Friday, January 20, 2012

Home » , , » Download data daripada Total Station TOPCON

Download data daripada Total Station TOPCON

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk kerja-kerja seperti detailing survey, topo atau sebagainya, kemajuan yang ada pada alat Total Staion sekarang ini ialah kita boleh terus save setiap point atau butiran yang dicerap terus kedalam memori yang dibina dalam alat. Ianya jauh lebih berkesan, cepat dan memudahkan kerja-kerja pengukuran, sekligus memudahkan kerja-kerja memproses data-data ukur.

Kalau dulu, surveyor perlu menulis satu persatu data-data yang di cerap, kemudian balik ofis atau hantar buku kepada ofis dan orang di ofis pula perlu key in satu-satu data yang di cerap tu. Kalau 10000 data nak kena key in, proses key in tu dah cukup memakan masa yang lama. Belum dikira kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan semasa key in data-data tersebut.

Jadi, untuk alat Total Station daripada TOPCON, ianya hanya memerlukan beberapa langkah dan juga perlu kepada penggunaan perisian TCOM.

Langkah pertama ialah mengenalpasti perkakasan yang diperlukan. Antaranya ialah cable download 6 pin kepada 9 pin, ataupun 6 pin ke USB, dimana 6 pin itu ialah sambungan pada alat Total Station dan 9 pin atau USB tu ke komputer.




Kalau menggunakan 6 pin kepada 9 pin cable tu, ianya perluakan satu converter dari 9 pin ke USB. Itu pun jika menggunakan laptop lah sebab laptop zaman moden ni dah tak ada 9 pin slot.

Ok, dah settle semua tu, terus buka pada software TCOM.



Klik pada GTS GPT download tu (yang ada arrow merah tu).


Disini ada beberapa parameter setiing yang perlu disetkan. Perlu ambil perhatian disini, setting di sini perlu sama dengan setting pada alat Total Station.

Protocol     : Ack/Nak
Com Port   : bergantung kepada port mana yang cable masuk ke komputer.
Baud Rate  : 9600
Characters  : 8 bits
Parity          : None
Stop Bits     : 1

Pada alat Total Station, setting dia ada disini :

MENU ---- F4 ke muka 3/3 ---- F1 : PARAMETERS


Dah jumpa menu Parameters setting ni, cubalah tengok-tengok.

Ok, kita kira settle yang tu, tinggalkan paramuka COMM STATUS pada software TCOM tadi.

Sekarang mulakan setting pada alat untuk mula data transfer.

MENU 1/3 ---- MEMORY MANAGER


MEMORY MANAGER 3/3 ---- F1 : DATA TRANSFER


Pilih kaedah pindahan data tu. Ini bergantung kepada alat Total Station tu. Selain mengunakan cable, boleh juga gunakan bluetooth.


Selepas itu, ikut je step-step seterusnya seperti pilih fail mana yang nak didownload ke komputer.






Selepas semua setting dibuat, tekan F3 pada alat untuk mulakan proses transfer data dan dalam masa yang sama, pada menu COMM STATUS pada TCOM, juga tekan GO.

Data mula di transfer.......................



 Dah settle save terus.


 Ok, sudah selesai sepenuhnya proses data transfer daripada Total Station ke komputer. Entri lepas ni ialah macam mana nak buka data ni menggunakan CDS, seterusnya proses data ni.

Terima kasih.

5 komen:

afi said...

salam.
nk tnya, utk download data guna usb tu..
blh masuk dgn apa2 window ke?
apa nama cable to usb tu yer?
perlu guna apa2 software?tq

Anonymous said...

Maaf mencelah ye tuan tanah, sbb hampir sejam mencari jwpn knapa xblh download data sdgkan time blaja dlu sng saja.. Pertama cable tu adlah usb-rs232. Perlu driver. Kedua Tcom xcompatible dgn window7 64bit. Kena guna topcon link.. Trima kasih..

Abdul Hakim said...

Terima kasih!! XD

cairot rotcai said...

macamana nk upload data dr topcon link ke alat

cairot rotcai said...

macamana nk upload data dr topcon link ke alat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...