Thursday, January 14, 2010

Home » Entri pendahuluan

Entri pendahuluan


Dengan ini aku mengumumkan bahawa wujudnya belog ini yang bertujuan untuk memdedikasi dan ber"sharing is caring" sumber periuk nasi dengan sesiapa yang sudi selak belog ni.Kena buat disclaimer ke???Ok2...

Disclaimer :
  1. Belog ini adalah untuk suka-suka sahaja,bertujuan untuik berkongsi pendapat,pengalaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja ukur tanah.Oleh itu,menjadi suka-suka aku lah nak taruk apa kat sini.Yang pasti,tiada entri-entri berkenaan dengan multilevel (MLM)!!!
  2. Segala tulisan-tulisan,gambar-gambar dan apa jua yang aku tampal kat sini suka hati korang lah nak copy ke (kalau ada yang nak ok!),tapi letak la link ke belog ni.
  3. Bahasa yang digunapakai adalah bahasa melayu baku + pasar (orang cakap bahasa rilek-rilek),mungkin juga sedikit bahasa inggeris,dan mungkin juga akan dirojakkan.SEJUJURNYA,saya masih lemah menulis dalam bahasa inggeris dan sedang dalam proses membina keyakinan untuk menulis menggunakan ayat-ayat inggeris,eh.....English.Kalau ada entri yang menggunakan bahasa inggeris tu mempunyai kesalahan pada susun dan penggunaan ayat,silalah jadi guru kepada saya dan betulkan ok.Terima kasih.
  4. Mungkin juga ada terdapat kesilapan dalam entri-entri yang bakal wujud dalam belog ini.Maklumlah,penulis ni adalah seorang insan yang serba kekurangan dan masih lagi mengutip pengalaman.Jadi segala teguran-teguran,pembetulan dan penambahan daripada kamu semua amat-amat di alu-alukan.
  5. Sebarang kerosakan / kerugian akibat daripada penggunaan apa-apa maklumat daripada blog ini adalah bukan tanggungjawab penulis, sebaliknya adalah masing-masing punya pertimbangan dan penilaian baik buruk.
  6. No.5 ialah cukup dulu setakat ini.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...