Keras, kasar dan degil ibarat "Stewong". Itu pepatah baru yang aku dapat, hahahaha.
Sekarang ni aku tengah buat kerja ukur di Hutan Simpan Tembat, berhampiran dengan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kerja ukur ni sepenuhnya bertempat di dalam Hutan Simpan Tembat. Hutan ni pada asalnya boleh dikatakan "hutan dara". Untuk kesini, aksas jalanraya berhampiran ialah daripada Kuala Berang, ikut jalan ke Tasik Kenyir dan terus ikut highway baru Kuala Berang ke Chiku, Gua Musang. Asalnya highway ni belum dibuka secara rasmi, jalan pun banyak lubang-lubang. Sepanjang highway ada la 2 3 air terjun mini tempat driver-driver lori balak, lori kontena dan segala bapak-bapak lori singgah untuk mandi atau rehat.
Oh, sebelum lupa, tajuk kerja ukur kali ni ialah
Hulu Terengganu Hydroelctric Project:
R.O.W Demarcation Survey for Proposed Roads
Ok, bukan tu yang aku nak tulis. Yang aku nak share kat sini adalah pengalaman baru aku, dalam keterpaksaan untuk siapkan kerja ni. Oleh kerana site ni keseluruhannya berada didalam kawasan Hutan Simpan Tembat, di kelilingi hutan tebal dan flora dan fauna. Daripada highway Kuala Berang ke Chiku, satu jalan dibuat untuk masuk ke dalam. Jalan-jalan kat dalam ni rata-ratanya di biayai oleh tokey-tokey Empangan hidro, TNB dan juga oleh tokey-tokey balak untuk stewong-stewong mereka mengangkut balak dari tengah-tengah hutan ke port simpanan. Boleh dikatan 90% jalan tanah dan 10% jalan berbatu.
Memandu pajero di dalam ni memang sangat-sangat mencabar. Untuk ke site je, kene drive hampir 10km ke dalam daripada highway. Ini pengalaman pertama aku drive off-road secara rasmi (tolak masa-masa untuk site visit). Drive off-road ni pualk bukan macam drive atas jalanraya yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan dibuat oleh JKR. Pulak tu jalan berbukit-bukit dan...ala, jalan tanah bai, kalau hujan korang paham kan macam mana. Jalan bukit pulak ada yang capai 45-50 degree condong. Macam mana tu naik naik?
Kalau cuaca elok, memang tak ada masalah. Cemerlang je naik sampai atas. Tapi, yang masa cuaca tak elok tu, samada hujan, nak hujan ataupun baru lepas hujan. Benda-benda ni la yang perlu difikirkan kalau korang buat kerja di kawasan-kawasan macam ni.
Sebagi contoh, kalau malam hujan, esok ko nak pegi kerja. Jalan mesti selut-selut, secara automatiknya jalan jadi licin. Kat sini ko kena amik berat pasal jenis tayar apa yang ko sarung kat sport rim kenderaan ko. Aku pun memang tak ada pengalaman dalam bab-bab ni, jadi mulut aku terpaksa kena ringankan, tanya la orang-orang pengalaman. Depa pakat kata "Ayek, tukar tayar AT ko ke tayar MT". Hasilnya, terbang la duit bos aku tukar tayar yang harganya lebih kurang RM380 sebijik. Try kira kalau dah 4 berapa. Tu pun aku nekad je pakai tayar spare AT. Depa jugak kata, bukan ko tak boleh pakai tayar AT ko tu, tapi lagi efisyen kalau ko pakai MT. Pakai AT memerlukan kemahiran yang sangat cemerlang, tapi sangat-sangat menyusahkan. Pakai MT pun kalau tak kena cara drive pun memang tak jadi jugak ; ) .
Lagi satu untuk drive di jalan naik dan turun bukit yang licin. Naik tu aku tak risau sangat, hala ke turun tu yang aku ngeri sangat. Kat sini pulak, ko kena tahu fungsi-fungsi setiap gear yang ada kat dalam kenderaan ko. Senag cerita, macam pajero yang aku pakai,gear auto bai... : ) , aku kena tahu masa mana aku nak pakai gear 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc. Selain itu, kena tahu jugak gear asas macam P, R, N, D,2 dan L. Untuk hari yang cuaca biasa-biasa panas, aku taruk gear kat 4H je, lepas la sampai atas kalau pakai D atau kadang-kadang kena taruk kat 2. Tapi yang jadi masalah bila hujan. Macam mana nak paksa pajero aku naik dan turun bukit dengan cemerlang, aku pun memang tak ada pengalaman.
Jadi, sebab terpaksa, aku pun Google lah kat internet, cari mana-mana information yang boleh bantu aku untuk kenal kemampuan pajero ni dan cara-cara untuk guna pajero aku ni semaksima mungkin. Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa-apa yang berlaku, tergelongsor tu ada lah jugak. Paling penting yag aku belajar kat sini, biasakan tak guna brake, tak brake secara keras dan mengejut. Mem"brake" dengan cara ni lah yang sering timbulkan masalah, nak-nak lagi semasa ko turun bukit yang licin. Bila tayar dah lock akibat ko brake secara keras tu, boleh tergelongsor turun bukit.Whewww....minta jauh la. Selalunya, sebelah bukit ko tu dinding dan sebelah tu cerun. Nasihat yang aku banyak terima bila hadapi situasi ni, laju-laju rapatkan kereta pada belah dinding bukit. Lagi ok kalau kereta yang rosak daripada kita yang rosak kan. Dah tu macam mana nak brake atau perlahankan kenderaan? Bukan tak boleh guna brake langsung, tapi biar berpada-pada. Selain tu, gunakan kuasa enjin untuk perlahankan kenderaan dimana gunakan gear rendah.
Banyak information aku dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi la. Aku ni sebenarnya jenis yang malas nak baca-baca ni, tapi keadaan yang buat aku terpaksa.cari dan baca benda-benda ni tapi, lepas baca dan praktik, aku rasa aku dah terjatuh cinta pada benda-benda 4WD ni. Sebab tu banyak kawan-kawan aku yang join mana-mana club 4x4 ni cakap, tahap kesedapan main 4WD ni memang ko tak boleh nak describe dengan mulut dan air liur. Kalu nak tahu, cuba dulu. Aku pun dah hampir 2 bulan dok ulang alik ke site.
Selain tu, untuk kerja-kerja ukur di kawasan macam dalam hutan ni, banyak lagi ko perlu tahu, salah satu yang macam aku cerita sikit kat atas tu iaitu berkenaan dengan cara-cara pemanduan. Lagi......cara buat kerja ukur tu mungkin lebih kurang je dengan yang biasa-biasa, yang membezakan mungkin keadaan sekeliling dan keadaan topografi kawasan tu. Juga sedikit pengetahuan mengenai habitat-habitat flora dan fauna, ya....lebih-lebih lagi fauna,FAUNA. Tu dah kasik besar tulisan fauna tu, harap faham la ye.
Ok, bye....
2 komen:
klu g ulu tembeling lag best Yip....Gelosor pakai gear 4wheel....Masa tubik dr taman negara tu baru tahu nikmatnya Malaysia......"Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia"....:John Leman Pdg Jawo
kalu g kat dlam hutan simpan post tuel d lojing agak mencabr jugak..memandu ikut dlam amerika..kite kne memandu ikut kanan jalan..
Post a Comment