Selain daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang ukur ni,tak salah kalau seseorang surveyor tu juga merebut peluang untuk memahami atau mendalami ilmu-ilmu yang terbentang luas di atas muka bumi ni...cheewahhhh.
Ok2,secara serius,repekan aku kali ni adalah mengenai ilmu Faraid (maaf kalau eja Faraid tu salah sebab aku google ejaan macam tu jumpa je... : ).Bagi aku,sebagai pengetahuan tambahan,seorang surveyor bagi yang beragama ISLAM mungkin patut tahu sikit sebanyak dan tak salah juga kalau yang bukan ISLAM pun turut tahu mengenai ilmu ni.
Oleh sebab aku bukan dari golongan yang pakar-pakar agama,cukuplah dengan setakat aku tulis kat sini,Faraid ni ialah ilmu yang membicarakan tentang pembahagian harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia kepada waris-warisnya.Ok,cukup setakat itu,kang lebih-lebih kang,kalau ada yang tersilap orang lebel aku ayah pin pulak : D.
Mengenai Faraid ni,aku highlight kan juga kat ruangan Jurukur ni sebab kadang-kadang benda ni la yang akan dihadapi oleh seorang surveyor tu.Ok...sebagai contoh,macam ni la.
- Ada sorang pak cik ni datang nak pecah lot.
- Tanah tu ada 4 nama,salah seorangnya ialah isteri kepada pak cik yang datang tu.
- Isteri pak cik tu pulak dah meningal.
- Yang 3 baki tu ialah saudara-saudara pak cik tu jugak.
- Kalau sebelum arwah meninggal,penama pada bahagian isteri pak cik tu dah ada,maka tak kan timbul sebarang masalah.
- Yang jadi isunya,arwah tak sempat nak wariskan bahagiannya kepada sesiapa.
- Jadi,sebagai suami,pak cik tu juga berhak (kalau tak silap aku 1/8 daripada bahagian yang dipunyai oleh isterinya),dan mungkin juga pak cik tu boleh bertindak sebagai pemegang amanah.
- Jadi macam mana dengan sebahagian yang lain tu?Anak-anak macam mana?
- Bagaimana nak selesaikan masalah kes-kes macam ni?
- Selalu ambil masa berapa lama nak untuk settle kes?
- Berapa kos dia nak?
- Dengan siapa pak cik boleh jumpa untuk urus kes-kes macam ni nak?
- Anak tak boleh uruskan untuk pak cik ke?
Pada pengalaman saya yang singkat ni,banyak kes-kes yang macam ni berlaku.banyak juga pertanyaan-pertanyaan dan permohonan-permohonan macam ni.Kalau nak ikut senang,abaikan je kerja-kerja bermasalah macam ni tapi,dari sudut lain pula,macam mana company nak "lekat" job kalau asal benda leceh dan susah sikit semua nak tolak!
Kat sini lah,bagi saya pengetahuan kita sedikit sebanyak mengenai ilmu Faraid ni penting.Walaupun masa yang diambil untuk menyelesaikan kes-kes tuntutan pusaka macam ni kadang-kadang boleh melebih 1 atau 2 tahun,sekurang-kurangnya,kita boleh guide orang-orang macam pak cik tadi untuk tahu apa tindakan yang boleh dia buat dan ambil untuk selesaikan masalah ni dan mempunyai kontek-kontek dengan ustaz-ustaz di Jabatan Agama juga merupakan satu advantage : ) .Kalau kita boleh bantu orang-orang macam pak cik ni,berkemungkinan juga bila kes dia settle,dia akan cari kita jugak untuk terus proceed dengan permohonan pecah lot.Apa-apa pun,tolong tu kena la ikhlas : D.
Sebab tu dalam entri saya yang ini (Surveyor = Unik),saya ada terangkan yang seorang surveyor ni merupakan seorang yang ramai kawan dan ilmu surveyor ni tidak hanya terbatas dengan bidang survey sahaja.
***Untuk makluman lebih mendalam,rajin-rajinlah ajak ustaz-ustaz kat jabatan agama minum. : D
Ok,sampai sini saje,bye-bye....
0 komen:
Post a Comment