Assalamualaikum w.b.t.
Teknologi RTK GPS sekarang ni semakin berkembang. Dengan hanya berbekalkan single GPS, sim card dan sebotol air sahaja, seorang surveyor itu mampu untuk membuat sesuatu kerja ukur itu secara berseorangan. Namun ini bergantung juga kepada kondisi site yang nak di ukur tu, dan juga netrowk coverage di kawasan itu.
Saya ambil contoh, jika hendak menjalankan kerja-kerja pengukuran topografi misalnya. Sebagai contoh untuk kerja-kerja pecah sempadan yang memerlukan detail LCP, maka pengukuran topografi perlu di lakukan di atas lot yang terlibat itu.
Selain itu, misalnya, kawasan kerja yang agak terang. Maksud terang disni ialah tidak terdapat pokok-pokok besar, paya-paya atau kolam air, bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya yang boleh menggangu bacaan GPS.
Jadi, untuk kerja-kerja senang macam tu, kenapa perlu lagi kita bawa satu team 2 3 orang, sedangkan dengan kemajuan dan teknologi GPS yang ada sekarang, seorang sahaja mampu untuk menyelesaikannya. Mungkin 2 lah kut, sorang buat kerja, sorang lagi temankan. Buatnya kena samun @ rompak masa kerja, atau terjadinya apa-apa yang di luar jangkaan, susah jugak tu ye.
Tapi, pada pengalam saya, pernah beberapa kali saya turun ke site untuk buat kerja-kerja topo LCP seorang diri sahaja, hanya berbekalkan set kelengkapan GPS, sebilah parang, sebotol air dan sekotak rokok. Alhamdilillah, 2 jam dah siap 4 ekar, termasuk detail cuting atas sungai, jalan-jalan sedia ada dan lain-lain detail termasuk topo.
Ianya sangat menjimatkan kos dimana pihak bos boleh menjimatkan sehingga 70% kos upah yang diperuntukkan kepada pra-pra dalam satu pasukan ukur tu. (kos GPS dianggap sudah habis bayar dan dah balik modal).
Tugas seorang surveyor untuk kerja-kerja ini ialah :

- Buat sedikit siasatan mengenai lokasi site tu, samada dapat 3g coverage atau tidak. Ini penting, sebab kalau tak ada 3g coverage, macam mana nak buat kerja pakai single RTK GPS yang menggunakan correction daripada server JUPEM.
- Menyediakan set kelengkapan GPS. Pastikan bateri penuh, sim kad kalau pakai prepaid dah siap-siap topup, kalau pakai sim broadband pasikan sim tak kena block sebab tak bayar bil.
- Siapkan data-data mengenai lot yang hendak di ukur tu. (Ini akan diteangkan secara detail selepas ini).
- Tidur secukupnya supaya tidak penat sebab esok nak buat survey kene selalu berjalan pick up point.
Mengenai proses penyediaan data tu, terdapat beberapa perkara yang boleh di lakukan oleh seorang jurukur sebagai persediaan untuk membuat pengukuran. Antaranya ialah :
- Meneyediakan data-data basemap daripada lot PDUK di kawasan itu. Ini adalah salah satu advantage dimana ianya akan memudahkan proses mengenalpasti kawasan site supaya data-data yang di ambil tidak terlebih mahupun terkurang.
- Semasa pemprosesan data dibuat juga akan memudahkan kita tanpa perlu lagi kita import block lot-lot terlibat sebagai basemap kerana data ukur yang di cerap akan terus boleh di import bersama basemap lot sekali.
Kaedah penyediaan data ini sebenarnay bergantung juga kepada capability GPS yang digunakan. Semuanya terletak kepada function-function yang ada dalam software data collectornya. Seperti GPS yang saya gunakan, saya hanya perlu tukarkan base lot saya kepad aformat shapefile / .shp open file tersebut menggunakan software data collectornya sahaja.
Seterusnya, buatlah kerja-kerja pick up point sampai habis. Outputnya adalah seperti berikut.
Ini hanyalah data pada software data collecter pada controller GPS sahaja. Untungnya pakai software ni ialah :
- Setiap jenis butiran boleh disetkan terus layer-layer nya, memudahkan kita untuk mengasingkan setiap jenis butiran.
- Setiap layer yang di set itu mempunyai attribute sendiri, senang untuk kita buat editing.
- Contoh seperti entiti yang mempunyai garisan bersambung seperti jalan, pagar atau sungai misalnya, pada set layer itu, kita boleh setkan supaya ianay disambung secara automatik semasa pengukuran dibuat apabila data dicerap dan disimpan. Kelebihannya, kita tidak lagi perlu untuk sambung-sambung detail seperti ini di dalam proses editing.
- Data-data yang dicerap boleh diexport terus ke AutoCAD untuk membuat proses editing final sebelum di print out untuk diserahkan kepada client.
Kerja senang, kos kurang, data selamat dan editing tak ambil masa lama.
Sekian, terima kasih.
Read more...