Wednesday, April 27, 2011

Home » , » Kalibrasi alat EDM dan Total Station

Kalibrasi alat EDM dan Total Station

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yoooo, apa khabar surveyor-surveyor di luar sana? Macam mana keadaan kat tempat korang? Kat Kelantan ni cuaca hari-hari panas terik. Nak turun site pun malas, hahahhaa....

Ok2, terus kepada tajuk entri kali ni, iaitu berkenaan dengan Kalibrasi EDM dan Total Station.Ni pun sempena aku nak tunjuk tempat kalibrasi di Kelantan ni, lebih tepat lagi di Tapak Kalibrasi Kada Resort, Melor, Kelantan. Dah baru dan agak berkeadaan baik, tak macam dulu dah, hehehe...sebab tu mula-mula sekali aku nak tampal gambar-gambar tapak kalibrasi ni.






Sekarang dah kasi pagar konkrit baik punya. Kalu dulu JUPEM letak pagar besi dan penutup besi tu, semua kene rembat kat mat besi buruk. Nasib skru atas pillar tu dorang tak potong rembat. Kalau dulu, semak je dah boleh tudung pillar ni, tapi sekarang dah elok.

Ok, berbalik pada kalibrasi ni, tujuannya adalah untuk semak samada alat EDM / Total Station yang kita pakai untuk buat kerja ukur tu masih dalam keadaan baik atau tak. Maksudnya kat sini ialah dari segi jarak yang alat EDM / Total Station tu berikan sebab di site, kita tak tahu samada terdapat kesalahan pada alat tu bila kita cerap jarak. Lainlah kalau sebelum mula kerja tu kita buat semakan harian. Kadang-kadang, kerosakan pada alat EDM / Total Station tu kita tak sedar, secara tidak langsung, bila kita guna untuk buat kerja ukur tu akan memberikan bacaan jarak atau data jarak yang salah.

Jadi, untuk semak EDM / Total Station tu, kita kena lah buat kalibrasi di pillar yang dikawalselia oleh pihak JUPEM. Setiap negeri ada tapak kalibrasi ni. Kalau dulu, kene naik ke Pejabat JUPEM daerah untuk ambil kunci pillar, tapi sekarang ni dah tak payah kut.

Senarai tapak kalibrasi di setiap negeri, aku ambil dari KPUP 6/2009.

Secara asasnya, untuk ujian kalibrasi EDM dan Total Station ni akan menggunakan hanya 10 pillar sahaja, bermula daripada Pillar 1 sampailah ke Pillar 10. Setaip pillar ni dah ada jarak yang tetap, yang di ukur dan di selenggara oleh JUPEM negeri masing-masing. Jadi, secara amnya, ujian bacaan jarak yang kita buat ni adalah dengan membandingkan hasil cerapan yang diperolehi daripada alat EDM / Total Station kita tu dengan jarak asal yang di ukur oleh JUPEM.

Memandangkan aku agak malas nak buat gambar pillar ni,jadi aku terangkan guna tulisan je lah ye.

Cara kerjanya senang je. Mula-mual sekali, dirisiapkan alat EDM / Total Station tu di Pillar 1, pasang prism pada Pillar 2. Cerap jarak dari Pillar 1 ke Pillar 2 tu. Dah siap, cabut prism yang pasang kat Pillar 2 tadi, letak pula kat Pillar 3. Cerap lagi jarak dari Pillar 1 ke Pillar 3. Ulang langkah sama, alat tetap di Pillar 1, hanya prism yang gerakkan mula dari Pillar 2, ke Pillar 3 dan seterusnya lah hingga ke Pillar 10.

Dah settle tu, alihkan alat EDM / Total Station tu ke Pillar 2. Cerap jarak dari Pillar 2 ke Pillar 10, seterusnya alat masih lagi di Pillar 2, cerap ke Pillar 9 dan seterusnya lah hingga ke Pillar 3.

Kependekan ceritanya adalah begini :

1 - 2
1 - 3
1 - 4
1 - 5
1 - 6
1 - 7
1 - 8
1- 9
1 - 10
2 - 10
2 - 9
2 - 8
2 - 7
2 - 6
2 - 5
2 - 4
2 - 3

Secara keseluruhannya, akan ada 17 cerapan. Masa buat cerapan ni, ada template borang Ujian Kalibrasi yang JUPEM buat. Borang dia macam ni.....

Klik untuk besarkan.

Dah settle buat Kalibrasi tu, korang boleh lah kira berapa beza cerapan korang dengan yang JUPEM punya cerapan. Hasil semua cerapan tu, korang tambahkan dan bahagi kan dengan jumlah cerapan. Formula dah ada kat bawah borang cerapan tu.

BILA NAK GUNA HASIL CERAPAN NI....???????

Yang ni penting sekali, nak-nak lagi untuk kerja Ukur Kadaster macam pecah sempadan atau pecah bahagian. Masa yang nak guna cerapan ni ialah bila kita nak submit file ukur hasil ukur tu ke JUPEM untuk pengesahan Pelan Akui yang kita buat tu.

Kalu dulu kita hantar secara manual je tapi sekang ni, dengan persekitaran e-Kadaster yang baru diperkenalkan ni, hasil kalibrasi tadi kita perlu key-in secara online kedalam sistem SPAK LS. SPAK LS ni ialah tempat jurukur berlesen daftarkan alat ukur yang mereka gunakan tu, termasuklah dengan data dan sijil kalibrasi alat ni.

Tujuan kita key-in kan hasil kalibrasi ni ialah untuk dapatkan pengesahan daripada Jurukur Daerah yangmana alat yang kita gunapakai untuk buat kerja ukur ni masih lagi dalam keadaan baik dan boleh dipercayai untuk buat kerja-kerja ukur. Bila Jurukur Daerah dah bagi pengesahan tu, maka dia akan keluarkan satu sijil pengesahan yang mana sijil ni kita akan gunakan semasa nak hantar file kerja ukur untuk buat Pelan Akui yang  macam aku cerita kat atas tadi tu.

Macam ni lah lebih kurang cara-cara nak key-in kan dalam SPAK LS.


Log in SPAK LS tu guna password Jukuruku Berlesen masing-masing. Dalam SPAK LS ni, klik pada menu Kalibrasi.


Sebelum tu, alat EDM / Total Station yang korang pakai tu kene register dulu dalam SPAK LS ni. Bila dah register tu, untuk kalibrasi ni, korang pilih nama alat EDM / Total Station untuk key-in kan hasil kalibrasi tu.


Pilih tapak kalibrasi ikut tempat yang korang buat kalibrasi tu.




Masukkan satu persatu hasil cerapan yang korang buat di tapak kalibrasi tadi. Masukkan slow-slow supaya jari-jari tak silap taip. Dah siap masukkan semua tu, semak dulu elok-elok.




Dah semak semua betul, klik je "POHON PENGESAHAN" macam pada gambar kat atas ni.


Dah keluar paparan macam gambar kat atas ni, maka selamatlah hasil kalibrasi yang korang buat tadi masuk ke sistem JUPEM negeri masing-masing. Lepas tu, tunggu je lah pengesahan daripada Jurukur Daerah tu.


Bila pada status dah Lulus, korang download je pengesahan tu dan guna sijil tu untuk hantar kerja ukur yang korang buat tu nanti untuk buat Pelan Akui.

Ok, cukup setakat tu. 

Bye.

5 komen:

6shots said...

n.baek aku baca entry pasal ni..bos aku lupa nak daftar alat..haha

Anonymous said...

hahha...baru saya tau apa benda ni..selalu nampak dkt pintu pagar depan kuittho time study dulu..ingatkan manhole ke bunker apolah kat tepi pagar tu..rupa2nye untuk tujuan ni ..thank you for ur nice artikel..blog yg sgt berguna..

Anonymous said...

jarak mendatar, jarak diukur, jarak seperti asal, boleh terangkan apa bezanya tu

Anonymous said...

nak tanya, lama tak nak tunggu lulus? 1st time buat..tak tahu..ni sy belajor kat sini je.

Anonymous said...

as salam nak tanya .. untuk GPS pon buat macam ini ke?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...