Friday, February 5, 2010

Home » , » Pendapatan lebih sebagai surveyor......

Pendapatan lebih sebagai surveyor......

Apa yang aku tulis ni adalah daripada pendapat aku sahaja ye.Harap maklum.

Sebagai seorang yang baru sahaja tamat belajar dan keluar universiti atau mana-mana pusat pengajian yang lain,ada diantara kami yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan dan ada pula yang keluar je universiti,terus dapat offer kerja.Dalam bidang Geomatik ni,memang banyak peluang pekerjaan terbuka luas,cuam tinggal kita sanggup ke tak,tu je.Graduan boleh bekerja dengan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan dengan Geomatik,contohnya JUPEM,MACRES.............(tu je yang terlintas sekarang ni),dengan mana-mana sektor swasta seperti firma-firma jurukur tanah berlesen,company GIS atau remote sensing,hatta company jual alat ukur pun boleh kalau kena cara dan berminat.

Tu semua tak penting,yang penting macam mana kita boleh gunakan sepenuhnya peluang yang kita dapat dari bekerja tu untuk menjana pendapatan lebih kepada kita.Maklum la,nak harap makan gaji sepenuhnya pun boleh tu memang boleh,tapi kepuasan tu perlu dipuaskan.Heh...macam lucah pulak bunyi tu.Ok,abaikan.

Ramai kawan-kawan yang tanya aku pendapatan,kira senang gaji la kalau bekerja dengan firma jurukur swasta.Jawapan aku senang je,"SUMPAH AKU MANA TAHU BAI....AKU PUN KERJA KULI JE...."

: D

Hahaha...ok,kembali serius.Kalau nak ikutkan,kadar gaji kalau bekerja dengan firma-firma jurukur swasta ni adalah bergantung pada jawatan dan pengalaman kau dalam firma tu.Semua firma tak kan sama rating gaji dia,nak-nak lagi di lain-lain negeri.Sesetengah graduan baru akan diserap sebagai project manager,field assistant ataupun drought man atau drought women.Berkenaan gaji pula,bagi aku la....aku cakap bagi aku la....aku yang cakap ni ye,pada pandangan aku la (banyak kali dah ulang tu,tolong faham ye...) kita sebagai graduan baru ni tak boleh terlampau demand atau asyik fikir nak kerja yang gaji besar-besar je.Senang cerita macam ni la,kalau kau letak diri kau jadi bos,ada company dan nak ambil pekerja baru,nak-nak lagi yang baru habis belajar........nak ke kau bagi gaji yang tinggi-tinggi kat budak tu???Paling kurang pun kay nak kena test power budak tu dulu kan,tengok apa kebolehan dan kemampuan dia dulu.Kebanyakan company pun akan buat sistem "test power" dulu,maksud aku,sesi percubaan selama 3 hingga 6 bulan untuk tengok kita punya performance.Kalau kau jadi bos,kau tengok performance budak tu bagus,banyak bagi sumbangan kat company kau,kau sendiri akan tak keberatan nak "up" lagi gaji dia kan,betul x?Tapi sesetengah keadaan,ada jugak kan bos yang jenis tak faham-faham.Hahahhaa...kalau yang macam ni,cabut la............ : )

Bekerja dalam firma jurukur swasta ni,banyak je peluang untuk increase kan pendapatan kita,selain daripada gaji basic yang kita dapat tu.Sebagai contoh,sesetengah company akan bagi "sedikit" imbuhan kepada pekerja-pekerja yang bawa masuk "file" ke office seperti kerja-kerja daripada kontraktor ataupun kerja-kerja pengukuran kadaster (pecah sempadan atau bahagian).Advantage ni adalah lebih kepada mereka yang bekerja sebagai field surveyor dimana,masa kita dok survey tu,rajin-rajin la borak-borak dengan orang-orang sekeliling site tu,pandai-pandai sendiri la.Selalunya pun orang akan tanya pasal harga dulu dan untuk yang ni,kalau kita tak tahu,call je office tanya.

Selain itu,bekerja sebagai field surveyor juga lagi la banyak bagi peluang untuk kita dapatkan pendapatan tambahan.CARI BATU.tu salah satu punca pendapatan tambahan selain daripada kerja-kerja sub.Kadang-kadang masa aku tengah survey tu,ada pak cik-pak cik datang minta tolong carikan batu sempadan lot tanah dia.Untuk tu,tak susah pun.Sambil-sambil kita buat traverse tu,kira la skali untuk carik batu sempada pak cik tu,nak-nak lagi yang dah berdekatan dengan lot.

Lain-lain sumber pendapatan tambahan tu macam yang aku terangkankat entri sebelum ni.

Ok,mata pun dah mengantuk.Bye-bye dan Assalamualaikum w.b.t.

8 komen:

snow said...

betol tu..kita xleh nk demand gaji tinggi2 sgt,jgn nk memilih keje..kang x psl2 jd penggangur...

melakaplanter said...

Kerja ukur ini memang penat dan dipandang rendah kerana takde gaya. Tapi sepertimana yang saudara saya cerita memang betul....klu nak cari "lebih" kena masuk field. Ada banyak "income" yang boleh kita dapat.

Normally, kerja site baru boleh dapat customer and new project. So, land survey ini adalah hardwork professional....no short cut

Anonymous said...

Tapi maaf lah. Cakap kenapa kerjaya ni nampak professional kerja dengan kira2.. penat kat site + malam pulak sakit kpla kira data + kejar deadline + perlu jaga accuracy... tp gaji setaraf kerja cashier atau kerani je..tgk mmber y setakat spm kerja kilang lagi besar gaji... rasa macam terkilan pulak msuk kos ni... mintak pandagan atau nasihat....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

alat PDA untuk dijual rm14.berminat boleh whsap sya 0138760258

Anonymous said...

Saya pon rasa patut ade satu badan yg menetap kan gaji kita ni.. blajar tinggi tinggi tp gaji kecik.. survey ni bukan senang nak blajar.

Unknown said...

it depents pada firma-firma...saya pelajar di wisma LJT Lembaga Jurukur Tanah.
Tenaga pengajar kami beritahu pendapatan basic sahaja 3k
tapi saya tak boleh confirm yang itu sebab saya tak pernah lagi berkerja

Jurukur yang tersakiti xD said...

Betul apa awak cakap tu, pagi penat di site, malam jenuh kira² data, kena marah dgn boss, client pun push kita jugak, padahal kita kuli ja pun, akhirnya saya buat keputusan utk berhenti! Yayy, lagi 13 hari lagi untuk chau, doakan dipermudahkan urusan ye :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...