Read more...
Tuesday, July 20, 2010
Sunday, July 18, 2010
driving off the road = offroad = 4x4 = 4WD
Keras, kasar dan degil ibarat "Stewong". Itu pepatah baru yang aku dapat, hahahaha.
Sekarang ni aku tengah buat kerja ukur di Hutan Simpan Tembat, berhampiran dengan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kerja ukur ni sepenuhnya bertempat di dalam Hutan Simpan Tembat. Hutan ni pada asalnya boleh dikatakan "hutan dara". Untuk kesini, aksas jalanraya berhampiran ialah daripada Kuala Berang, ikut jalan ke Tasik Kenyir dan terus ikut highway baru Kuala Berang ke Chiku, Gua Musang. Asalnya highway ni belum dibuka secara rasmi, jalan pun banyak lubang-lubang. Sepanjang highway ada la 2 3 air terjun mini tempat driver-driver lori balak, lori kontena dan segala bapak-bapak lori singgah untuk mandi atau rehat.
Oh, sebelum lupa, tajuk kerja ukur kali ni ialah

Hulu Terengganu Hydroelctric Project:
R.O.W Demarcation Survey for Proposed Roads
Ok, bukan tu yang aku nak tulis. Yang aku nak share kat sini adalah pengalaman baru aku, dalam keterpaksaan untuk siapkan kerja ni. Oleh kerana site ni keseluruhannya berada didalam kawasan Hutan Simpan Tembat, di kelilingi hutan tebal dan flora dan fauna. Daripada highway Kuala Berang ke Chiku, satu jalan dibuat untuk masuk ke dalam. Jalan-jalan kat dalam ni rata-ratanya di biayai oleh tokey-tokey Empangan hidro, TNB dan juga oleh tokey-tokey balak untuk stewong-stewong mereka mengangkut balak dari tengah-tengah hutan ke port simpanan. Boleh dikatan 90% jalan tanah dan 10% jalan berbatu.
Memandu pajero di dalam ni memang sangat-sangat mencabar. Untuk ke site je, kene drive hampir 10km ke dalam daripada highway. Ini pengalaman pertama aku drive off-road secara rasmi (tolak masa-masa untuk site visit). Drive off-road ni pualk bukan macam drive atas jalanraya yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan dibuat oleh JKR. Pulak tu jalan berbukit-bukit dan...ala, jalan tanah bai, kalau hujan korang paham kan macam mana. Jalan bukit pulak ada yang capai 45-50 degree condong. Macam mana tu naik naik?
Kalau cuaca elok, memang tak ada masalah. Cemerlang je naik sampai atas. Tapi, yang masa cuaca tak elok tu, samada hujan, nak hujan ataupun baru lepas hujan. Benda-benda ni la yang perlu difikirkan kalau korang buat kerja di kawasan-kawasan macam ni.
Sebagi contoh, kalau malam hujan, esok ko nak pegi kerja. Jalan mesti selut-selut, secara automatiknya jalan jadi licin. Kat sini ko kena amik berat pasal jenis tayar apa yang ko sarung kat sport rim kenderaan ko. Aku pun memang tak ada pengalaman dalam bab-bab ni, jadi mulut aku terpaksa kena ringankan, tanya la orang-orang pengalaman. Depa pakat kata "Ayek, tukar tayar AT ko ke tayar MT". Hasilnya, terbang la duit bos aku tukar tayar yang harganya lebih kurang RM380 sebijik. Try kira kalau dah 4 berapa. Tu pun aku nekad je pakai tayar spare AT. Depa jugak kata, bukan ko tak boleh pakai tayar AT ko tu, tapi lagi efisyen kalau ko pakai MT. Pakai AT memerlukan kemahiran yang sangat cemerlang, tapi sangat-sangat menyusahkan. Pakai MT pun kalau tak kena cara drive pun memang tak jadi jugak ; ) .
Lagi satu untuk drive di jalan naik dan turun bukit yang licin. Naik tu aku tak risau sangat, hala ke turun tu yang aku ngeri sangat. Kat sini pulak, ko kena tahu fungsi-fungsi setiap gear yang ada kat dalam kenderaan ko. Senag cerita, macam pajero yang aku pakai,gear auto bai... : ) , aku kena tahu masa mana aku nak pakai gear 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc. Selain itu, kena tahu jugak gear asas macam P, R, N, D,2 dan L. Untuk hari yang cuaca biasa-biasa panas, aku taruk gear kat 4H je, lepas la sampai atas kalau pakai D atau kadang-kadang kena taruk kat 2. Tapi yang jadi masalah bila hujan. Macam mana nak paksa pajero aku naik dan turun bukit dengan cemerlang, aku pun memang tak ada pengalaman.
Jadi, sebab terpaksa, aku pun Google lah kat internet, cari mana-mana information yang boleh bantu aku untuk kenal kemampuan pajero ni dan cara-cara untuk guna pajero aku ni semaksima mungkin. Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa-apa yang berlaku, tergelongsor tu ada lah jugak. Paling penting yag aku belajar kat sini, biasakan tak guna brake, tak brake secara keras dan mengejut. Mem"brake" dengan cara ni lah yang sering timbulkan masalah, nak-nak lagi semasa ko turun bukit yang licin. Bila tayar dah lock akibat ko brake secara keras tu, boleh tergelongsor turun bukit.Whewww....minta jauh la. Selalunya, sebelah bukit ko tu dinding dan sebelah tu cerun. Nasihat yang aku banyak terima bila hadapi situasi ni, laju-laju rapatkan kereta pada belah dinding bukit. Lagi ok kalau kereta yang rosak daripada kita yang rosak kan. Dah tu macam mana nak brake atau perlahankan kenderaan? Bukan tak boleh guna brake langsung, tapi biar berpada-pada. Selain tu, gunakan kuasa enjin untuk perlahankan kenderaan dimana gunakan gear rendah.
Banyak information aku dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi la. Aku ni sebenarnya jenis yang malas nak baca-baca ni, tapi keadaan yang buat aku terpaksa.cari dan baca benda-benda ni tapi, lepas baca dan praktik, aku rasa aku dah terjatuh cinta pada benda-benda 4WD ni. Sebab tu banyak kawan-kawan aku yang join mana-mana club 4x4 ni cakap, tahap kesedapan main 4WD ni memang ko tak boleh nak describe dengan mulut dan air liur. Kalu nak tahu, cuba dulu. Aku pun dah hampir 2 bulan dok ulang alik ke site.
Selain tu, untuk kerja-kerja ukur di kawasan macam dalam hutan ni, banyak lagi ko perlu tahu, salah satu yang macam aku cerita sikit kat atas tu iaitu berkenaan dengan cara-cara pemanduan. Lagi......cara buat kerja ukur tu mungkin lebih kurang je dengan yang biasa-biasa, yang membezakan mungkin keadaan sekeliling dan keadaan topografi kawasan tu. Juga sedikit pengetahuan mengenai habitat-habitat flora dan fauna, ya....lebih-lebih lagi fauna,FAUNA. Tu dah kasik besar tulisan fauna tu, harap faham la ye.
Ok, bye....
Read more...
hey hoo....
Assalamualaikum w.b.t
Selamat-selamat....lama sangat ni tak bagi makan belog ni dengan tulisan-tulisan dan gambar-gambar. Maaf ye, dan juga kepada yang email tu, time kasih.Yang mana saya tahu saya dah bagitahu, yang mana saya tak tahu saya akan cuba tanya-tanyakan.
Kepada yang minta crack tu, maaf la ye. Itu kene usaha sendiri lah. Hehe.....
HAAAAA....yang ni lagi satu hal yang aku baru jumpa. Ni apa cerita ni, main amik tanpa minta izin, lepas tu sesuka hati kau nak ubah sana sini. Bro dan sistah, hak orang, kalau nak ambil sebagi nak share tu silakan lah, tapi jangan la sampai ko nak plagiat habis-habisan dan tukar jadi hakmilik ko. Sorry to say this, but tu dah macam GAMPANG!!!! Mungkin versi aku yang asal tu tak la se"good" mana pun kan, tapi itu hak aku dan itu versi aku. Kalau dah ambil tu, nak share ke apa ke, letak la balik ke link asal. Orang tak marah pun kalau minta elok-elokkan. Baru la nampak cool sikit (macam masa tengah study dulu-dulu, amik copy assignment kawan-kawan, tambah-tambah sikit lalu hantar dengan hanya cover depan je lain, kadang-kadang cover depan hanya tukar nama dan jarang-jarang berlaku kes nama dah tukar tapi lupa tukar no. matrik).
Yang ni aku amik dari sini.
Kat sini pun ada!
Sila refer pada entri aku sebelum ini dan juga kat Facebook aku. Aku dah disable function right click untuk copy paste pun boleh jugak copy. Haiya.....

Monday, May 17, 2010
belog sudah berhabuk....
*** sila rujuk tajuk entri seperti di atas.
Maaf ye, agak sibuk kebelakangan dan kedepan ni.
Tasik kenyir, here i come!!!!
Read more...
Maaf ye, agak sibuk kebelakangan dan kedepan ni.
Tasik kenyir, here i come!!!!
Read more...
Monday, May 3, 2010
Keluasan Lot
Assalamualaikum w.b.t.....
Note ni aku selalu hilang, dari dulu nak tampal kat dinging tapi tak buat-buat lagi. Ni pun tengah godek-godek file dalam laptop ni terjumpa pulak yang ni. Masa nak tak jumpa pulak mana aku simpan. Nah, aku letak je kat sini, senang kalau aku nak cari lain kali.
:)
Keluasan lot mengikut jenis pecahan :
Semi-D
Lebar : 12.192 meter @ 40 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki
Banglow
Lebar : 21.336 meter @ 70 kaki
Panjang : 24.382 meter @ 80 kaki
Teres
Lebar : 6.096 meter @ 20 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki
Rumah kedai
Lebar : 6.096 meter @ 20 kaki
Panjang : 21.336 meter @ 70 kaki
Gudang = Rumah kedai
Biasanya keluasan-keluasan ni digunakan sebagai rujukan dalam proses nak rekabentuk dan perancangan apabila sesuatu lot hendak dipecahkan. Biasanya bergantung kepada kehendak pelanggan/tuan tanah yang nak pecah lot kepada bentuk lot jenis macam mana.
Ok, tata....

Sunday, May 2, 2010
Assalamualaikum....
Hi, apa khabar kamu disana? Saya disini sihat-sihat saja. Hahahaha....saja mau menggedik.
Ok, dengan ini maka berakhirlah secara tidak rasmi kerja-kerja ECER survey di site, kecuali 6 lubang Borehole yang belum lagi di korek @ di tanda oleh IKRAM.
Dalam gambar ini adalah mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam kerja survey. Jeep kuning itu sebenarnya adalah Hummer H3 yang belum dicuci lagi. Nanti dah cuci baru nampak balik macam Hummer H3.
4 daripada orang-orang diatas adalah pelajar praktikal daripada Polisas, 2 daripada mereka dibawah Jurukur Wibawa HQ di Kota Bharu dan 2 lagi adalah daripada branch Jurukur Wibawa di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Read more...
Monday, April 19, 2010
Sori sebab lama tak update belog....
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yo yo,wassup.....
Ceh,otak dah beku nak tulis apa sebab lama dah tak manulis dan hari-hari dok jemur kepala tengah-tengah panas suhu 35-40 darjah Celsius, memandangkan kerja-kerja di site yang bertimbun bersepah kat banyak tempat (sepatutnya rezeki tak boleh merungut kan, tapi ni bukan merungut, cuma agak sibuk dan..........ya, sudah merapu lebih ni).Ok, ukaddimah cukup setakat ini.
Apa yang aku nak tulis kat sini bukan pasal prospek kerja-kerja ukur atau pun apa-apa teknikal punya benda, just nak share dengan kawan-kawan kat luar yang mungkin sama kerja dengan aku, ataupun mungkin pernah alami atau tengok apa yang aku tengok.
Hari ni aku dari pukul 8 pagi sampai la ke 4 petang dekat site, buat pipe line survey. Suasana pagi, agak cun la. Pukul 8.30 peluh dah menitik-nitik laju, tekak dah mula kering. Biasalakan cuaca ni bukan selalu menyebelahi surveyor-surveyor macam kita ni. Kadang-kadang cuaca sedang-sedang best je kita buat kerja tu dan kadang-kadang, macam ni la. P.A.N.A.S T.E.R.I.K.
Aku punya kerja ni bos nak laju, kontraktor pulak dok main ikut mana aku gerak. Ni lagi satu keadaaan yang boleh buat surveyor-surveyor ni jadi serabut nak buat kerja. So, secara tektikal nya, aku buat kerja secara orang putih cakap one shot je, trabas,peg chainage, detail, leveling kira sekali jalan.
Ha....baru masuk bab aku aku nak share dengan awak-awak semua ni. Tengah-tengah sedap buat kerja tu, ada la stesyen terabas aku tu jatuh depan rumah sorang pak cik hamba Allah ni. Kawasan tepi jalan tu ada la 2 3 rumah. Sekali tengah kerja tu , ada la sorang brader ni sound, "Gu, tok panah ko kijo tengoh-tengoh panah tu?"....translate ke dialek luar, "Kawan, tak panas ke buat kerja tengah-tengah panas tu?". Tu soalan cepumas pertama. Soalan-soalan macam ni biasanya aku malas nak layan, macam turut jadi bodoh je kalau aku layan.
Dan, lepas tu, masuk pula kepada soalan no.2, sebenarnya bukan soalan pun, lebih macam ke arah rungutan je bunyinya. Stesyen terabas aku tu betul-betul jatuh tepi jalan depan rumah sorang pak cik ni. Tengah-tenagh aku dok teropong tu, ada la mak cik kat luar rumah tu tanya, "Dik...panas ni. Meh la minum air dulu". Belum je sempat aku jawab, tiba-tiba pulak pak cik ni, mungkin suami dia kut bunyi, "Tak payah la nak ajak dorang minum air, dorang ni semua dah ada duit,dah senang, boleh pegi kedai beli sendiri. Kita ni yang tak ada duit simpan la air tu buat budak-budak kecik ni minum".
Daripada apa yang aku tengok, keadaan rumah mereka tu memang la agak daif, serba kekurangan. Selalu kalau aku buat kerja kat mana-mana, aku suka peratikan keadaan orang-orang yang ada di sekitar site aku buat kerja tu, selalunya tentang keadaan hidup mereka. Bukan untuk berlagak atau mencemuh, tapi untuk rasa simpati yang boleh menginsafkan, menaikkan semangat aku untuk kerja dan buat aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada sekarang ni, walaupun masih serba kekurangan.
Jadi, untuk kes macam mak cik dan pak cik tadi, ya, aku memang simpati sangat dengan nasib keluarga macam mereka, hidup agak susah, rumah pun serba kekurangan. Baju anak-anak pulak berderat tersidai kat depan rumah. Tapi, kat sini, satu je aku agak hairan, bukan ni kali pertama, tapi dah banyak kali. "Dorang ni semua dah ada duit, dah senang......". Maaf, yang ni aku tak dapat terima. Siapa yang senang dan siapa yang tengah bersenang-senang?
Jadi, untuk pak cik tu, sebenarnya pak cik lagi senang dari kami yang terpaksa bekerja tengah-tengah panas ni untuk dapatkan rm30 lebih sehari, tu pun kalau bos baik hari belanja makan tengah hari. Kalau tak, dah tak jadi rm30 la sebab kene bayar makan tengah hari lagi.Kalau tak kerja, maka kami tiada gaji dan bila tiada gaji, macam mana kami nak makan, minum, beli rokok, letak minyak kereta, bayar tu, bayar ni. Pak cik lagi senang sebab kami kat tengah-tengah panas pun terpaksa bekerja, pak cik pulak boleh bersenang-lenang tanpa perlu berusaha macam kami untuk hidup.
Wah, ni dah macam ceramah motivasi dah ni. Ok lah, penat la pulak menaip ni. Bye...

- Situasi pak cik tu.Sepanjang aku buat kerja kat area umah pak cik tu, mula-mula aku tengok dia tengah tergolek tidur depan pintu, lepas tu bangun, basuh muka, amik burung dalam sangkat, sweet-sweet burung tu, lepas tu minum air, makan, lepas tu baring sambil layan radio sambil hisap rokok sambil tengok aku buat kerja. Lepas tu datang member, borak-borak, gelak-gelak, JOBLESS!
- Situasi aku & budak aku pulak, baju dah basah-basah akibat peluh, buat kerja tengah-tengah panas, pasang prism kat back bearing, pasang Total Station, pegang tape lagi (akibat daripada kekurangan buruh ukur dan buat kerja 2 orang), tekak kering tak payah nak cakap la, air kosong botol besar pun boleh habis sampai nak hisap rokok pun dah tak ada nafsu. Site hari ni pulak 0.8km, hari ni saja kira cincai 2.4 kilo aku jalan depan-alat- belakang, amik kereta park kat depan.
Jadi, untuk pak cik tu, sebenarnya pak cik lagi senang dari kami yang terpaksa bekerja tengah-tengah panas ni untuk dapatkan rm30 lebih sehari, tu pun kalau bos baik hari belanja makan tengah hari. Kalau tak, dah tak jadi rm30 la sebab kene bayar makan tengah hari lagi.Kalau tak kerja, maka kami tiada gaji dan bila tiada gaji, macam mana kami nak makan, minum, beli rokok, letak minyak kereta, bayar tu, bayar ni. Pak cik lagi senang sebab kami kat tengah-tengah panas pun terpaksa bekerja, pak cik pulak boleh bersenang-lenang tanpa perlu berusaha macam kami untuk hidup.
Wah, ni dah macam ceramah motivasi dah ni. Ok lah, penat la pulak menaip ni. Bye...
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)