Monday, August 2, 2010

Home » » Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Students

Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Students

(ini bukan iklan)

Assalamualaikum w.b.t....

Seperti tajuk kat atas tu, singkatan kepada nama tu ialah JOGGS. Apa JOGGS ni? Ok, malas nak cakap banyak, JOGGS ni ialah persatuan kepada semua pelajar-pelajar jurusan Goematik dan Geoinformatik. Masa aku belajar dulu, JOGGS ni ahlinya adalah daripada pelajar UiTM dan UTM.



Berbalik pada JOGGS tu, JOGGS ni ialah persatuan pelajar yang di tubuhkan di bawah Institut Jurukur Malaysia (ISM = The Institution of Surveyors, Malaysia). Di bawah ISM ni, terdapat beberapa cabang bidang, salah satunya ialah Geomatic and Land Survey Division (GLS). Bawah GLS ni pulak, ada sub-committee iaitu Junior Organization (JO). Haaaa....kat bawah JO ni la duduknya JOGGS.

Fungsi JOGGS ni banyak, boleh baca kat sini (JOGGS) .
Sapa ada facebook tu, sila join sini (JOGGS-GLS-ISM)

Antaranya la kan, bagi aku yang pentingnya ialah ko (sapa yang masih bergelar pelajar) boleh buat network. Oh, ni bukan network MLM ye. Maksud aku dari segi network tu ialah hubungan ko dengan dunia Geomatik luar selain daripada universiti tempat ko belajar tu ataupun sekeliling ko. Macam aku sendiri (rilek je nak mengaku ni), masa belajar dulu, aku rasa network aku dah cukup kuat kut untuk bekal aku bila dah habis belajar karang tapi, bila aku terdedah dengan aktiviti-aktiviti JOGGS ni, ohhhh.....lagi besar dunia ni rupanya. Faham???

Antara network yang korang boleh bina ialah dengan pelajar-pelajar dari universiti yang lain. Sebagai contoh, ko belajar kat UiTM dan ko boleh bina network ko dengan pelajar dari UTM. Apa??? Facebook pun boleh??? Bhai....itu semua kat alam maya je, yang penting kat alam realiti. Ala, takkan nak kawan dengan course mate ko je. BUkan apa, lagi ramai kawan sama bidang, lagi banyak faedah datang. Hummm....macam nak buat assignment ke, nak cari tajuk thesis je, nak tanya tu, nak tanya ni, nak adjust buat awek ke, buat BF ke kan. Oh, yang tu aku tak ajar ye, hahhaha. Selain network sesama pelajar, korang juga boleh buat network korang, mungkin dengan bakal-bakal bos korang akan datang. Faham???

Selain tu, dengan join aktiviti-aktiviti yang JOGGS buat ni, banyak boleh bantu ko untuk lebih tahu bidang geomatik ni. Ala, kat Malaysia ni, bidang Geomatik ni tak la besar sangat, pusing sana muka ko, kadang-kadang tu bila pusing sing, aikkk....muka ko jugak. Faham???Bidang tu memang besar tapi orang yang menceburi bidang ni agak kurang la kalau nak banding dengan bidang-bidang macam kerja kerajaan ke, kerja bank ke ataupun cikgu.

Aktiviti-aktiviti yang JOGGS ni buat pulak selalunya sangat-sangat bermenafaat (betul ke eja menafaat macam tu, bukan manafaat???). Sebagai contoh la, masa aku belajar dulu tu, ada la JOGGS ni anjurkan kem motivasi, lawatan ke JUPEM untuk sesi penerangan dan sedikit praktikal berkenaan dengan CCI (CCI sangat baru pada masa itu), lawatan ke Pusat Hidrografi Negara (PHN) di Port Klang dan sebagainya yang aku malas nak tulis sebab banyak sangat. Lagi satu, kalau ko dapat jadi committee pun lagi bagus, cari la peluang, tanya senior-senior yang jadi committee. Banyak peluang untuk hadiri seminar-seminar yang ISM anjurkan, dengan PERCUMA. Peluang emas macam ni jangan abaikan beb sebab masa dah kerja kang, tak semestinya bos ko akan hantar ko pegi seminar-seminar macam ni.

Oleh itu, masa JOGGS pegi buat "Introduction Day" kat tempat kamu, silalah hadiri dan dengar apa dia orang nak bebel. Masa tu, tak payah nak fikir-fikir lagi, daftar je jadi ahli. Nanti kang siap boleh dapat kad ahli lagi. Bayar pun RM50 je, untuk tempoh 5 tahun, kiranya RM10 setahun la. Ala, korang pakai topap buat gayut pun lebih RM50 sebulan kan. Tu yang hisap rokok tu, lagi la lebih. Ni pulak yurun keahlian yang RM50 untuk 5 tahun. Selapas mendaftar, korang akan diletakkan dibawah Keahlian Pelajar.

Yang ni gambar committee member dari UiTM dan UTM Skudai. Masa zaman aku la.

Gambar salah satu aktiviti JOGGS, JOGGS workshop 2009 dengan tema "A torch of future in Geomatics"

Ok, cukup. Penat sudah taip panjang-panjang ni. Bye.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...