Monday, April 19, 2010

Home » , » Sori sebab lama tak update belog....

Sori sebab lama tak update belog....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yo yo,wassup.....

Ceh,otak dah beku nak tulis apa sebab lama dah tak manulis dan hari-hari dok jemur kepala tengah-tengah panas suhu 35-40 darjah Celsius, memandangkan kerja-kerja di site yang bertimbun bersepah kat banyak tempat (sepatutnya rezeki tak boleh merungut kan, tapi ni bukan merungut, cuma agak sibuk dan..........ya, sudah merapu lebih ni).Ok, ukaddimah cukup setakat ini.

Apa yang aku nak tulis kat sini bukan pasal prospek kerja-kerja ukur atau pun apa-apa teknikal punya benda, just nak share dengan kawan-kawan kat luar yang mungkin sama kerja dengan aku, ataupun mungkin pernah alami atau tengok apa yang aku tengok.

Hari ni aku dari pukul 8 pagi sampai la ke 4 petang dekat site, buat pipe line survey. Suasana pagi, agak cun la. Pukul 8.30 peluh dah menitik-nitik laju, tekak dah mula kering. Biasalakan cuaca ni bukan selalu menyebelahi surveyor-surveyor macam kita ni. Kadang-kadang cuaca sedang-sedang best je kita buat kerja tu dan kadang-kadang, macam ni la. P.A.N.A.S  T.E.R.I.K.

Aku punya kerja ni bos nak laju, kontraktor pulak dok main ikut mana aku gerak. Ni lagi satu keadaaan yang boleh buat surveyor-surveyor ni jadi serabut nak buat kerja. So, secara tektikal nya, aku buat kerja secara orang putih cakap one shot je, trabas,peg chainage, detail, leveling kira sekali jalan.

Ha....baru masuk bab aku aku nak share dengan awak-awak semua ni. Tengah-tengah sedap buat kerja tu, ada la stesyen terabas aku tu jatuh depan rumah sorang pak cik hamba Allah ni. Kawasan tepi jalan tu ada la 2 3 rumah. Sekali tengah kerja tu , ada la sorang brader ni sound, "Gu, tok panah ko kijo tengoh-tengoh panah tu?"....translate ke dialek luar, "Kawan, tak panas ke buat kerja tengah-tengah panas tu?". Tu soalan cepumas pertama. Soalan-soalan macam ni biasanya aku malas nak layan, macam turut jadi bodoh je kalau aku layan.

Dan, lepas tu, masuk pula kepada soalan no.2, sebenarnya bukan soalan pun, lebih macam ke arah rungutan je bunyinya. Stesyen terabas aku tu betul-betul jatuh tepi jalan depan rumah sorang pak cik ni. Tengah-tenagh aku dok teropong tu, ada la mak cik kat luar rumah tu tanya, "Dik...panas ni. Meh la minum air dulu". Belum je sempat aku jawab, tiba-tiba pulak pak cik ni, mungkin suami dia kut bunyi, "Tak payah la nak ajak dorang minum air, dorang ni semua dah ada duit,dah senang, boleh pegi kedai beli sendiri. Kita ni yang tak ada duit simpan la air tu buat budak-budak kecik ni minum".

Daripada apa yang aku tengok, keadaan rumah mereka tu memang la agak daif, serba kekurangan. Selalu kalau aku buat kerja kat mana-mana, aku suka peratikan keadaan orang-orang yang ada di sekitar site aku buat kerja tu, selalunya tentang keadaan hidup mereka. Bukan untuk berlagak atau mencemuh, tapi untuk rasa simpati yang boleh menginsafkan, menaikkan semangat aku untuk kerja dan buat aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada sekarang ni, walaupun masih serba kekurangan.

Jadi, untuk kes macam mak cik dan pak cik tadi, ya, aku memang simpati sangat dengan nasib keluarga macam mereka, hidup agak susah, rumah pun serba kekurangan. Baju anak-anak pulak berderat tersidai kat depan rumah. Tapi, kat sini, satu je aku agak hairan, bukan ni kali pertama, tapi dah banyak kali. "Dorang ni semua dah ada duit, dah senang......". Maaf, yang ni aku tak dapat terima. Siapa yang senang dan siapa yang tengah bersenang-senang?

  1. Situasi pak cik tu.Sepanjang aku buat kerja kat area umah pak cik tu, mula-mula aku tengok dia tengah tergolek tidur depan pintu, lepas tu bangun, basuh muka, amik burung dalam sangkat, sweet-sweet burung tu, lepas tu minum air, makan, lepas tu baring sambil layan radio sambil hisap rokok sambil tengok aku buat kerja. Lepas tu datang member, borak-borak, gelak-gelak, JOBLESS!
  2. Situasi aku & budak aku pulak, baju dah basah-basah akibat peluh, buat kerja tengah-tengah panas, pasang prism kat back bearing, pasang Total Station, pegang tape lagi (akibat daripada kekurangan buruh ukur dan buat kerja 2 orang), tekak kering tak payah nak cakap la, air kosong botol besar pun boleh habis sampai nak hisap rokok pun dah tak ada nafsu. Site hari ni pulak 0.8km, hari ni saja kira cincai 2.4 kilo aku jalan depan-alat- belakang, amik kereta park kat depan.
Tu lah antara sitausi aku + budak aku kalau nak compare dengan pak cik tu. Kadang-kadang dorang ni pun kena sedar, kami ni pun bukan kerja gaji besar pun. Budak-budak aku pun belajar tak habis SPM. Kerja ukur ni pulak bukannya kelas-kelas kerja ringan, mau nya kadang-kadang lagi teruk dari indon kerja construction. Selalunya buruh ukur ni pun, sehari kerja dapat la RM30 atau mungkin lebih sikit la based on kepakaran, pengalaman dorang dan beban kerja harian. Tapi tu la, rasa nak kerja untuk keluar dari kemiskinan tu yang sepatutnya ada. Bukan nak menghina atau merendah-rendahkan, kita pun kena faham keadaan jugak. Kalau kita tak ada kelulusan, sekarang ni kalau tak usaha, tak perah tenaga, tak keluar peluh, tak penatkan badan, badan tak bau masam-masam sampai awek kat kedai makan pun pandang sipi je, JANGAN HARAP KAU BOLEH SENANG atau paling kurang BOLEH HIDUP. Paling kurang pun kau kena usaha 1x ganda daripada orang-orang yang ada kelulusan sijil, 2x ganda daripada orang-orang yang ada kelulusan diploma dan 3x ganda daripada orang-orang yang ada kelulusan ijazah. Yang lagi atas tu abaikan, OK.

Jadi, untuk pak cik tu,  sebenarnya pak cik lagi senang dari kami yang terpaksa bekerja tengah-tengah panas ni untuk dapatkan rm30 lebih sehari, tu pun kalau bos baik hari belanja makan tengah hari. Kalau tak, dah tak jadi rm30 la sebab kene bayar makan tengah hari lagi.Kalau tak kerja, maka kami tiada gaji dan bila tiada gaji, macam mana kami nak makan, minum, beli rokok, letak minyak kereta, bayar tu, bayar ni. Pak cik lagi senang sebab kami kat tengah-tengah panas pun terpaksa bekerja, pak cik pulak boleh bersenang-lenang tanpa perlu berusaha macam kami untuk hidup.

Wah, ni dah macam ceramah motivasi dah ni. Ok lah, penat la pulak menaip ni. Bye...

1 komen:

Ily~PearJarl said...

hiks...
btol3..keja survey mmg challengin..exp 4 woman. :D .
hiks...lg2 musim panas2 nih..ad gi site uv protection 2 inch..hahaha..
huwa...suda lama tak berpanas wat kerja survey nih~
nex month kena g survey camp balik..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...