Friday, February 26, 2010

Memang nak jadi menu untuk hari ini lembu ni.....


Maaf ye kawan-kawan,tak sempat nak update belog.Kerja tengah banyak.Sekarang ni pun tengah buat kerja survey untuk highway baru kuala krai-raub,ECER punya projek.Tak banyak pun,9 km je.Alhamdulillah....bertambah jugak la ilmu dan skill untuk aku.

Kepada kawan-kawan yang email tu terima kasih la banyak-banyak dan yang add kat Facebook pun terima kasih banyak-banyak.Sama-sama la kita tukar-tukar ilmu yang ada.
Read more...

Friday, February 5, 2010

Pendapatan lebih sebagai surveyor......

Apa yang aku tulis ni adalah daripada pendapat aku sahaja ye.Harap maklum.

Sebagai seorang yang baru sahaja tamat belajar dan keluar universiti atau mana-mana pusat pengajian yang lain,ada diantara kami yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan dan ada pula yang keluar je universiti,terus dapat offer kerja.Dalam bidang Geomatik ni,memang banyak peluang pekerjaan terbuka luas,cuam tinggal kita sanggup ke tak,tu je.Graduan boleh bekerja dengan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan dengan Geomatik,contohnya JUPEM,MACRES.............(tu je yang terlintas sekarang ni),dengan mana-mana sektor swasta seperti firma-firma jurukur tanah berlesen,company GIS atau remote sensing,hatta company jual alat ukur pun boleh kalau kena cara dan berminat.

Tu semua tak penting,yang penting macam mana kita boleh gunakan sepenuhnya peluang yang kita dapat dari bekerja tu untuk menjana pendapatan lebih kepada kita.Maklum la,nak harap makan gaji sepenuhnya pun boleh tu memang boleh,tapi kepuasan tu perlu dipuaskan.Heh...macam lucah pulak bunyi tu.Ok,abaikan.

Ramai kawan-kawan yang tanya aku pendapatan,kira senang gaji la kalau bekerja dengan firma jurukur swasta.Jawapan aku senang je,"SUMPAH AKU MANA TAHU BAI....AKU PUN KERJA KULI JE...."

: D

Hahaha...ok,kembali serius.Kalau nak ikutkan,kadar gaji kalau bekerja dengan firma-firma jurukur swasta ni adalah bergantung pada jawatan dan pengalaman kau dalam firma tu.Semua firma tak kan sama rating gaji dia,nak-nak lagi di lain-lain negeri.Sesetengah graduan baru akan diserap sebagai project manager,field assistant ataupun drought man atau drought women.Berkenaan gaji pula,bagi aku la....aku cakap bagi aku la....aku yang cakap ni ye,pada pandangan aku la (banyak kali dah ulang tu,tolong faham ye...) kita sebagai graduan baru ni tak boleh terlampau demand atau asyik fikir nak kerja yang gaji besar-besar je.Senang cerita macam ni la,kalau kau letak diri kau jadi bos,ada company dan nak ambil pekerja baru,nak-nak lagi yang baru habis belajar........nak ke kau bagi gaji yang tinggi-tinggi kat budak tu???Paling kurang pun kay nak kena test power budak tu dulu kan,tengok apa kebolehan dan kemampuan dia dulu.Kebanyakan company pun akan buat sistem "test power" dulu,maksud aku,sesi percubaan selama 3 hingga 6 bulan untuk tengok kita punya performance.Kalau kau jadi bos,kau tengok performance budak tu bagus,banyak bagi sumbangan kat company kau,kau sendiri akan tak keberatan nak "up" lagi gaji dia kan,betul x?Tapi sesetengah keadaan,ada jugak kan bos yang jenis tak faham-faham.Hahahhaa...kalau yang macam ni,cabut la............ : )

Bekerja dalam firma jurukur swasta ni,banyak je peluang untuk increase kan pendapatan kita,selain daripada gaji basic yang kita dapat tu.Sebagai contoh,sesetengah company akan bagi "sedikit" imbuhan kepada pekerja-pekerja yang bawa masuk "file" ke office seperti kerja-kerja daripada kontraktor ataupun kerja-kerja pengukuran kadaster (pecah sempadan atau bahagian).Advantage ni adalah lebih kepada mereka yang bekerja sebagai field surveyor dimana,masa kita dok survey tu,rajin-rajin la borak-borak dengan orang-orang sekeliling site tu,pandai-pandai sendiri la.Selalunya pun orang akan tanya pasal harga dulu dan untuk yang ni,kalau kita tak tahu,call je office tanya.

Selain itu,bekerja sebagai field surveyor juga lagi la banyak bagi peluang untuk kita dapatkan pendapatan tambahan.CARI BATU.tu salah satu punca pendapatan tambahan selain daripada kerja-kerja sub.Kadang-kadang masa aku tengah survey tu,ada pak cik-pak cik datang minta tolong carikan batu sempadan lot tanah dia.Untuk tu,tak susah pun.Sambil-sambil kita buat traverse tu,kira la skali untuk carik batu sempada pak cik tu,nak-nak lagi yang dah berdekatan dengan lot.

Lain-lain sumber pendapatan tambahan tu macam yang aku terangkankat entri sebelum ni.

Ok,mata pun dah mengantuk.Bye-bye dan Assalamualaikum w.b.t.
Read more...

Hartanah

Yo...wassupp!!!!
(sangat tak Islamic)
Assalamualaikum w.b.t.........

Lama dah aku tak update belog ni.Tadi ada aku cuba tulis entri dalam bahasa inggeris tapi,rasa tak lancar pulak dan maybe aku sorang je kut akan faham apa yang aku tulis,hehe :D.

Tak banyak kali ni apa yang aku nak kongsi mengenai kerja ukur ni.Baru-baru ni,aku ada terjumpa belog ni,Minda Hartawan.Belog ni dipunyai oleh Licensed Surveyor (aku tak sure yang ni) untuk company Jurukur Usaha Snd Bhd,di Subang Jaya.Ni facebook dia,Hafizal Ahlan.Add la dia,tak salahkan kalau kita yang sama-sama bidang ni saling merapatkan hubungan antara kita kan.

Ok,berbalik pada apa yang aku dapat daripada belog dia ni,satu benda yang menarik perhatian dan minat aku,iaitu investment pada hartanah.Dalam sesingkat masa aku bekerja secara full time ni,benda ni la yang dah banyak tarik perhatian aku.Pada aku,kita yang bekerja sebagai seorang jurukur @ surveyor,lebih-lebih lagi yang selalu turun site atau berurusan dengan tuan-tuan punya tanah ni mempunyai banyak peluang yang terbuka luas untuk menceburi bidang hartanah ni.

Dalam usia bekerja aku yang masih mentah ni,dah banyak peluang yang aku dapat dan belajar.Bagi aku,dalam bidang survey ni,kita tak boleh letak atau nampak sumber pendapatan kita hanya datang daripada buat kerja-kerja ukur sahaja.Lagi-lagi dalam keadaan macam sekarang ni yang mana persaingan antara company untuk dapatkan projek boleh kata agak sengit.Walaupun orang selalu pesan,rezeki tu sudah ditentukan oleh Allah S.W.T,bagi aku ayat tu dah tak boleh pakai kalau kau sorang yang berat mulut,malas,tak tahu cara nak bergaul dengan pelbagai lapisan golongan manusia,tak pandai nak sesuaikan diri dengan keadaan dan paling penting,malas untuk berusaha.

Sebagi contoh la,peluang dalam bidang hartanah ni selalu je datang time aku dok buat kerja survey kat site.Kadang-kadang masa tengah survey tu datang orang-orang kampung tanya tu,tanya ni dan masa ni la dorang akan kasi tahu atau kita boleh tanya kalau-kalau tanah ni ada yang nak jual,tanah tu nak jual,tuan dia ni,tuan dia tu,harga ni,harga tu.MEMANG BETUL,MODAL UNTUK MASUK DALAM BIDANG HARTANAH NI TINGGI,kadang-kadang memerlukan cash/ready money yang besar tapi masih ada banyak cara lagi untuk atasi tu semua.Bagi graduan-graduan baru macam aku ni,masa ni la kita nak ambil peluang untuk belajar dan belajar dan belajar apa yang tak ada dalam subjek dan silibus masa kita di universiti dulu.Nak belajar sekarang ni pun bukan susah,setakat nak keluar rm10 bayar makan minum kat kedai kopi pun nak berkira ke?

Sebagai permulaan,apa yang aku nampak,kita boleh jadi partner dulu.Maksud aku kat sini,mungkin kita boleh mencari pembeli atau sesiapa yang berminat untuk membeli tanah tu.Macam jadi penyampai la ni.Jadi,secara tak langsung,kita juga akan mendapat "sedikit" imbuhan daripada hasil jualan tanah tu.Iklan bank tu cakap,"sikit-sikit,lama-lama jadi bukit".Sebagai surveyor ni,kita seharusnya "ringan mulut" dan sepatutnya menjadi "super friendly" kepada banyak pihak dan disini,kita secara automatiknya akan membuat network kita sendiri.Dengan network yang kita ada ni,sebaran berkenaan tanah yang nak dijual tu boleh dibuat dengan jayanya.

Selain itu,sedikit pengetahuan tambahan mengenai harga pasaran tanah dan faktor-faktor yang menentukan nilai-nilai sesuatu tanah di sesuatu kawasan itu merupakan satu advantage bagi kita.Bukan susah pun,dalam kerja survey ni,mesti kita kena berurusan dengan majlis-majlis daerah dan pejabat-pejabat tanah kan.So,pandai-pandai la pasang "kawan-kawan" kat situ sebab mereka ni agak arif dalam penilaian harga tanah ni.Untuk lagi "afdal",cari la oranag-orang lama atau broker-broker tanah yang dah tahu selok belok dalam bidang ni,buat kawan dan belajar dari situ.

Lumrah hidup manusia kan,dari lahir,kita akan mula dengan merangkak,bertatih dan seterusnya baru boleh berjalan dan berlari.Macam tu la jugak dengan kehidupan kita.

Ok,cukup setakat tu,bye-bye....
Read more...

Monday, January 25, 2010

Mencari arah terabas......

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku telah lalui.Mungkin ada terdapat bermacam lagi cara,atau cara yang lagi efisyen.Brebalik pada tajuk entri diatas,mencari arah terabas........ya,mencari arah perjalanan terabas ketika membuat kerja-kerja pengukuran dipadang.Biasanya,jika laluan terabas itu di rancang dengan teliti,ianya akan memudahkan perjalanan kerja dan dapat memastikan kerja pengukuran dapat disiapkan sebagaimana tempoh yang dirancang.

Jadi....perancangan laluan terabas ni sepatutnya di rancang (mungkin secara kasar di dalam otak) ketika membuat site visit.Untuk lebih efektif dan efisyen,semasa site visit tu,kita sepatutnya meninjau semua kawasan site jika boleh,bukan sekadar hanya jenguk daripada tingkap kereta dan mark point koordinat,dengan niat hendak tengok je site menggunakan google earth.Marking point site tu adalah bagus,dan sememangnya kita boleh meninjua kawasan site tu dengan hanya menggunakan google earth,namun.......harus diingat yang google earth punya imej bukannya yang terkini dan kebanyakannya (imej di malaysia) adalah sudah lapuk!Tinjauan,kalau boleh kesemua kawasan siteadalah bagus untuk mengesan samada ada wujudnya halangan besar di kawasan site,mengesan kawasan berpaya atau darat dan lain-lain.Memudahkan perancangan kerja.Ok,cukup setakat tu sebab tu bukan isi untuk entri ini.

Ok,berbalik pada tajuk entri,semasa pengukuran,pekerja ukur depan,PUD (panggil macai macam tak senonoh je) adalah yang paling kritikal dan seharusnya seorang yang berpengalaman.Kenapa???Ini kerana,laluan keseluruhan perjalanan terabas,senang atau susah adalah bergantung kepada PUD.PUD ni kalau boleh harus tahu mana laluan yang ok dan efisyen.PUD ini lah yang bertindak sebagai peninjau bagi kita selaku jurukur ketika pengukuran di padang.Ketika pengukuran dibuat,jarak antara 2 stesen terabas adakalanya agak jauh dan disni,komunikasi antara pengukur dan PUD adalah penting bagi menentukan arah laluan terabas.

Perlu diingat,laluan yang jauh tersasar dari lot pengukuran,ataupun terlampau hampir dengan batu sempadan lot adalah tidak bagus untuk kesihatan.....eh,bukan-bukan,tidak bagus untuk progres kerja.Mungkin ianya akan melambatkan kerja,dan menyusahkan jika ingin mengikat terabas pada batu-batu sempadan,juga akan menyusahkan semasa ingin membuat tanam pastian bagi lot yang terlibat.

Jadi,kita selaku pengukur perlu memastikan dan memberi panduan yang betul kepada PUD.Ok,terdapat banyak cara untuk memastikan laluan terabas berada pada laluan yang betul.Paling HOT ialah menggunankan sistem F2F,iaitu menggunakan TSM ketika pengukuran dibuat.Dengan menggunakan TSM,sebelum pengukuran dibuat,kita hanya perlu membeli data digital mengenai lot yang hendak diukur,ataupun key-in kan data-data lot secara manual menggunakan TSM.Secara senang nya,dengan menggunakan TSM ini,setiap garisan terabas yang dicerap itu akan terus diplot pada skrin laptop dan ini amat-amat memudahkan kita untuk mengenalpasti dan merancang laluan dihadapan.Menggunakan TSM dan sistem F2F ini ada baik dan buruknya.

Baik
  1. Semua pengiraan dibuat secara terus dengan hanya klik-klik,hehe....
  2. Garisan terabas yang diukur akan diplot secara terus semasa pengukuran dibuat.
  3. Boleh tahu jika terdapat sebarang batu-batu sempadan yang berhampiran dengan stesen yang boleh diikat pada terabas.
  4. Lain-lain..........lain kali lah.
Kekurangan pada aku
  1. Perlu sentiasa bawak dan pakai laptop/toughbook semasa pengukuran.
  2. Leceh untuk setting alat dan toughbooks setiap kali tukar stesen,berbanding dengan hanya tulis pada buku.
  3. Kene pasang kabel penghubung @ setting bluetooth connection.
  4. Hehe....tak boleh (susah) nak ejas-ejas....hahaha....ok2.Yang ni tipu-tipu je... : ) Tak baik main tipu!
  5. Paling penting,meggunakan aplikasi F2F ni memerlukan seseorang tu mahir dalam mengendalikan alat dan perisian TSM.

Sebenarnya sistem F2F,gunakan TSM semasa pengukuran dibuat tu sanat bagus,cuma aku masih lagi memerlukan latihan tubi yang banyak untuk memahirkan diri.hahahaha......

Jadi,macam mana kalau tak tahu pakai TSM atau tak mempunyai perisan ini???

Apa yang aku praktikkan sekarang ni ialah dengan hanya gunakan software AutoCAD je.Sebelum aku turun site tu,aku akan key-in terlebih dahulu PA-PA yang terlibat dan highlight baik-baik lot yang aku nak ukur.Kaedah dia sama je macam pakai TSM,yang lainnya,tak boleh nak plot terus secara "real time".Jadi,sepanjang aku kat site mengukur tu,aku akan bawa la laptop dalam beg pikul.Ala....laptop sekarang ni kecik-kecik je,ringan pulak tu.Jadi,bila dah agak-agak dan banyak stesen laluan terabas yang aku dah buat tu,aku akan suruh budak-budak pekerja ukur aku (BBPU) rehat minum hisap rokok kejap.Aku bukak laptop dan plotkan garisan-garisan terabas yang aku dah ukur tu.Dari situ,aku akan dapat tahu dah sampai mana aku ukur,berapa dekat aku dengan batu sempadan dan merancang pergerakan seterusnya.Cara ni jugak agak menyenangkan untuk mencari batu-batu sempadan di sepanjang laluan terabas,dengan hanya taip-taip dan klik-klik pada AutoCAD.Catit bearing-distance tu,bukak je terus pakai alat.

Hasil kajian aku,wahhh....kajian tu.Hahahaha.....ok2,kembali serius.Daripada apa yang aku pernah buat,pengiraan manual dengan menggunakan calculator dan cara pakai AutoCAD ni lebih kurang je,tapi lebih tepat dan cepat kalau pakai kaedah AutoCAD ni.Nak buat pengiraan taman pastian pun senang,cepat dan berkesan.


*gambar tak clear sangat kut ni......

Selain tu,mungkin banyak lagi cara-cara daripada surveyor-surveyor lama dan mereka-mereka yang tahap otai-otai macam berdasarkan pada hasil pengiraan bearing-distance dan koordinat dan paling dahsyat ialah berdasarkan kepada naluri hari.Hehe....

Ok,mengantuk sudah mata ni.Selamat malam,bye-bye dan....assalamualaikum.



Read more...

Sunday, January 24, 2010

Ilmu tambahan kepada surveyor - Part I

Selain daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang ukur ni,tak salah kalau seseorang surveyor tu juga merebut peluang untuk memahami atau mendalami ilmu-ilmu yang terbentang luas di atas muka bumi ni...cheewahhhh.

Ok2,secara serius,repekan aku kali ni adalah mengenai ilmu Faraid (maaf kalau eja Faraid tu salah sebab aku google ejaan macam tu jumpa je... : ).Bagi aku,sebagai pengetahuan tambahan,seorang surveyor bagi yang beragama ISLAM mungkin patut tahu sikit sebanyak dan tak salah juga kalau yang bukan ISLAM pun turut tahu mengenai ilmu ni.

Oleh sebab aku bukan dari golongan yang pakar-pakar agama,cukuplah dengan setakat aku tulis kat sini,Faraid ni ialah ilmu yang membicarakan tentang pembahagian harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia kepada waris-warisnya.Ok,cukup setakat itu,kang lebih-lebih kang,kalau ada yang tersilap orang lebel aku ayah pin pulak : D.

Mengenai Faraid ni,aku highlight kan juga kat ruangan Jurukur ni sebab kadang-kadang benda ni la yang akan dihadapi oleh seorang surveyor tu.Ok...sebagai contoh,macam ni la.
  1. Ada sorang pak cik ni datang nak pecah lot.
  2. Tanah tu ada 4 nama,salah seorangnya ialah isteri kepada pak cik yang datang tu.
  3. Isteri pak cik tu pulak dah meningal.
  4. Yang 3 baki tu ialah saudara-saudara pak cik tu jugak.
  5. Kalau sebelum arwah meninggal,penama pada bahagian isteri pak cik tu dah ada,maka tak kan timbul sebarang masalah.
  6. Yang jadi isunya,arwah tak sempat nak wariskan bahagiannya kepada sesiapa.
  7. Jadi,sebagai suami,pak cik tu juga berhak (kalau tak silap aku 1/8 daripada bahagian yang dipunyai oleh isterinya),dan mungkin juga pak cik tu boleh bertindak sebagai pemegang amanah.
  8. Jadi macam mana dengan sebahagian yang lain tu?Anak-anak macam mana?
  9. Bagaimana nak selesaikan masalah kes-kes macam ni?
  10. Selalu ambil masa berapa lama nak untuk settle kes?
  11. Berapa kos dia nak?
  12. Dengan siapa pak cik boleh jumpa untuk urus kes-kes macam ni nak?
  13. Anak tak boleh uruskan untuk pak cik ke?
Selalunya,kes-kes tuan punya yng sudah meninggal macam ni akan menimbulkan  masalah bagi kita,selaku pihak jurukur (jurukur disini bermaksud ofis + jurukur) adalah untuk mendapatkan kesemua tandatangan tuan punya tahan di atas dokumen-dokumen permohonan dan juga di atas pre-comp plan.

Pada pengalaman saya yang singkat ni,banyak kes-kes yang macam ni berlaku.banyak juga pertanyaan-pertanyaan dan permohonan-permohonan macam ni.Kalau nak ikut senang,abaikan je kerja-kerja bermasalah macam ni tapi,dari sudut lain pula,macam mana company nak "lekat" job kalau asal benda leceh dan susah sikit semua nak tolak!

Kat sini lah,bagi saya pengetahuan kita sedikit sebanyak mengenai ilmu Faraid ni penting.Walaupun masa yang diambil untuk menyelesaikan kes-kes tuntutan pusaka macam ni kadang-kadang boleh melebih 1 atau 2 tahun,sekurang-kurangnya,kita boleh guide orang-orang macam pak cik tadi untuk tahu apa tindakan yang boleh dia buat dan ambil untuk selesaikan masalah ni dan mempunyai kontek-kontek dengan ustaz-ustaz di Jabatan Agama juga merupakan satu advantage : ) .Kalau kita boleh bantu orang-orang macam pak cik ni,berkemungkinan juga bila kes dia settle,dia akan cari kita jugak untuk terus proceed dengan permohonan pecah lot.Apa-apa pun,tolong tu kena la ikhlas : D.

Sebab tu dalam entri saya yang ini (Surveyor = Unik),saya ada terangkan yang seorang surveyor ni merupakan seorang yang ramai kawan dan ilmu surveyor ni tidak hanya terbatas dengan bidang survey sahaja.

***Untuk makluman lebih mendalam,rajin-rajinlah ajak ustaz-ustaz kat jabatan agama minum. : D

Ok,sampai sini saje,bye-bye....
Read more...

Saturday, January 23, 2010

Nasi tambah kepada GPS Garmin kat bawah ni.....

Untuk maklumat dengan lebih mendalam,boleh la saudara dan saudari men'download' di sini.
Read more...

Friday, January 22, 2010

GARMIN GPSMAP 60CSx



Benda ni akan selalu ada dalam beg aku setiap masa.Selain untuk navigasi,pada aku,handheld ni penting untuk memudahkan kita membuat kerja-kerja ukur.Sebagai contoh,dari pengalaman aku yang tak seberapa ni,aku gunakan handheld ni,pertamanya untuk locate site.Keduanya pula ialah untuk locate secara lebih kurang kedudukan batu sempadan untuk aku mula buat kerja.

Untuk kedua-dua perkara diatas,terlebih dahulu aku akan convert koordinate (kepada PA yang menyediakan nilai koordinat dalam Cassini-S) kepada koordinat RSO.Handheld ni boleh kita setkan display coordinate tu ke dalam bentuk RSO.Berpandukan kepada nilai koordinat tu,cari je la,jalan kiri,jalan kanan,jalan depan dan jalan belakang.Cuma,dari segi accuracy koordinat tu adalah bergantung kepada beberapa faktor.Selalunya,pada yang telah aku lalui,kalau batu tak hilang atau tenggelam,mungkin berada dalam radius 5-10 meter dari tempat yg ditunjuk dalam GPS.Walaupun radius tu agak besar,tapi sekurang-kurangnya takde la kita dok raba-raba dan cucuk sana cucuk sini.Dengan radius 5-10 meter tu,pandai-pandai la guna skill sendiri untuk cari batu tu.

Lagi satu,handheld GPS ni juga penting dalam kerja-kerja pengukuran di kawasan hutan.Biasanya kerja-kerja pengukuran dihutan ni perlukan skill yang tinggi,samada skill pengukuran ataupun skill untuk hidup.Dulu pernah terjadi kes pekerja ukur hilang/sesat di Hutan Lojing,Kelantan,kira-kira hampir sebulan kalau tak silap aku.Disini,kegunaan handheld ni ialah kita boleh mark point permulaan,sebagai contoh point tapak khemah kita,ataupun tempat kita letak kereta sebagai point asas.Jadi,walaupun pengukuran dibuat berkilo-kilo kedalam hutan,untuk pulang,kita hanya perlu setkan navigasi ke point khemah atau tempat kita parking kereta tu dan follow petunjuk dari handheld dan Insyallah,takkan sesat.Janji bateri AA tu kene la ada.

Nota kaki : Walaupun adanya teknologi GPS,kaedah navigasi secara konvensional pun kena tahu jugakkan.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...