Saturday, March 20, 2010

Home » , , » akibat terlalu lama di site.....

akibat terlalu lama di site.....

amiklah GPS,carilah kedudukan mu dalam hati ku
amiklah Total Station,ceraplah betapa jauhnya cinta ku
amiklah Alat Level,ukurlah ketinggian cinta ku
amiklah Echosounder,ketahuilah kedalaman cinta ku
setiap Stesen,setiap Chainage mahupun Change Point
cintaku terlalu besar daripada misclose 1 : 8000
terlalu besar daripada 1' 15"
tidak seperti Bench Mark lama yang sudah Out ketinggiannya
tidak seperti Batu Sempadan yang mudah dialihkan
aku bagaikan No.Lot untuk diri mu.

aku tak perlukan Pelan Akui untuk mencari mu
aku tak perlukan Cerapan Matahari untuk mengetahui kebenaran cinta ku
aku tak perlu sekurang-kurangnya 4 Satelit untuk meyakinkan ku
juga tak perlukan C Correction untuk difikirkan

cintaku tiada Pecah Sempadan,apatah lagi Pecah Bahagian
semuanya Hak Milik kekal,tiada Hak Milik Sementara
semuanya seperti membuat Detail Survey dengan Store terus data kedalam Total Station
lalu di Download terus kedalam Laptop hatiku

amiklah Batu Sempadan dan tandalah tanda cinta mu
amiklah Cat atau Spray,warnailah dan tulislah cinta mu
hiasilah dengan petak Konkrit simen,tulislah namamu
semua saat kita bersama,tuliskanlah di dalam Buku Kerja Luar
gunakan CDS,proseslah segala memori kita bersama
paparkanlah didalam AutoCAD
sematkanlah diatas kertas A0
hiasilah dengan garisan-garisan Kontor dan warna-warna
agar cinta kita menjadi seindah output 3D Terramodel

5 komen:

lkc_lai said...

Memang ada elemen-elemen "seni" dalam jiwamu. I solute u

lkc_lai said...

Mungkin next time nak "kejar" malay girl...need to refer to u...heehhehe...pls don't tell my wife....mati I

in28flames said...

hahaha...malam2 bosan kat kongsi, taip je la benda2 macam ni.

wah,mau pasang lagi satu ke mr.lai?hehe...

Anonymous said...

amiklah GPS,carilah kedudukan mu dalam hati ku
amiklah Total Station,ceraplah betapa jauhnya cinta ku
amiklah Alat Level,ukurlah ketinggian cinta ku
amiklah Echosounder,ketahuilah kedalaman cinta ku
setiap Stesen,setiap Chainage mahupun Change Point
cintaku terlalu besar daripada misclose 1 : 8000
terlalu besar daripada 1' 15"
tidak seperti Bench Mark lama yang sudah Out ketinggiannya
tidak seperti Batu Sempadan yang mudah dialihkan
aku bagaikan No.Lot untuk diri mu.

aku tak perlukan Pelan Akui untuk mencari mu
aku tak perlukan Cerapan Matahari untuk mengetahui kebenaran cinta ku
aku tak perlu sekurang-kurangnya 4 Satelit untuk meyakinkan ku
juga tak perlukan C Correction untuk difikirkan

cintaku tiada Pecah Sempadan,apatah lagi Pecah Bahagian
semuanya Hak Milik kekal,tiada Hak Milik Sementara
semuanya seperti membuat Detail Survey dengan Store terus data kedalam Total Station
lalu di Download terus kedalam Laptop hatiku

amiklah Batu Sempadan dan tandalah tanda cinta mu
amiklah Cat atau Spray,warnailah dan tulislah cinta mu
hiasilah dengan petak Konkrit simen,tulislah namamu
semua saat kita bersama,tuliskanlah di dalam Buku Kerja Luar
gunakan CDS,proseslah segala memori kita bersama
paparkanlah didalam AutoCAD
sematkanlah diatas kertas A0
hiasilah dengan garisan-garisan Kontor dan warna-warna
agar cinta kita menjadi seindah output 3D Terramodel

napy said...

terbaek!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...