Sunday, August 1, 2010

Home » » Persediaan untuk buat keje2 title (kadaster) ikut kepala aku yg baru nak belajar.

Persediaan untuk buat keje2 title (kadaster) ikut kepala aku yg baru nak belajar.

***Sebelum era e-Kadaster bermula.............

Assalamualaikum w.b.t....

Sebenarnya entri ni dah lama tulis. Ni baru ada masa nak tambah-tambah mana yang patut. Kerja-kerja ukur "title" ataupun ukur kadaster, sebagai contoh nak pecah sempadan ke, adalah perkara kritikal. Bagi aku, kerja ukur kadaster ni adalah terpenting dan kiranya kalau sapa-sapa dah betul-metul mahir dalam ukur kadaster ni tak kan face banyak masalah untuk buat kerja-kerja macam engineering survey tu.

Mula-mula tu, lepas je grad itu hari, masuk keje je dah dapat satu file title kene pegi ukur. Jujurnya, bagi aku, ko buat keje survey masa ko tengah study dulu-dulu tu dengan bila ko dah kerja dah jadi lain sangat. Kalau dulu, sorang handle Total Station, sorang tulis bacaan, kang malam masing-masing buat calculation. Kalau tak "close", main adjust-adjust mana-mana yang patut. Hahaha....kan kan kan,betul?

Ok, berbalik pada tajuk entri tu, ini bagi aku la, aku yang buat macam ni, orang lain aku tak tahu. Mungkin apa yang aku buat ni termasuk dengan benda-benda remeh yang orang lain mugkin fikir tak perlu kut. Apa-apa hal, baik buat kerja biar "close" tanpa adjust-adjust kan. Lagi baik dari telinga ko kene "adjust" dengan bos.

Apa yang aku buat ialah :
***setelah pre-comp dan semua dokumen-dokumen disiapkan oleh orang-orang pejabat.

  1. Aku cari / beli PA untuk lot-lot yang terlibat tu, juga lot-lot bersebelahan (selalu aku amik belah kiri dan kanan. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu).
  2. Dah settle jumpa semua, aku key in balik lot-lot tu dalam AutoCAD. Digital data mahal beb.
  3. Untuk locate lot jugak kadang-kadang jadi masalah. Kalau tuan tanah tak dapat datang tunjuk lot tanah tu, cari je pakai GPS.
  4. Bila dah kat site, mula-mula dan yang paling kritikal ialah cari datum yang bagus. Aku selalunaya kalau buat kerja, paling minimum pakai 2 batu je, dengan cerapan solar. Tapi sebaik-baik datum tu perlu la 3 biji batu yang telah ko sahkan masih lagi betul dan boleh digunapakai. 
  5. Cari batu untuk mula kerja tu kadang-kadang jadi masalah bagi orang baru macam aku ni. Jadi, cara paling senang, tanya awal-awal tuan tanah tu, kalau-kalau dia tahu dan boleh tunjuk. Kalau tak tahu, tanya pak cik mak cik sekeliling lot tu, mana tahu dia orang boleh tunjukkan. Kalau tak dapat jugak, key in je kodinat batu dalam handheld, redah je carik. Insyallah akan jumpa.
  6. Ok, bila dah jumpa batu-batu sempadan untuk datum tu, mula-mula skali kasi periksa betul-betul bearing dan jarak tu, biar ikut had yang dibenarkan. Juga jangan cakap banyak, amik je solar kat situ. Kira terus cerapan solar tu dan kalau semuanya bagus, mulakan dengan Bismillah dan mulakan la kerja seterusnya tu. Apa??? Macam mana kalau batu tak masuk.....??? Cari je yang lain. Untuk datum, jangan ajar nak main adjust-adjust ye kawan-kawan.
  7. Kadang-kadang tu kan, memang susah nak cari batu untuk mula. Kadang-kadang tu 1 batu je jumpa. Apa yang aku selalu buat kat sini, buat je satu baseline, pakai bearing PC (prismatic compass) dan buat je solar kat atas batu seketul yang ko jumpa tu. Dah dapat bearing muktamad tu, terus je cari batu-batu yang lain. Insyallah dapat jumpa.
  8. Pada no 5 tu, aku dah cakap kira terus cerapan solar tu. Bila dah dapat bearing muktamad, terus je mulakan terabas tu pakai bearing solar tu, kang tak ada la ko kene buat M untuk bearing-bearing ko. Aku selalu buat terabas keliling lot sambil-sambil cari semua batu-batu yang terlibat dengan lot tu.
  9. Lagi satu perangai aku, aku akan pakai plumbub untuk prism depan belakang dan alat. Banyak orang cakap kuno, tapi aku lebih rasa selamat macam ni. Bergantung jugak sebenarnya pada keadaan kesihatan prism dan alat korang tu. Periksa dulu alat-alat korang tu, kut-kut kat teropong tengah tu nampak elok, tapi bila taruk plumbub, lagi gial-gila.
  10. FUNGSI aku key in lot seperti no.2 tu ialah bila keadaan macam ni la, nak cari batu. Kadang-kadang aku rajin je nak tekan-tekan calculator dan kira secara manual tapi pun kadang-kadang aku malas nak kira-kira. Jadi, dengan data lot yang aku dah key in dalam AutoCAD tu, aku buat je line, lepas tu list kan je bearing jarak dia. Hahahhaha....inilah cara pemalas macam aku. Tapi macam ni la lebih kurang cara F2F yang pakai TSM tu.
  11. Kalau tak siap dalam masa sehari, nak sambung esok tu, periksa dulu stesen belakang korang elok-elok sebelum mula. Mana tahu kan kut-kut ada pak cik parking lembu-lembu dorang untuk makan masa korang dah balik kat situ.
  12. Dah siap terabas tu, kira terus misclose, buat terus pembetulan yang berkenaan dan traverse accuracy yang korang buat tu. Oh....nak close tu jangan tipu-tipu ye. Biar betul-betul close bawah 1' 15" untuk 1st class punya accuracy. Accuracy tu biar dalam tikaian yang dibenarkan.
  13. Lepas tu, kalau ada mana-mana batu yang telah ko check dah hilang atau terganjak dari kedudukan asal masa ko buat trabas tu,ko kena refix dulu batu-batu tu. Kirakan satu baseline terbaik untuk pembetulan tanam pastian korang tu. Pastikan baseline tu masih lagi dalam had yang dibenarkan.
  14. Lepas dah settle pengiraan tu, boleh la korang mulakan tanam pastian tu.
  15. Dah settle, teruskan je dengan tanam batu-batu lain untuk pecah sempadan ke, atau pecah bahagian.
  16. Oh....ini lagi satu. Kalau nak ikutkan boleh je korang nak buat tanam pastian tu serentak dengan tanam batu-batu lain tu, macam surveyor-surveyor otai buat. Ikut la kemampuan korang. Aku buat satu-satu sebab aku tak mahir lagi macam dia orang.
  17. Dah settle tu, kemaskinikan buku kerja luar tu. Tulis tu kasi cantik-cantik. Kang tak ada la orang ofis marah-marah kalau nombor kosong korang nampak macam nombor 6, hahahhaa.....Oh, suka aku nak pesan. Jangan lagi guna stail masa study dulu. Buat booking atas kertas lain, lepas tu salin balik. Bila buat macam tu, ruang untuk ko buat kesalahan dah terbuka 50%, contohnya silap tulis nombor.
  18. Siap.....hantar data (buku terabas) ke ofis. Lagi best kalau ko buat sendiri je.
Ok, sorry lah kalau cara aku ni agak kuno dan leceh ke, lambat ke. Aku buat benda yang aku rasa selamat je walhal bayak je "short cut" yang ada kan...kan...kan...

Nak seketul hadiah....

Inilah barisan kita......yang ikhlas mengukur.....

Bye.

6 komen:

afq said...

salam bro..
nk tanya mcm mana dikatakan 'refix' batu2..maaf baru belajar..hehe

in28flames said...

refix = tanam balik....masa buat pengukuran tu, bila kita dapati mana-mana batu sempadan asal hilang, tercabut, patah @ berganjak daripada kedudukan asal, batu-batu tu lah kita kena tanam balik mengikut kedudukan asal.

Anonymous said...

bos ada manual x cra nk buat data collector guna alat nikon npl-332..??

Nurul Nabilah said...

assalamualaikum. hye. nak tanya.. boleh tak tolong explain workflow utk cadaster start dr permohonan smpai dapat final title? tq :)

Unknown said...

salam.. boleh tak terangkan initial bearing for traverse?

Unknown said...

salam.. boleh tak terangkan initial bearing for traverse?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...