Saturday, July 31, 2010

ini lagi best.....hahahha....






 ***Klik pada gambar untuk melawati Facebook beliau.

Bukan nak marah, serius aku tak marah. Tengah gelak-gelak je ni. Serius kelakar mamat ni. Hadoihhh...penat dah gelak sorang-sorang.

Tambahan :
Ada yang hantar email, cakap tak elok aku marah-marah dan publish budak ni macam ni danada jugak yang cakap bagus2. Hahahha....sebenarnya, secara serius aku tak marah pun. Cuma nak kasi tahu je, jangan suka-suka hati ambil hakcipta orang dan senang-senang je ngaku ko punya. Come on bro.....kalau ko rasa apa-apa yang ada kat sini baik (kalau ada la kan) dan ko nak amik, silakan (tapi print screen je la boleh...hahaha...kalau ko rajin ko taip balik satu-satu macam yang orang 1st yang copy dan edit sajak tak seberapa aku tu). Tapi ada cara jugak bro. Paling kurang ko kasi tau kat aku dulu. Tak pun tinggal je note kat comment box aku tu, dan apa-apa yang ko amik, tak kira la kat sini ke atau kat mana-mana sekalipun, letak balik link asal sebagai ko hargai hakcipta orang dan hak orang tu. Ada faham kah bro???
Tambahan tamat.

Ok,bye....

  


Read more...

Friday, July 30, 2010

Undang-undang tanah dan cerita mengenai "survey" pada sejarah Negeri Kelantan.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari Jumaat.

Aku malas nak cerita panjang-panjang, semalam aku ada kodek-kodek satu blog ni, saja nak cari dan baca bacaan-bacaan menegnai sejarah Tok Janggut dan Negeri Kelantan. Sekali tengah sedap-sedap baca tu, sampailah mata aku ke 1 2 perenggan yang ditulis oleh pengarang blog tu. Sahih atau tidak memang aku tak tahu.

Ini antara rangkap yang ada mengatakan mengenai sistem Peraturan Tanah :

"Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909."

"Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana sistem ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu iaitu undang-undang tanah mengikut ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan sistem tanah baru iaitu Sistem Torrens itu sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!"

Jadi, jika mengikut pada fakta tahun pemberontakan Tok Janggut yang aku baca pada beberapa sumber, Tok Janggut mula memberontak pada tahun 1910 kerana pihak British sudah mula mencampuri urusan pemerintahan Negeri Kelantan. Berkaitan dengan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh pihak British, yang mana "asas" sistem  masih lagi diguna pakai sehinga ke hari ini. Berkenaan dengan sistem Undang-Undang tanah Melayu Tradisional yang di gunapakai sebelum diperkenalkan dengan sistem Undang-Undang Tanah Penjajah, sistem ini adalah merupakan sistem udang-undang tanah yang mengikut pada prinsip Islamiyah iaitu IHYA (usaha) dan THAJIR (tanda).

Mungkin aku telah lambat untuk mengetahui perkara ini (lupa masa belajar dulu Lecturer ada mention atau tak mengenai perkara ini, yang sistem Torrens tu aku ingat la. Maklumla, kelas undang-undang tanah ni sering menyebabkan mata aku tiba-tiba rasa berat yang amat sangat, pedih-pedih semacam je, badan jadi lesu.....doktor pun tak tahu penyakit apa...hahahah...).

Teringat pulak aku masa aku tengah-tengah buat kerja-kerja ukur title, selalu time borak-borak dengan pak cik mak cik tu, mesti je ada dia orang mention, "Dulu, tanah ni nenek moyang pak cik yang teroka, zaman-zaman Tok Janggut lagi. Dulu hutan tebal, tak ada orang nak masuk pun. Moyang pak cik usaha bukak tanah ni, dari hutan jadi kebun, hinggalah ke apa yang ada pada hari ni". Daripada cerita-cerita yang aku pernah dengar, orang-orang zaman dulu ni selalu keluar dalam satu kumpulan untuk teroka sesuatu kawasan tanah tu, lepas tu sama-sama buat kebun ke dan tandakan kawasan masing-masing. Daripada 5-6 keluarga, akan muncul sebuah kampung, semakin ramai orang meneroka dan bukak tanah dikawasan sekitarnya sehinggalah kepada apa yang ada pada hari ni.

Sistem undang-undang Islam yang digunapakai sebelum sistem Torrens tu pula sudah terbukti adil dimana, sesiapa yang mengusahakan tanah tu, perah keringat, buka tanah dari hutan ke kebun, jaga tanah tu, maka tanah tu akan menjadi hakmilik dia. Jadi, untuk itu, mereka perlu tandakan kawasan tanah mereka. Cuma mungkin pada masa ini masih tidak lagi di buat apa-apa dokumen yang menunjukkan hakmilik sesuatu tanah itu dengan sah dan inilah yang selalunya menimbulkan masalah (walhal sekarang ini pun, yang ada geran secara sah pun boleh gaduh-gaduh). Maka, dengan itu wujudlah Sistem Torrens yang mana siapa pemiliknya dan berapa luas dan lain-lain maklumat akan dicatatkan dalam dokumen hakmilik secara sah.

Ok, itu antara baris-baris ayat yang ditulis oleh pengarang blog mengenai pemberontakan orang-orang Kelantan yang salah satu faktornya adalah menentang penjajah yang menolak undang-undang Islam. Mana yang baik dan buruk, masing-masing fikirlah sendiri ye.

Selain dari yang tu, penulis juga ada tulis baris-baris ayat macam ni :


"Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya."


Bila baca ayat ni, dalam kepala otak aku ni terus terbayang, sebaris bot-bot beratur, susun cantik-cantik, lepas tu tarik rantai bermula dari seberang sungai, melalui bot-bot tu, hinggalah ke seberang yang satu lagi. Kalau zaman dulu, rantai la sumber "pemberitahu jarak" yang paling efisyen dan sextant merupakan alat bantu penentududukan yang paling efisyen, selain daripada beberapa teodolit tradisional yang lain.






**Sumber gambar, internet.

Maknanya, kerja-kerja ukur selain dari ukur hakmilik juga telahpun dijalankan di Negeri Kelantan sejak dari dulu lagi dan orang-orang Kelantan sudah mula terlibat dengan kerja-kerja ukur ni sejak dari dulu lagi. Kiranya kerja-kerja engineering survey la ni.

Oh, ini bukan sentimen puak-puak atau kenegerian. Aku tulis ni adalah berdasarkan kepada apa yang aku baca pada sejarah Negeri Kelantan. Mungkin juga di negeri-negeri lain pun sudah ada dan mungkin lebih terdahulu daripada negeri Kelantan.

Sumber ni aku baca dari sini. Terima kasih penulis tersebut yang telah mengkaji.

Ok, sudah cukup. Bye....


Read more...

Thursday, July 29, 2010

Sekadar gambar-gambar.....


















Gambar-gambar ni di ambil semasa kami sedang buat kerja-kerja survey untuk projek ECER highway (nama penuh sudah lupa). Projek ni siap dalam tempoh 1 bulan setengah (ye ke???). Ouh...lokasi adalah di KM 128 - KM 137 jalan Kota Bharu - Gua Musang. Penat....tak payah cerita. 

Ok, bye.....


Read more...

Wednesday, July 28, 2010

BATU SEMPADAN

Tadi pagi bos suruh cari gambar-gambar TBM yang aku buat dan ambil untuk projek highway ECER di Paloh, Gua Musang dulu. Aku pun lupa mana aku letak. Ingat-ingat balik, rupa-rupanya ada dalam handphone Samsung yang rosak. Nasib la boleh recover balik gambar-gambar tu. Pun nasib baik jugak student yang buat praktikal dulu ada simpan lagi gambar-gambar yang dia ambil untuk laporan praktikal.

Tak, ini entri bukan cerita pasal TBM. Tu la....masa tengah recover gambar dari handphone Samsung tu, ada la pulak terkeluar gambar kat tempat beli Batu Sempadan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.



Batu-batu sempadan ni dijual dengan harga RM 2 seketul. Lepas beli, resit claim sama bos. Yang 2 orang dalam gambar tu adalah student Polisas yang buat praktikal untuk sesi Jan-Jun 2010.

Pak cik ni memang dah lama buat Batu Sempadan ni dan yang dia buat ni pun memang tepat ikut spesifikasi Batu Sempadan Konkrit yang JUPEM tetapkan. Beza yang surveyor LS guna dengan yang surveyor JUPEM guna ialah tulisan kat atas batu tu. Kalau yang ada JUP kat atas tu, maknanya di ukur dan ditanam oleh surveyor JUPEM. Yang jenis kosong ada titik je tu, haa...yang tu surveyor LS ukur dan tanam.


**Gambar ni ambil dari Pekeliling Ketua Pengarah Ukur  Bil.4 2005

Selain daripada Batu Sempadan biasa, ada jugak batu sempadan yang jenis bernombor. Batu Sempadan Bernombor ni selalunya diguna untuk tanam pada lot-lot yang besar-besar iaitu pada sela paling kurang 6 ketul patu, batu ketujuh tu ialah batu bernombor, ataupun pada mana-mana kawasan yang difikirkan perlu dan sesuai. Kenapa???? Senang nak kesan kut...

Oh....untuk batu bernombor ni, kalau nak beli ada 2 cara. Cara pertama, beli je terus dari JUPEM. Harga dia aku dah lupa, RM 2.50 kut seketul. Nanti masa beli tu ko pilih je nombor mana yang ada ong. Cara yang kedua pulak, ko beli je nombor untuk batu tu dari kaunter JUPEM, lepas tu pegi tempah sendiri, sebagai contoh, tempah kat tempat seperti gambar yang aku tampal kat atas tu. Harganya mungkin sama kut, aku tak tahu sebab selalu untuk batu bernombor ni aku beli direct je dari JUPEM.

Tapi.......kalau beli dengan JUPEM batu dia panjang wooooooooo. Nanti kalau buat kerja-kerja hutan simpan penat mau angkat wooooooooo.

Lain-lain jenis tanda sempadan tu, baca sendiri kat sini




Read more...

Tuesday, July 20, 2010

4WD

kat sini terbaik wooo.... sini!



Read more...

Sunday, July 18, 2010

driving off the road = offroad = 4x4 = 4WD

Keras, kasar dan degil ibarat "Stewong". Itu pepatah baru yang aku dapat, hahahaha.

Sekarang ni aku tengah buat kerja ukur di Hutan Simpan Tembat, berhampiran dengan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kerja ukur ni sepenuhnya bertempat di dalam Hutan Simpan Tembat. Hutan ni pada asalnya boleh dikatakan "hutan dara". Untuk kesini, aksas jalanraya berhampiran ialah daripada Kuala Berang, ikut jalan ke Tasik Kenyir dan terus ikut highway baru Kuala Berang ke Chiku, Gua Musang. Asalnya highway ni belum dibuka secara rasmi, jalan pun banyak lubang-lubang. Sepanjang highway ada la 2 3 air terjun mini tempat driver-driver lori balak, lori kontena dan segala bapak-bapak lori singgah untuk mandi atau rehat.

Oh, sebelum lupa, tajuk kerja ukur kali ni ialah

Hulu Terengganu Hydroelctric Project: 

R.O.W Demarcation Survey for Proposed Roads

Ok, bukan tu yang aku nak tulis. Yang aku nak share kat sini adalah pengalaman baru aku, dalam keterpaksaan untuk siapkan kerja ni. Oleh kerana site ni keseluruhannya berada didalam kawasan Hutan Simpan Tembat, di kelilingi hutan tebal dan flora dan fauna. Daripada highway Kuala Berang ke Chiku, satu jalan dibuat untuk masuk ke dalam. Jalan-jalan kat dalam ni rata-ratanya di biayai oleh tokey-tokey Empangan hidro, TNB dan juga oleh tokey-tokey balak untuk stewong-stewong mereka mengangkut balak dari tengah-tengah hutan ke port simpanan. Boleh dikatan 90% jalan tanah dan 10% jalan berbatu.

Memandu pajero di dalam ni memang sangat-sangat mencabar. Untuk ke site je, kene drive hampir 10km ke dalam daripada highway. Ini pengalaman pertama aku drive off-road secara rasmi (tolak masa-masa untuk site visit). Drive off-road ni pualk bukan macam drive atas jalanraya yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan dibuat oleh JKR. Pulak tu jalan berbukit-bukit dan...ala, jalan tanah bai, kalau hujan korang paham kan macam mana. Jalan bukit pulak ada yang capai 45-50 degree condong. Macam mana tu naik naik?

Kalau cuaca elok, memang tak ada masalah. Cemerlang je naik sampai atas. Tapi, yang masa cuaca tak elok tu, samada hujan, nak hujan ataupun baru lepas hujan. Benda-benda ni la yang perlu difikirkan kalau korang buat kerja di kawasan-kawasan macam ni. 

Sebagi contoh, kalau malam hujan, esok ko nak pegi kerja. Jalan mesti selut-selut, secara automatiknya jalan jadi licin. Kat sini ko kena amik berat pasal jenis tayar apa yang ko sarung kat sport rim kenderaan ko. Aku pun memang tak ada pengalaman dalam bab-bab ni, jadi mulut aku terpaksa kena ringankan, tanya la orang-orang pengalaman. Depa pakat kata "Ayek, tukar tayar AT ko ke tayar MT". Hasilnya, terbang la duit bos aku tukar tayar yang harganya lebih kurang RM380 sebijik. Try kira kalau dah 4 berapa. Tu pun aku nekad je pakai tayar spare AT. Depa jugak kata, bukan ko tak boleh pakai tayar AT ko tu, tapi lagi efisyen kalau ko pakai MT. Pakai AT memerlukan kemahiran yang sangat cemerlang, tapi sangat-sangat menyusahkan. Pakai MT pun kalau tak kena cara drive pun memang tak jadi jugak ; ) .

Lagi satu untuk drive di jalan naik dan turun bukit yang licin. Naik tu aku tak risau sangat, hala ke turun tu yang aku ngeri sangat. Kat sini pulak, ko kena tahu fungsi-fungsi setiap gear yang ada kat dalam kenderaan ko. Senag cerita, macam pajero yang aku pakai,gear auto bai... : ) , aku kena tahu masa mana aku nak pakai gear 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc. Selain itu, kena tahu jugak gear asas macam P, R, N, D,2 dan L. Untuk hari yang cuaca biasa-biasa panas, aku taruk gear kat 4H je, lepas la sampai atas kalau pakai D atau kadang-kadang kena taruk kat 2. Tapi yang jadi masalah bila hujan. Macam mana nak paksa pajero aku naik dan turun bukit dengan cemerlang, aku pun memang tak ada pengalaman. 

Jadi, sebab terpaksa, aku pun Google lah kat internet, cari mana-mana information yang boleh bantu aku untuk kenal kemampuan pajero ni dan cara-cara untuk guna pajero aku ni semaksima mungkin. Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa-apa yang berlaku, tergelongsor tu ada lah jugak. Paling penting yag aku belajar kat sini, biasakan tak guna brake, tak brake secara keras dan mengejut. Mem"brake" dengan cara ni lah yang sering timbulkan masalah, nak-nak lagi semasa ko turun bukit yang licin. Bila tayar dah lock akibat ko brake secara keras tu, boleh tergelongsor turun bukit.Whewww....minta jauh la. Selalunya, sebelah bukit ko tu dinding dan sebelah tu cerun. Nasihat yang aku banyak terima bila hadapi situasi ni, laju-laju rapatkan kereta pada belah dinding bukit. Lagi ok kalau kereta yang rosak daripada kita yang rosak kan. Dah tu macam mana nak brake atau perlahankan kenderaan? Bukan tak boleh guna brake langsung, tapi biar berpada-pada. Selain tu, gunakan kuasa enjin untuk perlahankan kenderaan dimana gunakan gear rendah.

Banyak information aku dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi la. Aku ni sebenarnya jenis yang malas nak baca-baca ni, tapi keadaan yang buat aku terpaksa.cari dan baca benda-benda ni tapi, lepas baca dan praktik, aku rasa aku dah terjatuh cinta pada benda-benda 4WD ni. Sebab tu banyak kawan-kawan aku yang join mana-mana club 4x4 ni cakap, tahap kesedapan main 4WD ni memang ko tak boleh nak describe dengan mulut dan air liur. Kalu nak tahu, cuba dulu. Aku pun dah hampir 2 bulan dok ulang alik ke site.

Selain tu, untuk kerja-kerja ukur di kawasan macam dalam hutan ni, banyak lagi ko perlu tahu, salah satu yang macam aku cerita sikit kat atas tu iaitu berkenaan dengan cara-cara pemanduan. Lagi......cara buat kerja ukur tu mungkin lebih kurang je dengan yang biasa-biasa, yang membezakan mungkin keadaan sekeliling dan keadaan topografi kawasan tu. Juga sedikit pengetahuan mengenai habitat-habitat flora dan fauna, ya....lebih-lebih lagi fauna,FAUNA. Tu dah kasik besar tulisan fauna tu, harap faham la ye.

Ok, bye....

 


Read more...

hey hoo....

Assalamualaikum w.b.t

Selamat-selamat....lama sangat ni tak bagi makan belog ni dengan tulisan-tulisan dan gambar-gambar. Maaf ye, dan juga kepada yang email tu, time kasih.Yang mana saya tahu saya dah bagitahu, yang mana saya tak tahu saya akan cuba tanya-tanyakan.

Kepada yang minta crack tu, maaf la ye. Itu kene usaha sendiri lah. Hehe.....

HAAAAA....yang ni lagi satu hal yang aku baru jumpa. Ni apa cerita ni, main amik tanpa minta izin, lepas tu sesuka hati kau nak ubah sana sini. Bro dan sistah, hak orang, kalau nak ambil sebagi nak share tu silakan lah, tapi jangan la sampai ko nak plagiat habis-habisan dan tukar jadi hakmilik ko. Sorry to say this, but tu dah macam GAMPANG!!!! Mungkin versi aku yang asal tu tak la se"good" mana pun kan, tapi itu hak aku dan itu versi aku. Kalau dah ambil tu, nak share ke apa ke, letak la balik ke link asal. Orang tak marah pun kalau minta elok-elokkan. Baru la nampak cool sikit (macam masa tengah study dulu-dulu, amik copy assignment kawan-kawan, tambah-tambah sikit lalu hantar dengan hanya cover depan je lain, kadang-kadang cover depan hanya tukar nama dan jarang-jarang berlaku kes nama dah tukar tapi lupa tukar no. matrik).




Yang ni aku amik dari sini.

Kat sini pun ada!


Sila refer pada entri aku sebelum ini dan juga kat Facebook aku. Aku dah disable function right click untuk copy paste pun boleh jugak copy. Haiya.....
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...