Thursday, May 5, 2011

Home » , » Kitab rujukan Jurukur [Part II]

Kitab rujukan Jurukur [Part II]

Assalamualaikum w.b.t

Ni antara buku-buku yang agak bagus untuk di baca untuk lebih faham lagi bidang ukur ni. Walaupun agak lama, tapi kalau tak tahu yang basic pun tak boleh jugak kan. Buku ni pun hadiah dari ayahanda aku masa mula-mula dapat masuk Politeknik dulu. Kadang-kadang agak terbiar, tapi masih lagi terjaga.

Kalau jumpa kat mana-mana kedai, jangan sayang duit lah nak beli buku ni, beli je. Paling kurang pun boleh buat rujukan. Kalau ada kawan-kawan yang ada ke, minta elok-elok, pinjam, g photostet mana-mana bab yang rasa di perlukan. Aku rasa buku ni bagus untuk student-student yang baru masuk Politeknik atau mana-mana Universiti atau Institusi yang belajar bidang Ukur Tanah ni untuk lebih faham apa yang korang bakal belajar dan lalui nanti. Nak buat rujukan untuk siapkan assignment pun boleh.

Macam yang aku tulis kat atas tadi tu, walaupun buku ni dah agak lama, tapi kandungan dan ilmu yang ada dalam buku tu tak kan luput tarikh punya. Buku ni penuh dengan asas-asas yang perlu diketahui oleh seseorang jurukur tu, tapi semuanya untuk fahaman cara kerja di padang je la. Ada penerangan cara kerja dan ada juga mengenai pengiraan-pengiraan yang bakal buat korang serabut kepala nanti.

Ha, ni lah antara buku-buku yang aku maksudkan kat atas ni.




Selain buku-buku yang macam ni, paling penting sekali, buku-buku modul yang dapat kat Politeknik @ Universiti tu yang penting sekali. Simpan la elok-elok. Aku dulu buku-buku modul masa kat Politeknik pun masih aku simpan elok-elok, walapun ada yang dah hilang atau penuh dengan conteng-conteng. Walaupun dah habis belajar dan dah kerja, akan ada satu masa tu korang perlukan sangat buku-buku ni untuk buat rujukan bila timbul masalah masa kerja karang.

Ok, dah cukup untuk malam ni.

Bye.
 

5 komen:

melakaplanter said...

Dear Arif,

How are you? Thank you for ur input in my late post.

I would to ask you regarding the ecadastral system since you are expert. Lately, we have partition survey and when PA generated from JUPEM. The area no equally due to the LSA method. Are you face the same problem?

Yesterday, JUPEM people asked to sign and submit the PA even the area no equally.

Does u apply LSA before plant the new partition mark?

Thank you

in28flames said...

Mr. Lai,

i'm not that expert as you said... : )

u mean PA or Pre-comp?

is it NDCDB status lot, or non-NDCDB?

i used LSA to perform pre-check before i submit the file through JUPEM2U. then, i sumbit it through JUPEM2U, upper bound/lower bound result.

sehingga sekarang, kami masih lagi tak jumpa masalah area yang berbeza selepas PA di generate oleh JUPEM, kalau ada pun masih lagi dalam tolerate yang dibenarkan.

sebelum buat pre-comp lagi kami akan check guna luas pada PA lama (PDUK + old cassini) dan bandingkan dengan NDCDB (new cassini). kalau ada perbezaan bearing jarak yang ketara, ataupiun perbezaan luas yang ketara, kami akan rujuk dulu dengan JUPEM negeri. selepas dibetulkan, baru kami teruskan dengan pre-comp, field survey dan PA.

kamal said...

buku2 ni senang dapat kat UTM..kalu rea KL g je kat utmkl semarak tu..

Anonymous said...

salam, buku yang pertama dan kedua aku dah khatam. aku rasa lebih kepada alihbahasa versi melayu je sebab aku pernah terjumpa buku dalam bahasa inggeris tulisan mat salih. sebijik! yang ketiga tu tak khatam sebab dulu tak mampu beli la. hahahaa...

Unknown said...

Salam bro.. Kat mana ade jual buku ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...