Tuesday, September 27, 2011

PASSWORD UNTUK DOWNLOAD...!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sesiapa yang nak download apa-apa yang aku letak kat sini ni, SILALAH REQUEST DIRECT JE KE EMAIL AKU. Aku minta maaf banyak-banayk weh, lupa pulak apa password dia, hahahaa.....fail aku save password pun corrupt, virus punya pasal.

Email aku : in28flames@gmail.com

Terima kasih.






Read more...

Monday, September 26, 2011

Parameter untuk Sistem Kodinat

Assalamualaikum w.b.t....

Zaman ukur sekarang ni, nak-nak lagi dengan adanya teknologi GPS, kerja yg susah pun boleh jadi senang. Sepertimana yang semua tahu, kalau bercakap pasal kodinat ni, kat malaysia sahaja ada beberapa sistem kodinat yg di gunakan. Kalau nak cerita detail mengenai setiap sistem ni, letih juga aku nak taip, tambah pulak aku selalu tidur masa kelas geodesi dulu : ) .

Persekitaran di Malaysia ni, antara yang selalu di guna pakai zaman sekarang ialah macam RSO, BRSO, Cassini Soldner, dan paling latest untuk kerja kadaster pada era e-Kadaster sekarang ni ialah GDM 2009, yang mana kodinat terbitan daripada GDM 2009 ini ialah macam RSO geocentric dan Cassini Geocentric.

Setiap negara mempunyai sistem kodinat rujukan tersendiri yang di gunakan. Pendek kata, kalau lah kita dapat job di negara-negara tertentu, keperluan untuk tahu mengenai sistem kodinat yang digunakan di kawasan itu adalah kritikal. Penggunaan ni adalah penting, lebih-lebih lagi untuk kerja-kerja seperti ukur hidrografi misalnya.

GPS, sepertimana secara universalnya menggunakan sistem WGS84 dan kodinat asas yang di paparkan juga berdasarkan kepada sistem WGS 84 ini. Namun, dengan kemajuan teknologi GPS sekarang, antara kelebihannya ialah kita boleh menggunakan terus menggunakan sistem kodinat yang dikehendaki. Contohnya, cerapan GPS atau kerja ukur itu hendaklah memberi output kodinat di dalam sistem Cassini Soldner. Jadi, transformasi kodinat dariapda sistem WGS 84 ke Cassini Soldner ni boleh di buat secara terus, bergantung kepada kebolehan sesuatu alat itu.

Di Malaysia sahaja, sebagai contoh untuk sistem Cassini Soldner, setiap negeri mempunyai rujukan atau parameter masing-masing dan setiap detail untuk parameter ini perlu diketahui dengan tepat, supaya proses transformasi kodinat itu dilakukan dengan betul, tak kiralah secara manual atau automatik terus di dalam software controller GPS.

 Jadi, kat sini aku letak detail-detail parameter untuk setiap sistem kodinat yang selalu digunakan di Malaysia ni. Sama-sama lah kita gunakan dan kalau ada yang silap tolong bagitahu ye, nanti aku betulkan.

Dah ada detail parameter ni, nanti apply terus dalam controller GPS tu. Senang sikit, karang tak payah lah nak convert secara manual dah.

RSO (old)


BRSO (old)


Cassini Soldner (old) JOHOR grid


Cassini Soldner (old) KEDAH & PERLIS grid


Cassini Soldner (old) KELANTAN grid


Cassini Soldner (old) TERENGGANU grid


Cassini Soldner (old) NEGERI SEMBILAN & MELAKA grid


Cassini Soldner (old) PAHANG grid


Cassini Soldner (old) PERAK grid


Cassini Soldner (old) PULAU PINANG grid


Cassini Soldner (old) SELANGOR grid


Cukup dulu setakat tu kali ni, penat dah nak tunggu upload satu2 ni : ) ......nak taip satu-satu malas pulak. Ok, nanti lain kali aku kasi upload parameter untuk GDM 2009 pulak.

Terima kasih.


Read more...

Saturday, September 10, 2011

Assalamualaikum w.b.t...

Rasanya tak lambat lagi kut nak ucap....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
dan
MAAF ZAHIR BATIN

Oleh itu, aku minta maaf lah kalau ada mana-mana penulisan aku yang tak betul maklumatnya, atau lain-lain perkara yang tak kena dalam blog ni.

Maaflah jugak untuk komen-komen, pertanyaan-pertanyaan atau yang minta skecthkan pecah lot tu yang aku tak sempat buat dan reply. Maklum lah, musim-musim raya ni kan.... : )

Insyallah aku cuba reply secepat mungkin.

Read more...

Monday, August 15, 2011

[Siri 3] PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung daripada siri sebelumnya....

Apa yang kita / kami di Jurukur Tanah Berlesen (JTB) buat seterusnya?

PERSETUJUAN CLIENT PADA PELAN CADANGAN PECAHAN.

Untuk proses samada pecah sempadan atau pecah bahagian ni, untuk permulaan ialah proses buat sketch secara kasar pecahan lot yang bakal di buat tu. Kadang-kadang, client-client yang datang ni ada idea masing-masing macam mana susun atur pecahan lot tu. Untuk itu, kita hanya semak samada susun atur daripada idea mereka tu boleh digunapakai dan menepati syarat-syarat kelulusan permohonan atau tidak. Kalau ok, teruskan saja sketch idea susun atur merak tu dan kalau di dapati idea susun atur mereka tu tidak boleh di guna pakai, bagitahu elok-elok kepada mereka dan buat satu cadangan susun atur pecahan lot dan minta pendapat mereka. Di sini lah proses rundingan antara kita / kami di JTB dengan client-client kami untuk dapatkan persetujuan mereka. Jika mereka setuju dengan cadangan yang kita buat, teruskan dengan proses seterusnya.

Mengenai pecah bahagian secara khususnya, sebagai contoh yang melibatkan tanah pusaka. Kadang-kadang tu, mereka dah tetapkan sempadan bahagian masing-masing secara kasar di atas tanah, mungkin daripada persetujuan masing-masing sebelum ini. Perlu di ingat, setiap proses samada pecah sempadan atau pecah bahagian ni perlu mendapat persetujuan dan tandatangan tanda setuju daripada setiap penama yang ada pada geran tu untuk kelancaran proses seterusnya. Jadi, jika sebelum client datang tu mereka dah ada sempadan bahagian masing-masing, maka ikut je lah cadangan susun atur mereka tu untuk mengelakkan sebarang masalah mendapatkan persetujuan setiap penama tu.

Contoh plan cadangan pecahan lot untuk Pecah Bahagian.

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN UNTUK MEMBUAT PELAN CADANGAN.

Untuk proses membuat pelan cadangan ni, ataupun yang mana kita / kami panggil sebagai PRE-COMP atau PELAN PRA-HITUNGAN, terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian. Setiap cadangan pecahan lot itu mestilah bersesuaian dengan syarat-syarat, samada untuk permohonan PECAH SEMPADAN atau PECAH BAHAGIAN yanag mana syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) di kawasan masing-masing. PBT ini ialah samada PEJABAT TANAH dan DAERAH atau PEJABAT TANAH dan GALIAN atau MAJLIS DAERAH atau MAJLIS PERBANDARAN atau PERANCANG BANDAR dan DESA atau lain-lain pihak berkuasa yang bersangkut-paut dengan tanah dan kegunaannya di sesuatu kawasan itu.

Jadi, setiap pihak yang berkenaan itu mempunyai syarat-syarat masing-masing yang perlu di ikuti sebelum mereka memberi kelulusan untuk sesuatu permohonan pecah lot atau tanah itu.

Sebagai contoh, untuk pecah sempadan khususnya, simpanan jalan perlu diperuntukkan untuk setiap pecahan lot itu yang mana simpanan jalan ni selalunya pada kadar 20 kaki atau 6.096 meter, namun masih lagi bergantung kepada PBT di kawasan masing-masing.

Antara perkara yang perlu disemak ialah :

  1. Buat semakan samada telah berlaku pengambilan tanah pada lot tersebut atau tidak. Sebagai contoh pengambilan untuk jalan raya, saliran atau lain-lain. 
  2. Buat semakan samada lot-lot disebelah lot yang nak dipecahkan itu sudah mempunyai jalan masuk atau sudah di pecahkan atau tidak.
  3. Buat semakan samada ada atau tidak jalan / akses masuk ke lot yang hendak di buat pecahan itu?
  4. Buat semakan dikawasan lot samada jika ada pihak yang berkepentingan dengan lot tanah tu atau tidak. Sebagi contoh, pada tanah tu ada laluan kabel TNB.
  5. Buat semakan jika terdapat apa-apa bangunan / rumah sudah didirikan di atas tanah tu. Ini adalah penting lebih-lebih lagi untuk pecah bahagian.
  6. Semak samada tanah tersebut dikenakan apa-apa syarat nyata atau tidak.
  7. Semak jenis kegunaan tanah tersebut.
  8. Untuk pecah bahagian, bahagian setiap penama perlu di beri perhatian kerana keluasan pecahan lot adalah bergantung kepadanya.
Itu antara perkara-perkara yang perlu dibuat semakan kerana ianya berkait rapat dengan proses untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT. Mungkin ada yang aku terlupa untuk tulis, nanti aku update lagi. Insyallah.

Untuk semakan seperti no. 4 yang aku tulis kat atas tu, laluan kabel TNB. Pihak TNB dan PBT telah bersetuju dan mensyaratkan tidak ada apa-apa pembinaan boleh di buat pada kadar 40 meter, 20 meter ke kiri dan ke kanan daripada tengah kabel TNB tu. Ini akan memberi impak kepada client jika tujuannya untuk buat pecahan lot itu untuk di bangunkan sebagai kawasan perumahan misalnya. 

Garisan dashed menunjukkan rizab laluan kabel TNB yang merentasi lot.

Selain itu, semakan no.1 yang aku tulis tu juga penting kerana ianya akan memberi kesan kepada keluasan lot-lot yang akan dipecahkan itu. Misalnya jika tidak di buat semakan pengambilan, cadangan pecahan yang kita / kami buat itu adalah berdasarkan pada saiz lot di dalam geran atau pelan akui. Jika pengambilan, sebagai contoh untuk saliran telah dibuat, maka tentunya saiz atau keluasan lot telah berubah, selalunya keluasan makin mengecil dan ini akan memberi perbezaan keluasan lot selepas pengambilan dibuat dengan sebelum pengambilan di buat. Jadi, cadangan pecahan lot yang kita / kami buat itu salah dan automatiknya akan di tendang keluar jika terus di buat permohonan ke PBT, harus di baiki semula dan ini akan melambatkan proses permohonan dan mendapatkan kelulusan PBT.

UKURAN OFFSET.


Ukuran offset atau secarakasarnya mengambil detail apa-apa bangunan atau jalan yang ada pada lot tersebut. Seperti semakan no.5 yang aku tulis tu, ukuran offset ni penting kerana ianya menentukan bagaimana pecahan itu harus dibuat supaya garisan sempadan pecahan yang dibuat itu tidak kena pada tengah-tengah rumah yang wujud pada lot tersebut misalnya.

Jadi, jika ukuran offset ini dibuat, garisan-garisan pecahan yang akan dibuat nanti boleh kita adjust supaya tidak terkena rumah tu.

Contoh butiran seperti rumah sedia ada dan jalan yang wujud di atas lot yang terlibat untuk pecahan.

Selain itu, untuk semakan no.4, laluan kabel TNB pun perlu di buat ukuran offset terlebih dahulu sebelum pelan cadangan pecahan dibuat.

JALAN / AKSES MASUK KE LOT.


Perkara paling utama, setiap lot perlu ada jalan / akses masuk ke lot tersebut. Ini juga perlu di beri perhatian, lebih-lebih lagi untuk pecah sempadan. Jika lot tersebut tiada jalan / akses masuk ke lot itu, ataupun berselang 1 atau 2 lot daripada jalan / akses sedia ada. Jalan yang sedia ada itu juga perlu di di ukur / ambil offset supaya permohonan untuk mendapatkan hak laluan atau Right of Way (R.O.W) ke lot tersebut boleh dibuat, sekaligus boleh menyokong permohonan pecahan lot itu nanti. Disini, persetujuan daripada tuan-tuan tanah yang terlibat perlu di perolehi, mungkin dengan sedikit bayaran, bergantung pada budi bicara tuan-tuan tanah tersebut. Secara lisannya, client itu sendiri perlu berurusan dengan tuan-tuan tanah yang terlibat, dengan berpandukan nasihat daripada kita/ kami.

LAIN-LAIN.


Selain daripada itu, terdapat banyak lagi perkara yang perlu di beri perhatian untuk membuat pelan cadangan pecahan ni. Semakan sentiasa perlu dibuat merujuk kepada PBT di kawsan masing-masing. kerana setiap PBT mempunyai arahan yang berbeza mengikut kesesuaian kawasan tersebut.

Jika pelan cadangan yang dibuat itu dipersetujui oleh client, barulah plan PRA-HITUNGAN atau PRE-COMP yang betul dibuat untuk proses permohonan ke PEJABAT TANAH.

-Tamat siri 3-

OK, bye.

Read more...

[Siri 2] PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN

Assalamualaikum w.b.t....

Lewat sebulan 2 ni, agak ramai, lebih-lebih lagi student yang hantar email tanya pasal Kadaster ni, nak-nak lagi pasal eKadaster ni. Ada juga orang yang call tanya prosedur-prosedur macam mana nak pecah lot tanah dia.

Jadi, untuk itu, sempena bulan Ramadan ni walaupun tiada kaitan dengan bulan Ramadan, aku rasa nak tulis serba sedikit apa yang kami di Firma Jurukur Tanah Berlesen ni buat untuk kerja-kerja yang melibatkan ukur hakmilik, atau ukur kadaster ni.

Sebagai permulaan, aku kasi cerita sikit secara am mengenai ukur kadaster ni, samada  PECAH SEMPADAN atau  PECAH BAHAGIAN, dimana 2 benda ni lah yang banyak kita / kami di Jurukur Berlesen buat.

Kebiasaanya, apabila client datang pada kami, tujaunnya satu je, nak pecah lot tanah mereka kepada beberapa bahagian. Jadi, kepada kita / kami di pihak jurukur berlesen selalunya perlu terangkan mengenai prosedur nak pecah lot tanah ni. Perkara pertama, terangkan, untuk pecah lot tanah ni ada 2 jenis, iaitu PECAH SEMPADAN dan PECAH BAHAGIAN.


PECAH BAHAGIAN dan PECAH SEMPADAN secara am.
(Dulu aku dah tulis sikit disini.)

Kebiasaanya, kalau client tu datang bawak geran yang jenis ada 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan banyak-banyak nama pada geran tu, selalunya ianya akan melibatkan proses PECAH BAHAGIAN kerana selalunya, bila atas geran ada banyak nama ni, mereka mesti nak pecahkan bahagian penama-penama yang ada atas geran tu ikut bahagian masing-masing supaya setiap satu antara meraka boleh pegang geran bahagian masing-masing. Senang cerita, dari geran yang mereka kongsi banyak-banyak nama, mereka boleh dapat satu geran individu masing-masing secara mutlak, tanpa ada kaitan dengan penama-penama yang lain tu. Sebagai contoh, geran tanah pusaka yang ada nama adik-beradik.

Namun begitu, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu di semak dan di patuhi untuk buat PECAH BAHAGIAN ni dan kelulusan untuk permohonan PECAH BAHAGIAN ni bergantung kepada samada pecahan yang kita buat tu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan atau tidak. Syarat ni selalunya berkait rapat dengan PIHAK BERKUASA TEMPATAN di kawasan masing-masing, dan yang paling penting, KANUN TANAH NEGARA dan lain-lain kanun yang berkaitan.

Kata singkat untuk PECAH BAHAGIAN, masuk geran banyak-banyak nama, lepas pecah setiap satu geran yang keluar tu dah jadi nama asing-asing, mengikut bahagian masing-masing.

Mengenai PECAH SEMPADAN pula, kebiasaanya ianya melibatkan geran tanah individu, tapi kadang-kadang pun ada jugak yang geran jenis 2, 3, 4, 5 nama yang nak buat PECAH SEMPADAN ni. Senang cerita, 1 orang ni, dia ada sekeping tanah luas 2 ekar, geran nama dia sorang je. Dia nak pecah tanah dia tu kepada lot-lot rumah dan bila kaluar geran tu, dia nak jual lot-lot yang dipecahkan tu. Selalunya pun, orang buat PECAH SEMPADAN ni untuk jual, ataupun jenis orang yg ada banyak anak, nak bagi sorang satu lot. Selalunya juga, pecahan-pecahan yang dibuat akan berdasarkan kepada saiz-saiz untuk lot-lot seperti rumah teres, rumah kedai (gudang) ataupun rumah bonglow.

Sama seperti PECAH BAHAGIAN, permohonan bagi PECAH SEMPADAN ini juga bergantung kepada PIHAK BERKUASA TEMPATAN di kawasan masing-masing, dan yang paling penting, KANUN TANAH NEGARA dan lain-lain kanun yang berkaitan.

Kata singkat untuk PECAH SEMPADAN, masuk geran nama individu, lepas pecah, setiap satu geran yang keluar tu keluar akan nama individu tu jugak. Kadang-kadang pun boleh jadi masuk geran nama 2, 3, 4.......orang, lepas pecah, setiap satu geran yang keluar tu akan masih lagi nama 2, 3, 4......orang tu jugak.

Begitulah secara ringkasnya mengenai PECAH BAHAGIAN dan PECAH SEMPADAN ni. Nanti karang kita masuk detail mengenai 2 benda ni.

-Tamat siri 2-

Ok, bye.

Read more...

Perutusan.....


Assalamualaikum w.b.t.
Walaupun dah agak lewat, tapi........

"SELAMAT MENJALANI 
IBADAH PUASA 
BUAT 
SURVEYOR-SURVEYOR 
DI LUAR SANA."

Rasanya nak tukar layout baru untuk blog ni. 
Entri pun dah banyak tak publish ni. 
Agak sibuk dan malas sikit sekarang ni.


Ok, bye.

(AHHH....DAH TAK BOLEH LETAK TANDATANGAN LA PULAK....!!!!)

Read more...

Friday, July 1, 2011

Siri Malas untuk update blog....


Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama rasanya tak update blog ni. Kerja bersusun-susun elok je sekarang ni, jauh-jauh dari HQ pulak tu. Kepada yang email tu, terima kasih banyak-banyak lah. Ada yang aku dah bagi reply, ada yang aku belum sempat lagi.

Kerja sebagai surveyor ni macam ni lah. Kadang-kadang tu masa free memang terlampau banyak sampai dah tak tahu nak buat apa dan kadang-kadang tu pulak, memang tak ada masa free langsung. Maksud aku bukan tak ada langsung, tapi balik kerja dah lewat, badan penat, otak penat. Sampai rumah, rehat kejap. Malam karang sambung buat calculation atau drawing untuk kerja esok pulak. Kang kalau tak buat, tak jalan pulak kerja esok.

Jadi, kepada yang tanya macam-macam tu, maaf lah ye kalau aku tak reply apa-apa. Kalau nak cepat, macam student-student tanya untuk buat assignment ke, add Facebook aku macam yang kat tepi blog ni, lepas tu message je kat inbox. OK.

Nanti lain kali lah pulak aku update. Malas dah datang bertubi-tubi ni. Aku akhirkan entri siri malas ni dengan gambar pandangan depan dan pandangan belakang.


Bye,



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...