktikan masih lagi berada dalam kedudukan asal dan tidak berganjak.
Ok, itu sahaja.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...