Friday, January 20, 2012

Home » , , , , » Detail survey menggunakan single RTK GPS.

Detail survey menggunakan single RTK GPS.

Assalamualaikum w.b.t.

Teknologi RTK GPS sekarang ni semakin berkembang. Dengan hanya berbekalkan single GPS, sim card dan sebotol air sahaja, seorang surveyor itu mampu untuk membuat sesuatu kerja ukur itu secara berseorangan. Namun ini bergantung juga kepada kondisi site yang nak di ukur tu, dan juga netrowk coverage di kawasan itu.

Saya ambil contoh, jika hendak menjalankan kerja-kerja pengukuran topografi misalnya. Sebagai contoh untuk kerja-kerja pecah sempadan yang memerlukan detail LCP, maka pengukuran topografi perlu di lakukan di atas lot yang terlibat itu.

Selain itu, misalnya, kawasan kerja yang agak terang. Maksud terang disni ialah tidak terdapat pokok-pokok besar, paya-paya atau kolam air, bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya yang boleh menggangu bacaan GPS.

Jadi, untuk kerja-kerja senang macam tu, kenapa perlu lagi kita bawa satu team 2 3 orang, sedangkan dengan kemajuan dan teknologi GPS yang ada sekarang, seorang sahaja mampu untuk menyelesaikannya. Mungkin 2 lah kut, sorang buat kerja, sorang lagi temankan. Buatnya kena samun @ rompak masa kerja, atau terjadinya apa-apa yang di luar jangkaan, susah jugak tu ye.

Tapi, pada pengalam saya, pernah beberapa kali saya turun ke site untuk buat kerja-kerja topo LCP seorang diri sahaja, hanya berbekalkan set kelengkapan GPS, sebilah parang, sebotol air dan sekotak rokok. Alhamdilillah, 2 jam dah siap 4 ekar, termasuk detail cuting atas sungai, jalan-jalan sedia ada dan lain-lain detail termasuk topo.

Ianya sangat menjimatkan kos dimana pihak bos boleh menjimatkan sehingga 70% kos upah yang diperuntukkan kepada pra-pra dalam satu pasukan ukur tu. (kos GPS dianggap sudah habis bayar dan dah balik modal).

Tugas seorang surveyor untuk kerja-kerja ini ialah :

  1. Buat sedikit siasatan mengenai lokasi site tu, samada dapat 3g coverage atau tidak. Ini penting, sebab kalau tak ada 3g coverage, macam mana nak buat kerja pakai single RTK GPS yang menggunakan correction daripada server JUPEM.
  2. Menyediakan set kelengkapan GPS. Pastikan bateri penuh, sim kad kalau pakai prepaid dah siap-siap topup, kalau pakai sim broadband pasikan sim tak kena block sebab tak bayar bil.
  3. Siapkan data-data mengenai lot yang hendak di ukur tu. (Ini akan diteangkan secara detail selepas ini).
  4. Tidur secukupnya supaya tidak penat sebab esok nak buat survey kene selalu berjalan pick up point.
Mengenai proses penyediaan data tu, terdapat beberapa perkara yang boleh di lakukan oleh seorang jurukur sebagai persediaan untuk membuat pengukuran. Antaranya ialah :
  1. Meneyediakan data-data basemap daripada lot PDUK di kawasan itu. Ini adalah salah satu advantage dimana ianya akan memudahkan proses mengenalpasti kawasan site supaya data-data yang di ambil tidak terlebih mahupun terkurang.
  2. Semasa pemprosesan data dibuat juga akan memudahkan kita tanpa perlu lagi kita import block lot-lot terlibat sebagai basemap kerana data ukur yang di cerap akan terus boleh di import bersama basemap lot sekali.


Kaedah penyediaan data ini sebenarnay bergantung juga kepada capability GPS yang digunakan. Semuanya terletak kepada function-function yang ada dalam software data collectornya. Seperti GPS yang saya gunakan, saya hanya perlu tukarkan base lot saya kepad aformat shapefile / .shp open file tersebut menggunakan software data collectornya sahaja.

Seterusnya, buatlah kerja-kerja pick up point sampai habis. Outputnya adalah seperti berikut.



Ini hanyalah data pada software data collecter pada controller GPS sahaja. Untungnya pakai software ni ialah :
  1. Setiap jenis butiran boleh disetkan terus layer-layer nya, memudahkan kita untuk mengasingkan setiap jenis butiran.
  2. Setiap layer yang di set itu mempunyai attribute sendiri, senang untuk kita buat editing.
  3. Contoh seperti entiti yang mempunyai garisan bersambung seperti jalan, pagar atau sungai misalnya, pada set layer itu, kita boleh setkan supaya ianay disambung secara automatik semasa pengukuran dibuat apabila data dicerap dan disimpan. Kelebihannya, kita tidak lagi perlu untuk sambung-sambung detail seperti ini di dalam proses editing.
  4. Data-data yang dicerap boleh diexport terus ke AutoCAD untuk membuat proses editing final sebelum di print out untuk diserahkan kepada client.



Kerja senang, kos kurang, data selamat dan editing tak ambil masa lama.

Sekian, terima kasih.

19 komen:

melakaplanter said...

Jangan kerja seorang sahaja. First keselamatan diri, kedua keselamatan alat. Ramai surveyor hilang alat ukur. Dua hari lepas, surveyor dari KL kena lagi. Mereka ini pecahkan cermin kereta dan ambil alat ukur. Kalau kena GNSS....hancur. Bagus beli insurance untuk semua alat ukur.

in28flames said...

yup....seperti yg saya katakan tu lah, faktor keselamatan. saya turun sorang pun lepas reccy kawasan site.

ada suggestion x mr. idham berkenaan company insuran yg sanggup terima kita nak insurankan alat ukur ni? yes, lebih2 lagi alat GNSS yg harganya sangat mahal.

Anonymous said...

salam, saya bob dari seremban, nak tanya? nilai ketinggian tu dalam elipsoid ke mean sea level?

in28flames said...

W'salam.....ketinggain tu sudah di reduce ke dalam geoid,iaitu MSL. Hanya masukkan file model geoid dah software akan betulkan drpd ellipsoid ke geoid.

Anonymous said...

saya peminat blog ni..tuan duduk di mana?

in28flames said...

kota bharu, kelantan...bekerja di jurukur wibawa.

NaFis said...

Salam tuan..saya ingin bertanya..sekiranya saya menggunakan fc 200,boleh kah saya install fast survey disitu. Installer nya pula bagaimana?

Unknown said...

Salam arif...

tuan tak ada tutor cara penyedian PDUK ke shape file dan upload ke FC controller serta buat layer string bagi titik yang bersambung ( cth Jalan,Longkang,Bangunan dsb)saya cuba juga try and error.
Tapi mengecewakan cuma preview titikdan codeaje dalam MAP view...
Guna Alat Topcon Hyper dan FC200
METHOD Rtk Modem (Range prob maksima 1.5Km) dan Net tu saya faham dan dah Intermediate stage.

Saya xada formal training (xcukup merit education nk apply) dalam bidang ukur cuma belajar dgn self alternatif (Try and Error,onsite examination comparation)sahabat2 melalui perbincang kedai kopi serta online forum feedback (terbaik setakat ini LSU).
Semuga anda terus maju seiring dengan teknoloji ukur semasa dalam kerjaya unik ini.

Terima Kasih
orangtua61@gmail.com
Shamsudin


in28flames said...

Nafis :

Asasnya Fast Survey ini memerlukan Windows CE base, atau Win Mobile. cumanya, ianya direkabentuk untuk kegunaan alat Ashtech @ maggelan. Ada juga menu2 alat jenama lain di dalam dia, tapi sy tak pernah cuba pula pada alat lain. Sekali sy pernah cuba, install tu boleh cuma akan ada menu yg tak berfungsi dgn baik.

Shamsudin :

Sy tidak menggunakan alat Topcon, cuma pada asasnya, penyediaan database sangat mudah. Katakan PDUK berformatkan .dwg, kita convert dulu ke .shp, kalau saya, saya gunakan software GlobalMapper.Dah siap dapat .shp tu, hanya copy je set datatu kedalam memory card. Pada software controller, just open je data tadi. Selalunya software2 yg ada searang dah universal, kebanyakan sudah boleh open fail .shp sebagai basemap.

Layer string tu bergantung juga kepada capability alat yg Tuan guna dan sekali lagi, maaf sbb sy tak pakai Topcon, jadi saya kurang tahu capability dia. Macam yg saya pernah pakai Ashtech, capability dia sgt bagus, salah satunya bab tu lah. kita boleh setkan string layer dia, dan pada setiap layer tu, kita boleh setkan untuk join terus atau x. Contoh sy berikan kalau kita ambil detail jalan, kanan jalan kita setkan layer JO1 dan kiri jalan JO2. Jadi apabila kita buat cerapan detail baru utk setial JO1 dan JO2, dia akan terus sambungkan 2 titik tu dgn garisan. Dah siap, tinggal kita exportkan saja set data tu ke format .dxf @ .dwg.

Betul cakap Tuan, saya pun x ada formal training. Kenal memang kenal GPS set, tapi bila bos beli dah suruh pakai, baru sy mengadap betul2, latihan kat tepi rumah je, juga belajar dgn proses try and error.

Terima kasih Tuan sudi view blog ni.

Unknown said...

Saya mau coba menggunakan program "fast survey", dimana saya bisa mendapatkan program tersebut?

Norasyikin Mehat said...

salam tuan. saya seorang pelajar ipta. saya bminat tntg gps transfer height. tapi saya masih kurang jelas tntg gps. saya nak tanya adakah perlu utk transfer height saya guna 2 base sebagai control? dan apa bezanya kalau saya cuma menggunakan satu saja base?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ada banyak kaedah boleh digunakan untuk menentukan ketinggian orthometrik daripada GPS (GPS levelling). Di sini saya kongsikan 3 kaedah yg boleh digunapakai bagi tujuan tersebut:

Kaedah 1:
Gunakan MyRTKnet, MyGEOID & 1 alat GPS - Kaedah ni seperti biasa, cerapan GPS berdasarkan MyRTKnet sama ada secara real-time (kejituan ketinggian ± 6 cm) atau statik (kejituan ketinggian < 2 cm bergantung kepada cara pemprosesan). Kemudian nilai ketinggian ellipsoid tersebut dibuat pembetulan menggunakan MyGEOID (RMS ± 5 cm, ada kawasan kejituan baik dan ada kawasan kejituan teruk). Katakan kejituan MyGEOID adalah 12 cm, maka kaedah ni boleh bagi kejituan ± 18 cm ntuk cerapan real-time dan 14 cm ntuk cerapan statik.

Kaedah 2:
Extension kepada kaedah 1, tambahan 1 lagi alat GPS pada benchmark (BM) - MyRTKnet, MyGEOID dan 2 alat GPS. Mula2 proses data pada BM sama seperti kaedah 1. Nilai ketinggian yg diperolehi dibandingkan dengan nilai sebenar BM untuk modelkan selisih. Kemudian proses pula point target seperti kaedah 1 atau boleh juga fix koordinat BM yg telah diperolehi sebelum ini. Pembetulan model selisih tersebut kemudiannya dibuat terhadap point target. Kelemahan kaedah ini adalah, jika BM tersebut beranjak, maka hasil yg diperolehi juga adalah tidak tepat (selisih sistematik). Kaedah ini mampu berikan kejituan (precision) yg lebih baik berbanding kaedah 1 kerana selisih pisahan geoid (geoid separation) dimodelkan, tetapi ketepatan (precision) adalah tidak terjamin.

Kaedah 3:
Extension kepada kaedah 2 dengan tambahan satu lagi alat GPS pada BM - MyRTKnet, MyGEOID dan 3 alat GPS (2 pada BM dan 1 pada target). Kaedah ini secara konsepnya sama sahaja dengan kaedah di atas, cuma kali ini kebolehpercayaan (reliability) nilai BM1 boleh disemak berdasarkan BM2. Kaedah ini mampu berikan kejituan (precision) dan ketetapan (accuracy) yang lebih tinggi.

Semua kaedah yg saya kongsikan ni adalah berdasarkan model alat penerima GPS dual-frequency dimana ionosphere correction boleh dikurangkan (mitigate). Jika hanya single-frequency, tahap kejituan yg diperolehi adalah jauh lebih teruk. Harap sedikit sebanyak membantu. ~Asyran

har said...

Salam.saya menjadi surveyour hanya brdasarkn pengalaman.disebabkn sumber ilmu saya dan asas saya terhad saya belajar apa yang perlu supaya saya boleh jalankan kerja..ok..
Skrg ini mslh saya..server rtknet down untuk beberapa hari disebabkn cuti umum xde staff jupem untuk onlinekn balik server.sejauh mana down adakah termasuk dengan base tidak diketahui..jadi sejauh mna ketepatan data kita yang base dari rtknet yg baru online beberapa minit ini..bila saya bandingkan perbezaan reading utk 2hari ditempat yg sama nmpak berbeza mslnya.
Tuan blog.boleh x kongsikan cara penyedian data crm utk submit jupem2u.mmg saya dh berhasil submit beberapa job dengan data crm tapi semuanya submission berulang dan data crm terpaksa diedit secara manual.gps yg kita gunakan sama.

Anonymous said...

Dua2 ada

Anonymous said...

Blh share fast survey yg korang guna.
Ku submit fail jupem2u gagal dgn alasan beza 2meter.

Unknown said...

kalau comey tunjuk A-Z setting rtknet ni bos, baru faham.... haha kesian bebudak baru nk up, x semua rtknet ada kt ipta, uitm shah alam xde gps pakai rtknet.. berbanding uitm arau dgn utm skudai. poli knfirm2 lengkp...
tq

Unknown said...

salam , boleh tahu apakah dokumen yang perlu disediakan oleh jurukur bg tujuan submission kpd klien untuk kerja2 ukur topografi dan butiran ?

Unknown said...

Salam ptg,Berapa price Rm jika beli Correction Server sim kad di Jupem.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...