Tuesday, March 29, 2011

TOPCON Total Station Part III : Fungsi MLM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Haisehh....tersilap publish Part II dulu la pulak (rujuk entri sebelum ni). Yang Part I tak habis edit lagi. Tak apa lah, teruskan je lah dengan Part III ni.

Part III ni ialah berkenaan dengan MLM. Iskhhh...bukan multilevel marketing lah. Tak baik buat naya orang tahu. Abaikan MLM yang tu. MLM pada program dalam total station Topcon ni nama penuhnya ialah Missing Line Measurement.


Yang ni adalah program yang selalu aku guna bila datang mood malas nak tekan kalkulator. Lagi cepat dan senang (aku berani buat sebab sebelum tu aku dah check banding dengan kira pakai kalkulator, result dia OK). Keperluan untuk MLM ni ialah contohnya masa nak cari datum untuk buat kerja-kerja ukur title (kadaster) tu yang mana korang ada 2 baru sempadan, tapi tak boleh baca terus dari batu ke batu.

Cara-caranya lebih kurang macam ni :

  1. Katalah jumpa 2 batu sempadan, tai tak boleh baca terus dari batu ke batu tu.
  2. Pasangkan prism kat 2 batu tu, dah alat di dirisiapkan kat mana-mana yang boleh baca ke kedua-dua prism tu. Bayangkan ianya akan membentuk satu segitiga, bayangkannnnnnnn.......
  3. Sebagai permulaan, setkan bearing anggaran ke batu A. 
  4. Dah settle set tu, buka program MLM ni, cerap balik ke batu A tu. 
  5. Dah cerap ke batu A, cerap pula ke batu B.
  6. Jadi, kita dah punya 2 bacaan bearing dan jarak (1-A, 1-B) yang mana sudah cukup syarat untuk kita calculate bearing dan jarak A-B.
  7. Tapi dengan guna MLM ni, bila dah settle observe ke batu B tadi, ianya akan paparkan terus pada screen bearing dan jarak dari A-B.



Kan ke senang tu, tak payah nak tekan-tekan calculator lagi. Orang tua-tua ada cakap, "Apa barang beb beli total station mahal-mahal kalau tak gunakan dengan maksimum. Baik tarik rantai je...".

[Sumber dan gambar dari Manual GPT-3005W Quick Training]

Ok, bye.

Read more...

TOPCON Total Station Part II : Fungsi REM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tanpa mengarut, kita terus kepada fungsi "REM" ni atau nama penuhnya Remote Elevation Measurement.


Sebagai contoh, dalam kerja-kerja pengukuran, misalnya projek-projek yang melibatkan TNB, ada sesetengah kerja pengukuran yang mana mereka mahukan tinggi kabel dari pylon ke pylon. Tu yang kerja TNB. Kadang-kadang tu ada kerja-kerja yang melibatkan construction, contohnya nak tahu tinggi tiang lampu, tiang piling atau lain-lain. Kesimpulannya untuk tahu ketinggian sesuatu benda tu, dari atas tanah, ke puncak atas sekali.


Kena yang rendah-rendah tak apa lah, boleh jugak panjangkan pole tu, tapi kalau yang tinggi-tinggi dan merbahaya macam kabel pylon TNB tu, mau jenuh kita nak angkat pole tu dan silap-silap bohel hangus!

Jadi, dalam total station cap Topcon ni, ada satu program yang dah siap dibina di dalamnya iaitu seperti yang aku tulis kat atas tadi tu, REM. Dengan adanya REM ni, ianya menyenangkan kerja kita untuk ambil ketinggian kabel tu.

Cara-caranya lebih kurang macam ni :

  1. Dirisiapkan alat dan prism macam biasa, setkan bearing macam biasa.
  2. Dah settle tu, suruh je budak yang pegang pole tu berdiri betul-betul bawah kabel tu. Letak pole tu atas tanah, agak-agak dah betul bawah kabel yang nak tahu ketinggian dia tu.
  3. Kasi set tinggi pole sesedap rasa.
  4. Guna REM ni, masukkan tinggi pole tu dan observe sekali pole tu.
  5. Dah observe, angkat vertical total station tu dan shoot pada kabel kat atas tu.
  6. Tanggggg....ketinggian kabel tu dah dipaparkan pada screen total station tu.


Ha, kan ke senang tu kalau nak banding dengan nak kira secara manual. Lain-lain alat pun mungkin ada program macam ni, cuba lah explore.

[Sumber dan gambar daripada Manual GPT-3005W Quick Training]

Bye.

Read more...

Ramalan cuaca

Assalamualaikum w.b.t.....

Dikala kebosanan sebab tak boleh turun site akibat daripada hujan yang mencurah-curah ni, maka sempena dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni, maka wujudlah entri ni.

Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam bidang ukur ni. Jadi, malam sebelum nak turun ke site keesokkan harinya tu, boleh la kita check kat website berkenaan dengan ramalan kaji cuaca. Senang sikit, kang tak ada la sampai-sampai kat site tu, hujan, kerja tak jalan tapi gaji pekerja still kena bayar. Kat Malaysia ni, ramalan kaji cuaca dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Untuk check ramalan-ramalan yang mungkin akan jadi betul atau mungkin jadi sebaliknya ni, boleh lah check kat sini :



Macam tu lah lebih kurang, tapi apa-apa pun faktor cuaca ni hanya boleh di ramal sahaja.  Kalau esok tu dah cerah je, jangan pualk tak turun site ye.

Bye.

Read more...

Saturday, March 26, 2011

eKadaster : Ruang tanya dan jawab JUPEM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Memandangkan eKadaster ni adalah satu benda / sistem baru, maka JUPEM telahpun membuat satu ruang "KITA TANYA JUPEM JAWAB". Hahahhaa....tu aku je namakan. Nama yang JUPEM bagi ialah "eKadaster Help Desk.


Jadi, kalau ada apa-apa keraguan, ruangan ini lah yang akan menjawab segala keraguan dan ketidaktahuan anda tu. Tu pun kalau officer-officer JUPEM ada masa lah untuk jawab. Kadang-kadang tu mereka sibuk, tak sempat nak jawab. Jadi sabarlah dan tunggu mereka reply jawapan pertanyaan anda.

Link ke website :

Ok, Bye.

Read more...

eKadaster : Format file CRM ikut spesifikasi JUPEM

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak update blog. Terlebih dahulu, terima kasih kepada yang sudi call atau email, sama-sama lah kita kongsi apa-apa ilmu yang kita ada berkaitan dengan bidang ukur ni. Lagi banyak kita kongsi, lagi banyak yang kita akan dapat.

Ok, berbalik pada tajuk entri ni, kat sini aku letak cerita lebih kurang mengenai file format CRM yang stadard JUPEM punya. Walaupun aku dah ada try submit 1 file CRM ni dan masih lagi tiada status samada lulus atau tak, aku kasi cerita jugak lah. Seperti entri-entri terdahulu yang aku cerita, CRM ni perlu kita buat untuk kerja-kerja ukur yang mana pada lot yang nak di ukur ataupun lot-lot sekitarnya dalam radius 300m tiada lagi NDCDB.

Pada entri ni, aku tak cerita pasal cara kerja nak buat CRM ni, tapi pasal format yang JUPEM nak masa kita nak hantar file ukur tu. File-file CRM ni kita perlu ZIP kan dan attach semasa kita nak submit file ukur tu, samada untuk permohonan no. lot ataupun masa nak submit 16 ASCII file tu.

Pertama sekali, kita perlu tengok apa yang ada dalam file CRM ni.

  1. *****.crm
  2. *****.pot
  3. RTGA_*****.html
  4. eVRSCAL_*****.html
  5. Raw data static dalam format Rinex v2.11

Detail tentang setiap file ni akan diterangkan kemudian.

Yang keduanya, kita perlu lihat pada struktur file ataupun susun atur file yang JUPEM nak, maknanya mengikut format struktur file JUPEM. Susun atur file-file ni adalah penting kerana kalau silap susun, sistem JUPEM tak boleh nak baca file-file CRM yang kita submit tu. Rujuk gambar kat bawah ni, macam ni lah rajah susun atur file-file CRM ni dalam satu folder.


File-file berkaitan CRM adalah bermula dari folder CRM tu. Yang folder Surveyed tu untuk masukkan 16
ASCII file tu.

KANDUNGAN DALAM FILE .CRM

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.


KANDUNGAN DALAM FILE .POT




Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.

DETAIL UNTUK FILE .CRM DAN .POT






Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.


Itu adalah penerangan mengenai file-file .pot dan .crm. Secara am nya, file .crm ni adalah mengandungi data berkenaan dengan siapa pengukur yang buat kerja tu seperti nama pengukur, no kad pengenalan dan lain-lain. File .pot ni ialah berkenaan dengan data-data point CRM tu seperti kodinat-kodinat tanda CRM tu dalam GDM2000, RSO geocentric dan Cassini geocentric dan lain-lain maklumat. Boleh rujuk pada penerangan kandungan di atas.

KANDUNGAN DALAM FILE RTGA_*****.html


File RTGA ni pula ialah file berkenaan dengan data-data cerapan RTK ponit-point CRM ni. Kaedah cerapan dibuat dengan 2 initialisasi, dimana setiap initialisasi perlu ada 10 cerapan. Setiap initialisasi ni akan dipuratakan hasil 10 cerapan tu, menjadi 2 purata cerapan (2 initialisasi). 2 hasil purata cerapan daripada 2 initialisasi tu akan dibandingkan dan bezanya haruslah tidak melebihi 2 : 2 : 6. Kalau lebih tu maknanya cerapan itu perlu dibuat semula.

Ni contoh hasil cerapan RTK yang JUPEM buat.




Seperti biasa, klik pada gambar untuk tumbesaran lebih jelas.

KANDUNGAN PADA FILE eVRSCAL_*****.html


File ni ialah file berkenaan dengan hasil kalibrasi alat GPS yang korang pakai tu. Tujuannya adalah untuk sahkan yang alat GPS yang korang pakai tu dah bagi output kodinat yang betul. Macam biasa, kalibrasi ni dibuat di tapak kalibrasi yang JUPEM sediaan mengikut negeri masing-masing. Cerapan pulak dibuat pada sekurang-kurangnya 3 pillar.

Ni contoh nya :


Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas.

Tu adalah antara file-file yang perlu ada untuk submit CRM. Tu baru yang RTK je dan walaupun buat RTK, kita juga perlu buat cerapan statik untuk setiap point CRM yang kita buat dan cerap tu. Ini adalah untuk JUPEM buat perbandingan samada cerapan RTK kita tu betul atau tak.....ataupun kita betul tak buat cerapan RTK tu, hehe.

Secara am nya, kita perlu buat 3 point CRM di sekeliling lot yang kita nak ukur tu. So, kita akan ada 3 hasil cerapan RTK dan untuk cerapan statik ni, setiap point CRM tu perlu kepada paling kurang 3 set cerapan yang mana setiap satu cerapan dibuat pada setiap 15 hingga 20 minit.

Biasanya, output cerapan statik ni akan berada dalam format bergantug kepada alat GPS masing-masing, tapi untuk submit ke JUPEM, format-format yang bermacam jenis tu perlu ditukarkan kepada standard format JUPEM pakai iaitu Rinex dan RInex ni pulak dah ada bermacam version. First time aku try submit dulu, aku hantar dalam format Rinex version 3.11, JUPEM tak boleh baca. Aku resubmit balik pakai version 2.11 baru la JUPEM boleh terima. Apa-apa pun, rujuk kembali kepada JUPEM negeri masing-masing.

Ok, cukup setakat tu. Nak tahu lebih jangan tanya aku, tanya JUPEM ye. Nanti aku pulak yang pening nak jawab.

Bye.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...