Saturday, January 19, 2013

Batu Papan, Gua Musang.

Entri dilimpahi dengan gambar-gambar kerja lama.




























Hahaha....kasi berat sikit mau load page.

Wallahua'lam.
Ok, bye.


Read more...

Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) : JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada apa dengan JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II pada Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Peraturan-Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 2011)?

Keseluruhan Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) boleh di view disini.


Saya tidak memfokuskan kepada keseluruhan Akta dan Peraturan tu, cuma saya suak untuk kongsikan apa yang terkandung dalam Jadual Kesembilan pada Akta dan Peraturan ni.

Sebenarnya, Jadual Kesembilan ini menceritakan tentang keperluan-keperluan yang perlu ditempuhi dengan penuh sabar, bertenang, fokus dan berusaha sebagai salah satu langkah yang perlu ditempuhi untuk seseorang individu itu sebelum boleh bergelar Jurukur Tanah Berlesen yang Profesional dan Sahlaku di Malaysia.

Terdapat 7 jenis usaha gigih (dragonball ada 7 biji semuanya) yang diperlukan untuk seseorang individu itu buat dan hantar laporan seperti yang telah disetkan oleh ahli-ahli Profesional dan tertinggi. Sebagai pencerahan, ini sudahpun masuk ke peringkat ke-dua ye, bahagian pertama ialah Peperiksaan Undang-Undang dan Peraturan Tanah. Yang ni lain entri saya sentuh.

Antara 7 kerja gigih dengan penuh sabar tu ialah :
(Ini adalah di copy dan paste daripada .pdf yang didownload daripada website Lembaga Jurukur Tanah).

1)  Pengemukaan projek ukur hakmilik

Calon hendaklah mengemukakan buku kerja lapangan, pengiraan yang berkaitan, pelan dan data digital yang menepati piawai Jabatan Ukur dan Pemetaan termasuk laporan tidak kurang daripada lima ratus perkataan bagi perkara yang berikut :

(a) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan atau beri milikan lot untuk
      bangunan (kediaman, komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran
      itu hendaklah :

(i) mengandungi tidak kurang daripada lima puluh lot yang sempurna. Pecah sempadan atau 
    berimilikan sebahagian lot atau kombinasi lebih daripada satu lot boleh diterima;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(b) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan lot untuk bangunan (kediaman,
      komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran itu hendaklah : 

(i) mempunyai keluasan tidak kurang daripada 2.5 hektar yang bertujuan untuk pembangunan      
     bercampur;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk ukuran untuk rizab jalan; dan

(iv) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(c) suatu ukur hakmilik untuk tanah pertanian merangkumi tiga atau lebih lot berdampingan
     di mana keluasan cantuman tidak kurang daripada tujuh hektar dan ukuran itu
     hendaklah :

(i) termasuk dua daripada sempadannya yang bertindih dengan dan diletakkan semua berdasarkan    
    ukuran yang diluluskan terdahulu;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan; dan

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.


NOTA : 
Sebenarnya kat sini je dah ada 3 job besar untuk diselesaikan dengan penuh sabar dan tekun iaitu pada (a), (b) dan (c).


2)  Pengemukaan projek ukur pemetaan topografi

Pemetaan topografi skala besar suatu kawasan berkeluasan tidak kurang daripada sepuluh hektar.
Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) ukuran kawalan mendatar dengan kaedah trabas yang mengikut piawai ukur kadaster;

(b) penentuan azimut dengan cerapan matahari;

(c) ukuran kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) ukuran butiran semula jadi dan butiran buatan manusia; dan

(e) ukuran ketinggian titik dan melukis garisan kontur, sela kontur tidak kurang daripada dua meter.


3)   Pengemukaan projek ukur kejuruteraan

Pengukuran suatu cadangan jalan jarak tidak kurang dari satu kilometer. Pengukuran itu hendaklah
termasuk :

(a) terbitan datum dari tanda sempadan;

(b) ukur kawalan mendatar mengikut piawai ukur kadaster;

(c) ukur kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) pemancangan hak laluan;

(e) menandakan garis tengah laluan;

(f) ukur topografi jalur dan ukur butiran jalur; dan

(g) profil longitud dan keratan rentas.


4)  Pengemukaan projek pemetaan fotogrametri atau projek ukur hidrografi

Pemetaan fotogrametri skala besar (skala 1: 10,000 atau skala lebih besar) suatu kawasan diliputi
tidak kurang daripada dua model fotogrametri. Projek itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan bumi;

(b) perwakilan paramuka dengan garis kontur sela lima meter dan ketinggian titik-titik;

(c) pengumpulan ciri-ciri topografi yang relevan; dan

(d) gambaran mutakhir plot fotogrametri mengikut sehampirnya spesifikasi peta Siri Pemetaan

     Bandar Jabatan Ukur Malaysia.

ATAU

Ukur batimetri skala sederhana (skala 1 : 5,000 atau skala lebih besar) tidak kurang daripada dua
puluh lima hektar suatu kawasan pinggir pantai di mana garis ukur batimetri yang dijarakkan pada
jarak tidak lebih daripada satu sentimeter skala plot. Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan pesisir;

(b) penetapan pancang pasang surut dan cerapan pasang surut; dan

(c) pandu arah luar pesisir dan penentududukan menggunakan sama ada jarak-bearing atau
     jarak-jarak sistem penentududukan elektronik atau pembezaan masa hakiki Global
               Positioning System (GPS).

NOTA :
Beri perhatian pada perkataan ATAU tu. Ini bermakna pilihan diberi untuk individu tu samada dia boleh memilih untuk jalankan kerja FOTOGRAMETRI ataupun kerja HIDROGRAFI yang mana kedua-duanya sangat kental akan kepayahannya untuk dapat projek. Kene pegi mohon dengan LS besar-besar je boleh dapat dua barang ni.

5)   Pengemukaan projek reka bentuk susun atur pecah sempadan

Suatu skim untuk apa-apa jenis pembangunan mempunyai keluasan lebih kurang empat hektar yang
menunjukkan jalan keluar masuk, susun atur lot-lot iaitu termasuk tanah lapang dan kemudahan
asas bersesuaian dengan pembangunan berkenaan dan mengikut keperluan perancangan semasa
untuk pembangunan sedemikian.

_________________________________________________________________________________

Jadi, selamat berusaha gigih kepada individu-individu yang berminat untuk jadi Jurukur Tanah Berlesen.

Wallahua'lam.
Ok, bye.


Read more...

Friday, January 18, 2013

TITLE SURVEY II : Tanam batu dan booking secara Online.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu saya dah tulis seba sedikit mengenai kaedah tanam batu, booking dan semakan secara radial. Kalau tak baca lagi, booeh terus ke sini.

Ok, terus kepada kaedah yg lainnya iaitu tanam batu, booking dan semakan secara ONLINE, atau bahasa lainnya iaitu BKB atas garisan. Kaedah ini, kalau bagi yang kurang berpengalaman, mereka akan rasa kaedah ini lambat dan lebih suka kepada kaedah radial. Terpulanglah sebab kedua-dua cara adalah sah dan boleh digunapakai sekarang. Cumanya, kalau bagi saya, kaedah yg saya praktikkan ialah bergantug kepada keadaan di site tu.

Perlu diingat, untuk kaedah Online ni, kiat perlukan satu garisan yang nampak daripada alat ke hujung. Bermakna kalau kawasan site tu semak tinggi-tinggi, makan masa lah nak rintis. Lainlah kalau kawasan site tu padang bola atau ada celah-celah yang boleh mencelah.



Terus kepada maksud entri ni, saya ambil contoh keadaan seperti gambarajah ini.


Kita dapat lihat yang garisan berwarna biru tu ialah garisan Terabas Kawalan, yang sudah siap pengiraan pembetulan dan sudah punyai bearing muktamad, rujuk pada Stn 10, 11 dan 12.


Katalah dalam keadaan ini, kita perlu tanam lot yang diwakili oleh BKB 30, 31, 32, 33, 34, 35 dan 36 dan keadaan di site membolehkan kita buat secara online, maka perlaksanaannya perlu dibuat, atau kaedah ini boleh dipilih untuk diaplikasikan untuk pengukuran penanaman BKB.

Untuk mulakan kerja, kita perlu tanam satu dahulu BKB hujung garisan, iaitu kalau dalam gambarajah di atas ialah BKB 30. Jadi, untuk ini, gunakan dahulu kaedah radial serta semakan.


Dirisiapkan alat di Stn 11, baca bearing ke Stn 10 dan shoot serta tanam BKB 30. Awalannya kita perlu kira dahulu bearing jarak ke BKB 30 daripada Stn 11. Siap tanam, set back bearing balik ke Stn 12, semak balik BKB 30 yang dah kita tanam tu. Settle, kasi pindah itu alat ke BKB 30 dan set back bearing ke Stn 11.

Alat dah siap di BKB 30, buka je bearing jarak seperti dalam pre-comp yang sudah dimuktamadkan tu ke BKB 31, seperti dalam gambarajah di bawah.


Tanam ikut susunan sperti nombor pada gambarajah di atas ni dan rujuk pada kaedah pembukuan di bawah ni.


Klik pada gambar untuk pembesaran.

Cara dia lebih kurang macam tu lah, tapi itu hanya untuk kita tanam je. Dah siap tanam BKB 31 hingga BKB 36 tu, buat pula semakan untuk semak samada kita tanam tadi tu betul ke tak. Disini, jarak memainkan faktor utama.

Cara semakan dia lebih kurang macam ni. Dah siap tanam daripada BKB 30 tu, alih alat ke BKB 31 pula. Cara semakan lebih kurang macam gambarajah ini.


Alat di BKB 31, semak ikut susunan seperti nombor pada gambarajah ni. Lebih detail, ikut cara pembukuan dibawah ni.


Klik pada gambarajah untuk pembesaran.

Settle sebaris untuk satu garisan dan ulang langkah sama untuk garisan-garisan lain yang ada.

Harap dapat membantu.


Sekadar gambar hiasan semata.

Wallauhua'lam.
Ok, Assalamualaikum.

Read more...

Wednesday, January 16, 2013

TITLE SURVEY I : Tanam batu dan booking secara radial.

Assalamulaikum w.b.t,

Dah lama tak manulis ni, ini yang banyak masuk inbox, samada di email atau di Facebook.

Jadi, ini antara solusinya. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah atau cara untuk pembukuan terabas utnuk tanam batu ni. Kaedah tanam batu ni sendiri ada beberapa cara seperti secara radial atau secara online.

Untuk yang ni, saya terangkan secara ringkas kalau gunakan cara radial.

Kita ambil contoh seperti gambarajah di bawah ni :


Penerangan :
  1. 6 - 7 - 8 adalah stesen terabas kawalan yang sudah disiapkan complete sehingga bearing muktamad. 
  2. 22 dan 24 adalah batu sempadan lama yang nak di refix / tanam pastian.
  3. 23, 25 dan 26 adalah BKB yang nak di tanam.
Jadi tak payah ambil semua, kita ambil contoh 1 je, sekarang ni kita nak tanam BKB 23.

Pada kawalan trabas tu, didapati :
  1. Stn 6 - Stn 7 : 207d 53' 18"  -  52.638
  2. Stn 7 - Stn 8 : 299d 15' 30"  -  46.208
Kaedah kegemaran saya sendiri ialah lebih kurang macam ni :
  1. Selalu untuk tanam batu ni saya selalu bawa 4 tripod, 3 prism dan 1 Total Station.
  2. Dirisiapkan Total Station pada Stn 7, prism pada Stn 6 dan Stn 8. Pasang siap-siap pada kedua-dua Stn rujukan supaya nanti tak payah nak ulang-ualang jalan depan belakang.
  3. Ok, sekarang saya assumed pengiraan telah dibuat untuk dapatkan bearing daripada Stn 7 ke BKB 23 yang nak di tanam tu. Kalau saya, saya lebih sukakan plot terus pre-comp dan traverse yang telah siap tu. Nanti nak tanam batu, tinggal buat "line" dan listkan sahaja bearing distance dia.
  4. Ok, bearing dah ada dan buka je bearing tu dan tanam.
Kaedah atau langkah nak tanam batu sempadan baru. Lain orang lain cara, aku lebih suka guna cara ni je.


Cari kedudukan batu yang nak ditanam pakai pole dulu. Ada sesetengah surveyor suka pakai prosm terus. Terpulang lah, atas kebiasaan masing-masing. Kene surveyor lama siit, dia suka pakai tape je, tapi yang ni Stn kawalan kene dekat lah.


Dah jumpa kedudukan dia, gali terus. Sambil-sambil gali tu, bajet-bajet lah juga dengan tinggi batu tu, jangan sampai dah tanam nanti tenggelam pulak batu tu. Nak sedap, tinggal lah dalam 5cm ke batu tu daripada surface tanah tu.


Siap gali, masukkan batu dan pasang prism selengkapnya. Siap pasang, betulkan balik bearing dan jaraknya seperti yang telah diset tadi.


Siap betulkan bearing jarak dia, pasang plumbup dan betulkan batu dalam lubang yang telah digali tadi. Siap, kasi kambus itu batu dan kemaskan sekeliling batu, supaya nanti tanah tu mendap balik, nanti kedudukan batu tak menyenget.

Ok, itu bab tanam batu. Ini pula bab pembukuan dan kaedan untuk semakan.

Seperti tadi juga, setkan bearing daripada Stn 7 ke Stn 6, gunakan bearing muktamad pada terabas kawalan tu. Siap, buka bearing yang nak tanam batu tu. Lebih kurang macam gambarajah ni :

  1. Alat di Stn 7, setkan bearing ke Stn 6. Daripada apa yang telah di kira untuk dapatkan bearing ke BKB 23 dan buka bearing jarak yang telah diperolehi hasil kiraan tadi.
  2. Gali lubang, pasang prism dan tanam batu.
  3. Prism pada BKB 23 tu jangan alih lagi. 
  4. Sekarang turn untuk buat semakan.
  5. Setkan alat pada Stn 8 (prism telah siap pasang).
  6. Ok, kalau dilihat, disini banyak kaedah sebenarnya, tapi saya lebih suka gunakan kaedah ini, iaitu kaedah pengiraan daripada kaedah langsung, yangmana ianya lebih buatkan kita berhati-hati dengan semakan yang dibuat.
  7. Kalau dilihat pada gambarajah diatas, saya lebih suka setkan nilai bearing bukan guna nilai bearing muktamad sepatutnya. Selalunya saya suka gunakan 00d 10' 00". Kenapa jangan tanya.
  8. Dah setkan bearing tu, buka dan baca balik ke prism pada BKB 23 tu dan rekod bearing dan jarak yang diperolehi. Cukup hanya dengan penyilang kiri sahaja.
  9. Pada ruang 'Purata', tuliskan bearing hasl cerapan ke BKB 23 tadi dengan nilainya sudah di tolak 00d 10' 00" sebeb tadi untuk set bearing rujukan kita dah curi 10'.
  10. Perlu di ingat, sebetulnya Stn 7 - Stn 8 sudah punya bearing muktamad daripada terabas kawalan. Jadi disini, dibawah bearing purata yang dah ditolak 10' tu, tulis pula bearing sebetulnya daripada Stn 7 - Stn 8. Gambarajah diatas saya tulis degan tulisan merah.
  11. Ok, siap tu, tambahkan kedua-dua bearing yang telah ditulis pada raung purata tu.
  12. Dah settle tambah, tulis hasil tambah tu diruang bawah seklai pada ruangan 'Purata' tu.
  13. Kalau anda tanam betul, anda akan perhatikan yang bearing hasil tambah 2 bearing tu akan sama seperti bearing direct yang anda telah kira sebelum ini daripada Stn 7 - BKB 23. 
  14. Dah betul, kira settle lah, tak betul, betulkan balik. 
Ok, bye.

Read more...

Saturday, July 21, 2012

Perutusan



Read more...

Friday, July 13, 2012

FAQ 1 : Pertanyaan berkenaan pecah bahagi tanah.

Assalamualaikum w.b.t,

Daripada mula saya buka blog ini dan mula menulis berkenaan dengan dunia ukur tanah ni, ramai yang emailkan saya minta pendapat itu ini (walhal saya pun masih lagi junior dalam bidang ukur tanah ni), untuk post ini saya highlight kan berkenaan dengan orang awam, terutamanya dalam permasalahan pecah bahagi tanah, atau pecah sempadan tanah. Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi dapat cuba membantu apa yang termampu, termasuk memberi pandangan dan nasihat, juga membuat sedikit sebanyak sketch untuk mereka.

Daripada banyak-banyak email tu, saya ambil contoh email ada seorang hamba Allah ni. Dalam email ini, dia ada beritahu yang dia hadapai masalah untuk ambil bahagian dia dalam sekeping tanah yang dikongsikan dengan 5 yang lain (pemilik ada 6 orang semuanya). Jadi hamba Allah ni pun email lah sketch lebih kurang tanah tu daripada geran dia dan pembahagian yang mereka buat.


Dalam email terdahulu, dia ada maklum yang pada tanah tu sudahpun ada yg buat rumah. Jadi saya minta dia sketchkan kedudukan rumah lebih kurang dimana, dan inilah hasil email beliau.

Jika dilihat pada sketch beliau, kita boleh lihat tanah ini dibahagikan kepada 6 bahagian (6 orang pemilik), dan dibahagi dengan posisi memanjang (2 + 2 + 2) pada asalnya. Ini mungkin adalah kaedah pembahagian yang orang dulu-dulu tetapkan, selalunya macam tu lah.

Jadi, bila disemak, panjang bukaan sisi lot asal ini hanyalah lebih kurang 46 meter sahaja, dimana jika dibahagikan kepada 2 menjadi 23 meter buka sisi per lot secara kasarnya. Apa yang penting disini ialah tujuan hamba Allah ini ialah hanya untuk keluarkan bahagianya sahaja, saya anggap untuk didirikan rumah mereka.

Jika dilihat hasil pecahan secara kasar, panjang lot tiada masalah, tapi dengan hasil bukaan sisi lot 23 meter, selepas di tolak jalan akses masuk (mungkin 10 kaki, 15 kaki atau 20 kaki, bergantung pada kebenaran pihak berkuasa di tempat itu), ianya menjadi sedikit sempit dan pada pengalaman saya, nanti bila dibuat rumah jadi tak cantik. Kenapa....???? Selalunya, untuk buat rumah, kawasan lot itu perlu di jarakkan 20 kaki di bahagian depan, 10 kaki di kiri lot, 10 kaki di kanan lot dan 10 kaki di belakang lot, ini adalah kiraan kebiasaannya lah, yang luar biasa itu lain cerita. Jadi, selepas di tolak ini, ruang yang tinggal terlalu sempit. Kebiasaannya bukaan sisi rumah 50 @ 55 kaki itu adalah minimum, cukup sedap tapi kalu lebih lagi sedap.

Banyak faktor lagi, antaranya sebenarnya seperti :

  1. Akses jalan keluar masuk boleh dibuat di tengah-tengah lot itu untuk kesemua lot. Saya anggarkan lebar sisi lot ialah 229ling (tak nampak sebab bertindih), bersamaan dengan 46 meter. Jika di tolak dengan cadangan jalan 6.096 meter (20 kaki), baki yang tinggal ialah 40 meter, dibahagikan 2 menjadi 20 meter bukaan sisi untuk setiap lot secara kasar. Dengan bukaan sisi 20 meter (66 kaki), ditolak dengan 20 kaki, masih lagi berbaki 46 kaki, ok lah lagi untuk di buat rumah (pengalaman saya yang paling elok minimum 50 atau 55 kaki).
  2. Yang keduanya ialah kedudukan 2 rumah yang sedia wujud tu. Perlaksanaan faktor 1 diatas hanya boleh dibuat sekiranya kedudukan rumah itu mengizikan jalan di buat ditengah-tengahnya.Kalau ruamh itu berada ditengah-tengah lot, faktor 1 atas tadi tidak dapatlah dilaksanakan, terpaksalah kita pusing ke design lain.

Banyak lagi sebenarnya informasi yang perlu diberitahu kepada Jurukur itu jika berhajat untuk buat pecah lot atau pecah bahagian. Antara yang dapat saya senaraikan ialah  lebih kurang ini :

  1. Photostet penuh geran, ada rajah lot, senarai penama yang ada dalam geran itu dan bahagian masing-masing, No. Lot, dan No. Pelan Diperakui atau Pelan Akui.
  2. Informasi berkenaan dengan jika sudah ada apa2 binaan kekal pada tanah itu, rumah, kedai atau sebagainya yang bersangkut-paut dengan kepentingan mana-mana penama yang ada dalam geran itu. Kalau boleh, sketch kan lebih kurang, pak cik, mak cik, abang, kakak pinjam lah pensil warna anak-anak kejap untuk sketch : ) . Lukis kotak-kotak pun tak apa. COntoh macam email yang hamba Allah beri di atas. Kedudukan binaan-binaan ini penting untuk Jurukur design pecahan lot nanti supaya setidak-boleh kita dapat elakkan daripada garisan sempadan pecahan yang di buat nanti lalu atau terkena binaan-binaan tersebut. Untuk ini, "SELALUNAY JURUKUR PERLU MEMBUAT UKURAN DULU, JADI TUAN TANAH PERLU MEMBAYAR SEDIKIT BAYARAN PENGUKURAN, SELALUNYA KAMI JURUKUR PANGGIL UKUR OFFSET. KOS INI ADALAH BERASINGAN, TIDAK TERMASUK DENGAN KOS UNTUK PROSES PECAH SEMPADAN @ BAHAGIAN NANTI. KOSNYA PULA BERGANTUNG : )
  3. Akses jalan ke lot asal itu, kalau boleh sketchkan juga secara kasar dimana posisi laluan ini sampailah masuk ke lot tuan-tuan dan puan-puan. Nyatakan juga samada jalan sudah bertar, tau ajalan batu, ataupun jalan tanah. Sejarah berkenaan dengan adanya jalan itu juga kalau boeh diberitahu lagi cantik, samada jalan sudah digezetkan atau selalunya orang kampung panggil "jalan tok penghulu" atau "jalan YB" yang mana tuan-tuan tanah sepakat memberi izin untuk buat jalan di tepi / depan / belakang tanah mereka. Akses ini penting untuk Jurukur designkan pecahan lot nanti, supaya cadangan jalan untuk pecahan itu nanti dapat dihubungkan dengan jalan sedia ada.
Selalunya itulah informasi yang kami jurukur perlukan untuk permulaan proses sketch pecahan dan selepas siap sketch, perbincangan lanjut akan di buat bersama penama-penama yang terlibat dan jika semuanya setuju, barulah kita boleh mula dengan proses permohonan seara rasmi.

Jadi, berbalik kepada email hamba Allah tadi, mengenai pembahagian memanjang 2 + 2 + 2 tu, kalau diminta pendapat saya, ianya lebih cantik lagi kalau di buat pembahagian memanjang 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1. Lot pecahan yang dibuat akan lebih sesuai dan cantik untuk dibuat rumah.



Ini adalah contoh sahaja, tetapi yang muktamad masih lagi perlu ikut apa yang telah dibahagikan dahulu.

Jadi kepada mana-mana orang awam yang berhajat untuk buat pecah sempadan atau bahagian dan perlukan perkhidmatan Jurukur, sediakan lah maklumat-maklumat seperti yang di nayatakan di atas. nsyallah ianya akan memudahkan kami menjalankan kerja kami untuk anda : ) .

Terima kasih.


Read more...

eFB2F : Pendahuluan

Ini adalah entri pendahuluan untuk software yang dinamakan eFB2F, salah satu software yang juruur gunakan untuk ganerate 16 ascii untuk di submit ke JUPEM untuk buat PA.


Sekada gambar interface sebagai pendahuluan.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...