Thursday, August 19, 2010

Nampak janggal tapi benar !!!!

Pepatah orang-orang dulu ada cakap lebih kurang macam ni la, CUBA DULU BARU TAU.


Orang putih ada cakap. "Don't judge a book by it's cover".....dan ni lah contohnya.

Ok, bye....


Read more...

Wednesday, August 11, 2010

Perutusan......


Ihklas daripada,


Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Tukar format .dwg ke format PDF

Assalamualaikum w.b.t....

Serius mula-mula aku tak tahu ada function ni dalam AutoCAD. Hahahaa...sangat tidak mengambil tahu. Dulu pernah buat tapi lupa. Kena makan kismis banyak-banyak lepas ni. Kebetulan pulak hari tu client TNB minta email drawing nak dalam format PDF. Tanya-tanya orang, ada yang cakap kena pakai software converter lain. Dalam dok sibuk-sibuk try tu, lupa pulak akan kewujudan incik Google ni.

Sekali, bila Google tu, ada la satu site ni ajar cara nak tukar format .dwg ke PDF. Kodek punya kodek, punya la senang rupanya dan jadi jugak akhirnya. Terima kasih incik Google. Tapi file drawing tu jadi besar sikit la.

Cara-caranya :

Kata la drawing ni ko nak tukar ke format PDF.

Klik kat "File" tu, pilih "Plot"

Dekat menu "Printer/Ploter" tu, kat bahagian "Name" tu, scroll sampai ko jumpa DWG to PDF.pc3
Pilih je yang tu, lepas pilih "Paper Size" yang mana ko nak, pilih dan buat "Plot Area" yang ko nak.
Lepas tu save je.


dan hasilnya.....
 Hasil yang telah di tukar kepada format PDF.

Ok, sekian sahaja, tata.....


Read more...

JURUKUR WIBAWA

Assalamualaikum w.b.t....

Ada yang email tanya aku kerja kat mana (aku heran kenapa orang tak tinggal je msg kat chat box tepi tu???). Ok, tanpa kebenaran bos, aku tampal ni kat sini dan kat sinilah aku kerja.


Alamat HQ : 3600, Tingkat 2, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
No. Tel       : +609-7431144
No. Faks    : +609-7431133
Email : jw_kb1@yahoo.com

Alamat Cawangan : No. 6, Tingkat Atas, Kompleks Perniagaan MDB, Jalan Aman, Kota Putra, Kg. Raja,
                               21100 Besut, Terengganu.
No. Tel & Faks : +609-6961219

Kalau ada projek nak bagi ke, nak pecah lot ke....jangan malu-malu. Bos kami tak marah pun. Silalah call nombor-nombor tu. Nanti kita boleh arrange jumpa kat mana-mana.

Oh ya, PENEGASAN DISINI.
Sebarang ketidak-sengajaan tulis, kesilapan atau lain-lain perkara yang aku tulis kat sini TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SYARIKAT DIATAS. Semuanya adalah datang dari aku sendiri.

Ok, tata....


Read more...

Monday, August 2, 2010

Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Students

(ini bukan iklan)

Assalamualaikum w.b.t....

Seperti tajuk kat atas tu, singkatan kepada nama tu ialah JOGGS. Apa JOGGS ni? Ok, malas nak cakap banyak, JOGGS ni ialah persatuan kepada semua pelajar-pelajar jurusan Goematik dan Geoinformatik. Masa aku belajar dulu, JOGGS ni ahlinya adalah daripada pelajar UiTM dan UTM.



Berbalik pada JOGGS tu, JOGGS ni ialah persatuan pelajar yang di tubuhkan di bawah Institut Jurukur Malaysia (ISM = The Institution of Surveyors, Malaysia). Di bawah ISM ni, terdapat beberapa cabang bidang, salah satunya ialah Geomatic and Land Survey Division (GLS). Bawah GLS ni pulak, ada sub-committee iaitu Junior Organization (JO). Haaaa....kat bawah JO ni la duduknya JOGGS.

Fungsi JOGGS ni banyak, boleh baca kat sini (JOGGS) .
Sapa ada facebook tu, sila join sini (JOGGS-GLS-ISM)

Antaranya la kan, bagi aku yang pentingnya ialah ko (sapa yang masih bergelar pelajar) boleh buat network. Oh, ni bukan network MLM ye. Maksud aku dari segi network tu ialah hubungan ko dengan dunia Geomatik luar selain daripada universiti tempat ko belajar tu ataupun sekeliling ko. Macam aku sendiri (rilek je nak mengaku ni), masa belajar dulu, aku rasa network aku dah cukup kuat kut untuk bekal aku bila dah habis belajar karang tapi, bila aku terdedah dengan aktiviti-aktiviti JOGGS ni, ohhhh.....lagi besar dunia ni rupanya. Faham???

Antara network yang korang boleh bina ialah dengan pelajar-pelajar dari universiti yang lain. Sebagai contoh, ko belajar kat UiTM dan ko boleh bina network ko dengan pelajar dari UTM. Apa??? Facebook pun boleh??? Bhai....itu semua kat alam maya je, yang penting kat alam realiti. Ala, takkan nak kawan dengan course mate ko je. BUkan apa, lagi ramai kawan sama bidang, lagi banyak faedah datang. Hummm....macam nak buat assignment ke, nak cari tajuk thesis je, nak tanya tu, nak tanya ni, nak adjust buat awek ke, buat BF ke kan. Oh, yang tu aku tak ajar ye, hahhaha. Selain network sesama pelajar, korang juga boleh buat network korang, mungkin dengan bakal-bakal bos korang akan datang. Faham???

Selain tu, dengan join aktiviti-aktiviti yang JOGGS buat ni, banyak boleh bantu ko untuk lebih tahu bidang geomatik ni. Ala, kat Malaysia ni, bidang Geomatik ni tak la besar sangat, pusing sana muka ko, kadang-kadang tu bila pusing sing, aikkk....muka ko jugak. Faham???Bidang tu memang besar tapi orang yang menceburi bidang ni agak kurang la kalau nak banding dengan bidang-bidang macam kerja kerajaan ke, kerja bank ke ataupun cikgu.

Aktiviti-aktiviti yang JOGGS ni buat pulak selalunya sangat-sangat bermenafaat (betul ke eja menafaat macam tu, bukan manafaat???). Sebagai contoh la, masa aku belajar dulu tu, ada la JOGGS ni anjurkan kem motivasi, lawatan ke JUPEM untuk sesi penerangan dan sedikit praktikal berkenaan dengan CCI (CCI sangat baru pada masa itu), lawatan ke Pusat Hidrografi Negara (PHN) di Port Klang dan sebagainya yang aku malas nak tulis sebab banyak sangat. Lagi satu, kalau ko dapat jadi committee pun lagi bagus, cari la peluang, tanya senior-senior yang jadi committee. Banyak peluang untuk hadiri seminar-seminar yang ISM anjurkan, dengan PERCUMA. Peluang emas macam ni jangan abaikan beb sebab masa dah kerja kang, tak semestinya bos ko akan hantar ko pegi seminar-seminar macam ni.

Oleh itu, masa JOGGS pegi buat "Introduction Day" kat tempat kamu, silalah hadiri dan dengar apa dia orang nak bebel. Masa tu, tak payah nak fikir-fikir lagi, daftar je jadi ahli. Nanti kang siap boleh dapat kad ahli lagi. Bayar pun RM50 je, untuk tempoh 5 tahun, kiranya RM10 setahun la. Ala, korang pakai topap buat gayut pun lebih RM50 sebulan kan. Tu yang hisap rokok tu, lagi la lebih. Ni pulak yurun keahlian yang RM50 untuk 5 tahun. Selapas mendaftar, korang akan diletakkan dibawah Keahlian Pelajar.

Yang ni gambar committee member dari UiTM dan UTM Skudai. Masa zaman aku la.

Gambar salah satu aktiviti JOGGS, JOGGS workshop 2009 dengan tema "A torch of future in Geomatics"

Ok, cukup. Penat sudah taip panjang-panjang ni. Bye.


Read more...

Sunday, August 1, 2010

Persediaan untuk buat keje2 title (kadaster) ikut kepala aku yg baru nak belajar.

***Sebelum era e-Kadaster bermula.............

Assalamualaikum w.b.t....

Sebenarnya entri ni dah lama tulis. Ni baru ada masa nak tambah-tambah mana yang patut. Kerja-kerja ukur "title" ataupun ukur kadaster, sebagai contoh nak pecah sempadan ke, adalah perkara kritikal. Bagi aku, kerja ukur kadaster ni adalah terpenting dan kiranya kalau sapa-sapa dah betul-metul mahir dalam ukur kadaster ni tak kan face banyak masalah untuk buat kerja-kerja macam engineering survey tu.

Mula-mula tu, lepas je grad itu hari, masuk keje je dah dapat satu file title kene pegi ukur. Jujurnya, bagi aku, ko buat keje survey masa ko tengah study dulu-dulu tu dengan bila ko dah kerja dah jadi lain sangat. Kalau dulu, sorang handle Total Station, sorang tulis bacaan, kang malam masing-masing buat calculation. Kalau tak "close", main adjust-adjust mana-mana yang patut. Hahaha....kan kan kan,betul?

Ok, berbalik pada tajuk entri tu, ini bagi aku la, aku yang buat macam ni, orang lain aku tak tahu. Mungkin apa yang aku buat ni termasuk dengan benda-benda remeh yang orang lain mugkin fikir tak perlu kut. Apa-apa hal, baik buat kerja biar "close" tanpa adjust-adjust kan. Lagi baik dari telinga ko kene "adjust" dengan bos.

Apa yang aku buat ialah :
***setelah pre-comp dan semua dokumen-dokumen disiapkan oleh orang-orang pejabat.

  1. Aku cari / beli PA untuk lot-lot yang terlibat tu, juga lot-lot bersebelahan (selalu aku amik belah kiri dan kanan. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu).
  2. Dah settle jumpa semua, aku key in balik lot-lot tu dalam AutoCAD. Digital data mahal beb.
  3. Untuk locate lot jugak kadang-kadang jadi masalah. Kalau tuan tanah tak dapat datang tunjuk lot tanah tu, cari je pakai GPS.
  4. Bila dah kat site, mula-mula dan yang paling kritikal ialah cari datum yang bagus. Aku selalunaya kalau buat kerja, paling minimum pakai 2 batu je, dengan cerapan solar. Tapi sebaik-baik datum tu perlu la 3 biji batu yang telah ko sahkan masih lagi betul dan boleh digunapakai. 
  5. Cari batu untuk mula kerja tu kadang-kadang jadi masalah bagi orang baru macam aku ni. Jadi, cara paling senang, tanya awal-awal tuan tanah tu, kalau-kalau dia tahu dan boleh tunjuk. Kalau tak tahu, tanya pak cik mak cik sekeliling lot tu, mana tahu dia orang boleh tunjukkan. Kalau tak dapat jugak, key in je kodinat batu dalam handheld, redah je carik. Insyallah akan jumpa.
  6. Ok, bila dah jumpa batu-batu sempadan untuk datum tu, mula-mula skali kasi periksa betul-betul bearing dan jarak tu, biar ikut had yang dibenarkan. Juga jangan cakap banyak, amik je solar kat situ. Kira terus cerapan solar tu dan kalau semuanya bagus, mulakan dengan Bismillah dan mulakan la kerja seterusnya tu. Apa??? Macam mana kalau batu tak masuk.....??? Cari je yang lain. Untuk datum, jangan ajar nak main adjust-adjust ye kawan-kawan.
  7. Kadang-kadang tu kan, memang susah nak cari batu untuk mula. Kadang-kadang tu 1 batu je jumpa. Apa yang aku selalu buat kat sini, buat je satu baseline, pakai bearing PC (prismatic compass) dan buat je solar kat atas batu seketul yang ko jumpa tu. Dah dapat bearing muktamad tu, terus je cari batu-batu yang lain. Insyallah dapat jumpa.
  8. Pada no 5 tu, aku dah cakap kira terus cerapan solar tu. Bila dah dapat bearing muktamad, terus je mulakan terabas tu pakai bearing solar tu, kang tak ada la ko kene buat M untuk bearing-bearing ko. Aku selalu buat terabas keliling lot sambil-sambil cari semua batu-batu yang terlibat dengan lot tu.
  9. Lagi satu perangai aku, aku akan pakai plumbub untuk prism depan belakang dan alat. Banyak orang cakap kuno, tapi aku lebih rasa selamat macam ni. Bergantung jugak sebenarnya pada keadaan kesihatan prism dan alat korang tu. Periksa dulu alat-alat korang tu, kut-kut kat teropong tengah tu nampak elok, tapi bila taruk plumbub, lagi gial-gila.
  10. FUNGSI aku key in lot seperti no.2 tu ialah bila keadaan macam ni la, nak cari batu. Kadang-kadang aku rajin je nak tekan-tekan calculator dan kira secara manual tapi pun kadang-kadang aku malas nak kira-kira. Jadi, dengan data lot yang aku dah key in dalam AutoCAD tu, aku buat je line, lepas tu list kan je bearing jarak dia. Hahahhaha....inilah cara pemalas macam aku. Tapi macam ni la lebih kurang cara F2F yang pakai TSM tu.
  11. Kalau tak siap dalam masa sehari, nak sambung esok tu, periksa dulu stesen belakang korang elok-elok sebelum mula. Mana tahu kan kut-kut ada pak cik parking lembu-lembu dorang untuk makan masa korang dah balik kat situ.
  12. Dah siap terabas tu, kira terus misclose, buat terus pembetulan yang berkenaan dan traverse accuracy yang korang buat tu. Oh....nak close tu jangan tipu-tipu ye. Biar betul-betul close bawah 1' 15" untuk 1st class punya accuracy. Accuracy tu biar dalam tikaian yang dibenarkan.
  13. Lepas tu, kalau ada mana-mana batu yang telah ko check dah hilang atau terganjak dari kedudukan asal masa ko buat trabas tu,ko kena refix dulu batu-batu tu. Kirakan satu baseline terbaik untuk pembetulan tanam pastian korang tu. Pastikan baseline tu masih lagi dalam had yang dibenarkan.
  14. Lepas dah settle pengiraan tu, boleh la korang mulakan tanam pastian tu.
  15. Dah settle, teruskan je dengan tanam batu-batu lain untuk pecah sempadan ke, atau pecah bahagian.
  16. Oh....ini lagi satu. Kalau nak ikutkan boleh je korang nak buat tanam pastian tu serentak dengan tanam batu-batu lain tu, macam surveyor-surveyor otai buat. Ikut la kemampuan korang. Aku buat satu-satu sebab aku tak mahir lagi macam dia orang.
  17. Dah settle tu, kemaskinikan buku kerja luar tu. Tulis tu kasi cantik-cantik. Kang tak ada la orang ofis marah-marah kalau nombor kosong korang nampak macam nombor 6, hahahhaa.....Oh, suka aku nak pesan. Jangan lagi guna stail masa study dulu. Buat booking atas kertas lain, lepas tu salin balik. Bila buat macam tu, ruang untuk ko buat kesalahan dah terbuka 50%, contohnya silap tulis nombor.
  18. Siap.....hantar data (buku terabas) ke ofis. Lagi best kalau ko buat sendiri je.
Ok, sorry lah kalau cara aku ni agak kuno dan leceh ke, lambat ke. Aku buat benda yang aku rasa selamat je walhal bayak je "short cut" yang ada kan...kan...kan...

Nak seketul hadiah....

Inilah barisan kita......yang ikhlas mengukur.....

Bye.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...