Tuesday, November 9, 2010

Home » , , » Pengiraan Terabas Kawalan

Pengiraan Terabas Kawalan

Assalamualaikum w.b.t....

Masa aku tengok-tengok kat live traffic untuk belog ni, banyak yang sampai ke belog ni dengan "TAIP KAT GOOGLE : PENGIRAAN TERABAS @ MACAM MANA NAK KIRA TERABAS". Adik aku pun tengah baru nak belajar cara nak kira ni. So, yang ni aku letak cara kira yang basic-basic je lah. Yang rumit-rumit tu nanti-nanti lah aku taruk kat sini. Yang ni pun terabas yang ada pembetulan M sahaja (pembetulan unuk bearing azimuth Matahari). Yang ada pembetulan C (pembetulan bearing tutup terabas) tu panjang-panjang sangat la pulak, lain kali lah ye, tapi kaedah dia sama @ lebih kurang je.

Ok, mula pada datum. Kat sini aku taruk yang pakai datum anggaran je lah ye. Sama jugak kalau ko pakai datum dari PC ataupun ko pakai datum dari PA. Kat sini, datum anggaran yang aku letak ialah :


Bearing mula untuk garisan 2-1
300d 00' 00"
(macam mana nak buat simbol darjah tu???)


So, bermula dari stesen 2 ke 1 tu, dengan datum anggaran 300d 00' 00" tu, buat lah terabas.....pung pang pung pang pung pang, jatuh bangun tergolek menebas masuk air keluar air panas terik minum air tu....sampai la terabas tu siap. Siap kat sini maksudnya terabas tu di tutup kembali ke garisan stesen 1 ke 2. Oh, lupa pulak nak mention. Yang ni untuk terabas tertutup ye, bermaksud terabas yang korang mulakan contohnya mula dari stesen A dan B dan ditutup balik ke stesen B ke A. Tu kira tetabas tertutuplah.

Perlu diingat, terabas ni secara amnya ada 2 jenis, iaitu terabas tertutup dan terabas terbuka. Terabas tertutup tu yang macam aku cerita kat atas tu, manakala terabas terbuka ni, sebagai contohnya, ko mulakan terabas tu dari stesen A ke B sebagai datum (senang cerita dari batu sempadan A ke batu sempadan B), ko "bawa" terabas tu.........dan last sekali ko tutup bukan ke stesen B ke A (garisan datum mula kerja) tu. Contohnya, ko mula dari stesen yg batu sempadan A dan B tu, lepas tu ko tutup ke batu sempadan lain yang ko jumpa, batu sempadan C dan D. Terabas terbuka ni selalunya digunakan untuk kerja-kerja pungukuran yang berjarak panjang, maksud aku kat sini contohnya untuk kerja pengukuran pipeline ke, jalan ke, yang selalunya berjarak berkilo-kilo meter. Sama jugak lah yang bearing ditutup ke "Matahari" (mula dari datum batu sempadan dan tutup ke "Matahari") yang selalunya kena buat pada setiap sela 25 stesen terabas, ataupun untuk semakan.

Ok, berbalik pada pengiraan tadi, terabas dibuat bermula datum di stesen 2 ke 1, dan ditutup juga pada stesen yang sama, iaitu 1 ke 2, dan ini adalah contoh hasil pembukuan terabas.



Kalau dilihat dalam kotak merah tu, yang kat atas tu ialah baring datum yang digunakan untuk mula terabas tu dan yang dalam kotak merah kat bawah tu ialah bearing tutup terabas pada stesen yang sama. Kalau dilihat :

Datum bearing 2-1 : 300d 00' 00" (bearing 1-2 sepatutnya ialah 120d 00' 00"
(beza bearing bacaan penyilang kiri dan kanan memang sepatutnya 180d 00' 00")

Bearing tutup 1-2 yang diperolehi melalui terabas yang dibuat ialah 120d 00' 00".

Jadi, perbezaan bearing mula dan bearing tutup adalah sama, iaitu 120d 00' 00", maka tiada tikaian pada bearing terabas itu.  Jadi pembetulan bagi tikaian bearing (pembetulan C) tiada. 

Pembetulan C ni berlaku apabila sebagai contoh untuk terabas diatas, bearing tutup yang diperolehi ialah 120d 00' 50". Dapat dilihat beza bearing mula dan bearing tutup yang diperolehi ialah sebanyak 50". Jadi beza yang 50" tu lah yang akan dibahagi kan kepada jumpah stesen yang terlibat dalam terabas tu. Cara pengiraannya lebih kurang macam ni :

Bearing mula 2-1 : 300d 00' 00" (120d 00' 00" untuk 1-2)
Bearing tutup 1-2 : 120d 00' 50"
Beza bearing mula dan bearing tutup ialah +50".
Jumlah stesen terabas : 8 stesen
So, tikaian yang 50" tadi tu dibahagi kepada 8 stesen = -6.25" per stesen.

Jika tikaian adalah - (negetif), maka pembetulan setiap stesen menjadi + (positif). Negetif dan positif disini bermaksud, jika pembetulan + (positif), maka bearing pembetulan tu hendaklah di tambah kepada bearing terabas untuk setiap garisan, manakala jika - (negetif), maka bearing pembetulan itu hendaklah ditolak daripada bearing terabas untuk setiap garisan.

*Perlu diingat, tikaian bearing tutup yang dibenarkan ialah 1' 15" sahaja untuk terabas kelas pertama.

Pengiraan untuk pembetulan C ni di buat secara berganda. Maksud kat sini, jika berdasarkan kepada contoh terabas seperti diatas, untuk garisan 1, pembetulannya ialah -6.25". Maka pada ruang purata pada buku terabas tu, untuk garisan 1 ditulis C -6.25". Seterusnya, untuk garisan 2, pembetulan tu digandakan menjadi C -12.5" (6.25" + 6.25"), untuk garisan ketiga menjadi C -18.85" (6.25" + 6.25" + 6.25"), dan seterusnya digandakan............sehinggalah ke garisan 8 menjadi C -50".

Berbalik pada terabas yang aku letak ni, tikaiannya adalah tiada kerana bearing mula dan bearing tutupnya adalah sama. Selain daripada pembetulan C ni, juga perlu dibuat pembetulan M, untuk cerapan matahari. Untuk terabas yang aku letak contoh kat atas ni, pembetulan M (matahari) dibuat pada garisan datum, iaitu garisan 2-1. 



Hasil pengiraan cerapan matahari yang dibuat adalah seperti gambar kat atas ni. Jika dilihat, bearing purata Matahari yang diperolehi melalui cerapan yang dibuat ialah 293d 08' 19".

*Perlu diingat, beza bearing yang dibenarkan untuk set 1 dan set 2 ialah 10' sahaja, mengikut peratran ukur lah ni. Jadi, jika lebih tu, bermakna set cerapan tu "bermasalah". Selalunya, buatlah cerapan tu lebih sikit, paling kurang pun 3 set, supaya "masalah" seperti ini boleh dielakkan.

Ok, berbalik pada hasil kiraan bearing purata Matahari tadi, bearing rujukan yang digunakan ialah 300d 00' 00". Maka, pengiraan pembetulan M ialah : 

Bearing TR : 300d 00' 00"
Bearing purata MH : 293d 08' 19"
Beza bearing = 6d 51' 41"

Jika dilihat pada bearing purata Matahari tu, ianya adalah bearing muktamad untuk garisan 2-1 dan dapat dilihat ianya adalah kurang daripada bearing anggaran untuk datum yang kita gunakan untuk mula terabas tu. Jadi, beza bearing 6d 51' 41" tu hendaklah ditolak kepada semua bearing untuk setiap garisan. Di dalam buku terabas ditulis M -6d 51' 41".



Jika dilihat pada contoh gambar diatas, bearing yang berwarna merah itu ialah pembetulan M untuk bearing matahari. Bearing purata itu di tolak dengan bearing matahari (pembetulan M) dan hasil tolakan itulah dinamakan sebagai bearing muktamad. Perlu di ingat disini, bearing muktamad ini hendaklan dibundarkan kepada puluh terhampir dan hasil bundar itu ditulis pada ruang bearing muktamad pada buku terabas (rujuk bearing warna biru).

Tanggggggggg.........siap!!!!!

Itu je lah untuk pembetulan bearing. Yang warna biru kat bawah tu ialah "traverse accuracy" ataupun ketepadan terabas. Selalunya, ketepatan yang dibenarkan untuk terabas kelas pertama ialah 1 : 8000 keatas. Ketepatan ini pun memainkan peranan penting dalam penerimaan sesatau kerja pengukuran terabas tu, tapi yang ni nanti lain kali lah aku tulis kat sini. Penat wooo....

Ok, bye.

18 komen:

naning said...

wah bagusnya blog kamu ni..
sangat informative..
nantikan berbakul2 soalan dari saya ;)
maklumla budak baru belajar hehee
banyak yang saya tak tau n nak tau ni..
tq ye sebab berkongsi ilmu..:D

in28flames said...

insyallah...kalau ada masa saya reply. emailkan je pun boleh, tengok address kat tepi blog ni. kalau x reply lama tu maknanay saya tgh sibuk la tu. mana2 yang boleh tolong saya tolong lah.

Anonymous said...

ada program solar OBS tu tak? boleh bagi tak?

Anonymous said...

sgt2 mnarik dan mbuatkn sy smakin fhm serta bminat ngn kos geomatik after bc blog nih...

Anonymous said...

bley wt cntoh pembukuan utk tanam batu skali x?

Anonymous said...

Assalam wbt bang... Mintak perisian computation for solar observation leh x...??? email saya di surayalia91@gmail.com ... Trima kasih.

Anonymous said...

kalau terabas terbuka.. mcm mana nak buat pelarasan??boleh bantu saya

Anonymous said...

Assalamualaikum...sy pun berminat dgn software solar tu...bole tuan emelkan ke sage_faizal@yahoo.com.my

Anonymous said...

salam admin, boleh tanya x? kalo bagi trabas penghubung tertutup..kiraan tikaian bering nya pulak macam mana? dan macam mana kiraan utk kita dapat tikaian lurus? diharap admin dapat memberi tunjuk ajar..terima kasih

budak baru belajar

Unknown said...

assalamualaikum admin. boleh saya tahu di mana saya boleh dapatkan software solar obs tu? boleh email saya di nurasuya@yahoo.com. terima kasih

MohdAisar_02 said...

ssalamualaikum.,admin...
Saya nak juga software solar obs tu?
Nampak cam lagi senang nak input data...
Email = ayad_aisar@yahoo.com

Unknown said...

blh x trangkn kt sye ape mksd c correction n misclose... law blh wsap ni nom sye 0195286395

Unknown said...

salam boleh saya dapat kan software tersebut...
allif.anwar@gmail.com

Anonymous said...

Linear miclose tu kira guna bearing distance muktamad ataupon sblm m corection

Anonymous said...

assalamualaikum. hai nk tnya. dalam keje2 kadaster, klu jarak kurang drpd 30m kne buat ape eyh?

Unknown said...

pengiraan bering purata matahari tu guna software ke?

Unknown said...

dah dapat belum? Kalau ada boleh saya dapatkan installer dia? Waduk6688@gmail.com

Anonymous said...

Bang ade contoh kiraan traverse yg lebih 25 station and perlu 2 cerapan matahari tak? Mcm mana nk kira ye starting point yg ade nilai m ke 2 tu?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...