Assalamulaikum w.b.t,
Dah lama tak manulis ni, ini yang banyak masuk inbox, samada di email atau di Facebook.
Jadi, ini antara solusinya. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah atau cara untuk pembukuan terabas utnuk tanam batu ni. Kaedah tanam batu ni sendiri ada beberapa cara seperti secara radial atau secara online.
Untuk yang ni, saya terangkan secara ringkas kalau gunakan cara radial.
Kita ambil contoh seperti gambarajah di bawah ni :
Penerangan :
Cari kedudukan batu yang nak ditanam pakai pole dulu. Ada sesetengah surveyor suka pakai prosm terus. Terpulang lah, atas kebiasaan masing-masing. Kene surveyor lama siit, dia suka pakai tape je, tapi yang ni Stn kawalan kene dekat lah.
Dah jumpa kedudukan dia, gali terus. Sambil-sambil gali tu, bajet-bajet lah juga dengan tinggi batu tu, jangan sampai dah tanam nanti tenggelam pulak batu tu. Nak sedap, tinggal lah dalam 5cm ke batu tu daripada surface tanah tu.
Siap gali, masukkan batu dan pasang prism selengkapnya. Siap pasang, betulkan balik bearing dan jaraknya seperti yang telah diset tadi.
Siap betulkan bearing jarak dia, pasang plumbup dan betulkan batu dalam lubang yang telah digali tadi. Siap, kasi kambus itu batu dan kemaskan sekeliling batu, supaya nanti tanah tu mendap balik, nanti kedudukan batu tak menyenget.
Ok, itu bab tanam batu. Ini pula bab pembukuan dan kaedan untuk semakan.
Seperti tadi juga, setkan bearing daripada Stn 7 ke Stn 6, gunakan bearing muktamad pada terabas kawalan tu. Siap, buka bearing yang nak tanam batu tu. Lebih kurang macam gambarajah ni :
Dah lama tak manulis ni, ini yang banyak masuk inbox, samada di email atau di Facebook.
Jadi, ini antara solusinya. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah atau cara untuk pembukuan terabas utnuk tanam batu ni. Kaedah tanam batu ni sendiri ada beberapa cara seperti secara radial atau secara online.
Untuk yang ni, saya terangkan secara ringkas kalau gunakan cara radial.
Kita ambil contoh seperti gambarajah di bawah ni :
Penerangan :
- 6 - 7 - 8 adalah stesen terabas kawalan yang sudah disiapkan complete sehingga bearing muktamad.
- 22 dan 24 adalah batu sempadan lama yang nak di refix / tanam pastian.
- 23, 25 dan 26 adalah BKB yang nak di tanam.
Jadi tak payah ambil semua, kita ambil contoh 1 je, sekarang ni kita nak tanam BKB 23.
Pada kawalan trabas tu, didapati :
- Stn 6 - Stn 7 : 207d 53' 18" - 52.638
- Stn 7 - Stn 8 : 299d 15' 30" - 46.208
Kaedah kegemaran saya sendiri ialah lebih kurang macam ni :
- Selalu untuk tanam batu ni saya selalu bawa 4 tripod, 3 prism dan 1 Total Station.
- Dirisiapkan Total Station pada Stn 7, prism pada Stn 6 dan Stn 8. Pasang siap-siap pada kedua-dua Stn rujukan supaya nanti tak payah nak ulang-ualang jalan depan belakang.
- Ok, sekarang saya assumed pengiraan telah dibuat untuk dapatkan bearing daripada Stn 7 ke BKB 23 yang nak di tanam tu. Kalau saya, saya lebih sukakan plot terus pre-comp dan traverse yang telah siap tu. Nanti nak tanam batu, tinggal buat "line" dan listkan sahaja bearing distance dia.
- Ok, bearing dah ada dan buka je bearing tu dan tanam.
Kaedah atau langkah nak tanam batu sempadan baru. Lain orang lain cara, aku lebih suka guna cara ni je.
Dah jumpa kedudukan dia, gali terus. Sambil-sambil gali tu, bajet-bajet lah juga dengan tinggi batu tu, jangan sampai dah tanam nanti tenggelam pulak batu tu. Nak sedap, tinggal lah dalam 5cm ke batu tu daripada surface tanah tu.
Siap gali, masukkan batu dan pasang prism selengkapnya. Siap pasang, betulkan balik bearing dan jaraknya seperti yang telah diset tadi.
Siap betulkan bearing jarak dia, pasang plumbup dan betulkan batu dalam lubang yang telah digali tadi. Siap, kasi kambus itu batu dan kemaskan sekeliling batu, supaya nanti tanah tu mendap balik, nanti kedudukan batu tak menyenget.
Ok, itu bab tanam batu. Ini pula bab pembukuan dan kaedan untuk semakan.
Seperti tadi juga, setkan bearing daripada Stn 7 ke Stn 6, gunakan bearing muktamad pada terabas kawalan tu. Siap, buka bearing yang nak tanam batu tu. Lebih kurang macam gambarajah ni :
- Alat di Stn 7, setkan bearing ke Stn 6. Daripada apa yang telah di kira untuk dapatkan bearing ke BKB 23 dan buka bearing jarak yang telah diperolehi hasil kiraan tadi.
- Gali lubang, pasang prism dan tanam batu.
- Prism pada BKB 23 tu jangan alih lagi.
- Sekarang turn untuk buat semakan.
- Setkan alat pada Stn 8 (prism telah siap pasang).
- Ok, kalau dilihat, disini banyak kaedah sebenarnya, tapi saya lebih suka gunakan kaedah ini, iaitu kaedah pengiraan daripada kaedah langsung, yangmana ianya lebih buatkan kita berhati-hati dengan semakan yang dibuat.
- Kalau dilihat pada gambarajah diatas, saya lebih suka setkan nilai bearing bukan guna nilai bearing muktamad sepatutnya. Selalunya saya suka gunakan 00d 10' 00". Kenapa jangan tanya.
- Dah setkan bearing tu, buka dan baca balik ke prism pada BKB 23 tu dan rekod bearing dan jarak yang diperolehi. Cukup hanya dengan penyilang kiri sahaja.
- Pada ruang 'Purata', tuliskan bearing hasl cerapan ke BKB 23 tadi dengan nilainya sudah di tolak 00d 10' 00" sebeb tadi untuk set bearing rujukan kita dah curi 10'.
- Perlu di ingat, sebetulnya Stn 7 - Stn 8 sudah punya bearing muktamad daripada terabas kawalan. Jadi disini, dibawah bearing purata yang dah ditolak 10' tu, tulis pula bearing sebetulnya daripada Stn 7 - Stn 8. Gambarajah diatas saya tulis degan tulisan merah.
- Ok, siap tu, tambahkan kedua-dua bearing yang telah ditulis pada raung purata tu.
- Dah settle tambah, tulis hasil tambah tu diruang bawah seklai pada ruangan 'Purata' tu.
- Kalau anda tanam betul, anda akan perhatikan yang bearing hasil tambah 2 bearing tu akan sama seperti bearing direct yang anda telah kira sebelum ini daripada Stn 7 - BKB 23.
- Dah betul, kira settle lah, tak betul, betulkan balik.
Ok, bye.
5 komen:
Sangat membantu
Sgt baik.. Terima kasih..
saya nak trace batu sempadan berapa kos yang saudara untuk cari batu sempadan dan pasang semula batu sempadan.
Assalam. Nak tanya double checking tu mcm mna?
assalamualaikum sy nk pasang batu sempadan nk hubungi siapa?
Post a Comment