Thursday, February 24, 2011

Tutorial CDS III : "Import Raw data", "get database" dan sedikit editing.

Entri in adalah sambungan dari entri :
Tutorial CDS I : Macam mana nak buat database terabas.

Pada tutorial di atas tu, aku dah terangkan sikit macam mana nak buat database terabas untuk kita proses data detail survey yang dah siap di ukur tu.

Selalunya, masa ukur tu, nak senangkan kerja, semua data yang di cerap tu di simpan terus kedalam memori alat tu sebab nanti boleh terus downloadkan kedalam PC / Laptop. Kalu nak booking pun boleh je, tapi penat lah sikit nak kena key-in secara manual dalam CDS.

Ok, mula-mula sekali, kasi download data tu dulu dari memori alat ke PC / Laptop. Cara nak download tu bergantunglah kepada alat yang korang pakai. Untuk apa-apa alat pun, secara am nya, sambungkan cable connection, samada USB cable atau pun RS232 punya cable dari alat ke PC/ Laptop. Buat beberapa setting pada alat tu, buka software yang dibekalkan bersama alat tu di PC / Laptop. Kat software yang di buka tu, buat beberapa setting seperti COM mana yang data tu akan masuk, berapa Baud Rate dia, Stop Bit dia dan lain-lain. Lepas tu download lah data tu dan save ke dalam PC / Laptop.

Bila dah ada raw data yang di download tu, buka CDS. Langkah pertama, buka satu file kerja baru.


Dah settle buat file baru tu, ikut langkah berikut untuk mula import Raw data yang korang download tadi.


Kat sini, pastikan alat apa yang korang gunakan tu sebab Raw data yang keluar daripada alat tu adalah berbeza untuk setiap jenis alat. Macam yang aku buat ni, aku pakai alat Topcon, jadi aku pilihlah raw data Topcon.

Kat Raw Data File tu, cari mana file Raw data yang korang download tadi. Dah settle, klik OK.


Proses meng"import" bermula kat sini. Klik OK je.


Klik OK je kat sini.


Ok, dah settle. Klik OK untuk teruskan proses berikutnya.


Ha...ni lah contoh Electronic Stadia yang dah berjaya diupload ke dalam CDS ni.


 Dah settle tengok data-data penat lelah korang ukur kat site tu, agak-agak semua data dah ada, teruskan dengan proses untuk "get database". Untuk yang ni, rujuklah entri yang lepas tu. Kat sini lah fungsinya traverse database yang korang buat dulu tu.

Klik pada "Option" dan klik pada "Get Database".


CHOP....!!!!! Kejap aku nak explain sikit. Database terabas yang korang buat sebelum ni adalah bertujuan untuk betullkan balik data-data detail tu supaya ikut arah terabas korang. Database terabas tu kita buat dengan bearing dan jarak muktamad. Jadi, kelebihan bila korang buat database ni, masa korang nak mengukur kat site untuk pick up detail tu, korang boleh setkan bearing sebagai 00 00 00 je untuk setiap stesen yang diduduki ke stesen rujukan belakang. Ini adalah supaya tak berlakunya kesilapan set bearing yang akan menyebabkan data-data detail korang swing atau lari.

Ok, kembali kepada proses berikutnya. Pilih kat mana korang simpan fail database terabas yang korang buat tu. Klik OK.


Ok, dah settle. Rujuk data-data STN yang warna biru pada stadia yang atas sekali tu. Tu lah data-data terabas dan ianya telah di suaikan dengan database detail ni.


Prose berikutnya, klik pada Option dan klik pada Calculates Coordinates untuk mengirakan koordinat dan juga aras tinggi (level) pada setiap point detail tadi.


Klik pula pada pilihan "Show Coordinates" untuk paparkan kodinat dan ketinggian setiap butiran tu.


Dan hasilnya macam ni lah. Belah kanan sekali tu ialah kodinat-kodinat dan ketinggian untuk point butiran-butiran yang korang cerap tu.


Dah settle semua tu, klik pada "Option" lagi, dan klik pada "Store Data in Database".


Klik OK.


Dan inilah hasil penat-lelah korang tu. Tengok elok-elok, ingat-ingat balik betul ke lebih kurang macam ni. Kalau agak-agak bentuk data dah betul tu, maka berbaloilah penat lelah korang. Kalau nampak lain je tu, check balik langkah-langkah kat atas ni. 


Kasi zoom sikit data-data tu.


Macam mana nak zoom? Carilah kat icon-icon macam kat bawah ni. Simbol zoom ni selalunya universal.


Kalau di lihat gambar kat atas ni, icon sebelah kotak yang ada ( 0 ) tu, tu kotak untuk select layer atau pun code / mode yang korang nak paparkan pada display tu. (Akibat malas nak buat anak panah tunjuk, aku terang macam ni je lah ye....)


Selalunya, CDS ni akan paparkan no. point pada paparan. Kalau nak tukar ke paparan point code, klik je pada Codes tu supaya ianya ON, dan hasilnya macam gambar kat bawah ni.


Ok lah, cukup lah dulu setakat tu. Nanti siri lain pulak aku tunjuk macam mana nak exportkan data-data ni ke AutoCAD untuk membolehkan korang buat editing dan penambahcantikkan untuk menghasilkan plan. Oh, juga nanti aku akan tunjuk cara untuk generate garisan-garisan kontor guna CDS ni.

Penat weh tulis panjang-panjang dan upload gambar-gambar ni.

Bye.
 

Read more...

Friday, February 11, 2011

Manual untuk Fast Survey (CRM version).


klik sini untuk :

Contoh isi kandungan dia macam ni lah lebih kurang. Tak lawa? Hah....nak lawa buat sendiri. Kalau time kena hantar report assignment dulu-dulu tu boleh lah nak buat lawa-lawa. Sekarang ni janji boleh faham sudah. Kan?



Yang benar,


Read more...

Tuesday, February 8, 2011

GPS ASHTECH Promark 500 + MobileMapper 6

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini, keperluan kepada penggunaan GPS adalah tersangat meluas dan boleh kata amat-amat diperlukan lah. Baik untuk kerja Ukur Kadaster, Ukur Kejuruteraan ataupun lain-lain kerja pengukuran. Terdapat banyak jenis GPS dipasaran sekarang, baik daripada TOPCON, MAGELLAN, UNISTRONG, TRIMBLE atau lain-lain pengeluar.

Kepada Jurukur Tanah Berlesen, keperluan kepada penggunaan GPS ni amatlah ketara, lebih-lebih lagi bila penggunaan sistem eKadaster mula digunapakai sepenuhnya untuk kerja-kerja Ukur Kadaster. Lebih spesifikasi lagi ialah untuk memcerap point Cadastral Reference Mark (CRM) untuk kerja-kerja ukur yang mana di kawasan itu belum terdapat lagi lot-lot berkodinat NDCDB. Tanda CRM ini adalah wajib bagi kawasan seperti ini keran sistem pada JUPEM memerlukannya untuk menyelaraskan lot-lot berkodinat Cassini Lama ke projection GDM 2000 baru. Abaikan untuk lot yang dah berkodinat NDCDB.

Baru-baru ini, pejabat tempat aku menabur keringat telah pun maju setapak lagi setelah sekian lama menggunakan GPS cap Unistrong. (beli masa CCI dan tak digunakan lagi semenjak habis projek CCI). Alat yang pejabat aku beli ialah bercapkan ASTECH , atau lebih spesifikasi lagi ialah PROMARK 500 (PM500), yang mana ianya dipadukan dengan seketul Data Logger berjenama MobileMapper 6 (MM6).


Klik pada logo untuk ke website AHSTECH

Berkenaan dengan rupa paras PM500 dan MM6 ni, ianya adalah begini.


Ini ialah ProMark 500, hensem kan?


dan ini ialah data logger yang bernama MobileMapper 6.

GPS ni dibeli kerana kebolehannya untuk mebuat cerapan mengikut spesifikasi yang JUPEM nak. Ini bermaksud, perisan yang didatangkan bersama MM6 selaku data loggernya berkebolehan untuk meng-output kan hasil cerapan CRM yang mengikut spesifikasi JUPEM iaitu :
  1. Fail .crm
  2. Fail .pot
  3. Fail .html (RTGA report)
  4. Fail .html (report kalibrasi GPS)
Dengan menggunakan perisian Fast Survey yang terdapat dalam MM6 tu, cerapan CRM boleh dibuat dengan hanya beberapa klik-klik sahaja. Oh, sebelum terlupa, alat ini boleh berkomunikasi dengan server JUPEM dengan sangat cemerlang, membolehkan kita membuat cerapan RTK keatas tanda-tanda CRM yang dibuat. Kad sim (Celcom @ Maxis @ Digi @ dll) boleh dimasukkan terus ke dalam antena GPS. Terdapat satu ruang untuk memasukkannya. Yang part RTK ni biasalah, mana-mana alat GPS pun sama. Kalau kat situ tak ada line talifon tu memang tak dapat nak tolong lah.. Kalau tak ada line tu boleh je buat cerapan statik. 




No. 1   : Cover tutup untuk tempat letak Kad Sim @ radio add on.
No. 2   : Bateri untuk PM500 ni. Hanya pakai bateri camcorder je, so boleh beli back up bateri lgi.
No. 3   : Ruang untuk letak Kad Sim @ radio add on. Anak panah tu tunjuk tempat letak Kad Sim.
No. 4   : Cover tutup ruang beteri.
No. 5   : Ruang bateri.
No. 6   : Ruang untuk cucuk RS cable.
No. 7   : PM500 punya monitor.
No. 8   : Ruang untuk cucuk cable power.
No. 9   : Ruang untuk cucuk cable USB.
No. 10 : Ruang untuk cucuk GSM punya antenna.

Tu antara benda-benda yang ada pada PM500 ni. Lepas beberapa kali gunakan PM500 ni, aku rasa ianya sangat user friendly dan senang dikendaikan. Part yang aku paling suka ialah bilamasa kita buat cerapan statik (berapa lama pun tak kisah), untuk download data statik tu, kita hanya perlu cucukkan cable USB dan di hujungnya, cucuk je pen drive. Data-data static tu akan di download terus ke dalam pen drive. 


Senang kan. Tak payah lagi nak hubungkan GPS ke laptop, lepas tu buat sambungan dan tetapan-tetapan lain. Itu serba sedikit lah yang aku rajin nak buat. Nak tahu lagi detail, pasal teknologi BLADE yang ada dalam PM500 ni ke, download lah spreadsheet kat website ASHTECH.

Ok, berkenaan dengan MobileMapper6 (MM6) ni pulak, ianya sudah mempunyai GPS yang sudah di built-in terus kedalamnya. Bermaksud, ianya juga adalah satu unit GPS yang mana antaranya boleh digunakan untuk kerja-kerja GIS misalnya, yang berketepetan rendah.


No. 1 : MobileMapper 6 data logger.
No. 2 : Pen (stylus).
No. 3 : Cable USB (sambungkan pada MM6).
No. 4 : Cable USB (sambungkan pada komputer).

Sekarang ni kita tinggal dulu pasal perisian Fast Survey tu. Yang tu nanti entri lain aku cerita secara detail, berserta manual yang aku dah buat untuk pejabat aku (time beli ni Steven SURMAP tu bagi yang tulis tangan je atas kertas A4). Antara benda-benda yang aku suka dengan MM6 ni ialah, ianya mempunyai camera (2mp), jadi kalau masa tengah buat kerja tu ada awek-awek cun ke lalu, laju je boleh snap. Hahahaha....ok, gurau saja. Masa beli ni, ada 2 pilihan, samada nak ambil MobileMapper CX (MMCX) atau MM6. Jadi, disebabkan yang MM6 ni ada camera dan yang MMCX tu tak ada camera, aku pun ambil la yang MM6 ni.

Yang aku betul-betul tak suka, pen (stylus) dia tu kenapa nya kecik sangat (rujuk gambar diatas)? Memang kena la masa beli tu dia bagi 5 ketul. Macam senang sangat nak hilang @ pun terhilang. 

Oleh sebab pen (stylus) dia kecik, kebolehanl agi satu yang aku suka pasal MM6 ni ialah interface pada MM6 ni boleh dipindahkan ke komputer. So, katakanlah pen tu hilang ke, memang pakai jari pun boleh, ataupun guna mana-mana stylus yang ada jual tu, tapi masa nak buat processing tu, sebagai contoh ko nak proses data survey detail yang ko buat. Apabila interface dia boleh dipindahkan ke monitor komputer, ianya akan menyenangkan kerja kita sebab semuanya boleh di control dengan mouse dan screen pun besar sikit. Macam mana nak buat tu? Nanti lah entri lepas ni aku buat. Tak susah pun lah. MM6 ni pakai Windows Mobile je. Kasi Sync sama itu komputer, guna je satu software ni. Handphone Nokia biasa pun boleh je.


Ok, penat dah rasanya dok tulis ni. Nanti lah lain kali aku kasi update lagi pasal PM500 dan MM6 ni. Sekarang ni pun ramai LS-LS yang tengah berkira-kira nak melabur untuk beli GPS ni. Ni bukan nak promote ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saje nak kongsi info-info dengan pengguna PM500 dan MM6 di Malaysia ni, ataupun yang tenah berkira-kira nak beli tu. 

Entri ini saya sudahi dengan gambar-gambar ini.





 Yang benar,

Read more...

ASHTECH Promark 500 di padukan dengan MobileMapper 6


Assalamualikum w.b.t...

Video ni saja nak share dengan kawan-kawan lain yang guna GPS ni.





Ok, bye.


Read more...

Monday, February 7, 2011

Siri Kemalasan [Part I]


Malas.dan bye.


Read more...

Saturday, February 5, 2011

Prosedur Real-time VRS dan Static, apa itu?

Assalamualikum w.b.t....

Malam ni ialah malam marathon memasukkan entri-entri yang terbengkalai sebelum ni. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri yangmana isi kandungannya haruslah selaras dengan tajuknya, betul kan? Ok, merapu lagi. 

Untuk buat cerapan GNSS (GPS lah senang cakap), terdapat beberapa kaedah yang digunapakai di seluruh dunia, tapi kita tak payah amik port semua tu. KIta fikir yang 2 ni je dulu, Real-time VRS dan Static yang mana kedua-dua cara ni digunapakai secara meluas di Malaysia, dan prosedur ni boleh dikatakan keperluan untuk membuat cerapan GPS untuk kerja-kerja ukur kadaster. Selain itu, boleh juga digunapakai untuk kerja-kerja ukur kejuruteraan.

Real-time VRS

Pertama sekali kita tengok prosedur untuk Real-time VRS dulu. Untuk kaedah RTK ni, kita perlu mempunyai satu account pengguna yang didaftarkan dengan JUPEM untuk membolehkan kita mengakses data pembetulan (correction) daripada server JUPEM. 

Secara ringkasnya, teorinya adalah begini. Kalau kita menggunakan 2 alat GPS, satu dijadikan "base" dan satu dijadikan "rover" dan kita menghubungkannya dengan radio-link. GPS "base" diletakkan pada satu "known point"  yang mana nilai kodinat X, Y, dan Z nya diketahui. Jadi, bacaan pada GPS "base" akan terus diperbetulkan berdasarkan koordinat yang kita tahu tadi dan pembetulan kodinat pada GPS "base" akan dihantar terus kepada GPS "rover" supaya koordinat pada GPS " rover" tu akan diperbetulkan terus ketika cerapan dibuat. 

Begitu jugalah dengan sistem MyRTKnet ni dimana senang cerita, JUPEM sebagai GPS "base" dan kita hanya perlu bawa GPS "rover" sahaja. Cuma, kedua-duanya dihubungkan melalui GSM/GPRS yang mana menjadi penyebab kenapa kita perlu gunakan apa-apa sim card (Celcom/Maxis/Digi) yang bersesuaian mengikut liputan yang ada di site korang tu. Bezanya, korang hanya perlukan 1 ketul GPS je. So, tak payah buang duit nak beli 1 set (2 ketul GPS).

Ok, berbalik kepada prosedur tu, bahagian setting alat tu aku tak nak lah sentuh sebab ianya bergantung kepada jenis alat GPS yang korang pakai. Aku tulis secara am je lah ye.

Pemendekan cerita adalah begini :
  1. On kan GPS tu, kasi setting elok-elok.
  2. Pastikan kat kawasan site tu ada line talipon (Celcom @ Maxis @ Digi), ikut sim card apa yang korang pakai. Nak senang, beli je semua, kut-kut situ tak ada line Celcom ke, boleh ko pakai Maxis.
  3. Pastikan kredit sim card cukup dan tak luput tarikh untuk yang pakai prepaid dan sapa yang pakai postpaid tu, pastikan line anda dibayar mengikut masa yang ditatapkan.
  4. Connect ke server JUPEM dengan masukkan username dan password korang.
  5. Bila connection dah settle, terus je buat observation.
Cara observation dibuat tu bergantung kepada alat GPS dan perisian data logger yang korang pakai tu lah. Macam yang aku pakai ni, ASHTECH ProMark 500, beliua berkebolehan untuk baut semua sekali secara automatik.Yang pastinya, mesti kena ada 2 initializations, setiap satunyanya dengan sela 1 saat, dengan 10 bacaan setiap initializations. Lepas tu, purata kedua initializations tu akan dibuat pulak purata koordinatnya.

Hasil daripada purata ni lah yang akan jadi penentu samada cerapan ko diterima atau tidak di mana hadnya ialah 2, 2, 6 iaitu pada komponen utaraan, timuran, dan tinggi (X, Y, Z). Dengan kaedah Real-time VRS ini juga, korang boleh tahu keputusan cerapan yang korang buat tu, samada lulus atau tidak secara "on-site", tapi bergantung kepada jenis alat GPS yang korang pakai juga lah. 

Kalau lulus, simpan alat, terus pindah ke CRM lain. Dah dapat lulus ketiga-tiga CRM  tu, terus bungkus alat dan balik. Kalau tak lulus tu, buatlah sampai lulus.

Ringkasanya adalah macam rajah yang aku buat kat bawah ni.



Static

Persamaan kaedah static dengan Real-time VRS ni ialah ianya juga menggunakan 1 ketul GPS sahaja. Cuma, kaedah yang ni agak rumit sikit lah sebab dia perlukan pemprosesan dibuat selepas cerapan dibuat. Maknanya keputusan cerapan, lulus atau tidak hanya boleh diketahui selepas kita buat pemprosesan kepada data-data cerapan itu.

Prosedur pada alat juga aku tak nak hurai untuk kaedah static ni sebab ianya juga bergantung kepada jenis alat GPS dan data logger yang korang pakai tu.

Kependekan ceritanya ialah begini :
  1. On kan alat GPS tu.
  2. Buat tetapan (configuration) mana-mana yang patut untuk setkan alat tu kepada mode cerapan static.
  3. Buat cerapan static ikut spesifikasi yang JUPEM nak. 

Ringkasannya macam dalam rajah kat bawah ni.


Jangan lupa, masa buat observation tu, catatkan tarikh, masa korang mula tekan butang "Start" tu dan masa korang tekan butang "Stop" tu. Selepas siap observation tu, korang bolehlah online, buka website JUPEM Geoportal dan beli data VRS Rinex tu mengikut tarikh dan tempoh masa cerapan yang korang buat tu. Lepas tu JUPEM akan email data VRS Rinex tu kepada korang dalam bentuk format Rinex.

Download data cerapan static yang korang buat tu, gunakan perisian yang didatangkan dengan alat GPS korang tu untuk buat pemprosesan. Gunakan data Rinex yang korang beli daripada JUPEM tadi dan data static yang korang cerap tadi.

Dah siap proses, tu barulah boleh tengok samada lulus atau tidak. Kalau lulus ok lah, kalau tak lulus tu, silalah turun ke site dan buat observation sekali lagi.

Cukuplah serba sedikit pasal Real-time VRS dan Static ni.

Ok,bye.


Read more...

AutoCAD ke Pelan Akui ke Google Earth

Assalamualaikum w.b.t....

Ni la cara aku nak kesan dimana kedudukan lot yang akan aku ukur. Perkara utama kena tahu ialah No. Pelan Akui (PA) dan No. Lot. Kalau tahu 2 perkara tu memang senang kerja lah. Jadi, bila tahu 2 benda tu, aku terus buka Pelan Akui, cari mana-mana koordinat berhampiran dengan lot yang aku nak tu, lepas tu aku terus buka AutoCAD dan load data lot PDUK yang aku ada. Masukkan koordinat yang berkaitan dan cari lot yang aku nak tu.




Dah tahu lebih kurang kawasan sekitar site aku tu, senang la aku nak cari site tu dan PA lot-lot sekitar tu. Dalam Google Earth tu pun senang je ko nak detect no lot-lot bersebelahan dengan lot yang korang nak ukur tu. Mana la tahu kan kut-kut kat lot korang ukur tu tak jumpa batu ke, tup-tup terjumpa kat lot sebelah atau selang lot tu ke, senang sikit nak cari PA yang berkaitan.

Ok, bye,


Read more...

Apa itu cerapan GNSS ? [siri I]

Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama tak update blog ni. Maaf lah ye, agak sibuk sikit kebelakangan ni. Kepada sesiapa yang ada email dan formspring aku apa-apa soalan tu, maaflah, tak sempat nak reply. Ada masa terlebih nanti aku reply.

Okeh, berbalik kepada tajuk entri ni, memandangkan sekarang ni keperluan kepada cerapan GNSS untuk kerja-kerja ukur kadaster semakin memuncak, maka dengan itu, aku pun mulalah baca balik Pekeliling KPUP, lebih spesifik, PKPU Bil. 6 2009 untuk study balik lebih kurang.

Perkara berkenaan dengan GNSS ni ada pada Lampiran G pada PKPU ni. Maaflah, tak boleh letak link, line internet lambat lah pulak. Mana nak load Facebook, nak bukak Email, nak bukak website JUPEM, nak download manga Naruto lagi........oh, dah lari tajuk.

Bawah Lampiran G ni, ada cerita banyak pasal GNSS ni, tapi aku nak "copy and paste" sikit pasal prosedur untuk buat kerja cerapan GNSS di site ni.


3. PROSEDUR CERAPAN DI LAPANGAN

3.1 Alat GNSS yang digunakan hendaklah melalui proses kalibrasi terlebih dahulu dengan    
       memuat turun Sijil Piawai Tapak GNSS daripada sistem dan mematuhi kehendak seperti  
       mana para 4 Pekeliling KPUP Bilangan 1 Tahun 2008.

3.2 Hasil kalibrasi hendaklah dimuat naik ke dalam sistem untuk disimpan ke dalam pangkalan 
       data.

3.3 Pengukuran hendaklah dijalankan dengan menyambung unit GNSS ke unit kawalan dan unit 
       komunikasi seperti yang dicadangkan oleh pembuat alat.

3.4 Pengukuran hendaklah dilakukan dengan mencerap dua (2) epok bagi setiap stesen / point 
       dengan setiap epok melalui proses initialisasi yang berasingan.

3.5 Cerapan perlu dilakukan dengan menjejak sekurangkurangya lima (5) satelit dengan nilai  
       Position Dilution of Precision (PDOP) kurang dari enam (6). 

3.6 Perbezaan koordinat cerapan antara dua epok hendaklah kurang dari dua (2) sentimeter 
       bagi komponen utaraan dan timuran, sementara bagi komponen ketinggian adalah enam 
       (6) sentimeter.


Ha, itu lah antara beberapa perkara yang kita yang terlibat dengan "Dunia Licensed Surveyor" ni perlu tahu. Keperluan utamanya sekarang ini ialah untuk mencerap tanda-tanda Cadastral Reference Mark (CRM) yang wajib dibuat jika lot yang kita nak ukur tu tiada maklumat NDCDB dan kita malas nak tarik terabas jauh-jauh-jauh-jauh-jauh-jauh-jauh. Banyak jauh tu.

Ada beberapa perkara lagi yang perlu di tulis berkenaan dengan GNSS dalam sistem e-Kadaster yang telah wajib digunapakai sekarang ni untuk kerja-kerja ukur Kadaster. Lain kali lah pulak aku tulis, bini aku dah siap masak tu.

Ok, bye.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...