Assalamualaikum w.b.t....
Lewat sebulan 2 ni, agak ramai, lebih-lebih lagi student yang hantar email tanya pasal Kadaster ni, nak-nak lagi pasal eKadaster ni. Ada juga orang yang call tanya prosedur-prosedur macam mana nak pecah lot tanah dia.
Jadi, untuk itu, sempena bulan Ramadan ni walaupun tiada kaitan dengan bulan Ramadan, aku rasa nak tulis serba sedikit apa yang kami di Firma Jurukur Tanah Berlesen ni buat untuk kerja-kerja yang melibatkan ukur hakmilik, atau ukur kadaster ni.
Sebagai permulaan, aku kasi cerita sikit secara am mengenai ukur kadaster ni, samada PECAH SEMPADAN atau PECAH BAHAGIAN, dimana 2 benda ni lah yang banyak kita / kami di Jurukur Berlesen buat.
Kebiasaanya, apabila client datang pada kami, tujaunnya satu je, nak pecah lot tanah mereka kepada beberapa bahagian. Jadi, kepada kita / kami di pihak jurukur berlesen selalunya perlu terangkan mengenai prosedur nak pecah lot tanah ni. Perkara pertama, terangkan, untuk pecah lot tanah ni ada 2 jenis, iaitu PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN.
PECAH BAHAGIAN dan PECAH SEMPADAN secara am.
(Dulu aku dah tulis sikit disini.)
Kebiasaanya, kalau client tu datang bawak geran yang jenis ada 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan banyak-banyak nama pada geran tu, selalunya ianya akan melibatkan proses PECAH BAHAGIAN kerana selalunya, bila atas geran ada banyak nama ni, mereka mesti nak pecahkan bahagian penama-penama yang ada atas geran tu ikut bahagian masing-masing supaya setiap satu antara meraka boleh pegang geran bahagian masing-masing. Senang cerita, dari geran yang mereka kongsi banyak-banyak nama, mereka boleh dapat satu geran individu masing-masing secara mutlak, tanpa ada kaitan dengan penama-penama yang lain tu. Sebagai contoh, geran tanah pusaka yang ada nama adik-beradik.
Namun begitu, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu di semak dan di patuhi untuk buat PECAH BAHAGIAN ni dan kelulusan untuk permohonan PECAH BAHAGIAN ni bergantung kepada samada pecahan yang kita buat tu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan atau tidak. Syarat ni selalunya berkait rapat dengan PIHAK BERKUASA TEMPATAN di kawasan masing-masing, dan yang paling penting, KANUN TANAH NEGARA dan lain-lain kanun yang berkaitan.
Kata singkat untuk PECAH BAHAGIAN, masuk geran banyak-banyak nama, lepas pecah setiap satu geran yang keluar tu dah jadi nama asing-asing, mengikut bahagian masing-masing.
Mengenai PECAH SEMPADAN pula, kebiasaanya ianya melibatkan geran tanah individu, tapi kadang-kadang pun ada jugak yang geran jenis 2, 3, 4, 5 nama yang nak buat PECAH SEMPADAN ni. Senang cerita, 1 orang ni, dia ada sekeping tanah luas 2 ekar, geran nama dia sorang je. Dia nak pecah tanah dia tu kepada lot-lot rumah dan bila kaluar geran tu, dia nak jual lot-lot yang dipecahkan tu. Selalunya pun, orang buat PECAH SEMPADAN ni untuk jual, ataupun jenis orang yg ada banyak anak, nak bagi sorang satu lot. Selalunya juga, pecahan-pecahan yang dibuat akan berdasarkan kepada saiz-saiz untuk lot-lot seperti rumah teres, rumah kedai (gudang) ataupun rumah bonglow.
Sama seperti PECAH BAHAGIAN, permohonan bagi PECAH SEMPADAN ini juga bergantung kepada PIHAK BERKUASA TEMPATAN di kawasan masing-masing, dan yang paling penting, KANUN TANAH NEGARA dan lain-lain kanun yang berkaitan.
Kata singkat untuk PECAH SEMPADAN, masuk geran nama individu, lepas pecah, setiap satu geran yang keluar tu keluar akan nama individu tu jugak. Kadang-kadang pun boleh jadi masuk geran nama 2, 3, 4.......orang, lepas pecah, setiap satu geran yang keluar tu akan masih lagi nama 2, 3, 4......orang tu jugak.
Begitulah secara ringkasnya mengenai PECAH BAHAGIAN dan PECAH SEMPADAN ni. Nanti karang kita masuk detail mengenai 2 benda ni.
-Tamat siri 2-
Ok, bye.

22 komen:
Boleh ke dibuat pecah bahagian kemudian ada bahagian yang dipecah ingin membuat pecah sempadan ..
Malay pecah geran..kene buat rezab jln x...tq
Pecah bahagian brapa kos? ?
Pecah sempadan brapa kos? ?
salam.. sy sdg berkira2 untuk buat pecah bahagian. tanah pertanian. anggaran kos untuk buat kerja ni agaknya dalam berapa?
Assalammualaikum saya pun nk tahu lebih details psal pecah bahagian dan pecah sempadan serta kosnya....boleh tak sy serahkan semua urusan kepada encik dan berikan anggaran kos yg perlu saya keluarkan termasuk utk bayar encik. Terima kasih.

Saya nak tahu agak agak berapa kos pecah sempadan.
Aslmkum,
nak tanya kalau tanah 1.2 ekar boleh pecah sempadan kepada brp lot?
0.25 ekar bersamaan 1lot,kalau 1ekar ada 4lot la.

apa peranan town planner dalam proces pecah sempadan?
Macam mana kalau nama2 dalam geran yg hendak dipecah bahagian,ada sebilangan yg telah meninggal dunia? Adakah urusan utk mendapatkan geran individu lebih sukar

Kita nak pecahkn bahagian tanah sama rata kepada 2bahagian ..Bahagian pertama kekal pemilik asal bahagian kedua kita nak letak nama anak buah pula..bolehkah kita buat pecah bahagian dan terus masukkan nama anak buah sebagai pemilik tanah ..dan apabila keluar geran ia berasingan..
Mohon pencerahan
sekeping tanah yg ada nama saya dan nama lain lain individu.Dan ada individu yg dah meninggal. tanpa keluarga yg meninggal tu buat kuasa ...bolehkah saya usaha nak dapat geran brasingan..melalui perintah mahkamah misalnya
Tak boleh
Sekeping tanah ade beberapa nama.dah pernah ukur dan dibuat smpadan.tapi tiada hitam putih.(dokumen rasmi)rumah semua dah bina..boleh tak nak nak ukur semula.?? Sekiranya kita dapati rumah yg dah dibina termasuk dlm tnah kita..apa yg sptutnya dibuat
camne nak pecah bahagian brape kosnya
Berapa kos untuk pecah tanah utk 3 owner bawah satu geran? Tanah pertanian
The 7 Best Casinos Near Harrah's Casino and Resort in
Find your perfect casino near you from 1 to 6! Harrah's Casino and 경상북도 출장안마 Resort is the 진주 출장안마 perfect 김천 출장안마 place 과천 출장안마 for exploring your 1xbet korean favorite casino game.
Post a Comment