Tuesday, February 8, 2011

Home » , » GPS ASHTECH Promark 500 + MobileMapper 6

GPS ASHTECH Promark 500 + MobileMapper 6

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini, keperluan kepada penggunaan GPS adalah tersangat meluas dan boleh kata amat-amat diperlukan lah. Baik untuk kerja Ukur Kadaster, Ukur Kejuruteraan ataupun lain-lain kerja pengukuran. Terdapat banyak jenis GPS dipasaran sekarang, baik daripada TOPCON, MAGELLAN, UNISTRONG, TRIMBLE atau lain-lain pengeluar.

Kepada Jurukur Tanah Berlesen, keperluan kepada penggunaan GPS ni amatlah ketara, lebih-lebih lagi bila penggunaan sistem eKadaster mula digunapakai sepenuhnya untuk kerja-kerja Ukur Kadaster. Lebih spesifikasi lagi ialah untuk memcerap point Cadastral Reference Mark (CRM) untuk kerja-kerja ukur yang mana di kawasan itu belum terdapat lagi lot-lot berkodinat NDCDB. Tanda CRM ini adalah wajib bagi kawasan seperti ini keran sistem pada JUPEM memerlukannya untuk menyelaraskan lot-lot berkodinat Cassini Lama ke projection GDM 2000 baru. Abaikan untuk lot yang dah berkodinat NDCDB.

Baru-baru ini, pejabat tempat aku menabur keringat telah pun maju setapak lagi setelah sekian lama menggunakan GPS cap Unistrong. (beli masa CCI dan tak digunakan lagi semenjak habis projek CCI). Alat yang pejabat aku beli ialah bercapkan ASTECH , atau lebih spesifikasi lagi ialah PROMARK 500 (PM500), yang mana ianya dipadukan dengan seketul Data Logger berjenama MobileMapper 6 (MM6).


Klik pada logo untuk ke website AHSTECH

Berkenaan dengan rupa paras PM500 dan MM6 ni, ianya adalah begini.


Ini ialah ProMark 500, hensem kan?


dan ini ialah data logger yang bernama MobileMapper 6.

GPS ni dibeli kerana kebolehannya untuk mebuat cerapan mengikut spesifikasi yang JUPEM nak. Ini bermaksud, perisan yang didatangkan bersama MM6 selaku data loggernya berkebolehan untuk meng-output kan hasil cerapan CRM yang mengikut spesifikasi JUPEM iaitu :
  1. Fail .crm
  2. Fail .pot
  3. Fail .html (RTGA report)
  4. Fail .html (report kalibrasi GPS)
Dengan menggunakan perisian Fast Survey yang terdapat dalam MM6 tu, cerapan CRM boleh dibuat dengan hanya beberapa klik-klik sahaja. Oh, sebelum terlupa, alat ini boleh berkomunikasi dengan server JUPEM dengan sangat cemerlang, membolehkan kita membuat cerapan RTK keatas tanda-tanda CRM yang dibuat. Kad sim (Celcom @ Maxis @ Digi @ dll) boleh dimasukkan terus ke dalam antena GPS. Terdapat satu ruang untuk memasukkannya. Yang part RTK ni biasalah, mana-mana alat GPS pun sama. Kalau kat situ tak ada line talifon tu memang tak dapat nak tolong lah.. Kalau tak ada line tu boleh je buat cerapan statik. 




No. 1   : Cover tutup untuk tempat letak Kad Sim @ radio add on.
No. 2   : Bateri untuk PM500 ni. Hanya pakai bateri camcorder je, so boleh beli back up bateri lgi.
No. 3   : Ruang untuk letak Kad Sim @ radio add on. Anak panah tu tunjuk tempat letak Kad Sim.
No. 4   : Cover tutup ruang beteri.
No. 5   : Ruang bateri.
No. 6   : Ruang untuk cucuk RS cable.
No. 7   : PM500 punya monitor.
No. 8   : Ruang untuk cucuk cable power.
No. 9   : Ruang untuk cucuk cable USB.
No. 10 : Ruang untuk cucuk GSM punya antenna.

Tu antara benda-benda yang ada pada PM500 ni. Lepas beberapa kali gunakan PM500 ni, aku rasa ianya sangat user friendly dan senang dikendaikan. Part yang aku paling suka ialah bilamasa kita buat cerapan statik (berapa lama pun tak kisah), untuk download data statik tu, kita hanya perlu cucukkan cable USB dan di hujungnya, cucuk je pen drive. Data-data static tu akan di download terus ke dalam pen drive. 


Senang kan. Tak payah lagi nak hubungkan GPS ke laptop, lepas tu buat sambungan dan tetapan-tetapan lain. Itu serba sedikit lah yang aku rajin nak buat. Nak tahu lagi detail, pasal teknologi BLADE yang ada dalam PM500 ni ke, download lah spreadsheet kat website ASHTECH.

Ok, berkenaan dengan MobileMapper6 (MM6) ni pulak, ianya sudah mempunyai GPS yang sudah di built-in terus kedalamnya. Bermaksud, ianya juga adalah satu unit GPS yang mana antaranya boleh digunakan untuk kerja-kerja GIS misalnya, yang berketepetan rendah.


No. 1 : MobileMapper 6 data logger.
No. 2 : Pen (stylus).
No. 3 : Cable USB (sambungkan pada MM6).
No. 4 : Cable USB (sambungkan pada komputer).

Sekarang ni kita tinggal dulu pasal perisian Fast Survey tu. Yang tu nanti entri lain aku cerita secara detail, berserta manual yang aku dah buat untuk pejabat aku (time beli ni Steven SURMAP tu bagi yang tulis tangan je atas kertas A4). Antara benda-benda yang aku suka dengan MM6 ni ialah, ianya mempunyai camera (2mp), jadi kalau masa tengah buat kerja tu ada awek-awek cun ke lalu, laju je boleh snap. Hahahaha....ok, gurau saja. Masa beli ni, ada 2 pilihan, samada nak ambil MobileMapper CX (MMCX) atau MM6. Jadi, disebabkan yang MM6 ni ada camera dan yang MMCX tu tak ada camera, aku pun ambil la yang MM6 ni.

Yang aku betul-betul tak suka, pen (stylus) dia tu kenapa nya kecik sangat (rujuk gambar diatas)? Memang kena la masa beli tu dia bagi 5 ketul. Macam senang sangat nak hilang @ pun terhilang. 

Oleh sebab pen (stylus) dia kecik, kebolehanl agi satu yang aku suka pasal MM6 ni ialah interface pada MM6 ni boleh dipindahkan ke komputer. So, katakanlah pen tu hilang ke, memang pakai jari pun boleh, ataupun guna mana-mana stylus yang ada jual tu, tapi masa nak buat processing tu, sebagai contoh ko nak proses data survey detail yang ko buat. Apabila interface dia boleh dipindahkan ke monitor komputer, ianya akan menyenangkan kerja kita sebab semuanya boleh di control dengan mouse dan screen pun besar sikit. Macam mana nak buat tu? Nanti lah entri lepas ni aku buat. Tak susah pun lah. MM6 ni pakai Windows Mobile je. Kasi Sync sama itu komputer, guna je satu software ni. Handphone Nokia biasa pun boleh je.


Ok, penat dah rasanya dok tulis ni. Nanti lah lain kali aku kasi update lagi pasal PM500 dan MM6 ni. Sekarang ni pun ramai LS-LS yang tengah berkira-kira nak melabur untuk beli GPS ni. Ni bukan nak promote ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saje nak kongsi info-info dengan pengguna PM500 dan MM6 di Malaysia ni, ataupun yang tenah berkira-kira nak beli tu. 

Entri ini saya sudahi dengan gambar-gambar ini.





 Yang benar,

1 komen:

kAmAruL aFiq said...

berapa ya harga GPS tuh?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...