Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari Jumaat.
Aku malas nak cerita panjang-panjang, semalam aku ada kodek-kodek satu blog ni, saja nak cari dan baca bacaan-bacaan menegnai sejarah Tok Janggut dan Negeri Kelantan. Sekali tengah sedap-sedap baca tu, sampailah mata aku ke 1 2 perenggan yang ditulis oleh pengarang blog tu. Sahih atau tidak memang aku tak tahu.
Ini antara rangkap yang ada mengatakan mengenai sistem Peraturan Tanah :
Jadi, jika mengikut pada fakta tahun pemberontakan Tok Janggut yang aku baca pada beberapa sumber, Tok Janggut mula memberontak pada tahun 1910 kerana pihak British sudah mula mencampuri urusan pemerintahan Negeri Kelantan. Berkaitan dengan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh pihak British, yang mana "asas" sistem masih lagi diguna pakai sehinga ke hari ini. Berkenaan dengan sistem Undang-Undang tanah Melayu Tradisional yang di gunapakai sebelum diperkenalkan dengan sistem Undang-Undang Tanah Penjajah, sistem ini adalah merupakan sistem udang-undang tanah yang mengikut pada prinsip Islamiyah iaitu IHYA (usaha) dan THAJIR (tanda).
Mungkin aku telah lambat untuk mengetahui perkara ini (lupa masa belajar dulu Lecturer ada mention atau tak mengenai perkara ini, yang sistem Torrens tu aku ingat la. Maklumla, kelas undang-undang tanah ni sering menyebabkan mata aku tiba-tiba rasa berat yang amat sangat, pedih-pedih semacam je, badan jadi lesu.....doktor pun tak tahu penyakit apa...hahahah...).
Teringat pulak aku masa aku tengah-tengah buat kerja-kerja ukur title, selalu time borak-borak dengan pak cik mak cik tu, mesti je ada dia orang mention, "Dulu, tanah ni nenek moyang pak cik yang teroka, zaman-zaman Tok Janggut lagi. Dulu hutan tebal, tak ada orang nak masuk pun. Moyang pak cik usaha bukak tanah ni, dari hutan jadi kebun, hinggalah ke apa yang ada pada hari ni". Daripada cerita-cerita yang aku pernah dengar, orang-orang zaman dulu ni selalu keluar dalam satu kumpulan untuk teroka sesuatu kawasan tanah tu, lepas tu sama-sama buat kebun ke dan tandakan kawasan masing-masing. Daripada 5-6 keluarga, akan muncul sebuah kampung, semakin ramai orang meneroka dan bukak tanah dikawasan sekitarnya sehinggalah kepada apa yang ada pada hari ni.
Sistem undang-undang Islam yang digunapakai sebelum sistem Torrens tu pula sudah terbukti adil dimana, sesiapa yang mengusahakan tanah tu, perah keringat, buka tanah dari hutan ke kebun, jaga tanah tu, maka tanah tu akan menjadi hakmilik dia. Jadi, untuk itu, mereka perlu tandakan kawasan tanah mereka. Cuma mungkin pada masa ini masih tidak lagi di buat apa-apa dokumen yang menunjukkan hakmilik sesuatu tanah itu dengan sah dan inilah yang selalunya menimbulkan masalah (walhal sekarang ini pun, yang ada geran secara sah pun boleh gaduh-gaduh). Maka, dengan itu wujudlah Sistem Torrens yang mana siapa pemiliknya dan berapa luas dan lain-lain maklumat akan dicatatkan dalam dokumen hakmilik secara sah.
Ok, itu antara baris-baris ayat yang ditulis oleh pengarang blog mengenai pemberontakan orang-orang Kelantan yang salah satu faktornya adalah menentang penjajah yang menolak undang-undang Islam. Mana yang baik dan buruk, masing-masing fikirlah sendiri ye.
Selain dari yang tu, penulis juga ada tulis baris-baris ayat macam ni :
Bila baca ayat ni, dalam kepala otak aku ni terus terbayang, sebaris bot-bot beratur, susun cantik-cantik, lepas tu tarik rantai bermula dari seberang sungai, melalui bot-bot tu, hinggalah ke seberang yang satu lagi. Kalau zaman dulu, rantai la sumber "pemberitahu jarak" yang paling efisyen dan sextant merupakan alat bantu penentududukan yang paling efisyen, selain daripada beberapa teodolit tradisional yang lain.
Maknanya, kerja-kerja ukur selain dari ukur hakmilik juga telahpun dijalankan di Negeri Kelantan sejak dari dulu lagi dan orang-orang Kelantan sudah mula terlibat dengan kerja-kerja ukur ni sejak dari dulu lagi. Kiranya kerja-kerja engineering survey la ni.
Oh, ini bukan sentimen puak-puak atau kenegerian. Aku tulis ni adalah berdasarkan kepada apa yang aku baca pada sejarah Negeri Kelantan. Mungkin juga di negeri-negeri lain pun sudah ada dan mungkin lebih terdahulu daripada negeri Kelantan.
Sumber ni aku baca dari sini. Terima kasih penulis tersebut yang telah mengkaji.
Ok, sudah cukup. Bye....
0 komen:
Post a Comment