Saturday, January 16, 2010

Home » , » Surveyor = Unik

Surveyor = Unik

Kerjaya sebagai seorang surveyor....oh,patut diletakkan sebagai "land surveyor"....oh,tak boleh sebab juga merangkumi jurukur hidrografi dan juga berkaitan astronomi dan geodesi.Secara globalnya,sebagai seorang "geomatician"...ya,Geomatician adalah ayat yang paling tepat.

Tapi,apa yang aku nak merepek kat sini adalah banyak mengenai kerjaya sebagai jurukur tanah a.k.a sebeyer (surveyor).Pada pengalaman aku yang sikit lagi tak seberapa ni,bagi aku surveyor ni salah satu pekerjaan yang sangat unik,tidak terlalu tipikal.Maksud aku dengan tidak terlalu tipikal tu ialah dari segi apa yang terkandung dalam pekerjaan itu sendiri.Tidak seperti kerjaya-kerjaya lain,bagi aku kerjaya sebagai seorang surveyor ni merangkumi semua aspek kehidupan seharian seorang manusia.


Surveyor dan macai.

Pertama sekali,mengenai waktu pekerjaan yang flaksibel,tidak tertakluk kepada waktu-waktu tertentu,lebih-lebih lagi pada waktu yang diamalkan oleh bidang-bidang lain seperti macam orang yang kerja di bank ke,pejabat pos,pejabat kerajaan,hospital,bengkel motor,workshop kereta,tukang rumah,tukang kebun,tukang banci,MLM.....oh,MLM bukan pekerjaan.Kebiasaannya,waktu kerja seorang surveyor ni bergantung kepada sesuatu projek yang dikendalikan.Biasanya bermula seawal jam 7 pagi,membawa ke jam 2 petang,3 petang,4 petang,5 petang,6 petang dan adakalanya membawa ke malam ataupun setiap hari,24 jam selama sampai siap sesuatu projek itu.Adakalanya juga,hanya terbongkang di atas tilam.... : D

Kondisi "pejabat" seorang surveyor juga bergantung kepada site projek yang dikendalikannya.Adakalanya di kawasan kampung-kampung,di tengah-tengah bandar,kawasan sawah padi dan paya,kawasan hutan dan bukit-bukit,ladang-ladang getah dan kelapa sawit dan bagi golongan yang membuat ukur hidrografi pula,kadang-kadang diatas darat,kadang-kadang diatas air.Perkara yang menarik disini ialah keadaan environment kerja yang selalu berubah-ubah,membuatkan kerjaya ini tidak bosan (kecuali time takde projek......."terbang" di dalam ofis di atas meja,paling kritikal pun bawah meja je).Tidak seperti bekerja di ofis secara tetap,kadang kala jadual harian isnin hingga khamisnya sangat tipikal(bukan semua ya.......).Sebagai contoh,pagi jam 8 punch card,masuk ofis,duduk tempat ko,tengok manusia di kiri kanan,buat kerja,sampai masa turun lunch,naik ofis balik,duduk kat tempat ko,buat kerja,pukul 5 punch card....balik dan ulang benda yang sama,dikondusi environment yang sama setaip hari isnin hingga ke hari jumaat.



Ini contoh kes-kes "maincon" datang check kat site.


 Perbincangan serius surveyor.

Faktor cuaca yang tak menentu juga membuatkan kerja ni unik.Kebiasaan nya,hari hujan adalah rahmat bagi seorang surveyor ni,sebab tak payah turun kerja,sebagai alasan yang paling kukuh kepada bos.Hahahahhahaha......tapi ada juga keadaan yang memaksa surveyor ni turun site jugak,seperti bos talifon cakap kerja perlu siap cepat atau kes-kes nak siapkan kerja baki kerja dengan cepat supaya boleh balik atau bercuti awal.Keadaan panas terik tu adalah kebiasaan bagi surveyor ni,menyebabkan kalau nak cam orang tu kerja surveyor senang je.Tengok kat tangan mereka yang belah pakai jam tu dengan leher mereka.Kalau bukak jam tu ade kesan putih tali jam dan kat badan ada kesan "neck baju",mungkin pekerjaan mereka adalah sebagai surveyor.Oh...mungkin kulit mereka juga agak gelap.


Kes-kes melibatkan "terpaksa" berpayung untuk panas/hujan.

Seperti yang macam aku tulis kat atas tadi,berkenaan dengan sosial.Kerjaya sebagai surveyor ni aku cakap unik sebab,secara totalnya,hubungan sekeliling surveyor ni adalah dengan semua pihak,dari setiap lapisan golongan manusia,tak kira samada bos-bos besar,taukeh-taukeh,pegawai-pegawai "gomen" atasan atau bawahan,pak cik mak cik kat kampung,hatta dengan bangla pun kadang-kadang diperlukan.Senang kira dengan semua golongan,atasan ataupun golongan bawahan.Ia adalah keperluan wajib bagi seorang surveyor untuk mempunyai skill komunikasi yang baik,mampu untuk mengembek jika masuk ke kandang kambing,dalam masa yang sama juga tahu untuk mengaum jika masuk ke kandang harimau.Hubungan seperti ini dengan semua lapisan golongan perlu untuk menjalani kehidupan bersosial yang sihat dan seimbang.Hahahahhha.........Oh,oleh sebab sosial sekeliling surveyor ni meliputi setiap golongan,ianya membuakan surveyor ni boleh digolongkan sebagai orang yang ramai kawan.

Skill hidup......juga benda yang amat-amat penting untuk seorang surveyor,yang mana cara perolehan nya yang membuatkan ia menjadi sangat unik.Kehidupan sebagai surveyor memang tak pernah tetap di sesuatu kawasan sahaja,termasuklah kepada yang sudah mempunyai isteri (agak berat bagi mereka.....mungkin).Sebagai contoh,katakan jika pejabat jurukur adalah di Kota Bharu,Kelantan tetapi kebanyakan kerja-kerja pengukuran yang dibuat adalah di luar kawasan Kota Bharu,kadangkala ianya diluar daripada Negeri Kelantan.Kadangkala pula,ada projek yang memakan masa hampir 2 bulan untuk disiapkan.Mencari rumah sewa adalah satu kemestian jika berlaku keadaan seperti ini,namun disesetengah tempat,punyalah susah nak dapat rumah sewa.Jadi,kadang-kadang tu sampai kena tumpang tidur di hotel-hotel,rumah tumpangan,chalet-chalet,masjid-masjid atau surau,di balai raya,di "kongsi-kongsi" ataupun jika didalam hutan,terpaksa berkhemah.Jadi,disinilah skill-skill untuk hidup diperolehi,sebagai contoh yang paling ketara ialah memasak.Jika kau seorang yang tidak pernah cuba untuk memasak sendiri sepanjang hidup ko,time ni la ko akan terpaksa untuk masak makanan ko sendiri,kecualilah kalau ko punya macai tahap2 chef.Kedai makan belakang kira la,tak "adventure" mohd bin salleh cakap dan juga tidak jimat kata bos.Pendek kata,semua sendiri,dari pakaian mahupun tempat tidur yang selalu bertukar-tukar.


Kes-kes masak dan makan secara berjemaah 

Kerja ukur di hutan pula sangat-sangat memerlukan kepelbagaian skill yang perlu ada pada seseorang surveyor tu.Bermula daripada skill pemanduan kenderaan 4WD melalui track-track balak,menaiki dan menuruni bukit dan merentasi sungai.Selain itu,survivor skill juga perlu ada untuk kerja-kerja survey dihutan dimana meliputi skill "keamatan" untuk memilih tapak perkhemahan,menghindari ancaman binatang berbisa dan buas,memasak dan banyak lagi.

Selain itu,seorang surveyor juga harus mempunyai skill mengenai komputer (tidak semestinya semua,terutama kepada surveyor-surveyor "olskoll")..Mempunyai skill dalam bidang software dan hardware adalah menjadi kelebihan kepada seseorang surveyor itu.Untuk penggunaan komputer dan software,surveyor perlu tahu untuk menggunakan software-software ukur asas (paling paling kurang.... :D) seperti AutoCAD dan CDS,terutamanya untuk meneliti plan-plan yang berkaitan,membuat pre-comp misalnya dan ada kalanya juga menggunakan software-software tertentu untuk membuat calculation dan mendownload data pengukuran ke komputer untuk diproses.Ada kalanya juga,pengetahuan tentang hardware juga penting.Sebagai contoh mengenai cable DB9 RS232,samada 9 pin ke 9 pin ataupun 9 pin ke USB,yang mana cable ini sangat penting untuk proses-proses memuat turun data pengukuran ke dalam komputer.Ada juga surveyor yang pakar dalam membuat programing untuk software-software komputer dan juga calculator,terutamanya untuk calculator cap Casio yang sangat popular dikalangan surveyor.


Sambungan alat ukur ke laptop.



Keperluan untuk membuat cable RS232 9pin to 9pin.


Contoh drawing plan menggunakan software AutoCAD.

Hadoi la....penat sudah mahu terangkan semua.Nanti sambung lagi ya....Tata.......

4 komen:

ScHaN ® said...

yergh.. sokong2.. ko kna tambah lg.. aksi mcaba dlm compile space.. pnas beb..

Anonymous said...

best giler..ak nk join jgk la..

NIZAM said...

Salam En Arif,

sy kenal en Arif ni melalui page SURVEYOR MALAYSIA kat facebook tu. sy pun student bidang ni. sy lebih prefer bidang ni sbg geomatician. sbb nampak ada class. HAHA. takla en Arif. gurau je. :D

even sy tak keje dlm bidang land surveying [I'm fresh grad.& sdg cari kerja], tp sy bangga sbb melalui bidang ni la sy masuk kg org masa survey camp. tu experince best sbb boleh jln2 dan kenal tempat orang. baru tau kg ulu tu camne kan. tu bagus tu. kite mcm diajar utk berdikari. dan sbnarnya melalui pendedahan camni la, budak2 geomatik ni lagi matured. sbb takde la boring je ngadap class je kan.

bidang surveyor ni unik kan. ia tak tertumpu pd satu2 skop tp byk sgt skop yang diajar. cume kekadang student cam sy ni tak hargai. g survey camp keje nak mkn n kua jenjalan je. haha. patut ms survey camp tu asah basic skills kasi mantap kan.

terpanjang la plak komen. takpe kan? hehe. sy NIZAM. UiTM geomatics graduate :)

Anonymous said...

Ade sesiapa mencari kerja as land surveyor di tapak projek x? Bole hubungi sy. heluleali@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...