Saturday, February 5, 2011

Home » » Prosedur Real-time VRS dan Static, apa itu?

Prosedur Real-time VRS dan Static, apa itu?

Assalamualikum w.b.t....

Malam ni ialah malam marathon memasukkan entri-entri yang terbengkalai sebelum ni. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri yangmana isi kandungannya haruslah selaras dengan tajuknya, betul kan? Ok, merapu lagi. 

Untuk buat cerapan GNSS (GPS lah senang cakap), terdapat beberapa kaedah yang digunapakai di seluruh dunia, tapi kita tak payah amik port semua tu. KIta fikir yang 2 ni je dulu, Real-time VRS dan Static yang mana kedua-dua cara ni digunapakai secara meluas di Malaysia, dan prosedur ni boleh dikatakan keperluan untuk membuat cerapan GPS untuk kerja-kerja ukur kadaster. Selain itu, boleh juga digunapakai untuk kerja-kerja ukur kejuruteraan.

Real-time VRS

Pertama sekali kita tengok prosedur untuk Real-time VRS dulu. Untuk kaedah RTK ni, kita perlu mempunyai satu account pengguna yang didaftarkan dengan JUPEM untuk membolehkan kita mengakses data pembetulan (correction) daripada server JUPEM. 

Secara ringkasnya, teorinya adalah begini. Kalau kita menggunakan 2 alat GPS, satu dijadikan "base" dan satu dijadikan "rover" dan kita menghubungkannya dengan radio-link. GPS "base" diletakkan pada satu "known point"  yang mana nilai kodinat X, Y, dan Z nya diketahui. Jadi, bacaan pada GPS "base" akan terus diperbetulkan berdasarkan koordinat yang kita tahu tadi dan pembetulan kodinat pada GPS "base" akan dihantar terus kepada GPS "rover" supaya koordinat pada GPS " rover" tu akan diperbetulkan terus ketika cerapan dibuat. 

Begitu jugalah dengan sistem MyRTKnet ni dimana senang cerita, JUPEM sebagai GPS "base" dan kita hanya perlu bawa GPS "rover" sahaja. Cuma, kedua-duanya dihubungkan melalui GSM/GPRS yang mana menjadi penyebab kenapa kita perlu gunakan apa-apa sim card (Celcom/Maxis/Digi) yang bersesuaian mengikut liputan yang ada di site korang tu. Bezanya, korang hanya perlukan 1 ketul GPS je. So, tak payah buang duit nak beli 1 set (2 ketul GPS).

Ok, berbalik kepada prosedur tu, bahagian setting alat tu aku tak nak lah sentuh sebab ianya bergantung kepada jenis alat GPS yang korang pakai. Aku tulis secara am je lah ye.

Pemendekan cerita adalah begini :
  1. On kan GPS tu, kasi setting elok-elok.
  2. Pastikan kat kawasan site tu ada line talipon (Celcom @ Maxis @ Digi), ikut sim card apa yang korang pakai. Nak senang, beli je semua, kut-kut situ tak ada line Celcom ke, boleh ko pakai Maxis.
  3. Pastikan kredit sim card cukup dan tak luput tarikh untuk yang pakai prepaid dan sapa yang pakai postpaid tu, pastikan line anda dibayar mengikut masa yang ditatapkan.
  4. Connect ke server JUPEM dengan masukkan username dan password korang.
  5. Bila connection dah settle, terus je buat observation.
Cara observation dibuat tu bergantung kepada alat GPS dan perisian data logger yang korang pakai tu lah. Macam yang aku pakai ni, ASHTECH ProMark 500, beliua berkebolehan untuk baut semua sekali secara automatik.Yang pastinya, mesti kena ada 2 initializations, setiap satunyanya dengan sela 1 saat, dengan 10 bacaan setiap initializations. Lepas tu, purata kedua initializations tu akan dibuat pulak purata koordinatnya.

Hasil daripada purata ni lah yang akan jadi penentu samada cerapan ko diterima atau tidak di mana hadnya ialah 2, 2, 6 iaitu pada komponen utaraan, timuran, dan tinggi (X, Y, Z). Dengan kaedah Real-time VRS ini juga, korang boleh tahu keputusan cerapan yang korang buat tu, samada lulus atau tidak secara "on-site", tapi bergantung kepada jenis alat GPS yang korang pakai juga lah. 

Kalau lulus, simpan alat, terus pindah ke CRM lain. Dah dapat lulus ketiga-tiga CRM  tu, terus bungkus alat dan balik. Kalau tak lulus tu, buatlah sampai lulus.

Ringkasanya adalah macam rajah yang aku buat kat bawah ni.



Static

Persamaan kaedah static dengan Real-time VRS ni ialah ianya juga menggunakan 1 ketul GPS sahaja. Cuma, kaedah yang ni agak rumit sikit lah sebab dia perlukan pemprosesan dibuat selepas cerapan dibuat. Maknanya keputusan cerapan, lulus atau tidak hanya boleh diketahui selepas kita buat pemprosesan kepada data-data cerapan itu.

Prosedur pada alat juga aku tak nak hurai untuk kaedah static ni sebab ianya juga bergantung kepada jenis alat GPS dan data logger yang korang pakai tu.

Kependekan ceritanya ialah begini :
  1. On kan alat GPS tu.
  2. Buat tetapan (configuration) mana-mana yang patut untuk setkan alat tu kepada mode cerapan static.
  3. Buat cerapan static ikut spesifikasi yang JUPEM nak. 

Ringkasannya macam dalam rajah kat bawah ni.


Jangan lupa, masa buat observation tu, catatkan tarikh, masa korang mula tekan butang "Start" tu dan masa korang tekan butang "Stop" tu. Selepas siap observation tu, korang bolehlah online, buka website JUPEM Geoportal dan beli data VRS Rinex tu mengikut tarikh dan tempoh masa cerapan yang korang buat tu. Lepas tu JUPEM akan email data VRS Rinex tu kepada korang dalam bentuk format Rinex.

Download data cerapan static yang korang buat tu, gunakan perisian yang didatangkan dengan alat GPS korang tu untuk buat pemprosesan. Gunakan data Rinex yang korang beli daripada JUPEM tadi dan data static yang korang cerap tadi.

Dah siap proses, tu barulah boleh tengok samada lulus atau tidak. Kalau lulus ok lah, kalau tak lulus tu, silalah turun ke site dan buat observation sekali lagi.

Cukuplah serba sedikit pasal Real-time VRS dan Static ni.

Ok,bye.

5 komen:

Anonymous said...

Tq so much atas penerangan ttg vrs & static ni...saya mmg tengah belajar nak buat 2 benda alah ni.

Anonymous said...

tqvm,info sgt berguna :)

Unknown said...

Antara penyumbang kepada selisih dalam penentuan koordinat menggunakan GPS adalah jarak, relatif kepada control station (base). Biasanya selisih jenis ini digambarkan dalam bentuk parts per million (ppm). Secara mudahnya, 1 ppm bermaksud selisih 1 mm untuk setiap 1 km jarak. Oleh itu, untuk jarak yg semakin jauh, selisih jenis ini akan semakin besar e.g 10 mm untuk 10 km.

Selain itu, tempoh cerapan GPS juga bergantung kepada jarak antara base dan rover ini. Sekiranya jarak di antara keduanya jauh, maka tempoh cerapan yg lebih lama akan diperlukan. Ini supaya satelit GPS yg pada awalnya tidak kelihatan pada stesen A, akan turut kelihatan pada stesen B dalam tempoh cerapan tersebut. Selain itu, cerapan yg lebih lama ini akan membantu hitungan koordinat stesen rover tersebut (serta parameter2 lain yg berkaitan e.g penyelesaian ambiguity fasa pembawa) dengan lebih tepat berdasarkan statistik.

Perbezaan antara cerapan fast-static (dan pemprosesan dengan VRS) dan statik antaranya adalah pada kedua2 perkara ini, iaitu jarak antara stesen dan tempoh cerapan GPS. VRS adalah stesen rujukan maya yg dihasilkan berdasarkan interpolasi daripada stesen2 kawalan MyRTKnet yg lain. VRS dihitung menggunakan koordinat yg dihantar oleh pengguna apabila mereka login ke sistem MyRTKnet. Ini menyebabkan kedudukan VRS yg dihasilkan ini berada begitu hampir dengan kawasan kerja pengguna. Berbanding cerapan statik yang memerlukan masa yang lebih lama (kerana nanti perlu diproses dengan stesen MyRTKnet yg lebih jauh jaraknya), VRS membolehkan tempoh cerapan yg lebih pendek (fast-static) kerana jarak antara keduanya yg lebih dekat. Harap penerangan ini boleh menjelaskan perbezaan antara statik dan fast-static (dan pemprosesan dengan VRS). ~Asyran

Unknown said...

Untuk applikasi real-time pula, konsepnya adalah sama. Pengguna akan menghantar posisinya (koordinat) kepada pelayan (server) MyRTKnet semasa login. Pelayan MyRTKnet ini akan menghitung nilai pembetulan pada posisi tersebut (VRS) berdasarkan interpolasi daripada stesen2 MyRTKnet di sekitarnya. Kaedah ini dinamakan Network RTK. Nilai pembetulan yg telah dihitung ini kemudiannya akan dihantar kepada pengguna melalui talian komunikasi secara data packet (3G atau GPRS). Receiver GPS pengguna akan membuat pembetulan pada koordinat yg diperolehinya berdasarkan nilai pembetulan tersebut. Koordinat yg telah dibetulkan ini mempunyai kejituan ± 3 cm untuk komponen horizontal dan ± 6 cm untuk komponen ketinggian. ~Asyran

in28flames said...

Terima kasih Tuan Muhammad Asyran Che Amat untuk penambahbaikkan dan penerangan lebih detail.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...