Monday, September 26, 2011

Home » Parameter untuk Sistem Kodinat

Parameter untuk Sistem Kodinat

Assalamualaikum w.b.t....

Zaman ukur sekarang ni, nak-nak lagi dengan adanya teknologi GPS, kerja yg susah pun boleh jadi senang. Sepertimana yang semua tahu, kalau bercakap pasal kodinat ni, kat malaysia sahaja ada beberapa sistem kodinat yg di gunakan. Kalau nak cerita detail mengenai setiap sistem ni, letih juga aku nak taip, tambah pulak aku selalu tidur masa kelas geodesi dulu : ) .

Persekitaran di Malaysia ni, antara yang selalu di guna pakai zaman sekarang ialah macam RSO, BRSO, Cassini Soldner, dan paling latest untuk kerja kadaster pada era e-Kadaster sekarang ni ialah GDM 2009, yang mana kodinat terbitan daripada GDM 2009 ini ialah macam RSO geocentric dan Cassini Geocentric.

Setiap negara mempunyai sistem kodinat rujukan tersendiri yang di gunakan. Pendek kata, kalau lah kita dapat job di negara-negara tertentu, keperluan untuk tahu mengenai sistem kodinat yang digunakan di kawasan itu adalah kritikal. Penggunaan ni adalah penting, lebih-lebih lagi untuk kerja-kerja seperti ukur hidrografi misalnya.

GPS, sepertimana secara universalnya menggunakan sistem WGS84 dan kodinat asas yang di paparkan juga berdasarkan kepada sistem WGS 84 ini. Namun, dengan kemajuan teknologi GPS sekarang, antara kelebihannya ialah kita boleh menggunakan terus menggunakan sistem kodinat yang dikehendaki. Contohnya, cerapan GPS atau kerja ukur itu hendaklah memberi output kodinat di dalam sistem Cassini Soldner. Jadi, transformasi kodinat dariapda sistem WGS 84 ke Cassini Soldner ni boleh di buat secara terus, bergantung kepada kebolehan sesuatu alat itu.

Di Malaysia sahaja, sebagai contoh untuk sistem Cassini Soldner, setiap negeri mempunyai rujukan atau parameter masing-masing dan setiap detail untuk parameter ini perlu diketahui dengan tepat, supaya proses transformasi kodinat itu dilakukan dengan betul, tak kiralah secara manual atau automatik terus di dalam software controller GPS.

 Jadi, kat sini aku letak detail-detail parameter untuk setiap sistem kodinat yang selalu digunakan di Malaysia ni. Sama-sama lah kita gunakan dan kalau ada yang silap tolong bagitahu ye, nanti aku betulkan.

Dah ada detail parameter ni, nanti apply terus dalam controller GPS tu. Senang sikit, karang tak payah lah nak convert secara manual dah.

RSO (old)


BRSO (old)


Cassini Soldner (old) JOHOR grid


Cassini Soldner (old) KEDAH & PERLIS grid


Cassini Soldner (old) KELANTAN grid


Cassini Soldner (old) TERENGGANU grid


Cassini Soldner (old) NEGERI SEMBILAN & MELAKA grid


Cassini Soldner (old) PAHANG grid


Cassini Soldner (old) PERAK grid


Cassini Soldner (old) PULAU PINANG grid


Cassini Soldner (old) SELANGOR grid


Cukup dulu setakat tu kali ni, penat dah nak tunggu upload satu2 ni : ) ......nak taip satu-satu malas pulak. Ok, nanti lain kali aku kasi upload parameter untuk GDM 2009 pulak.

Terima kasih.

13 komen:

Anonymous said...

tq boh..
are_spa_ruc

wan2day said...

hebat...ariff terbaik..

Anonymous said...

Pre-comp plan selalunya guna Cassini-Soldner (GDM2009)or Cassini yang lama??

Anonymous said...

Datum transformation wgs84 to mrt ada 6 parimeter yang lagi tepat. Yang ada tu baru tiga, kurang tepat

Anonymous said...

ni anon to anon haha
selalunya plan mestilah guna cassini lama(PDUK)
pening aku dgn shift la apa la nasib baik ada juga kelebihannya.shift je dulu data gps bagi masuk dgn pduk atau sbaliknya nt dah final data ekadaster mmg senang keje anak cucu kita,MSL pun perlukan 14tahun kalau xsilap aku untuk final.

Unknown said...

assalam, Boleh tak kalau nak software ni.. knohanoah@gmail.com tq

Unknown said...

assalam.. macam mana nak dapatkan software nie.. kalu tuan ada boleh x send pada saya... wahida_halim89@yahoo.com

Rafizah binti Sabudin said...

Salam, tuan ada x formula untuk tukar dari cassini geosetric data to long lat (google blh baca). tq

Rafizah binti Sabudin said...

Salam, tuan ada x formula untuk tukar dari cassini geosetric data to long lat (google blh baca). tq

Unknown said...

Tuann.. Boleh x nk guna software nii.. klau bleh tlg send ke email saya.. dante_damcnulk@hotmail.com.. trima kasih

Unknown said...

Salam..sy berhajat nk cuba..minta tlg email ke wga6602@yahoo.com..tq boss

Unknown said...

Boleh tak detailkan perbezaan RSO BRSO CASSINI SOLDNER ?

Anonymous said...

Ni bukan parameter dari geocentric ke? Bukan ke Datum old adalah MRT48

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...